Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, June 26, 2010

Musim Menuai Hazelnut















Assalamualaikum pembacaku sekelian,
Pertama kali teman sampai ke kampong ni, teman macam tak terkata atau 'speechless'. Mana taknyer, kampong ni nampak macam dalam poskad terutamanya bila teman tengok dari jarak tinggi dari dalam kereta. Waaaa...cantik dan nyamannya, Alhamdulillah, ini rezki yang Allah bagi pada teman, menikmati pemandangan dan situasi sebegini. Tambahan pula masa teman pegi tu pertengahan musim bunga. Udara bersih dan segar dan suhu memang nyaman .
Dari dalam kereta nampak satu kawasan berbukit-bukau nan hijau, di celah-celah ternampak rumah-rumah kampong bercat putih. Bila kereta menuruni bukit, baru jelas nampak rumah-rumah ni ala-ala rumah Eropah lain - ada balkoni, loteng, serombong asap, dan di luar rumah ada kawasan lapang; sesetengah rumah ada kandang lembu, dan ada anjing! Orang kampong mundar-mandir dengan kerja kampong seperti menjemur, mengemas, membelek mesin dll. Tapi masa tu (tahun 2003) teman tak tau belum betul-betul waktu sibuk - waktu menuai kacang hazel.
Kawasan atau wilayah Karadeniz (Laut Hitam) terkenal dengan tanaman kacang hazel. Ia merupakan tanaman ekspot utama Turkey. Menurut sejarahnya, kacang hazel telah ditanam di wilayah Turkey ini sejak zaman 300 Sebelum Masehi. Bentuk topografi dan cuaca di Karadeniz ini memang sesuai utk tanaman hazelnut. Anggaran keluasan tanaman hazelnut di Turkey ialah antara 600,000-650,000 ha. Pokok hazelnut tidur pada musim sejuk; pada musim bunga mula berbunga dan berputik. Ketika musim bunga semangat petani dan orang kampung berkobar-kobar. Sibuk deme membaiki traktor, lori, mesin rumput dan satnika peralatan tani. Masa ni deme dah mula pegi ladang memasing, potong perdu pokok hazel yang tua dan dilonggokkan; merumput atau mesin rumput; menabur baja, meracun dll. Kebanyakan kaum wanitanya menyiapkan tapak utk bercucuk tanam - cili, kobis, salad, tomato, kekacang. Sayuran ni ditanam di satu tapak kecik atau lereng yang kosong. Bila masuk musim panas (July-September) orang Kurdish dari Diyarbakir, Mardin dan daerah sekitarnya mula berbondong-bondong bawa tikar bantal, periok belanga, khemah naik bas, lori, van, keretapi menuju wilayah Karadeniz cari kerja-kerja pertanian sebagai pekerja upahan. Masa ni pokok hazelnut dah menghasilkan kacang yang matang dan ramai penanam hazelnut memerlukan tenaga kerja tambahan untuk memetik kacang ni. Besar saiz ladang, ramailah pekerja upahan diperlukan.
Luas ladang hazelnut keluarga suami teman anggaran 10 buah padang bolasepak. Kawasannya bukan selonggok satu tempat, tapi satu plot dekat rumah, satu plot kat sana, satu plot kat sini, tetapi plot yang paling besar terletak atas bukit lebihkurang 6 km dari kampong. Pegi ladang atas bukit naik lori atau traktor. Tiap musim menuai keluarga kami memerlukan antara 15-20 tenaga kerja tambahan dan lazimnya orang Kurdish. Deme ni ditempatkan dalam sebuah rumah kosong lama tinggalan kelurga; di situlah deme lelaki pompuan dok serumah, tidor, makan minum bersama. Lazimnya deme ni dibawa oleh mandor bangsa deme sendiri dan kebanyakan datang dari kampong yang sama dan ada pertalian keluarga. Selama lebih kurang 3-4 minggu dalam pertengahan Ogos hingga awal September, kami ahli keluarga dan pekerja import ni akan naik lori kami ke ladang bukit dan bekerja dari 7 pagi hingga 5 petang. Di ladang bukit ada rumah ladang kami, semua cukup - 2 bilik tidor, dapur, ruang tamu dan 2 bilik air. Waktu rehat kul 1 hingga 2 ptng. Ahli keluarga makan dalam rumah dengan masakan yang baru dimasak manakala pekerja Kurdish makan bekalan yang dibawa dari rumah tumpangan dan makan bawah pokok hazelnut, macam berkelahlah. Lepas makan, deme ni renggah buah epal atau buah pear berdekatan.
Bunyi macam romantik ye, tapi weh penat koja menuai kacang hazel ni... sakit-sakit badan dan kaki dibuatnya! Sambung lain entry...!

3 comments:

  1. memang macam menarik bunyinya..kalau kat mesia ni istilahnya macam gi tlg petik biji kopi le ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Acik,
      Mak oiii jauhnya Yong baca gostan ni. Ni macam petik... takde macam kat Msia. Kita kopi tak banyak mana. Yg hazelnut ni satu family bertan-tan.

      Delete
  2. wahhh bestnyer kampung akak ni. ingatkan akak kat turki raya nanti, kalu tak boleh ziarah kampung Deridebi. dah berangan dah nak kutip hazelnut hehehe, insyaaAllah 18-26 Ogos nanti sy sekeluarga akan ke Istanbul. Bila pulak nak balik ke turki kak?

    Zura
    Yanbu,KSA

    ReplyDelete