Selepas insiden flotila kapal bantuan ke Gaza diserang askar Yahudi baru-baru ni di mana beberapa sukarelawan Turki dalam sebuah kapal utamanya Mavi Marmara terkorban, ramailah pulak hamba Allah kat Malaysia yang teruja nak jadi sukarelawan atau volunteer. Betoi ke kome nak join jadi volunteer nak membantu hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza ni? Mungkin ramai dari kome ni ingat nak pegi Gaza ni macam nak pegi KLCC atau MidValley. Memang niat tu murni dan suci tapi sebelum kome nak jadi sukarelawan yang tak ketahuan, meh baca dulu blog teman ni supaya dapat sikit pengetahuan dan pengalaman real life dari real veteran volunteer supaya tak jadi sukarelawan yang macam kena sawan!
Entry ni tak akan bagi tip dan pointer macam mana nak jadi sukarelawan, cuma ingin record balik pengalaman teman menjalankan tugasan kemanusiaan. Pastu terpulang pada mengkome nak jadi sukarelawan atau tak dan cam mana nak join itu teman tak ajorlah. Mungkin kome boleh dapat pointer-pointer ni secara tak langsung dari pembacaan ni.
Masa teman dok Pulau Pinang dari 1986-1997 dulu, teman koje dengan sebuah NGO alam sekitar (pertubuhan bukan kerajaan). Tak payahlah sebut apa ke nama NGO tu tapi ia memang banyak buat kempen-kempen dan pendidikan alam sekitar seperti kempen Selamatkan Hutan Tropika, Selamatkan Hutan Paya Bakau, Hapuskan Penggunaan Bom Nuklear, Hapuskan Penggunaan Racun Makhluk Perosak, Hentikan Projek Empangan Bakun, Selamatkan Nelayan Pantai dan seumpamanya. Teman selalu terlibat dengan kempen ni secara langsung dan tidak langsung. Pegi berceramah dan buat pameran tu biasalah. Buat demonstrasi di jalanraya pun pernah gak. Selain bekoje dgn NGO ni (makan gaji tapi gaji tak besar sebab NGO kan), teman join gak dengan NGO yang kebih kecik dan persatuan kemasyarakatan setempat seperti Persatuan Orang Buta St Nicholas, Yayasan Bina Ilmu (YBI) yang berfokus membantu kanak-kanak dari golongan berpendapatan rendah dan Service Civil International (SCI). Koje-koje sampingan ni teman buat di sebelah malam bila ada meeting atau di hujung minggu. Kalau koje dgn persatuan orang buta tu, kita kena bawa deme berjalan di bandar untuk bershopping, berbasikal atau membaca; dengan YBI teman tubuhkan kelab alam sekitar untuk kekanak di Jelutong, dan dengan SCI memacamlah koje sukarela kita kena buat seperti mengecat dan membersih rumah orang-orang tua, rumah anak-anak yatim dan rumah pemulihan orang-orang kurang upaya; menemani OKU pegi shopping; kutip barang-barang terpakai utk rumah-rumah ni dll. Bila kita dah join persatuan-persatuan ni, kita kena komited; bila ada mesyuarat atau perjumpaan kita haruslah luangkan masa santai kita (terutama hujung minggu!, adusss!) dan pegi menghadirkan diri. Bila ada projek, kenalah datang sumbangkan tenaga dan masa untuk menjayakan projek-projek tu. Tak bolehlah ponteng. Sesekali bolehlah kata, "I bizilah, nak rehatlah..." Tapi kalau selalu bizi dan nak escape, No, No, No...! Baik tak payah panggil diri volunteer. Buat koje ni semua free, tak dapat bayaran satu sen pun tapi sebaliknya kita yang kena sumbangkan tenaga, masa dan kekadang duit poket sendiri! Boleh ke mengkome offer 3 benda-benda ni? Haa pikir-pikir dulu yek...
To be continued next entry...coming soon!
No comments:
Post a Comment