Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, August 21, 2011

Erdogan Seru Dunia Bantu Somalia...Mr T Nyongket ke Maleyzia!

Hosgeldeniz!

Keluarga Erdogan bertemu pelarian Somalia.

(Puan blog akan bercuti 2 minggu dari blogging sebab nak balik kampong ari ni...jumpa lagi, InsyaAllah; edited)



Erdogan dan isteri disambut oleh Presiden Somalia. Lawor gak isteri presdien Somalia tu.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Hari jumaat baru ni satu delegasi dari Istanbul yang membawa PM Tayyip Erdogan dan keluarga; 4 orang minteri kabinet; beberapa orang artis Turki dan bla bla bla...telah selamat mendarat di Mugadishu.
Kapalterobang deme sayapnya terseret kat runaway, tapi Alhamdulillah takde kemalangan.
Misi Erdogan ialah untuk menarik perhatian dunia kepada tragedi kemarau berpanjangan dan kebuluran di Somalia. Beliau menyeru negara-negara Islam dan negara maju supaya menunjukkan sikap yang lebih prihatin di negara Afrika ni.
Selain dari penghantaran bantuan, Turki akan membuka semula kedutaan di Mugadishu; mengarahkan pembinaan hospital di khemah pelarian; menyediakan bekalan ayor dll.


Bayi yang tak lapor memang comey-comey.

Di sana rombongan beliau disambut oleh Presiden Somalia. Presiden Somalia berbesor hati dengan lawatan dan bantuan kemanusiaan yang diberi oleh gomen dan rakyat Turki. Beberapa ari sebelum tu Turki telah menganjur sidang tergempor OIC membincang pasa masalah di Somalia dan berjaya mengumpul dana USD350 juta.
Sementara tu banyak lagi bantuan dalam bentuk wang dan benda diantor dari Istanbul. Alhamdulillah dengor di Malaysia pun dah mula mengutip derma dan dana.


Masa untuk ifftar.

Di dalam salah satu khemah pelarian. Di sebelah Erdogan ialah Presiden Somalia Sharif Ahmad. Ada pihak terutama di barat mengkritik Erdogan hanya cari publisiti membuat lawatan ni.
Hotak deme!
Kalau Obama, Merkel, Cameron, Sarkozy dan lahanat yang sebangsa dengan deme buat lawatan yang sama, laporannya lebih merdu. Kalau pemimpin Islam buat, banyak pulak persepsi negatif.
"Turki takkan peduli apa negara lain akan cakap. Tunjukkan komitmen anda sebagai bangsa bertamaddun!" balas Erdogan balik.
Yes bro!



Ni pulak ifftar di negara China. Dengornya saudara Uighurs kita di China ditindas dan dilarang berposa dan melakukan ibadah masa ni. Kalau betoi, memang lahanat ler gomen China tu!




Sebuah khemah ifftar yang dianjur oleh sebuah pertubuhan kebajikan Turki untuk penduduk di Bosnia.
Bangsa Bosnia dan Turki ni lebih korang jer, sepupu-sepapat, dua-dua hidup rapat!



Di Germany pun ramai orang keturunan Turki dan deme akan anjur Ifftar Tent seropa yang dianjurkan di negara asal deme. Nampak sup dhal dan salad tu cam teman biasa makan jer!



Muslimat di Jepun sedang berbuka posa. Semoga posa kita semua diterima!
Laporan Ramadhan untuk tahun ni mungkin abis kat sini sebab esok teman nak balik kampong di Parit, Perok!



