Bebaik dik..., depan ada longkang!
Assalamualaikum dan Salam Bahagia di Hari Jumaat yang Mubaraq,
Sambung pengembaraan kita ke seluruh pelusuk dunia nengok Muslimin dan Muslimat menjalani ibadah puasa Ramadhan .
Tulih sesikit jerlah, mana nak muatnyer...perut lapor, mata kuyu.
Ni 2 orang remaja kusyuk hafal ayat Quran sementara nak sampa ke kelas ngaji di Srinagar, India.
Sonok deme dapat masjid baru, Masjid Al-Farook Umar Al-Khatab, Dubai. Pertama kali digunakan hari pertama Ramadhan.
Kaya deme ni...
Yang ni...pakcik ni dengan sabor mentelaah Al-Quran sambe berpayung. Sini gamoknya rumoh dia.
What can I say...yang kaya, kaya bebenor; yang tak bape kaya, kurang bebenor!
Semoga Allah memberkati puasa pakcik kat India ni.
Penjual buah menunaikan solat di Kabul, Agfghanistan.
Solat kome, walaupun kat mana kita berada!
Di bandar yang dikawal pemberontak, Benghazi, Libya; kekanak dok melancor Quran sebelum ifftar.
Semoga kemelut di Libya segera settle!
Kuih ala maruku yang gerenti manis dijaja di Dhaka, Bangladesh.
Macam penah makan jer kat rumoh kawan Hindu masa Deepavali.
Lagi satu penganan dari India/Bangladesh. Ni pasti pembuka puasa yang bagus sebab lembut dan manis.
"Tong-tang, tong-tang, tong-tang...bangun sahur, bangun...bangun!" Yob ni laung di lorong Sidon, Lebanon.
Nampak sedap jer roti tu, Yob...fluffy!
Gambor-gambor kat ataih teman cilok dari Boston.com; Zumadaily.com dan AP photos.
Sambung ziarah teman ke kampong Mr T di Kg Deredebi Part 5.
Ada satu ziarah teman sampa musim panah, sekitar tahun 2005 atau 2006 gitu. Kalau musim panah bermakna musim memetik hazelnut.
Ni proses mesinkan kacang untuk pisahkan kelopak dari kacang.
Yang paka blue jeans tu anak tiri teman, Tahsin, dibantu oleh sorang pekerja Kurdish.
Tahsin amik cuti 2 minggu dari koje sebagai engineer tiap musim tuai hazelnut. Orang kuat kuarga Mr T.
3 orang cucu tiri teman - Ertugrul, 7 tahun, adik dia Sule 5 tahun dan sepupu deme Zeynep 5 tahun. Dalam guni putih adalah hazelnut yg belum dimesin. Berat anggaran 30 kg.
Yang bersepah tu kelopak kacang.
Sule dengan Zeynep tengah makan anggur yg tumbuh liar merata kat ladang bukit kami.
Tahun tu ujung musim kena bulan Ramadhan. Masa ni kami dah tak tingge di rumoh ladang ataih bukit.
Bawok turun bertan-tan kacang ke Kg Deredebi. Kena jemur kacang sebelum storage dalam rumoh.
Tiap 1-2 jam kena balik-balik kacang ni bagi panas rata, kalau tak nanti berkulat.
Jangan riso kome, ingat makan chocolate Cadbury yang kacang hazelnut teman dah lanyak! Masa ni kacang masih bertempurung!
Yang berguni-guni jut kat belakang tu kacang yg dah dijemur, tunggu nak simpan. Satu guni lebih berat dari badan teman! (60-75 kg).
Teman tengah milih kacang yang dah dibuang tempurung nak bawok balik Malaysia. Kekadang ada batu atau kayu, kena buanglah.
Selalunya teman bawok balik 10 kg.
Pada satu musim, Mr T balik gak jenguk kami. Dia dok Istanbul. Kalau teman ada di Turki masa musim menuai, teman balik kampong tolong kuarga memetik. Masa ni Mr T tolong menjemur kacang. Hangin jer Mr T sebab panah dan tak dapat merokok!
Kacang banyak ni lebih korang 3-4 guni jut.
Tiap-tiap ari kena jemur kacang, mana yang belum dijemur masa kat ataih bukit. Tapi lazimnya di ujung musim, suhu dah turun sikit, idok panah bebenor.
Fatma dan 2 anak dia tolong mertua dia, Kak Emine, menjemur. Kome tak buleh berdiri ataih kacang ni, buleh jatuh berdebuk! Kecuali kalau dah biasa. Tu sebab kekanak selalu merangkak atas kacang, kalau berdiri deme jatuh! Memola teman pun bape kali jatuh berdebuk...sakit punggung weh!
Makan time!
Ertugrul dan sepupu dia tengah tunggu dinner kat dapur Kak Emine. Deme tengah ngadap yaprak dolma (nasi sumbat dalam daun anggur), salad tomato dan timun dan roti gulung home-made yang dibakor oleh menantu, Zuleyha.
Meh kome berbuka sesama!
Yong-yong berniaga kuih-muih di pasar Abuja, Nigeria.
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Moh nyongket lagi serata dunia nengok Muslimin dan Muslimat menjalani aktiviti harian dan ibadah puasa.
Sukanyer Yong-yong Afrika ni berniaga. Sekorang-korangnya ada raut kegembiraan di wajah deme.
