Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, August 21, 2011

Erdogan Seru Dunia Bantu Somalia...Mr T Nyongket ke Maleyzia!

Hosgeldeniz!

Keluarga Erdogan bertemu pelarian Somalia.

(Puan blog akan bercuti 2 minggu dari blogging sebab nak balik kampong ari ni...jumpa lagi, InsyaAllah; edited)



Erdogan dan isteri disambut oleh Presiden Somalia. Lawor gak isteri presdien Somalia tu.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Hari jumaat baru ni satu delegasi dari Istanbul yang membawa PM Tayyip Erdogan dan keluarga; 4 orang minteri kabinet; beberapa orang artis Turki dan bla bla bla...telah selamat mendarat di Mugadishu.
Kapalterobang deme sayapnya terseret kat runaway, tapi Alhamdulillah takde kemalangan.
Misi Erdogan ialah untuk menarik perhatian dunia kepada tragedi kemarau berpanjangan dan kebuluran di Somalia. Beliau menyeru negara-negara Islam dan negara maju supaya menunjukkan sikap yang lebih prihatin di negara Afrika ni.
Selain dari penghantaran bantuan, Turki akan membuka semula kedutaan di Mugadishu; mengarahkan pembinaan hospital di khemah pelarian; menyediakan bekalan ayor dll.


Bayi yang tak lapor memang comey-comey.

Di sana rombongan beliau disambut oleh Presiden Somalia. Presiden Somalia berbesor hati dengan lawatan dan bantuan kemanusiaan yang diberi oleh gomen dan rakyat Turki. Beberapa ari sebelum tu Turki telah menganjur sidang tergempor OIC membincang pasa masalah di Somalia dan berjaya mengumpul dana USD350 juta.
Sementara tu banyak lagi bantuan dalam bentuk wang dan benda diantor dari Istanbul. Alhamdulillah dengor di Malaysia pun dah mula mengutip derma dan dana.


Masa untuk ifftar.

Di dalam salah satu khemah pelarian. Di sebelah Erdogan ialah Presiden Somalia Sharif Ahmad. Ada pihak terutama di barat mengkritik Erdogan hanya cari publisiti membuat lawatan ni.
Hotak deme!
Kalau Obama, Merkel, Cameron, Sarkozy dan lahanat yang sebangsa dengan deme buat lawatan yang sama, laporannya lebih merdu. Kalau pemimpin Islam buat, banyak pulak persepsi negatif.
"Turki takkan peduli apa negara lain akan cakap. Tunjukkan komitmen anda sebagai bangsa bertamaddun!" balas Erdogan balik.
Yes bro!



Ni pulak ifftar di negara China. Dengornya saudara Uighurs kita di China ditindas dan dilarang berposa dan melakukan ibadah masa ni. Kalau betoi, memang lahanat ler gomen China tu!




Sebuah khemah ifftar yang dianjur oleh sebuah pertubuhan kebajikan Turki untuk penduduk di Bosnia.
Bangsa Bosnia dan Turki ni lebih korang jer, sepupu-sepapat, dua-dua hidup rapat!



Di Germany pun ramai orang keturunan Turki dan deme akan anjur Ifftar Tent seropa yang dianjurkan di negara asal deme. Nampak sup dhal dan salad tu cam teman biasa makan jer!



Muslimat di Jepun sedang berbuka posa. Semoga posa kita semua diterima!
Laporan Ramadhan untuk tahun ni mungkin abis kat sini sebab esok teman nak balik kampong di Parit, Perok!



Mr T Nyongket ke Maleyzia Part 1

Nak start entry pasa penyongketan Mr T ke Maleyzia.
Sebenornya dah lama Mr T tak datang sini. Lawatan terakhir tahun 2007 gitu. Teman jer berulang ke Istanbul.
Ater kekadang dia koje kat Afghanistan, kekadang di Iraq. Teman yang freelance ni yang kena menghangkut luggage pi-mai, pi-mai!
Lazim kalau dia datang 2-3 minggu. Dia bawak sikit jer baju dan pantaloon. Satu beg tu bukannya baju tapi coklat, wafer, gula-gula, candy, lokum dan satnika mende-mende manis.
Satu beg kecik penuh dengan hazelnut, buah-buahan kering; madu kampong dari Deredebi; 2-3 jenis keju; minyak zaitun; buah zaitun jeruk gitu. Ada gak dia bawok skarf dan barangan tekstil sebagai hadiah.



