Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, May 30, 2012

MAVI MARMARA: YAHUDI KATA 'NO WAY!' dan WHERE ARE YOU LEILA KHALID?

Gambor mangsa pembunuhan Yahudi di kapal Mavi Marmara masa lawatan teman 3 tahun lepas, Istanbul.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gomen Yahudi menggesa gomen antarabangsa memberi tekanan keatas Ankara yg telah mendapati 4 jeneral Yahudi bersalah menyebabkan kejadian pembunuhan 9 aktivis Turki di atas kapal Mavi Marmara 3 tahun lepas, ke dah 4 tahun?
Alasan deme, kalau Turki berjaya bawok rakyat deme ke pengadilan, nanti menjejaskan tindakan US dan NATO kononnya, yg selalu serbu kapal/kedudukan terroris di perairan antarabangsa dalam usaha menentang terrorisme.
PM Yahudi Netanyahoo kata, "No way deme buleh tangkap askar keme. Tak dapat masuk Turki tak pe. Kami akan jaga askar dan rakyat kami. Kome jaga kami (askar), kami akan jaga kome!"
Begitulah sayangnya gomen Yahudi dgn rakyat dia!

Sumber berita dari Hurriyet Daily News.
Gambor Mavi Marmara teman punya!
Jangan cilok taw!
Dosa!


Mr T semasa di kawasan otonomi puak Kurdish, 2 tahun lepas.

Mr T udoh terlepas ke Iraq....again.
"Berapa lama pulak, Yob?" teman tanya paka sms.
"Setahun lebih, Darling!" dia sms balik.

3 tahun lepas koje di Afghanistan.
Takde ke negara yg lebih aman awak buleh koje, Yob?
"I like danger!", dia kabor.
Sabor jer dapat laki cam nih!
Ya Allah ya Tuhanku, peliharalah dia!


Mr T dengan pekerja am semasa di Afhanistan.

Mr T cepat tangkap kesian dgn orang-orang kurang berkemampuan. Ada gak dia citer cam ner susahnya rakyat Afghanistan nak menyara idup. Tulah bahana negara di bawoh Amerika dan Crusaders, ikut terma Mr T!
Doakan keselamatan utk Mr T, ya kome.


Cara menidurkan baby Turki.

Moh ikut teman nyinggah rumoh anak tiri teman yg sulung, si Tahsin. Dia koje mechanical engineer di bandar Eregli, Laut Hitam.
Dulu Mr T koje tempat yg sama.
Tahsin pangge teman 'Mom' atau 'Mummy'.
Balik dari koje, salin baju, teruih main dgn Yusuf.



Tahsin ada 3 orang anak.
Yang tengah si Sule (sebut Syule), baru 8 tahun.
Balik rumoh teruih terokam adik!
Ucup gumbira gurlll gurrlll gurrllll!



Dulu apartment Tahsin kecik, 2 bilik jer.
Sejak budak ni lahir, deme sewa apartment 3 bilik ada salon lebih besor...

gurrlll gurrlll gurrllll!

...untuk Ucup golek-gelantang!
Budak kecik ni punya pasa, kena sewa rumoh besor!



Bertuah miker Ucup, ada kakak dan abang yg besor, buleh ngasuh!


Abang sulung Ucup, si Ertugrul Hamza.

Eihhh malu pulak bila Helime Baba Anne amik gambor dia!


Ok, dah siap nak ke sekolah!


Bye-bye Helime Baba Anne, Ertugrul kata.

(Opah belah bapak deme pangge Baba Anne, Opah belah mak deme sebut Ana Anne. Teman Opah tiri tapi tetap Baba Anne jugak!)



Selingan: Olimpik nak dekat kan?
Teman pun teringat Olimpik Munich tahun 1970an.
Ingat Olimpik Munich, ingat Leila Khalid!

Gambor google



Where are you, Leila Khalid?

Gambor google



Viva Palestine!
Who is Leila Khalid?
Googlelah, kome ni pun!

Gambor google


Jamu mater!
Menu di sebuah R & R on the way balik Istanbul...


...bahagian salad!
Amik sepiring udoh ler!


Monday, May 28, 2012

DUDUK DAN SOLAT DI ISTANBUL; RUSTU GANTUNG BOOT; KEKANAK TURKI DI MUSIM DINGIN!

Duduk dan Solat!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Kalau KL ada Duduk dan Bantah, Istanbul ada Duduk dan Solat!

