Moh Kite Follow Sesame...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan di Turki, Weh...Part 1.

Solat terawih di salah sebuah masjid di Ankara


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubaraq kepada Semua!

Mana rope posa di tempat mengkome ari pertama ni?
Alhamdulillah, Allah memberi rahmatNya pada kami di Shah Alam. Cuaca redup sejak dari pagi sampai petang dan angin agak kuat menderu. Nyaman...tak payah teman pasang air-con!

Semalam anak-anak tiri teman si Tahsin dan Alper Talip membalas sms teman. Kata Tahsin anak yang sulung: Alaykumsalam Mom. Ramadan mubarek to U.

Si Alper Talip anak yang bongsu pulak: Aleykumselam, everybody say selam you. Hayirli Ramazanlar. See you soon Mother. We wait you early time.

Baru jap tadi Asim, anak tengah sms: Thanks to Allah. May Allah bless all of us Muslims. See you. Best wishes. Asim.

Begitu ler bahasa Inggeris deme. Asalkan faham dan mesej sampa, jadi ler...

Ni nak citer sesikit camner deme kat Turki sambut Ramadhan.



Ada ketika PM Erdogan buat ziarah mengejut dan ifftar dengan tuan rumoh yang dia ziarah.
Yang ni dia ajak tuan rumoh berhenti merokok. Dah tak merokok siang hari, elok berhenti malamnya, kutuk si Recep Tayyip Erdogan.
Siap dia minta nama dan nombor telefon Yob ni.
Kan elok dapat Perdana Menteri yang prihatin hal-ehwal rakyat cam Yob Recep Tayyib nih...kan mengkome!!!



Hiasan lampu tu kata "Selamat datang Ya Ramadhan". Lazimnya masjid dan surau yang besor-besor di Istanbul dan Ankara dihias begini.
Ni sebuah masjid di Ankara.



Macam kita gak kat Malaysia, memenuhi masa terluang mengaji Quran. Kome ingat majoriti orang Turki ni sekular ke?
Deme sama jer macam kita weh.
Yang sekular tu minoriti! Ciput!



Pihak-pihak Majlis Tempatan dan gomen dan orang berada mendirikan khemah Ifftar untuk menjamu golongan kurang berada, yang tak sempat balik berbuka dan juga pada pelawat tak kira Islam atau pelancong untuk sesama menikmati juadah berbuka. Khemah atau ruang berbuka ni didirikan di kawasan lapang.



Dua beranak sedang atau dah abih berbuka di salah sebuah Ifftar Tent di Istanbul.



Antara menu dari Ifftar Tent - sup kacang dhal, nasi spesel, stew kentang dan daging, dan pemanisnya baklava yang manis yaa amat. Minuman ayran atau susu yoghurt.



Kita sedap-sedap berbuka atau bersahur kat rumoh dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Namun ada yang berbuka beberapa meter dalam perut bumi.
Ni sekumpulan pelombong arang batu di Zonguldak, Laut Hitam, sedang bersahur.
Bekalan dari rumoh deme ialah roti (wajib!), tomato, cili ijo, keju feta dan cay panas.
Macam berkelah!
Tengok tu mana ada lauk. Kan teman selalu kabor orang Turki ni korang makan lauk tapi kuat makan sayur/buah-buahan dan bahan tenusu.
Tu badan deme besor-besor dan tulang kuat urat besi!




Masa teman posa sunat kat Istanbul awal tahun ni, nilah menu berbuka teman.
Karipap Made-in-Istanbul, 2 biji yumurta dan zuchini.
Kome berbuka apa ari ni weh?
Teman makan bubur nasik jer...Alhamdulillah!



22 comments:

  1. sodappppppppppppppppppppppp nak makan masakan turkey la pulak,,, akak , daging salai banyak lagi ke,, sya n family jumput akak datang berbuko pose dgn kami di ghombau ni,, jemput yoo kak..

    ReplyDelete
  2. salam kak halima..
    selamat menjalani ibadah puase ye..

    tetibe je rase lapo bila singgah kat sini.. hihihi

    ReplyDelete
  3. humble PM dorang..tabik la kak..ni baru dikatakan pemimpin berjiwa rakyat..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yob PO,

    Haaaa sodaaaaap lagi tumis tempeh dan daging salai den! Tima kasih jomput den...nanti ada kelapangan den gi sano. Kim salam kek orang ghumoh!