Mr T gemor memerhati struktur binaan. Masa ni dia perhati binaan high-rise parking kat satu lorong di Kuala Lumpur. Sebagai sorang engineer, dia ada teori dia sendiri tentang peristiwa 9/11.
Adalah yang dia citer kat teman tentang struktur pembinaan banguanan tinggi dan pemasangan paip gas tapi teman lupa detailnya.
Apa-apa pun dia rumuskan pelanggaran Twin Tower tu semua kelentong Yahudi!


Kita nak nyongket mana?

Bila Mr T datang kami akan plan nak bercuti beberapa ari di luor Lembah Klang. Mungkin ke Pulau Pinang, Langkawi, PD etc.
Tapi sebelum dia datang teman kena bagitau bila buleh dan tak buleh datang, bergantung pada jadual kat universiti teman ngajor tu.

Ahhh...nanti sambung citer lepas raya. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Idulfitri kome...maaf zahir dan batin ya.
InsyaAllah jumpa lagi!



Sebagai penutup moh kita gi PARAM di jakarta. Ni macam masakan Padang. Tak jauh beza menu deme dengan menu di Malaysia.
Jom usyar kome!

Friday, August 19, 2011

Kak Ros, Juallah Cincin Tu!...Nuzul Quran Around the World.

Tengok T-shirt anak teman, ada bendera Turki!
Bila kenyang, senyum jer!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PM Turki YAB Tayyip Erdogan dah selamat sampa ke Mugadishu bersama ahli kuarga dan beberapa menteri kabinetnya bagi menarik perhatian dunia akan masalah kemarau dan kebuluran di Somalia. Sebelum tu beberapa NGO Turki dan beberapa orang selebreti Turki seperti Sertap Erener, Nihat Dogan dan Ajda Pekkan serta beberapa MP dan ahli perniagaan dah pegi ke negara malang tersebut.

Kita sibuk nak sambut raya, orang Turki sibuk nak bantu orang yang lapor. Tapi teman terbaca ada kempen menderma untuk mangsa kebuluran Somalia ni kat satkhabor kita. Harap-harap ada VVIP kita atau selebreti kita sanggup ke sana. Atau paling-paling korang menderma sebanyak mungkin. Elok kita cut-down beli baju raya. Kalau tiap tahun kita beli 3 pasang, tahun ni kita beli 2 pasang cukup ler. Duit yang RM100 tu (hah baju sekarang mahei weh...sepasang mau RM150-RM200, yang ada labuci tuh) sedeqah kat deme di Somalia. Tak pun barang kemas yang lebih tu, lelong ler, dapat RM20 juta dah kira baguih tuh!


Ni apa?
Ni amende?
Nilah imej futuristik sebuah banguanan yang bakal menjadi tertinggi di dunia. Tingginya 1000 meter, kos lebih korang USD20 billion. Memecah awan, bukan mencecah awan.
Huuuu gayat...tinggi kome! Cuma teman nak hingorkan, ngape ler deme bina tinggi bebenor, perlu ke?
Ego jer lebih nih! Duit banyak tak tau nak boh mana!
Kome cari ler sendiri negara mana yang ego ni.


Ngape dik?
Lapor ke?
Moh nengok aktiviti melancor Al-Quran sempena Nuzul Quran.
Adik kat mesjid di Indonesia ni letih kot dan dahaga.



Kaum Muslimat turut memeriahkan membaca Al-Quran di sebuah masjid di Jakarta.



Remaja turut aktif membaca di Gaza City.
Semalam teman pegi cyber cafe, ramai remaja Melayu kita main game! Posa ke tak posa, aktiviti main game kat CC tak luntur.
Tak tau ke mak bapak deme ni anak-anak deme baya 8-11 tahun perabihkan masa dan duit kat situ?
Teman heran dengan mak bapak Melayu ni kekadang!



