Moh Kite Follow Sesame...

Monday, May 28, 2012

DUDUK DAN SOLAT DI ISTANBUL; RUSTU GANTUNG BOOT; KEKANAK TURKI DI MUSIM DINGIN!

Duduk dan Solat!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Kalau KL ada Duduk dan Bantah, Istanbul ada Duduk dan Solat!

Menurut laporan Today's Zaman, pada ari Sabtu baru ni beribu-ribu Muslimin dan Muslimat memprotes undang-undang 1934 yg menghalang aktiviti ibadah dlm Masjid Hagia Sofia. Masjid yg dulunya gereja Kristian Byzantium kendian jadi muzium hingga kini tak buleh digunakan untuk bersolat.
Salah sorang yg protest kata "Kita mesti pecahkan rantaian halangan lapuk ni. Ini bebenor menghina usaha Sultan Mehmet Fetih yg menjadikan banguanan ni sebuah masjid selepas penawanan Constatinople!"
Ada yg mengkritik pihak gomen (termasuk gomen-gomen sebelum AKP) terlampau mengikut kehendak pihak Kristian Barat.
Lepas protes tu, deme bersolat di depan masjid tu sambe disaksikan oleh para pelancong.
Sapa kata orang Turki tu sekular?
Teman idok berselera nak masuk dlm masjid ni sebab ianya muzium. Bila jadi masjid semula, InsyaAllah teman masuk.



Satkhabor yg sama turut bawok berita goalie tersohor Turki Rustu Recber udoh gantung boot. Sapa yg ingat World Cup tahun 2002 di Korea-Jepun, tentu kenei dia ni.
Antara goalie yg glam dan hensom - 'tall, dark and handsome' kata novel Mills and Boon!
Dia pencen lepas perlawanan friendly dgn Finland baru-baru ni, setelah bermain 120 kali mewakili Turki!
Kolay Gelsin, Rustu!

Gambor dan berita dari Today's Zaman


Paka sandal Opah!

Huh...penat mengolah berita nih.
Ok, layan jer gambor-gambor apa dak kecik buat di musim dingin, sebab tak buleh kuar rumah, sebab sejuk bebenor kat luor tuh!

Antaranya berlagak jadi orang besor...


Main pondok-pondok...


...kerabat ataih meja...


Caaakkkkk!

Belakang tu bilik tido Nyang (mertua teman) dan Opah dia (si Nevin). Teman tido situ bila teman lepak sini.


Sonok ke naik ataih meja, Mursel?

Nak larang tak buleh sebab deme tak banyak pilihan nak main apa kalau dok dlm rumoh saja. Nevin tengah membasuh.


Tolong lipat skaf Helime Baba Anne.

Jangan kasi koyak, Mursel.
Orang punya, dah order tuh!


Bosan lipat kain, main dgn woodon pulak.

Masalahnya bila dia campak, berterabur serpihan chips dan habuk. Deme nih tak suka habuk-habuk dan sampah.
Sat gi kuar vacuum cleaner!



Kalau kayu api abis, dia kerobek laci dapur.
Haaa beterabur pulak satnika sudu garfu.
Moyang dia kata 'jangan' dan 'simpan', dia jerit merampus.
Budak Turki berani melawan!


Makan ataih meja.

Kuih ni manis extreme, dia sardin pongap 3-4 bijik!
Nampak tu ayor gula berlinang-linang!


"Oowwwwww!!!"

Mursel agak ganaz bila main dgn sepupu dia, Asude.
Tarik rambut, berebut barang mainan.


Main kapal-kapal.

Ni besen rendam kain baju.
Cam ner buleh sampa ke bilik tido?



Sekali-sekala dia relax jap bila ada citer kartun.
Siyesss tu.



Ada masa Nevin ikat dia dan balut kekemeh, bawok nyongket ke rumoh jiran.
Nyongket, Mursel suka bebenor!


Ahhhhhh...legaaaaaaa!!!

Rumoh rasa aman bebenor bila dia nap.
Kekadang dekat dua jam dia lena!