    P.S Daging salai ada 400 gram lg dlm peti! Makan sikit2!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yob Mad, tulah kalau belum buka, jgn datang sini. Dah kenyang baru mai. Selamat Berpuasa Mad!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Cikgu Wan, Selamat Berpuasa cikgu. Berbuka apa ni?
    Itulah Erdogan, pemimpin yg penuh ciri-ciri tawadhuk!

    ReplyDelete
  7. salam akak..

    salam ramadhan..

    bestnye berpuasa di perantauan..pengalaman yg menyeronokan..hehhe..

    ceria selalu akak

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yong,
    seronok ye bulan Ramadhan ni. x kira di mana mesti meriah bila time nk berbuka. teman ingat org Turki mmg sekular abis la...tapi alhamdulillah...x sangka masih ramai lagi yg berpegang kuat pd ajaran Islam. selamat berpuasa Yong!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikim Yong Ceria,

    Deme meriahkan bulan ni dgn berbagai aktviti, siap ada teater, konsert, ngaji, festival dll. Memang selalu ceria pun.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam Yong Dragon,

    kita selalu baca jer utk maklumat tapi bukan semua yg dibaca tu tepat. Elok cari maklumat dr org yg biasa dok sana. Tu yang akak buat banyak entry pasa kehidupan di Turki sebagai berkongsi maklumat. Selamat bepuasa!

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan Helli,
    Moga moga posa ni bagi kita lebih cantik luaq dalam...

    Syok tengok cara orang belah sana bersedekah... :-)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Pak Long,

    Diharap begitulah.
    Orang sini pangge moreh kan, sana bina khemah dan jamu orang utk ifftar. Tapi org Turki ni buat jamuan berbuka sampai ke luor negeri Pak Long!

    ReplyDelete
  13. Kita berbuka dengan daging masak kicap je semalam....
    Seronok dapat pengalaman berpuasa di sana.
    Selamat menjalani ibadah puasa....

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Kak Halima....
    nampak deme meghiah betoi ye nyambot pose....... seghonok awok nengoknye......kalo le kat Malaysia pun macam ni.......

    ReplyDelete
  15. selamat berpuasa yong. nanti awok nak try makan banyak bahan2 tenusu la. bagi badan kuat sikit.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Hjjh Nafisah,
    Masak kicap pun seeeddaaaaapppp tu.
    Saya dpt sekali berpuasa di sana dalam musim panas. Cam seropa kat Malaysia sbb negara kita pun panas. Deme memang meriahkan bulan Ramadhan, kita meriahkan dgn makanan!

    ReplyDelete
  17. Waalaikumsalam Yob Shahril,

    Tulah, di negara Asia Tenggara kita korang meriahkan Ramadhan dgn ibadat, bukan takde tapi tak semeriah di negara2 Arab dan di Eropah. Kita meriahkan Bazaar Ramadhan hu hu!

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Yob Kelisa,
    Selamat Berpuasa Yob!
    He he kena makan bahan tenusu dari kekanak baru ada effect tapi kalau makan sekarang tahan ler tulang tu dan gigi sampai ke tua! Doyan banyak ke Yob?

    ReplyDelete
  19. Salam...lama tak singgah....ari ni makan nasik lauk gulai ikan kering dan kueh2...hehhee..
    tgk gambo kat turki tu teringat mase teman belajo dulu, bukan kat obesi la...kat shah alam...kami ramai2 pi masjid shah alam tuk dapatkan nasik free waktu berbuka, lepas maghrib terus balik..tak teraweh pun ...hehehhe

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Fadzli,
    Gulai ikan kering sedap tu. Waaahhh nakal gak awak masa student days tu yek, main nak makan free tapi takmo terawih. Harap2 sekarang jgn gitu yerk! Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  21. salam kak yong
    meriahnya iftar di sana
    PM Turki prihatin kan?

    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Mz Nina,

    Ha'ah deme lebih meriahkan bulan posa, kita meriahkan raya! PM deme memang prihatin dan soleh!

    ReplyDelete