Usia tak menghalang Atuk di Kashmir ni melancor.
Berkat umur dia!


Peace!

Sorang Yong yang anti-Salleh di Yaman sedang tekun melancor.
Kome tau apa teman tulih ni, melancor? Maksudnya melancar. Orang Perok kata melancor tu menghapal atau membaca ler.
"Melancor kome...jangan asyik ngadap TV jer?"
Kome jangan pikior lain...besit kang!

Gambor-gambor dari AP/Getty Image. Syukran!


Nevin sedang tanggung seguni baja.

Moh jenguk Kampong Derdebi jap.
Nak citer suasana di musim bunga. Salah satu tugas yang kuarga Mr T kena buat ialah menabur baja pada pokok hazelnut. Berguni-guni digunakan.
Nevin hangkut ntah bape kilogram tiap kali musim bunga. Dia boh berguni-guni atas traktor tu dan tanggung sorang-sorang dan tabur di ladang yang agak luas tu. Sebuah guni berat 25 kg.


Sungai Deredebi di musim bunga.

Sementara tu, dalam satu musim bunga teman gi berkelah dengan anak buah Mr T. Bila teman tau ada sungai kat Kg Derdebi, teman punya suka. Ajak bebudak ni berkelah. Teman ajak Enver (dak lelaki ni) dan kakak-kakak dia termasuk Esra dan Fatma dan anak sedara Kak Emine, Beyza.



Teman hangkut teko lama untuk buat cay.
Pilih port yang best kat sini. Selain buat cay panas, teman bawok kentang rebus dan hazelnut.
Kak Emine kata, "Allah, Allah...nak berkelah pulak!"
Tak penah buat dik orang berkelah kat tepi sungai Deredebi kot.
Teman apa dulik!



Kami hanya dok sembang-sembang dan main ayor.
Nak mandi sejuk, jadi deme dok baring-baring, berlabun dan bergambor. Ni gambor 4-5 tahun dulu. Sekarang Fatma dan Beyza dah bertudung. Fatma dah berhenti sekolah dan Beyza masuk sekolah Imam Hatip.
Kat padang sinilah kekadang Kak Emine dan Nevin lepas kan lembu-lembu deme untuk makan dan bermukah!



Sebagai penutup, jamulah mater dengan juadah berbuka di Lahore, Pakistan.
Deme ni makan limo ke epal ijo ni?
Yang teman buleh usyar lagi samosa dan kurma. Menu yang sihat!

Wednesday, August 17, 2011

Antara Dua Darjat di Bulan Ramadhan!


Sorang Yob mengaji sementara nunggu solat Jumaat di Benghazi, Libya.


Assalamualaikum dan Selamat menyambut Nuzul Al-Quran!

Mana yang bercuti buleh melancor Al-Quran; mana yang koje, buat koje tu elok-elok.
Teman memang sentiasa cuti.



Penyanyi Seda Sahin dan sorang artis lelaki sedang melayan sorang penderma kenit. Lagi sorang selebriti dan MP Turki melayan penderma melalui panggilan telefon.

Negara Turki dah bertindak pro-aktif. Siap kumpui dana melalui telethon dan berjaya kutip lebih korang RM50 juta untuk bantuan kemanusiaan ke Somalia. Orang Malaysia sibuk, "Buka nanti nak makan apa?"
Gi PARAM (pasor Ramadhan) bawok balik juadah kiri-kanan. Kekadang tak abih tu.



Beberapa kumpulan sukarelawan Turki dah siap berkhemah kat khemah pelarian di Mugadishu. Sorang sukarelawan Turki sedang memberi ration. Antara NGO yang terlibat ialah 'Kimse Yok Mu' dan IHH yang memiliki kapal Mavi Marmara tu.



Kekanak Somalia belajor mengaji untuk diperdengorkan pada pelawat Turki. Deme tulis ayat ataih kayu ke atau papan? Deme nampok berisi dan ceria.
Ada pelarian yang baru sampai dari kawasan kebuluran kabor deme berjalan berkilometer cari makanan dan ayor tapi deme tetap berpuasa!