Teman tak lalu nak boh gambor mangsa kebuluran di Somalia. Harap negara-negara OIC berusaha membantu mengantor bantuan kemanusiaan ke sana. Teman dengor negara Turki dah mula berusaha mengantor bantuan ke sana.
Malaysia bila weh!? Beli cincin RM24 juta mampu...takkan antor sejuta dua RM liat kot!
Suasana di dalam sebuah masjid di Beijing tika solat jumaat pertama Ramadhan tahun ni. Deme ni lebih dulu Islam dari kita, so kita jangan nak dabik dada.
Alhamdulillah datuk nenek kita pun dapat hidayah cam deme di negara China nih.
Cupcake Girl!
Sorang kekanak sedang berbuka dengan sebiji cupcake di California, USA!
Syiar Islam berkembang di serata pelusuk alam...Allahuakbar!
Aweinya Pokcik ni nunggu untuk berbuka. Sukarelawan sibuk menyediakan tempat untuk ifftar di Laut merah, Jeddah.
Suasana ifftar yang lebih meriah, umpama berkelah, di salah sebuah Ifftar Tent di Istanbul. Banyak khemah seumpama didirikan di sekitar bandar-bandar besor di Turki. Sesiapa pun buleh singgah, bukan deme nak tanya pun.
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senyum nampak gigi!
Lagi sebuah khemah ifftar di Istanbul. Dekat-dekat blok Mr T tingge di Basaksehir pun ada sebuah khemah ifftar. Pernah teman cakap pada Mr T jom gi tengok. Dia tak mau pulak. Teman rasa Mr T tak mau kami nengok-nengok orang nunggu makan untuk ifftar dan membuat deme tak selesa kot. Yang datang makan bukan orang susah pun. Ada yang datang sebab nak tukor selera mungkin.
Sambung citer ziarah teman pertama kali ke Kg Deredebi, 2003.
Pagi ari kedua Mr T bawok teman ke ladang hazelnut kami di atas bukit. Kami berlima dalam keta - Mr T, Mak Mertua, Kak Emine, Ertugrul dan teman.
Selain meninjau-ninjau ladang hazelnut, pokok epal ni menarik minat teman. Masa tu masih musim bunga, buah dia ijo lagi. Ni pokok epal yang tumbuh liar.
Kat sinilah 2 tahun kendian Mr T bina rumoh ladang supaya mudah kami bermalam bila musim memetik hazelnut. Tak payah turun bukit ulangalik balik rumoh (naik lori atau traktor, 6 km).
Mr T bidik Sig Sauer di celah pokok hazelnut.
Tetiba teman kedengor "peng! peng! peng! peng!"
"Opocot mak kau!!!"
Ape ke hei!
Hampir melompat teman!
"What are you doing?!" teman tanya cemas.
"Shooting!" jawab Mr T dengan bijaknya.
"Why? It's dangerous. You might kill someone!" teman protes.
"Nobody is here..." dia lawan balik.
"Stop it. There could be anyone about!" teman bantah.
"Don't worry. This is a big farm," Mr T jelas kat teman. (Luas ladang ni lebih korang 10 padang bolasepak).
Gamoknyer dia gian lama tak guna Sig Sauer dia nih.
Kak Emine yang tengah ngutip buah plum, terpinga-pinga dengor perbualan kami dalam BI. Dia nampak teman berkeras suara. Memang teman terkejut dan panik. Pertama kali dengor tembakan senjata begitu dekat.
Beberapa trip tahun-tahun berikutnya baru teman tau main senjata ni perkara biasa bagi deme. Sambut Ramadhan tembak pistol; sambut musim petik hazelnut tembak pistol; abis metik tembak pistol; masa kenduri kawin pun tembak pistol.
Haisyyyy...deme ni guna senjata macam kita main mercun!
Fresh dari ladang!
Selain aktiviti menembak, Mr T tolong menggoncang sebatang pokok plum. Pokok plum ni pun tumbuh liar dalam ladang yang dulunya utan. Buah ni lebih kecik dari yang dijual kat supermarket kita tapi rasa dia lebih juicy dan manis! Bila makan meleleh jus dia sampai ke dagu!
Sori terpaksa cover muka Kak Emine sebab teman tak tau sama ada dia berkenan kalau teman siar wajah dia.
Selain buah plum, epal, pear, tin...ada jugak pokok anggur berkeliaran di merata Kg Deredebi. Di tingkat satu rumoh Mr T, ada sepohon pokok anggur mengelewor di dindin, tingkap, ampaian baju dan balkon rumoh. Masa ni musim bunga, buah anggur kecik dan ijo lagi. Teman bergambor dengan Fatma, isteri Alper Talip dan Zeynep.
Fresh dari balkon!
2 tahun kendian teman datang pada musim panas dan tingge 3 bulan sampai musim luruh. Merasa gak buah anggur ni masak. Bila dia ranum, werne dia ungu gelap.
Masa ni Fatma dah ada anak kedua si Bahrican. Ni Fatma tengah metik sebesen untuk ifftar. Kena pulak musim panah.
Teman petik 2-3 kilo dan peroh dengan tangan, tapis, simpan dalam peti ais. Bila waktu berbuka minum jus anggur fresh dan piyor dari ladang...eh dari balkoni memang best, Alhamdulillah!