Mr T Nyongket ke Maleyzia Part 1

Nak start entry pasa penyongketan Mr T ke Maleyzia.
Sebenornya dah lama Mr T tak datang sini. Lawatan terakhir tahun 2007 gitu. Teman jer berulang ke Istanbul.
Ater kekadang dia koje kat Afghanistan, kekadang di Iraq. Teman yang freelance ni yang kena menghangkut luggage pi-mai, pi-mai!
Lazim kalau dia datang 2-3 minggu. Dia bawak sikit jer baju dan pantaloon. Satu beg tu bukannya baju tapi coklat, wafer, gula-gula, candy, lokum dan satnika mende-mende manis.
Satu beg kecik penuh dengan hazelnut, buah-buahan kering; madu kampong dari Deredebi; 2-3 jenis keju; minyak zaitun; buah zaitun jeruk gitu. Ada gak dia bawok skarf dan barangan tekstil sebagai hadiah.



Mr T gemor memerhati struktur binaan. Masa ni dia perhati binaan high-rise parking kat satu lorong di Kuala Lumpur. Sebagai sorang engineer, dia ada teori dia sendiri tentang peristiwa 9/11.
Adalah yang dia citer kat teman tentang struktur pembinaan banguanan tinggi dan pemasangan paip gas tapi teman lupa detailnya.
Apa-apa pun dia rumuskan pelanggaran Twin Tower tu semua kelentong Yahudi!


Kita nak nyongket mana?

Bila Mr T datang kami akan plan nak bercuti beberapa ari di luor Lembah Klang. Mungkin ke Pulau Pinang, Langkawi, PD etc.
Tapi sebelum dia datang teman kena bagitau bila buleh dan tak buleh datang, bergantung pada jadual kat universiti teman ngajor tu.

Ahhh...nanti sambung citer lepas raya. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Idulfitri kome...maaf zahir dan batin ya.
InsyaAllah jumpa lagi!



Sebagai penutup moh kita gi PARAM di jakarta. Ni macam masakan Padang. Tak jauh beza menu deme dengan menu di Malaysia.
Jom usyar kome!

35 comments:

  1. Assalamualaikum Young

    orang parit kamu yer young

    selamat menyongket Mr T ke meleyseae...he he
    selamat bergembire

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Tuan Haji,
    yaa saya orang Parit. Haa Mr T nyongket dedulu ni, dah lama dia tak balik sini Tuan Haji. Teman jer berulang ke sana.

    ReplyDelete
  3. Salam Helli,
    Sama sama kita berdoa moga Allah panjangkan umoq untuk kita merayakan hari kemenangan nanti...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Pak Long,

    Amiiin! Kirim salam kat Mak Long naa.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Halima;
    Bagusnya Mr T, banyak buah tangan untuk akak tu..
    Dah nak balik kampung kak, bestnya dapat puasa kat kampung, ummi pun balik minggu depan

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam Yong Ummi,

    Yang banyak tu pun sebab mem yg mintak bawak he he!
    Ya, InsyaAllah esok balik, Ummi pun? Selamat terbang balik Ganu, kan? Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin!

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Kak Halima...

    Selamat Hari Raya gak utk akak..selamat bercuti bersama Mr T..
    Mohon maaf zahir dan batin..=)

    ReplyDelete
  8. salam buat kak halima tersayang..
    maaf lama tak menjenguk akak.. saya kurang aktif berblog dalam seminggu ni..

    moga Allah berikan perlindungan dan keberkatan buat Erdogan dan para kabinetnya.. saya terharu dengan pemimpin spt beliau..

    ate..idok ke ngelupor Mr T ngan panaih Mesia ni kak ??

    ReplyDelete
  9. Lupa...
    selamat hari raya maaf zahir dan batin buat akak tersayang..moga Allah berkati hidup akak..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Cikgu,

    Mana ada Mr T. Ni citer masa dia datang 4-5 tahun lepas. Dah lama dia tak datang, malas naik kapalterobang! Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Yob Mad yg Hensom, semoga diberkati pemerintahan Erdogan dan diselamatkan dan dipanjangkan pentadbiran dia. Aminnn!
    Isy Yob ni sama dgn Cikgu Kalamhati. Ni masa Mr T datang 4-5 tahun lepas, bukan sekarang. Dia dok lepak Istanbul ni. Selamat Hari Raya jugak kat Mad dan keluarga! Tima kasih doa utk akak. Akak pun doakan kebaikan dan keberkatan utk keluarga Mad dan seluruh umat Islam!