Menurut laporan Today's Zaman, pada ari Sabtu baru ni beribu-ribu Muslimin dan Muslimat memprotes undang-undang 1934 yg menghalang aktiviti ibadah dlm Masjid Hagia Sofia. Masjid yg dulunya gereja Kristian Byzantium kendian jadi muzium hingga kini tak buleh digunakan untuk bersolat.
Salah sorang yg protest kata "Kita mesti pecahkan rantaian halangan lapuk ni. Ini bebenor menghina usaha Sultan Mehmet Fetih yg menjadikan banguanan ni sebuah masjid selepas penawanan Constatinople!"
Ada yg mengkritik pihak gomen (termasuk gomen-gomen sebelum AKP) terlampau mengikut kehendak pihak Kristian Barat.
Lepas protes tu, deme bersolat di depan masjid tu sambe disaksikan oleh para pelancong.
Sapa kata orang Turki tu sekular?
Teman idok berselera nak masuk dlm masjid ni sebab ianya muzium. Bila jadi masjid semula, InsyaAllah teman masuk.



Satkhabor yg sama turut bawok berita goalie tersohor Turki Rustu Recber udoh gantung boot. Sapa yg ingat World Cup tahun 2002 di Korea-Jepun, tentu kenei dia ni.
Antara goalie yg glam dan hensom - 'tall, dark and handsome' kata novel Mills and Boon!
Dia pencen lepas perlawanan friendly dgn Finland baru-baru ni, setelah bermain 120 kali mewakili Turki!
Kolay Gelsin, Rustu!

Gambor dan berita dari Today's Zaman


Paka sandal Opah!

Huh...penat mengolah berita nih.
Ok, layan jer gambor-gambor apa dak kecik buat di musim dingin, sebab tak buleh kuar rumah, sebab sejuk bebenor kat luor tuh!

Antaranya berlagak jadi orang besor...


Main pondok-pondok...


...kerabat ataih meja...


Caaakkkkk!

Belakang tu bilik tido Nyang (mertua teman) dan Opah dia (si Nevin). Teman tido situ bila teman lepak sini.


Sonok ke naik ataih meja, Mursel?

Nak larang tak buleh sebab deme tak banyak pilihan nak main apa kalau dok dlm rumoh saja. Nevin tengah membasuh.


Tolong lipat skaf Helime Baba Anne.

Jangan kasi koyak, Mursel.
Orang punya, dah order tuh!


Bosan lipat kain, main dgn woodon pulak.

Masalahnya bila dia campak, berterabur serpihan chips dan habuk. Deme nih tak suka habuk-habuk dan sampah.
Sat gi kuar vacuum cleaner!



Kalau kayu api abis, dia kerobek laci dapur.
Haaa beterabur pulak satnika sudu garfu.
Moyang dia kata 'jangan' dan 'simpan', dia jerit merampus.
Budak Turki berani melawan!


Makan ataih meja.

Kuih ni manis extreme, dia sardin pongap 3-4 bijik!
Nampak tu ayor gula berlinang-linang!


"Oowwwwww!!!"

Mursel agak ganaz bila main dgn sepupu dia, Asude.
Tarik rambut, berebut barang mainan.


Main kapal-kapal.

Ni besen rendam kain baju.
Cam ner buleh sampa ke bilik tido?



Sekali-sekala dia relax jap bila ada citer kartun.
Siyesss tu.



Ada masa Nevin ikat dia dan balut kekemeh, bawok nyongket ke rumoh jiran.
Nyongket, Mursel suka bebenor!


Ahhhhhh...legaaaaaaa!!!

Rumoh rasa aman bebenor bila dia nap.
Kekadang dekat dua jam dia lena!



Roti bakor sapu jem stroberi dan muter, rende!

Selamat berposa sunat kepada yg berposa ari ni!
Teman plan berbuka dgn moi dan lauk bilis goreng dgn tempe dan tauhu. Afiat olsun!

Saturday, May 26, 2012

JUMPA PELANCONG MALAYA DITIPU HIDUP-HIDUP Di ISTANBUL

Di hotel pelancong Malaya menginap, Istanbul.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ceria ler...cuti sekolah dah bermula!

Horreeeyyy, horreyyyy!

Sepanjang teman berulang ke Istanbul dah lebih sepuluh kali ni, ada sekali dua kala teman nampak orang Malaysia - kat Eminonu, deme nyopping di Grand Bazaar atau nak solat di Yeni Cami.
Tapi dalam trip kali ni ( Januari-April 2012) baru berjumpa dan dapat bersembang dgn pelancong Malaya.


2 orang kakak kawan, sorang dok Ipoh, sorang dok Putrajaya.

Itu pun sebab teman kenei deme. Deme guna pakej ke Turki.
Dalam 10 ari gitu deme bekejor sana, berlari sini nak pusing Turki.
Gi satu tempat tu satu malam jer, pastu naik bas lagi ke wilayah lain.
Teman dengor pun letihhh!
Lagi letih bila deme asyik kena powww!
Naik feri lalu Selat Bhosporos patutnya 10 Lira tapi deme kena USD60!
Jaket kulit yg Mr T kata patutnya US80, deme kena cekik USD350!
Nasib ler kome!




Meh ikut teman dgn Mr T nyusur lorong Istanbul nak gi jumpa sorang lagi orang Malaya.
Sampa Sultanahmet kome tak buleh bawok keta guna jalan utama.
Jadi kena susup-sasap lorong kecik...



