Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kampong Deridebi dilihat dari atas bukit sebelum menyusur masuk ke kampung. Gambar diambil sekitar tahun 2003 sewaktu musim bunga. Kelihatan ladang kacang hazel mengelilingi kampong dan selainnya pokok buah-buahan seperti epal, pear, tin; manakala pokok anggur menjalar tak nampaklah dalam gambar. Keistimewaan Kg Deridebi ni banyak terdapat pokok berangan dan walnut liar. Pokok-pokok ni tumbuh merata tempat dalam hutan dan semasa hutan diterokai untuk buka ladang hazelnut dulu, orang kampong tak tebang pokok-pokok yang berguna ni. Saiz buah berangan di sini agak besar dari yang kita lihat dijual kat Malaysia.
Buah berangan dan walnut dikutip selepas musim mengutip kacang hazel iaitu pertengahan bulan September. Waktu ni suhu dah turun jadi kena pakai baju tebal sikit. Pengalaman pertama teman kutip buah berangan dan walnut ni menyeronokkan sebab tau buah beragan kat Malaysia mahal. Kat Malaysia bila lalu depan penjual, menitik ayor lior, kena pikior 7-8 kali, "Nak beli ke, tak nak beli ker...?"
Tapi payah gak nak dapatkan buah berangan ni! Dia seakan buah rambutan tapi bulu dia keras dan tajam. Silap haribulan tercucuk jari! Buah walnut rupa dia macam buah pom-pom yang beracun tu, pulas kulit luarnya dapat buah belah dalam yang ada tempurung keras. Isinya macam otak. Ada kajian kata buah walnut ni berkhasiat tinggi, sama gak dengan kacang hazel yang mempunyai khasiat yang tinggi. Tiap kali musim buah berangan ni, sonoknya rebus atau panggang dalam dapur tradisional tu! Harum semerbak baunya. Siang malam makan buah ni. Pulun kata orang Kedah. Deme kat sini tak goreng dengan pasir sebab tak tau. Teman pun tak penah buat. Sini kalau kita buat sesuatu yang deme tak penah buat nanti deme rasa pelik.
Gambor yang kedua rumah kampong keluarga kami - tiga tingkat, tingkat bawah ada satu salon atau ruang tamu attached dengan sebuah tandas; satu bilik tidur dengan attached bilik air dan tandas, dan sebuah dapur. Tingkat satu ada sebuah salon lagi dan attached tandas; satu bilik tidur dengan bilik air dan tandas, dan sebuah dapur yang jadi port utama keluarga. Di tingkat dua terdapat 4 bilik tidur semuanya ada attached bilik mandi dan tandas. Salah sebuahnya bilik tidur tetamu. Rumah ni tak beratap, ianya level dan ada ruang di bahagian siling tingkat ni boleh kita naik ke atas, teman kira deme jemur sesuatu atas bumbung tu.
Rumah ni agak baru siap dibina sekitar tahun 90an. Suami teman reka supaya memberi keselesaan kepada 3 orang anak lelaki dan menantu dia; itu sebab semua bilik tidur, bilik tamu dan salon ada attached bilik air dan tandas. Bila tetamu datang nak guna tandas, guna saja yang kat salon. Salon pulak boleh dijadikan bilik tidur segera sebab 2 sofa panjang boleh dibuka dan dijadikan katil. Kalau ramai tetamu datang berkeluarga, salon jadi bilik tidor tambahan.
Di depan rumah di tepi lereng sikit, terdapat kandang atau rumah lembu. Keluarga ada membela 2 ekor lembu betina untuk mendapatkan susu. Bila lembu-lembu ni beranak, anaknya tu akan dijual selepas dia putus susu. Susu diperah setiap pagi dan petang. Lepas susu diperah waktu pagi, lembu-lembu ni dikeluarkan dan dikerah ke arah Sungai Debi yang terdapat padang rumput. Agak tengahari kekadang lembut ni balik sendiri nak masuk kandang. Adik ipar rajin beri nama lembu-lembu ni, ada yang nama Kacang (Fistik), Bintang (Yildiz), Anak Perempuan Hitam (Kara Kiz) dll. Hubungan dengan lembu memang intim terutama ahli keluarga yang selalu perah susu.
Deme panggil lembu-lembu ni, "Kiz...Kiz...gel, gel!" maksudnya, "Anak perempuan...anak perempuan...mari, mari!"
Pernah teman dengar deme panggil lembu-lembu ni Kizim, maksudnya 'Anak perempuanku'!
assalam kak,
ReplyDeletebaru tahu sape itu Kara kiz hehehe, duk study story dopan2 tak faham citer, makin seronok nak tahu citer akak.
zura
yanbu,KSA
Salam Yong,
ReplyDeleteElok baca ikut kronologi, baru kenei character. Rajin Yong membaca ya. Tima kasih datang!