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya Maaf zahir batin jika ada tersalah dan silap

    ReplyDelete
  13. Assalamaualaikum Yob Joyiman, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin jugak utk Yob. Mana balik berayanya Yob?
    >

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya kak Lima...maff zahir batin ye

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Ustaz Hot Stuff,
    U all ingat di kat Maleyzia ke? Dia kat Istanbul. Ni citer dia dtng dedululah. Takpe nanti akak kabor awak kim salam.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Yong Ina,

    juga selamat hari raya dan maaf zahir dan batin pd Yong Ina. Balik mana nanti?

    ReplyDelete
  17. wah cepatnye kak yong balik parit..kita jer blum balik..sabtu baru terjah teluk intan nun..

    dah terlanjur ni, nak mintak ampun dan maaf andai ada kata2 yg tergelincir kala mengomen..dan selamat hari raya buat kak yong disana :)

    ReplyDelete
  18. Salam Yong...udoh balik parit tu lajak le ke beruas terus... singgah2 le rumah teman ye....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Yong Diva,

    Ater nak elakkan crowd dan jam, kenalah balik awei. Takpe balik TA buleh ikut jalan lain, takyah tempuh hiway yg jam tu. Akak pun mohon maaf kalau ada salah dan silap ya.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Yob Fadzil,
    orang Bruaegh ke? Hmm adik akak ada beromah kat situ dgn anak bini dia, dekat dgn Sek Rendah romah deme!Apa2 pun Selamat Hari Raya kite!

    ReplyDelete
  21. parit & taiping dekat tak? moh kita raya sama2...

    teman balik umah mertua sbb mak kat mekah..

    kalo bercuti dgn mr T, moh le ke tganu ni.. buleh golek2 tepi pantai...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Yong Mulan, Parit-Taiping nak kata dkt tak dkt, jauh tak jauhm tp mau 2 jam berketa! Oh mak di Makkah, semoga beliau dpt berkat Ramadhan kat sana. InsyaAllah kalau Mr T mai dan ada masa, kami akan bergolek-gelantang kat pantai Kerteh! Tima kasih menjemput Yong!

    ReplyDelete
  23. assalam kak yong. selamat hari raya, maaf zahir dan batin. moga tak jemu mengembara :)

    ReplyDelete
  24. salam ziarah.
    Alangkah bagusnya jika Rasmah mansor bertudung mcm isteri pemimpin turki, Endorgan.

    Selamat hari raya kak.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Yong Intan,

    Ya sesama kita bermaaf-maafan, InsyaAllah nanti Yong rajin mengembara!

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Yob Jiwa,

    Benar gitu bagai dikata. Sebelum jadi pemimpin negara, elok pimpin ahli kuarga dulu!

    ReplyDelete
  27. Selamat beghaye kite .. teman tunggu Kak Yong di jam beso Paghit

    ReplyDelete
  28. Salam Idul fitri. maaf zahir dan batin.
    Tak ngulu ke raye ni?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Yob Mamamat, tunggu ler, kalau teman tak sibuk ngaco Rendang Tok, bakor lemang, rebuih ketupat...buleh kita terjumpa. Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Yong Ummi,

    Selamat Hari Raya dan bermaafan kita bersama. Kehulu dan kehilir tu InsyaAllah.

    ReplyDelete
  31. Selamat Hari Raya Aidilfitri Yong. Teman keghojer, idok ler balik Kipoh. Ghayer dalam hangar jer...

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum Yob, Selamat hari Raya Yob Doraemon. Laa koje ke? Takpe, lebat masyuuuuk tu.

    ReplyDelete
  33. Salam Yob Gedek,

    Menyongket tu jgn pegi Phuket...bahaya!

    ReplyDelete