Kome agok bape lama dah dia nih 'berposa'?
Kita berlapor dan dahaga lebih korang 13-14 jam jer sehari. Budak ni harus dah tak jamoh makanan berbulan-bulan.
Nanti kome berbuka bawok bersabor dan ingatkan sedara kita di Somalia. Tahun ni teman idok ke PARAM. Nampok tak menyelerakan dan mahal. Masak sejenih juadah kat rumoh, cukup ler...Alhamdulillah!



Para pekerja dari Asia Selatan makan beramai dengan juadah yang sempoi. Berlatorbelakang hotel-hotel mewoh di Dubai.



Satu satkhabor online di negara Arab promo hotel mewah ni untuk majlis ifftar. Para pekerja dari negara India, Bangladesh, Pakistan dan Filipina sibuk menyiapkan dewan.



Lampu candelier ni mungkin berharga ribu-riban!



Ni ruang untuk majlis ifftar private, buleh muat 15 orang.
Siap ada flatscreen buleh tengok MU dan Harimau Malaya bertarung.



Selain menjamu selera, buleh gak menjamu mater dengan kecergasan pelayan yang gebu-geban.



Yong canai capati pun ada buat pertunjukan 'live'!



Dim sum, he' eleh...apa kelas!
Kat Malaysia sebiji me posen jer, kat hotel ni mau 5 hengget!


Pow-wow!

Kuih paw untuk sheik dan sheika Arab yang makan tak hengat!
Sebiji paw tu buleh mengenyangkan banyak perut kekanak Somalia.
Di Turki sendiri ada satu kumpulan yang buat ifftar protes berdekatan hotel-hotel mewah sebab mengadakan ifftar yang melampau dan meletak rega yang mahal. Deme membantah pembaziran ni sebab sepatutnya di bulan Ramadhan kita kena bersederhana.
Tu teman tak sior makan kat luor bulan posa ni. Makan bior patut-patut!

Gambor-gambor AP/Getty Images. Tengkiu!



Ni pun antara dua darjat.
Sofra di rumoh anak tiri sulung, Tahsin, di Eregli. Ni untuk kahvalti bila kawan Zuleyha datang.
Cantik tapi sederhana.
Ada fries, kuih gulung home-made, timun, buah zaitun dan keju.



Sofra
di Kg Deredebi.

Mak mertua dan Nevin sedang menjamu mak Nevin yang juga adik mak mertua teman. Nevin tu anak sedara mak mertua jugak!
Yang teman nampak yaprak dolma (nasi gulung dalam daun anggur), sayur bonyeh, keju feta, kekacang, buah zaitun. Simple tapi sihat.
Meh kome colek sorang sikit!

Monday, August 15, 2011

Erdogan Bergasak Dengan Tentera...Ramadhan Around the World Lagi!

PM Erdogan dan Army Top Brass baru-baru ni


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ni citer dah basi, dah 2 minggu. Beberapa orang jeneral dalam angkatan tentera Turki sama ada yg di darat, laut dan udara telah merajuk dan pencen sebab tak pueh ati dengan pentadbiran PM Erdogan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni lebih korang 40 orang jeneral dan pegawai tinggi tentera telah ditahan dan disoalsiasat dan ada yg kena penjara dalam operasi 'Ergenekon' dan 'Sledgehammer' - satu err...2 operasi gelap yang dikatakan cuba menjatuhkan pentadbiran gomen AKP. Berbagai bukti dokumen, senjata, bahan letupan telah ditemui di pelbagai tempat oleh pihak berkuasa yang membawa dakwaan bahawa pihak tentera dan juga orang awam yang sekular termasuk para akademik, wartawan, ahli peniagaan bersengkokol cuba destabilize gomen melalui berbagai cara termasuk mengumpat, mengeji, memfitnah dan meletup banguanan seperti masjid supaya huru-hara dan deme buleh menjatuh dan merampas kuasa. Ahhh...nak tau lebih-lebih, kome gi googlelah 'Ergenekon' dan 'Sledgehammer' ni.

