Mungkin ada yg tertanya apasal teman rajin (sibuk-sibuk) sesangat pegi jauh nak tolong orang? Jawapannya: Sebab teman memang rajin!
Gini, sama jugak orang pegi melancong ke luar negara, dia berbelanja, menikmati suasana baru, berkenalan, belajar dari aktivitinya tu. Teman dan rakan-rakan seangkatan pun buat semua tu jugak tapi ditambah dgn kena buat keja sikit dan berbincang. Sama seperti dgn kerajaan kita menghulur bantuan kemanusiaan ke Indonesia, India, Bangladesh, Bosnia, Filipina ke bila deme ditimpa malapetaka atau bencana alam; kita di peringkat individu pun samalah cuma kita beri tenaga dan masa. Kalau ikut masa, ada aktiviti sukarela ni sekadar short-term 5-7 hari, atau sebulan dan ada juga yang lama 3-6 bulan atau 12 bulan. Bergantung kpd keperluan NGO yang meminta dan keupayaan dan kemampuan kome ler.
Berbalik dgn aktiviti harian di Puttalam, teman perhati pelarian ni tabah menghadapi musibah yg deme alami bertahun-tahun dah. Ada yg kata dah merempat di situ lebih 8 tahun. Menurut cerita deme, satu malam gerombolan Tamil Tigers masuk kampong deme dan beri katadua "Kami bagi awak masa...ok, sekarang juga keluar, kalau tidak, meninggal!" Err itu dialog teman jer, tapi kalau geng-geng macam Tamil Tigers ni, dialog dia mesti lebih agresif dan dramatik. Jadinyer berbondong-bondong orang kampong di utara Sri Lanka ni meninggalkan kampong halaman tanpa sempat membawa harta benda kecuali apa yg ada di badan. Bayangkan kita diperbuat cam tu tengah malam buta!
Walaupun kem ni sebuah kem pelarian, ada jugak deme bina sekolah dan surau dan terdapat juga kedai runcit. Tapi kalau deme nak guna fasiliti kerajaan ada terletak di bandar tapi jauh kena naik bas yang berhimpit-himpit. Di sini tak ada bekalan air dan letrik. Nak dapatkan air tunggulah lori tangki yang datang setiap dua tiga hari. Ada jugak pelarian wanita ni datang ke rumah/pusat sukarela kami ambil air telaga. Kesian, jauh juga deme ni berjalan bawak bekas air bubuh atas kepala.
Kaum lelaki di sini kebanyakan bekerja di bandar Puttalam naik bas atau basikal atau bekerja sendiri apa yang patut. Dari pendapatan yang deme dapat tu deme buat belanja utk ahli keluarga, terutamanya pakaian dan makanan. Walaupun dah bertahun dok di kem, takde sesiapa yang berikhtiar membuat rumah yang lebih tegap dan besar, mungkin deme tak jangka menjadi pelarian sebegitu lama. Kaum wanita mengurus pondok, mengasuh, memasak, mencari kayu api, angkut air dan satnika koje. Anak-anak lelaki deme hantar ke sekolah di bandar tapi teman diberitau ramai anak-anak perempuan tak pegi sekolah. Deme ni koservatif sikit, anak-anak perempuan tak boleh menyongket ke sana ke mari (macam teman kot). Agak-agak lepas baligh terus nikah. Yang pemuda pun kawin muda jugak, 20-24 tahun dah berumahtangga.
Kalau kanak-kanak, punyalah ramai, mengeronyot! Comel-comel jugak. Berkeliaran ke sana kemari tengah-tengah panas, badan berdebu deme ni tapi takde penyakit kulit. Tapi ramai yang berkutu, biasalah kekanak. Yang besor sikit jaga adik yang kecik, dukung ke sana kemari sementara mak deme sibuk buat koje. Kesian deme, celik-celik mata tengok rumah dalam kem. Rumah atau pondok deme ni berlantaikan tanah. Oleh sebab iklim di sini kering, tanah dia keras jadi taklah berselut atau bonyeh dalam pondok ni, dan bersih bersapu.
Bila teman jenguk dalam sebuah pondok, sorang anak gadis sekitar 12 tahun tarik tangan ajak masuk. Memula segan, takut mengganggu. Tapi bila emak dia yang kat dapur nampak terus dia ajak masuk, "Mari, masuk..masuk!" Kemudian si emak memanggil seseorang dan cakap sesuatu. Lepas tu sibuk dia membentang tikar mengkuang dan suruh teman duduk. Beberapa kekanak sibuk mengintai tersengih-sengih. Teman senyum, si emak senyum, memasing tak tau bahasa yg lain. Beberapa minit kemudian sorang budak lelaki datang bawa 2 botol minuman. Laa rupanya si emak suruh beli minuman botol di kedai. Tersentuh hati teman. Insan yang dihalau dari kampong halaman sehelai sepinggang, dan hidup sebagai pelarian, masih ada sifat-sifat mulia seorang Muslimin - merai dan menjamu tetamu. Rasa sebak dan insaf teman masa tu. "Minum..minum Kholima," pelawa si emak. Sebenarnya sejak hari pertama teman datang ke kem ni, nama teman dah glamer di kalangan kanak-kanak di sini. Habis dijaja nama tu satu kem. Teman pun hairan kenapa. Salah sorang volunteer Sri Lanka jelaskan, "Mereka tak pernah atau jarang dapat jumpa volunteer wanita Muslim. Volunteer Eropah selalu datang sini. Itu sebab mereka excited bila jumpa awak." Oh gitu citernya...
No comments:
Post a Comment