Roti bakor sapu jem stroberi dan muter, rende!

Selamat berposa sunat kepada yg berposa ari ni!
Teman plan berbuka dgn moi dan lauk bilis goreng dgn tempe dan tauhu. Afiat olsun!

59 comments:

  1. salam yong..kemain lasak budak comel ni ye..he he
    anok teman yang sulong dulu gini le..semua dibuat main...memang letih dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Erna,
      Bertuah ler kalau dpt budak yg dudukkkkkk saja. Tapi itu budak OKU kan?

      Delete
  2. assalamualaikum, yeah rustu recber, goal keeper yang nampak macho dengan calitan ink bawah mata. semifinalis world cup jepun/korea. no 3 kira ok. Kemana pulak perginya Hakan Sakur?
    Pernah juga masuk Aya Sophia.Church,Masjid endup dgn Muzium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mimar,
      ha ha ha awak pun ingat kejohanan 2002 tu kan, memang meriah sbb ada Turki! Ohhh Hakan Sukur sekarang Ahli Parlimen AKP! Cayalah!

      Delete
  3. salam yong,

    comel gelagat mursel ni..walaupun nampak a bit boring asyik dok dalam rumah..habis semua jadi bahan mainan dia.

    mudah2an hagia sofia satu hari akan betul2 berfungsi sebagai masjid semula..instead of museum kan...sayang sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Siti,
      ropa jer comel tp merampus tu kekadang.
      InsyaAllah kita doakan Hagia Sofia jd masjid. Tp kalau jadi masjid, org Kristian akan protes, negara Eropah pun bising2, tak caya tengok!

      Delete
  4. "Tall, dark and handsome" tu yong..antara kriteria nekcik cari calon suami dolu dolu..sebab mmg pembaca Mills and Boon..tak main novel SALINA!!kui kui...itulah satu satunya novel melayu yang penah nekcik baca..and i dun like it!! kwang kwang..otak dah dibritishkan...tapi alhamdulilah dah tua ni baca buku agama je lah..alhamdulilah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong,
      huh! Pecah rahsia...peminat romantika d'amour!
      Tak ngape baca apa pun aseikan meningkatkan minda, pengetahuan, bahasa etc. Teman dulu rajin gak baca Milss n Boon, jadi BI pun kuat gak. Skrng kurang pegang buku, asyik baca website!

      Delete
  5. Assalamualaikum kak,

    elok jugak tu duduk & solat! sape pun x boleh nk kata apa...gitulah ada anak2 kecik ni...penat dah tu si Mursel main...sampai 2 jam dia tido!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yong Ruby,
      Di Turki protes dan demo jarang diganggu polis/FRU.
      Kalau ada budak kecik bbaiiiiiiiikkkk sangat, bahaya tu, mungkin dia cacat, Nauzubillah!

      Delete
  6. Kerajaan Turki yang sekular tu pun ada pengikutnya kat Malaysia ni...org bantah, dia degil...dia humban org yang tak bersalah dalam jel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yob,
      Sabor jer dgn ujian. Berani kerana benar!

      Delete
  7. assalamualaikum kak,
    "Kolay Gelsin" apa maksudnya tuh?..Afiat olsun=selamat berbuka, heheh..betui ke?

    ater ye..mursel ngape kamu tarik rambut siAsude tu..sian dia smpai terteleng kepala dia kamu buat..selamat berbuka puasa kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalakumsalam Hjh Asma,
      Kalau kita nampak org bekerja atau nak buat keja/tugasan kita kata "Kolay Gelsin" atau "Semoga dipermudahkan". Bila org nak menjamu selera dan dah abis makan kita kata "Afiat Olsun"! Orang Turki amat beradab dlm pengunaan bahasa, sikap jer kasor!
      Tima kasih, bila kita nak berbuka sama?

      Delete
    2. berbuka sama?..saya boleh je..akak bagitau je bila..:)

      Delete
  8. Assalamualaikum kak..