Pegawai dan tentera kat Turki ni merupakan golongan elit sejak dulu. Deme idup dalam zon selesa deme. Tak campur orang. Nak gi hospital ada; nak berhibur ada; nak bercuti ada; nak bersosial ada; nak apa pun deme ada kemudahan sendiri.
Very exclusive!
Tapi bila dah pencen atau terpencen, gelabah!
Dah jadi civilian tak tau nak adjust. Tu yang ada pihak bagi kaunseling dan kursus pada pegawai tinggi tentera ni camner nak adjust dengan idup di dunia realiti!



(Terjemahan dalam Bahasa Banjor ada disediakan kome!)

Advice for retired military officers for easier adaptation to civilian life

Both the Turkish Armed Forces (TSK) and some private institutions offer courses for retiring military officers to help them overcome the challenges of adjusting to civilian life. Sample tips include:

Don’t try to jump to the front of bank queues.

(Jangan potong Q ehh!)

Don’t raise your voice and do not shout at young people.

(Jangan hingor kat tempat awam terutama kat Mat-Mat Rempit, kang deme sondol!)

Do use public transport and do establish friendships with civilians.

(Guna bas atau beca dan buat hubungan sulit sekali-sekala)

Don’t spend all your time meeting with your former military colleagues.

(Jangan dok lepak dengan kawan lama, cari konco-konco baru)

Do not exaggerate the challenges of civilian life; enjoy your retirement.

(Rentikan mengeluh, gi petik hazelnut ke, jagung ke, buah zaitun ke...)

Do start a business if you have some capital.

(Bukak biznez kebab)

Do enroll in a course in an area that interests you.

(Amik kursus buat kebab, menjahit stokin bulu, jadi bilal masjid...)

When you go on vacation, try to stay at hotels other than exclusive military resorts.

(Gi Haji atau umarh, atau bercuti kat Kampong Derdebi, tolong petik hazelnut keme...)

Don’t try to get special treatment in government offices by declaring you are retired military as this may now have the opposite effect.

(Jangan hingor kome bekas tentera,...who cares, ehhh, ada aku kisah?!)

Do obey the traffic rules and don’t quarrel with policemen.

(Ikut peraturan lalulintas dan jangan cuba bagi rasuah kat polis!)

Do take your wife to restaurants other than those in military facilities.

(Bawok bini kome gi surau atau masjid, ajor deme pakai skirt labuh dan tutup aurat...hissyyy dah tua-tua masih tak insaf!)

Do try to give up your old habits. You don’t have to shave every day; remember, you are a civilian now.

(Biorkan misai dan janggut panjang, biasakan pakai kopiah!)

Don’t look down on people.

(Kome ingat kome sapa? )

Do get involved in your community.

(Join tabligh, kome ntah kenal ntah idak surau dan masjid nih!)





Hah..kan bagus cam askar-askar kat Iran ni. Jaga keselamatn negara dan jaga keselamatan diri dari masuk neraka!



Solat buleh di mana-mana, takde sebab kita kata tak buleh buat. Sorang pemuda bersolat dalam boat di Kashmir.



"Yob, bak segelas teh tarik...tak sempat berbuka kat romah!" kata pemandu teksi di Kabul ni.
"Nah Yob...selamat ifftar! Kalau nampak tentera Amerika, langgor jer, langgor!"
"No hal Yob, teman biasa dah buat!"



Aisssyyy...gi mana-mana ada jer orang buar maruku ni. Chef Iraq sedang menggoreng maruku manis.



Ni kot yang dikatakan roti Arab. Kat Tesco kita werne putih. Tapi gerenti yang kat Tunisia ni lebih lezet dan enak!
"Bak 5 keping, Yob!" kata pakcik baju kotak-kotak.
"Aik, banyak tu pakcik, nak buat apa bebanyak?"
"3 buat makan, 2 buat bagi cucu buat main frisbee!"



Sambung kisah teman lawat sekolah Ertugrul di Eregli, Laut Hitam.
Lepas abis baca ikrar dan dengor celoteh guru besor, dema pusing, nak berjalan masuk kelas memasing. Yang pompuan bertudung tu bukan cikgu tapi sorang ibu yang datang ngantor anak dia ke sekolah.



