Moh Kite Follow Sesame...

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Around the World...Ziarah Kerabat Turki Part 3

Yong-yong berniaga kuih-muih di pasar Abuja, Nigeria.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Moh nyongket lagi serata dunia nengok Muslimin dan Muslimat menjalani aktiviti harian dan ibadah puasa.
Sukanyer Yong-yong Afrika ni berniaga. Sekorang-korangnya ada raut kegembiraan di wajah deme.
Teman tak lalu nak boh gambor mangsa kebuluran di Somalia. Harap negara-negara OIC berusaha membantu mengantor bantuan kemanusiaan ke sana. Teman dengor negara Turki dah mula berusaha mengantor bantuan ke sana.
Malaysia bila weh!? Beli cincin RM24 juta mampu...takkan antor sejuta dua RM liat kot!



Suasana di dalam sebuah masjid di Beijing tika solat jumaat pertama Ramadhan tahun ni. Deme ni lebih dulu Islam dari kita, so kita jangan nak dabik dada.
Alhamdulillah datuk nenek kita pun dapat hidayah cam deme di negara China nih.


Cupcake Girl!

Sorang kekanak sedang berbuka dengan sebiji cupcake di California, USA!
Syiar Islam berkembang di serata pelusuk alam...Allahuakbar!



Aweinya Pokcik ni nunggu untuk berbuka. Sukarelawan sibuk menyediakan tempat untuk ifftar di Laut merah, Jeddah.



Suasana ifftar yang lebih meriah, umpama berkelah, di salah sebuah Ifftar Tent di Istanbul. Banyak khemah seumpama didirikan di sekitar bandar-bandar besor di Turki. Sesiapa pun buleh singgah, bukan deme nak tanya pun.



Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senyum nampak gigi!

Lagi sebuah khemah ifftar di Istanbul. Dekat-dekat blok Mr T tingge di Basaksehir pun ada sebuah khemah ifftar. Pernah teman cakap pada Mr T jom gi tengok. Dia tak mau pulak. Teman rasa Mr T tak mau kami nengok-nengok orang nunggu makan untuk ifftar dan membuat deme tak selesa kot. Yang datang makan bukan orang susah pun. Ada yang datang sebab nak tukor selera mungkin.



Sambung citer ziarah teman pertama kali ke Kg Deredebi, 2003.
Pagi ari kedua Mr T bawok teman ke ladang hazelnut kami di atas bukit. Kami berlima dalam keta - Mr T, Mak Mertua, Kak Emine, Ertugrul dan teman.
Selain meninjau-ninjau ladang hazelnut, pokok epal ni menarik minat teman. Masa tu masih musim bunga, buah dia ijo lagi. Ni pokok epal yang tumbuh liar.
Kat sinilah 2 tahun kendian Mr T bina rumoh ladang supaya mudah kami bermalam bila musim memetik hazelnut. Tak payah turun bukit ulangalik balik rumoh (naik lori atau traktor, 6 km).


Mr T bidik Sig Sauer di celah pokok hazelnut.

Tetiba teman kedengor "peng! peng! peng! peng!"

"Opocot mak kau!!!"
Ape ke hei!
Hampir melompat teman!

"What are you doing?!" teman tanya cemas.
"Shooting!" jawab Mr T dengan bijaknya.
"Why? It's dangerous. You might kill someone!" teman protes.
"Nobody is here..." dia lawan balik.
"Stop it. There could be anyone about!" teman bantah.
"Don't worry. This is a big farm," Mr T jelas kat teman. (Luas ladang ni lebih korang 10 padang bolasepak).
Gamoknyer dia gian lama tak guna Sig Sauer dia nih.

Kak Emine yang tengah ngutip buah plum, terpinga-pinga dengor perbualan kami dalam BI. Dia nampak teman berkeras suara. Memang teman terkejut dan panik. Pertama kali dengor tembakan senjata begitu dekat.
Beberapa trip tahun-tahun berikutnya baru teman tau main senjata ni perkara biasa bagi deme. Sambut Ramadhan tembak pistol; sambut musim petik hazelnut tembak pistol; abis metik tembak pistol; masa kenduri kawin pun tembak pistol.
Haisyyyy...deme ni guna senjata macam kita main mercun!