    Moga mereka berjaya dalam tuntutan mereka. Kalau berjaya dapatlah akak kongsi gambarnya kelak.
    Hehe..Mills n Boon,peberet teman masa muda2 dulu,hik!
    Selamat berbuka kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Ummi,

      Walaupun jumlah penduduk Kristian Ortodoks tak bape kerat tp pengaruh deme di Eropah kuat. Kalau dijadikan masjid, hingor satu dunia barat! Bukan tak blh akak gi masuk, dkt jer dgn Masjid Biru, tp ati ni berat nak masuk.
      He he romatika juga, peminat Mills n Boon!
      Tima kasih, semoga posa diterimaNya!

      Delete
  9. assalam kak, orang turki suka nyongket ye kak..(psttt nyongket tu amende?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zany,
      hosgeldeniz dan selamat datang.
      He he he baru dengor ye perkataan nyongket/jongket?
      Cer Adik gi entry lama banyak perkataan tu, nanti blh agak maksud dia.

      Delete
  10. salam kak yong...benor-benor nakal Mursel tu ya... comel pula tengok dia tido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Lia,
      tolong jaga sehari, nanti kabor comey ke dak...he he he!

      Delete
  11. salam kak..
    first saya masuk aya sofia...saya kagum..dizaman itu dah ada bangunan se gah ini?? Sayang sgt di jadikan muzium...kalaulah dpt solat disini kan best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong,
      Akak tak nak masuk sbb dia masih muzium!
      Zaman asalnya takde minaret. Pas Sultan Mehmet tawan, deme tambah minaret.

      Delete
  12. mursel... mursel... comey nya...

    aman damai je duduk & solat situ.. mcm penyokong kelantan solat maghrib kat stadium sebelum main bola.. tu kat stadium kelantan kan.. rasanya pernah tengok dlm satkabaor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Mulan,
      Di Turki demo mmmg selalu aman, walaupun pendemo ramai dan menjerit2, polis tak kaco.
      Benar tu Mek, demo solat kat stadium sokmo!

      Delete
  13. buas nyer budak tu hah...
    xleh duk diam..
    habis semua di keje kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Eita,
      kalau ada budak dok diam, deme ada projek atau...cacat!

      Delete
  14. salam cikgu..selamat berpuase bulan rejab :)

    comelnye cucu 2 cikgu....

    ape maksud afiat olsun tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amy,
      Tima kasih.
      Maksud Afiat Olsun, Selamat Menjamu Selera!

      Delete
    2. best dpt belajar bahasa asing dgn cikgu secara tak langsung kan heee pi turki dah boleh ckp sket2 ;0

      Delete
  15. Salam Yong

    Tall dark and handsome. tambah lagi satu..poket kembung...i like it....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Sekampong,
      ehem, ehem...Yob miker 'Tall, dark , hensom dan loaded' ye? Bijak, bijak orang Parissss!

      Delete
  16. Salam, Yong..

    Duduk dan Solat, hmm..idea yg bagus. Parti AKP pun takleh nak buat undang2 baru utk Hagia Sophia? Lamanya undang-undang tu, dari tahun 1934 lagi. Parti sekular (pembangkang) sana dgr khabor sgt kuat.

    Suka Masjid Biru, dari asal memang dah masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong,
      Bukan senang deme nak tukor undang2 Yong, parti pembangkang kuat. Bukan cam kat sini, gomen sesuka ati buat apa dia nak. Sana media free, bebas nak cakap dan kritik gomen. Memang sihat demokrasi deme!
      Yaa Masjid Biru dibina nak complement Hagia Sofia.

      Delete
  17. Asssalam Kak Yong,

    comel bebeno le anak2 ni.. gewam teman nengoknyee.. ghamei plak tu,termasuk ucop hari tu.. comei2 belake!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yong,
      Alhamdulillah kuarga Mr T dah bertambah dlm setahun dua ni. Kekanak jadi hiburan. Tapi deme lazim tak ramei anak, paling2 pun 3 orang!