Cikgu-cikgu Turki mengiringi anak-anak murid berjalan ke kelas. Idok deme biorkan memurid berjalan sendiri, kena kontrol, kot ada yang jatuh.
Cikgi-cikgi Turki santai jer paka jeans atau slack ke sekolah. Cikgu lelaki yang smart bertai dan coat/blazer bagai. Sebab ni musim luruh, uniform sekolah agak tebai sikit.



Cikgu Ertugrul (lupa nama dia) telah sudi jemput teman masuk kelas dia. Dia pulak buleh speaking dengan baik. Dia mintak teman cakap sesuatu pada anak murid dia.
Teman pun ucap tima kasih sebab benarkan teman masuk nengok kelas, nasihatkan memurid sedikit sebanyak dan apa-apa yang patut.
Ertugrul yang dok kat belakang tersipu-sipu nengok Baba Anne dia berucap kat depan.
Kawan-kawan dia heran camner Ertugrul ada opah Yabanci yang buleh speaking terer-terer!
Cikgu gebu tolong terjemahkan. Di Turki deme hanya belajor BI pada usia 10 tahun.



Meh makan!
Teman menjamu selera di rumoh jiran tingkat ataih di apartment Basaksehir, Istanbul.
Ni selepas sesi ngaji baca Yassin. Teman lupa nama menu ni - roti cam capati dimakan dengan kepalan daging dan couscous berempah yang tak dimasak, lapik dengan berbagai salad.
Meh try kome...!

Saturday, August 13, 2011

Erdogan Akan Lawat Somalia...Teman Kaya, Teman Kaya Kome!

Recep Tayip Erdogan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Menurut laporan media Turki, Encik Erdogan dan Menteri Luar Turki akan membuat lawatan ke Somalia bersama kuarga deme untuk highlight masalah kebuluran yang kronik di negara Afrika tu.
Beliau akan menjadi satu-satunya pemimpin dunia yang sudi ziarah negara malang ni sejak sekian lamanya.



Sementara itu Turki mengantor lagi 2-3 kapalterobang kargo mengandungi ubatan dan bantuan makanan ke Mugadishu. Rakyat deme pun banyak dah hulur bantuan melalui sedeqah dan program Telethon yang berjaya mengumpul Turkish Lira 25 juta (RM50 juta). Malaysia bila lagi weh!

Teman pulak akan menderma US$10 million.
Ngape, tak percaya? Sikit jer tu.
Baru-baru ni salah sorang anak Muammar Gaddafi antor e-mail kat teman, dia nak share juta-juta pound dengan teman. Teman dengan besor ati akan setuju menjadi rakan kongsi dia.
Jangan jeles mengkome!

Nah ni e-mail yang teman dapat tuh!:



Good day,

My name is Khamis Muammar Gaddafi, one of the youngest son of the troubled
Muammar Gaddafi, I am a policeman by profession and a leader of a Special
Forces brigade of the military of Libya. I am at the moment very depressed
as I write to you. I got your mail from search engine and I really think
you can be of help to me.

At the moment I am studying for a master’s degree in IE Business
School in Madrid, but as I write to you I am in the UK before the British
Government revoked the immunity given to my father (Muammar al-Gaddafi)
and his families
(http://www.news-worthy.info/u-k-revoked-diplomatic-immunity-for-gaddafi-his-families/8932/
so at the moment I do not possess the right to move about, as I will be
arrested and prosecuted in an international court of justice. In my
possession right about now is my internet connection and my private cell
phone, it is only with this two I am able to make contact with the out
side world.

Also as another measure that has been taken by the international
community, our asset i.e. the assets of Muammar al-Gaddafi and family
world wide have been frozen to compel my father to step down as the Libyan
leader.

http://www.allvoices.com/contributed-news/8317593-us-freezes-assets-of-alqadhafi-and-four-of-his-sons

http://english.aljazeera.net/news/africa/2011/02/2011228105035282376.htmlhttp://www.swissinfo.ch/eng/specials/the_arab_spring/Switzerland_freezes_Gaddafi_assets.html?cid=29581082

The above mentioned reasons are what have compelled me to write you this
mail, as I seek to partner with a trustworthy person who can assist me in
transferring some of my monetary assets worth about (GBP) 145m (ONE
HUNDRED AND FORTY-FIVE MILLION GREAT BRITISH POUNDS). This money has been
lodged in a bank account in the U k and as things are shaping now this
money is likely to be discovered soon, so I seek your assistance in
helping me transfer this money into your account so that it is not
discovered. I am ready to offer as much as 50percent of this money to you
if you render to assist in transferring this money and the money is
transferred successfully.

