Assalamualaikum pembaca budiman,
Kampong ni nama Deridebi bermaksud Sungai Debi. Jadi dalam gambor tu itu ler gamaknya Sungai Debi. Kecik jer pun, tak sampai sekaki tetapi ayornyer bersih. Tak tercemar! Dia mengalir di belakang kampong di celah-celah ladang hazelnut. Punca air dari bukit keliling kampong kami tu. Oleh kerana jumlah hujan kat Turkey ni tak tinggi, ayor sungainya taklah dalam cam Sungai Perak atau Sungai Pahang tu; kecik jer dan cetek Sungai Debi ni.
Ada orang kampung buat terusan kecik dan alirkan air sungai ni ke plot sayuran deme. Tanaman jagung keluarga teman tak jauh dari sungai ni tapi kami taklah buat terusan sebab jagung tak perlukan ayor banyak.
Sekali teman ajak 4-5 orang sedara mara (dalam gambar tu), bebudak sekolah semuanya, pegi berkelah kat tepi sungai tu. Teman pun balik rumah cari teko lama nak bawak berkelah buat masak teh. Pastu cari beberapa biji kentang rebus, dan sebungkus kacang hazel. Pas zohor teman diiringi bebudak tu - yang tolong bawak teko, tikar, dan makanan; kami pun berjalan lebihkurang 200 nak sampai ke tebing. Cari tempat yang baling best dan bentang tikar. Bebudak tu heran apa teman buat pasang api masak teh. Sementara tu deme berkejor-kejor main dalam ayor, sepak-sepak ayor, deme tak mandi ler...ayor sejuk bebenor! Bila ayor dah masak teman pun bancuh teh dan ajak deme makan kentang dan hazelnut. Bising mulut deme komen aktiviti teman tapi teman tak berapa faham. Makan jer ler kome ni pun. Salah sorangnya yang bernama Melek (maksudnya Malaikat) tanya," Halime Yengge suka alam dogal?'' (Yengge maknanya mak saudara).
Alaa apa benda pulak dogal ni. Memula teman tak faham apa maksud 'dogal' tu tapi bila ditunjuk kawasan sekelilingnya baru teman faham maksud dogal tu alam semulajadi. Teman angguklah. Beberapa tahun lepas program berkelah ni, baru teman tau orang Turkey kalau berkelah tak beratkan makan minum. Deme hanya suka menikmati alam yang dogal (sebut do'al, huruf 'g' tu senyap ya). Orang Malaysia suka gak alam dogal ni Melek, tapi bila pegi berkelah makan diutamakan, perut didahulukan!
subhanallah, comelnya kampung mertua akak <3
ReplyDeleteterujalah nak g piknik situ, menikmati air menderu, berkelah kat saudi ni menikmati angin yg berdebu :)
Zura
Yanbu,KSA