      Delete
  18. Salam.. Kak, thanks a lot sebab linkkan blog Nur dalam bloglist.. Sedapnya menu berbuka akak.. Boleh tahan lasak cucu akak (eh betul ke..?) Tapi dia tersangatlah comel.. Bila dah besar tentu kacak.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Nur,
      Sama-sama.
      Cucu sedara tiri, my husband's grand-nephew. Kekecik memang deme nampak comel, nanti dah besor serabai - dgn janggut jambang bagai!

      Delete
    2. Lawaknya ayat akak tu..

      Comel benar kak.. Kalaulah Nur dapat seorang baby secomel dia.. Doakan Nur ye kak.. Teringin benar nak timang zuriat sendiri.

      Delete
  19. Assalam Kak Yong, comelnya tgk budak kecik yg byk kerenah tu yer....ada jer koje dia nak buat tu kan tapi suka lak kita tgk:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yong Nieza,

      Kalau deme baik sangat...something wrong Yong, ha ha hah!

      Delete
  20. Kak Yong,

    come sangat budak tecik tu.. macam2 karenah..

    ReplyDelete
  21. walopon dia ganaih byk kerenoh tp comei la lah si tecit Mursel ni.mcm nk buat menantu..tp baby teman pun belum kuor lg nih..haiii laa..ekekeke

    kakYong pose ke lg ke hari ni? slmt bpose & ceria2 selalu yeah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Jade,
      Baby belum kuor takpe, masih buleh buat booking.
      Ari ni tak pose sbb gi bandar jalan2!

      Delete
  22. Hagia Sofia... Ish ala2 nama teman lak.. Memang sayang & sedih gak masa masuk situ dulu. Masjid dijadikan mesium. Teman terharu tgk rakyat turkey yg bersatu solat beramai2 kat situ. MOga apa yg museum kembali menjadi masjid hendaknya.
    Emmm... Cute la tengak aktiviti si mursel tu.. mau i pun join gak main cuk cak ngan dia.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ayang,
      Semoga undang2 bodoh tu dihapuskan. Elok2 ada masjid jadi muzium. Ni semua sejak zaman Ataturk!
      Ada anak buah, buleh padankan dgn Mursel!

      Delete
  23. bape umur si mursel ni? hisap puting lg ye ;)..budak nk membesar mmg aktif yg amat..ni pon dok berebut tekan keybord dgn damia..snang hati time dia tido je huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong,
      bape eh umur dia, ada lebih setahun kot, kecik lagi. Tapi dah ada adik 2 bulan.

      Delete
  24. protes-kemudian ramai2 bersolat..kan bagus mcm tu...tak la terjerit2,maki hamun mcm kat tempat kita...
    ishhh budak tembam tu,geram nak cubit2 pipi dia...merah,gebu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong,
      eh mana ada protes tak jerit2 Yong, ada...hingor deme ni sambe nyanyi2! Masuk waktu solat, deme solatlah.

      Delete
  25. Replies
    1. Salam Yong Scarlett,
      pe kabor?

      Tu Mursel, cucu tiri akak.

      Delete
  26. Salam kak Yong, Rustu memang terbaik....Orang yang bertanggungjawab buat teman suka team bola Turki...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yob,

      dan Ilhan Manziz, dan Hakan Sukur, dan Hasan Sas, dan Umit Davala...dan...dan

      Delete
  27. bermain kat atas meja...hati2 yer budak hensem nanti takut jatuh lak....

    ReplyDelete
  28. Salam Papa Mifz,
    Yg pasti dia takkan dpt patahkan cormin mata...sebab takda ahli kuarga Mr T paka cormin, kecuali Yong nih!

    ReplyDelete
  29. salam yong...alaa, geramnye tgk bdk buaih (nakal) tu. mesti sabar bebenor maknya melayan.

    ReplyDelete
  30. Salam Yong,
    ha ha mak dia dah lepas tangan, selalu budak ni balik kampong dok dgn Nyang dan Opah dia!

    ReplyDelete