If you are interested in assisting me write me a reply on my private
email: khamismuammargaddafi@kelebek.gen.tr


Pas ni sesapa yang nak minta sikit duit kat ataih tu, buleh e-mail teman. Setakat RM2-RM3 ribu no hal punya!
Jangan malu-malu! Hikksss!




Haa...tengok pada jadualwaktu waktu solat, berbuka dan imsak kat Turki sekarang ni.
Tu dia aih..., Mr T kat Istanbul terpaksa tunggu kul 8:17 pm baru buleh berbuka!
Sabor jer ler khoja canim!



Moh tengok orang berifftar kat Ankara pulak. Datuk Bandar Ankara Aladdin Yuksel beratur untuk dapatkan juadah ifftar.
Mau ke VVIP kita makan dalam plate gitu?



Muslimin di Asia Selatan sedang sabor menunggu kentung berbuka. Dedulu masa teman kecik biasa makan dalam dulang. Berebut!
Orang Jawa mesti biasa makan cam gini. Berkat kata deme!



Ni di Laut Meroh, Jeddah. Kebanyakannya kaum pekerja dari negara-negara Asia seperti India, Pakistan dan Bangladesh.



Yob ni kusyuk mengaji sebelum berbuka. Dia dapat 2 batang roti dan 2 peket makanan dan sekotak apa mende lagi tuh!
Yob ni walaupun sibuk berlawan dengan Gaddafi, sempat berposa tu, Alhamdulillah!



Lagi satu penganan seropa maruku tapi made-in-Iran pulak.
Mesti sedap dan rangup sebab halus acuan dia...krupp, krupp!


Ertugrul di pintu gate sekolah dia.

Mengelewor jap.
Meh ikut teman melawat sekolah Ertugrul masa dia memola baru masuk sekolah tahun 2007.
Kuarga Tahsin dok di bandar Eregli, Laut Hitam. Pas musim petik hazelnut, deme balik ke Eregli di musim luruh sebab sekolah mula untuk sesi baru. Pada ari kedua, teman kata nak ikut Ertugrul ke sekolah dia, lebih korang 1 km dari romah.
Kami jalan kaki jer.


Ertugrul dan cikgu kelas dia

Sampai di sekolah loceng dah bunyi dan bebudak dah beratur. Selamba jer Ertugrul join kelas dia.
Masa ni sorang budak tengah baca ikrar. Cikgu Ertugrul tanya dia sapa pompuan comey ni.
Ertugrul kata, "Nenek saya dari Maleyzia...tapi dia tak buleh cakap Turkce!"
"Mana Atuk awak dapat?" cikgu montel tanya.
"Ntah...satu ari Dede saya pegi cuti, pastu balik, dia kata dia kahwin dengan Baba Anne ni!" jelas Ertugrul.
"Dasat Dede awak!" kata cikgu bulat.
"Dede saya memang teruk cikgu!" gosip Ertugrul.
Ehhh...ni dialog fiksyen jer!


Sule dan jiran sebelah rumoh, di Eregli, Laut Hitam.

Sambung kisah sekolah Ertugrul esok.
Ni kahvalti (sarapan) kat rumoh Tahsin. Masa ni adik Ertugrul, Sule, belum sekolah. Yang lagi sorang jiran deme. Isteri Tahsin Zuleyha sangat panda memasak. Untuk meraikan teman, mak mertua tiri dia, dia masak lempen kentang colek dengan madu asli; ada jem buah tin; ada jeruk buah zaitun; ada tomato dan timun dan 2 jenih keju.
Meh rasa sorang sikit kome!