Bila kome dah komited dengan NGO atau pertubuhan/persatuan yang kome join tu, baguslah. Ini menunjukkan kome prihatin dan ada semangat kemanusiaan yang tinggi untuk membantu sesama insan, tak kira latarbelakang bangsa, agama, politik, gender, ekonomi dll. Teman perhatikan kebanyakan individu yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarela/kemasyarakatan ni miliki paras kesabaran, kefahaman dan tolenrasi yang tinggi. Ketika dalam pergaulan dan interaksi dengan aktivis sukarela terutama yang melibatkan sukarelawan OKU, deme menunjukkan kesabaran dan tolenrasi yang menakjubkan. Yalah, bukan senang nak melayan dan berkomunikasi dengan individu yang cacat anggota, pendengaran, penglihatan, dan juga yang mentally-challenged ni. Dari pemerhatian teman jugak, sukarelawan yang bekerja dgn golongan OKU ini juga mempunyai perspektif yang berbeza dalam menghadapi isu-isu tertentu kerana mereka telah didedahkan pada perbezaan ini selama berinteraksi dgn golongan istemewa ini.
Sikap teman pun berubah sikit menjadi lebih sabar dan empatik bila berinteraksi dengan individu OKU dan cacat penglihatan. Salah sorang kawan OKU yang rapat dgn teman bernama Roger. Dia ada masalah pertuturan yang agak teruk. Kome kena tunggu dekat 3 minit untuk dengar dia sebut satu ayat. Sabor jer lah. Selain dari itu Roger juga ada cacat fizikal - dia mempunyai kaki yang bengkok, kepalanya terteleng sebelah dan kekadang air liur meleleh dari mulutnya. Dia berjalan menggunakan tongkat. Sekali pandang kome mesti ingat Roger ni retarded. Masa memula masuk sekolah pun pihak sekolah ingat dia seorang retard. Tetapi bila deme uji dia balik, secara mental dia ni normal dan terus dihantar ke sekolah normal. Roger berjaya belajar hingga Form 5 dan menamatkan peperiksaan Malaysia Certificate dia dengan grade yang baik. Dan Roger pernah dihantar menghadiri sebuah bengkel di India oleh NGO kami dan dia pergi sorang diri tu! Itu dia Roger yang independent!
Empati ialah salah satu ciri yang amat diperlukan jika kome nak jadi volunteer ni. Jangan simpati jer. Kekadang golongan yang kurang bernasib baik ni tak mau simpati tetapi empati. Deme pun manusia gak yang ada perasaan, harga diri dan maruah. Jadi kita kena tunjuk rasa hormat dan memahami, bukan memandang kesian atau pandang rendah dengan keadaan atau situasi deme tu.
Menjadi sukarelawan bukan susah. Kome carilah badan atau persatuan dan buat hubungan melalui networking ke, maklumat dari radio/tv ke, suratkhabar atau majalah, pasti ada artikel atau maklumat tentang pertubuhan-pertubuhan ni. Lazimnya deme akan bagitau apa yang deme perlukan - kerapnya mereka perlukan volunteer utk buat sesuatu kerja di tempat deme tu; kekadang deme perlukan barang-barang seperti baju terpakai, perabut terpakai, alat eletronik terpakai; adakala deme perlukan sumbangan wang. Kalau deme perlukan sumbangan tenaga, kome offerlah bila boleh kome pegi tempat deme tu - mengecat, mencuci, bertukang, menjahit, memasak, atau menemani penghuni/pesakit gitu. Banyak kojenya kome, usah risau. Kat Malaysia ni banyak pertubuhan/persatuan yang memerlukan volunteer tak kira waktu atau hari. Kalau kome boleh sumbang tenaga dan masa siang hari, boleh, malam hari, boleh, hujung minggu, pun boleh. Ada individu memang mengambil berat dan prihatin tetapi deme miskin masa dan tenaga, jadi deme offer wang ringgit, itu pun boleh kome weh, no hal punya!
Jadi tunggu apa lagi, jom kita sumbangkan tenaga dan masa kita, walaupun sejam dua membantu golongan yang kurang bernasib baik dari kita. Mungkin di kawasan atau daerah dekat tempat kome ada, cari ler. Tak payah pegi jauh-jauh der, tolong yang dekat dulu. Berniat baik dan ikhlas InsyaAllah dapat pahala!
To be continued...
No comments:
Post a Comment