Hah sudah!!!
Dahlah jalan sehala, sempit pulak.
Salah sorang kena berundur ler...



Sini semua banguanan lama zaman Uthmaniah.
Ada yg boh barang dagangan di kaki lima kedei jer...



Aduhai teman seriau jer bila Mr T navigate keta dia.
Semua dah ada keta...mana nak parking?
Kalau kome jumpa satu space kosong, kira ajaib!



Salah satu tempat tu teman nampak satu kubur yg ditanam bunga tulip.
Al-Fatihah kpd arwah.



Sapa yg rajin lukis mural 'ISTANBUL' kat dinding.
Sini dah kira masuk kawasan hotel butik.



At last
Mr T jumpa parking lot Dewan Bandaraya Istanbul.
Alhamdulillah!
Berpusing tadi ntah bape kali.
Sekali parking 10 Lira (RM17).
Ni kira nasib baik dapat tempat kosong...a miracle!



Kami janji nak jumpa Ustaz Roslee, tuanpunya agensi pelancongan, di perkarangan Masjid Biru.
Sementara Ustaz tu terkial-kial nak sampa ke situ, Mr T lepak hisap candu...



"Amik gambor darling...nak melancong gak," teman kabor kat Mr T.
Lagi 4 ari nak balik Malaya, baru teman nak 'melancong'!



Pas 15 minit nunggu, Ustaz Roslee dan kawan sampa.
Teman sampakan satu beg stokin dan hazelnut pd ustaz (isteri ustaz tu kawan teman).



Mr T bagi sikit info tentang hotel-hotel bajet dan restoren sekitar Sultanahmet pd Ustaz.
Semoga perniagaan pelancongan dia berjalan maju jaya!


Salah satu menu makan tengah hari teman satu hari yg sejuk di Basaksehir.
Nasik tak mandang yee!

Thursday, May 24, 2012

MOH LEPAK DI DAPUR KAMPONG TURKI!

Dapur rumoh kampong Mr T


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Meh lepak-lepak kat mutfak atau dapur rumah kampong Mr T di Kg Deredebi. Sorang pembaca penah tanya mana ropa soba ni.
Ni typical mutfak kampong di Turki.
Yang paling penting natang werne coklat ada serombong tu.
Deme pangge soba.



Soba
ni ada dalam semua romah di kampong dan jugak di sesetengah rumoh apartment yg buleh pasang serombong. Benda ni bukan je dapur memasak tapi juga heater.



Salah satu pintu ni, taraaa ...ruang oven di sebelah kanan.
Ruang kayu api di belah kiri, jadi ruang ni dapat haba, bukan panas direct dari kayu yg dibakor.


Bila nak masak boh dan sumbat kayu di ruang sebelah kiri soba. Kalau nak masak menu yg memakan masa lama, boh kayu bebesor sikit.
Kayu-kayu yang ni kira haluih jaa...


Ni ropa bahagian bawoh tempat kayu dibakor yg ada debu.



Masukkan dalam bekas ni.
Nampak pun cam dah antik. Yang penyodok tu untuk kaut debulah. Penyepit tu untuk sepit apa-apa yang panas e.g bara.



Susu si Kara Kiz dan Sari kiz diperangat atas soba. Teko besor belah kiri tu utk jerang ayor utk pelbagai guna.
Teko belah kanan tu teko teh atau cay.
Ehhh mana kiri, mana kanan?
Teman dah blur...


Di kampong deme makan duduk atas karpet.
Meja rendah ala-ala Jepun. Tapi ni lumrah.
Yang baju biru anak sedara Mr T, si Ilker, sebelah dia cucu tiri teman Ertugrul dan adik dia si Sule.
Sofra atau kain alas dibentang dulu, baru boh meja. Lebihan sofra tu kome boh ataih riba, elakkan sisa makanan jatuh ataih karpet!


Si Yusuf sedang lenaaaaa...

Selain tempat masak, makan, nonton Tv, bersembang; kat mutfak buleh jadi tempat tido.
Teman dan Kak Emine selalu tido sini masa musim dingin sebab dah siap panah dlm bilik ni.


Ahhhh Yusuf dan sedor.
Helime Baba Anne nak bermesra dgn Ucup!



Home-made beyaz peynir
(white cheese) yang dibuat oleh Kak Emine.


Rezki tak tau mai dari mana.
2 ari lepas sorang rakan FB dan juga blogger kirim sepasang telekung...


...2 jenih serunding, dan 2 jenih kepuk Kelate.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada Puan Salina.
Dia nak hadiah, nak eratkan silahturrahim.
Semoga Allah murohkan rezki dia.
Terima kasih, tessekkur erderim!
Terharu sesangat.
Sedap kepuk werne-warni tu Salina Hanim!


Untuk iftar ari ni, meehoon sup tulang rusuk.
Nah hirup sorang sikit...sesudu jer taw!