Fresh dari ladang!

Selain aktiviti menembak, Mr T tolong menggoncang sebatang pokok plum. Pokok plum ni pun tumbuh liar dalam ladang yang dulunya utan. Buah ni lebih kecik dari yang dijual kat supermarket kita tapi rasa dia lebih juicy dan manis! Bila makan meleleh jus dia sampai ke dagu!
Sori terpaksa cover muka Kak Emine sebab teman tak tau sama ada dia berkenan kalau teman siar wajah dia.



Selain buah plum, epal, pear, tin...ada jugak pokok anggur berkeliaran di merata Kg Deredebi. Di tingkat satu rumoh Mr T, ada sepohon pokok anggur mengelewor di dindin, tingkap, ampaian baju dan balkon rumoh. Masa ni musim bunga, buah anggur kecik dan ijo lagi. Teman bergambor dengan Fatma, isteri Alper Talip dan Zeynep.


Fresh dari balkon!

2 tahun kendian teman datang pada musim panas dan tingge 3 bulan sampai musim luruh. Merasa gak buah anggur ni masak. Bila dia ranum, werne dia ungu gelap.
Masa ni Fatma dah ada anak kedua si Bahrican. Ni Fatma tengah metik sebesen untuk ifftar. Kena pulak musim panah.
Teman petik 2-3 kilo dan peroh dengan tangan, tapis, simpan dalam peti ais. Bila waktu berbuka minum jus anggur fresh dan piyor dari ladang...eh dari balkoni memang best, Alhamdulillah!


14 comments:

  1. salam Yong,

    I terperanjat jugak tiba2 ada gambo org xde muka...rupa2nya akak saja cover muka k Emine. seronok ye melawat ladang...mcm2 pokok & buah2an ada. pulak tu, semua favourite kita (yg kt sini kira buah2an mewah la tu, mahal rege...). I dpt rasa keseronokannya biarpun hanya sekadar tgk gambo je. lagipun I mmg suka kampung, pokok2 & alam sekitar.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yong Dragon, Alhamdulillah kita masih dpt tengok gambor, Alhamdulillah akak dpt merasa suasana tu, rezki Dia bagi. Memang akak dpt makan semua tu fresh dari kampong/ladang. Allah Maha Pengasih dan Penyayang pd hambaNya yg sabor.

    ReplyDelete
  3. salam Yong dari teman jauh diperantauan.hehe. salam ramdhan juga, menarik betul gambar2 yang disiarkan sambutan ramdhan di sana, meriah! Yang menarik petik buah dari balkoni..huhu..

    ReplyDelete
  4. semua fresh...!!! geram nengoknya... campor2 semua makanan2 yg lazat berzat tu...

    ater yong balik turki lepas raya haji kan.. kena jumpa tau.. nanti kita roger2..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yob Azhan,
    He he Yong di Shah Alam jer, belum gi sana lagi. Memang petik buah kat balkoni tu amat menarik tp tahun ni Kak Emine dah tebang pokok anggur tu, dia kata tikus panjat!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yong Mulan, Ok nanti kita roger2!

    ReplyDelete
  7. salam akak..

    bestnye berada diperantauan..ppengalaman yg sgt berharga..hehehhe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yong Ceria,

    Tapi akak ada kat Shah Alam skrng ni, ni semua kisah retrsopect! Ya, semua pengalaman yg kita lalui amat berharga dan jadi pengajaran pd kita.

    ReplyDelete
  9. Kak Halima....saya ke sini....sebab nak tgk, ape cerita terbaru....

    Selamat Berpuasa/Bersahur kak!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yong Emme, Hosgeldeniz...cam2 juadah dok ada!

    ReplyDelete
  11. salam puasa
    Kat Mal.nak berbuka percuma kat masjid je..
    Takde ke org.kaya dermawan kat Mal.nak bagi makan free

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Yob Joyiman,
    Ada gak tp tulah kita ada moreh di surau dan masjid jer, di Turki merata-merata org berjamu! Dah jadi national feature setiap Ramadhan di Turki khemah ifftar ni.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Yob Orlando, apa2 pun bueh, freelancer katakan!

    ReplyDelete