Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Sig Sauer. Show all posts
Showing posts with label Sig Sauer. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Around the World...Ziarah Kerabat Turki Part 3

Yong-yong berniaga kuih-muih di pasar Abuja, Nigeria.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Moh nyongket lagi serata dunia nengok Muslimin dan Muslimat menjalani aktiviti harian dan ibadah puasa.
Sukanyer Yong-yong Afrika ni berniaga. Sekorang-korangnya ada raut kegembiraan di wajah deme.
Teman tak lalu nak boh gambor mangsa kebuluran di Somalia. Harap negara-negara OIC berusaha membantu mengantor bantuan kemanusiaan ke sana. Teman dengor negara Turki dah mula berusaha mengantor bantuan ke sana.
Malaysia bila weh!? Beli cincin RM24 juta mampu...takkan antor sejuta dua RM liat kot!



Suasana di dalam sebuah masjid di Beijing tika solat jumaat pertama Ramadhan tahun ni. Deme ni lebih dulu Islam dari kita, so kita jangan nak dabik dada.
Alhamdulillah datuk nenek kita pun dapat hidayah cam deme di negara China nih.


Cupcake Girl!

Sorang kekanak sedang berbuka dengan sebiji cupcake di California, USA!
Syiar Islam berkembang di serata pelusuk alam...Allahuakbar!



Aweinya Pokcik ni nunggu untuk berbuka. Sukarelawan sibuk menyediakan tempat untuk ifftar di Laut merah, Jeddah.



Suasana ifftar yang lebih meriah, umpama berkelah, di salah sebuah Ifftar Tent di Istanbul. Banyak khemah seumpama didirikan di sekitar bandar-bandar besor di Turki. Sesiapa pun buleh singgah, bukan deme nak tanya pun.



Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senyum nampak gigi!

Lagi sebuah khemah ifftar di Istanbul. Dekat-dekat blok Mr T tingge di Basaksehir pun ada sebuah khemah ifftar. Pernah teman cakap pada Mr T jom gi tengok. Dia tak mau pulak. Teman rasa Mr T tak mau kami nengok-nengok orang nunggu makan untuk ifftar dan membuat deme tak selesa kot. Yang datang makan bukan orang susah pun. Ada yang datang sebab nak tukor selera mungkin.



Sambung citer ziarah teman pertama kali ke Kg Deredebi, 2003.
Pagi ari kedua Mr T bawok teman ke ladang hazelnut kami di atas bukit. Kami berlima dalam keta - Mr T, Mak Mertua, Kak Emine, Ertugrul dan teman.
Selain meninjau-ninjau ladang hazelnut, pokok epal ni menarik minat teman. Masa tu masih musim bunga, buah dia ijo lagi. Ni pokok epal yang tumbuh liar.
Kat sinilah 2 tahun kendian Mr T bina rumoh ladang supaya mudah kami bermalam bila musim memetik hazelnut. Tak payah turun bukit ulangalik balik rumoh (naik lori atau traktor, 6 km).


Mr T bidik Sig Sauer di celah pokok hazelnut.

Tetiba teman kedengor "peng! peng! peng! peng!"

"Opocot mak kau!!!"
Ape ke hei!
Hampir melompat teman!

"What are you doing?!" teman tanya cemas.
"Shooting!" jawab Mr T dengan bijaknya.
"Why? It's dangerous. You might kill someone!" teman protes.
"Nobody is here..." dia lawan balik.
"Stop it. There could be anyone about!" teman bantah.
"Don't worry. This is a big farm," Mr T jelas kat teman. (Luas ladang ni lebih korang 10 padang bolasepak).
Gamoknyer dia gian lama tak guna Sig Sauer dia nih.

Kak Emine yang tengah ngutip buah plum, terpinga-pinga dengor perbualan kami dalam BI. Dia nampak teman berkeras suara. Memang teman terkejut dan panik. Pertama kali dengor tembakan senjata begitu dekat.
Beberapa trip tahun-tahun berikutnya baru teman tau main senjata ni perkara biasa bagi deme. Sambut Ramadhan tembak pistol; sambut musim petik hazelnut tembak pistol; abis metik tembak pistol; masa kenduri kawin pun tembak pistol.
Haisyyyy...deme ni guna senjata macam kita main mercun!


Fresh dari ladang!

Selain aktiviti menembak, Mr T tolong menggoncang sebatang pokok plum. Pokok plum ni pun tumbuh liar dalam ladang yang dulunya utan. Buah ni lebih kecik dari yang dijual kat supermarket kita tapi rasa dia lebih juicy dan manis! Bila makan meleleh jus dia sampai ke dagu!
Sori terpaksa cover muka Kak Emine sebab teman tak tau sama ada dia berkenan kalau teman siar wajah dia.



Selain buah plum, epal, pear, tin...ada jugak pokok anggur berkeliaran di merata Kg Deredebi. Di tingkat satu rumoh Mr T, ada sepohon pokok anggur mengelewor di dindin, tingkap, ampaian baju dan balkon rumoh. Masa ni musim bunga, buah anggur kecik dan ijo lagi. Teman bergambor dengan Fatma, isteri Alper Talip dan Zeynep.


Fresh dari balkon!

2 tahun kendian teman datang pada musim panas dan tingge 3 bulan sampai musim luruh. Merasa gak buah anggur ni masak. Bila dia ranum, werne dia ungu gelap.
Masa ni Fatma dah ada anak kedua si Bahrican. Ni Fatma tengah metik sebesen untuk ifftar. Kena pulak musim panah.
Teman petik 2-3 kilo dan peroh dengan tangan, tapis, simpan dalam peti ais. Bila waktu berbuka minum jus anggur fresh dan piyor dari ladang...eh dari balkoni memang best, Alhamdulillah!