Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Erdogan di Somalia. Show all posts
Showing posts with label Erdogan di Somalia. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Erdogan Seru Dunia Bantu Somalia...Mr T Nyongket ke Maleyzia!

Hosgeldeniz!

Keluarga Erdogan bertemu pelarian Somalia.

(Puan blog akan bercuti 2 minggu dari blogging sebab nak balik kampong ari ni...jumpa lagi, InsyaAllah; edited)



Erdogan dan isteri disambut oleh Presiden Somalia. Lawor gak isteri presdien Somalia tu.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Hari jumaat baru ni satu delegasi dari Istanbul yang membawa PM Tayyip Erdogan dan keluarga; 4 orang minteri kabinet; beberapa orang artis Turki dan bla bla bla...telah selamat mendarat di Mugadishu.
Kapalterobang deme sayapnya terseret kat runaway, tapi Alhamdulillah takde kemalangan.
Misi Erdogan ialah untuk menarik perhatian dunia kepada tragedi kemarau berpanjangan dan kebuluran di Somalia. Beliau menyeru negara-negara Islam dan negara maju supaya menunjukkan sikap yang lebih prihatin di negara Afrika ni.
Selain dari penghantaran bantuan, Turki akan membuka semula kedutaan di Mugadishu; mengarahkan pembinaan hospital di khemah pelarian; menyediakan bekalan ayor dll.


Bayi yang tak lapor memang comey-comey.

Di sana rombongan beliau disambut oleh Presiden Somalia. Presiden Somalia berbesor hati dengan lawatan dan bantuan kemanusiaan yang diberi oleh gomen dan rakyat Turki. Beberapa ari sebelum tu Turki telah menganjur sidang tergempor OIC membincang pasa masalah di Somalia dan berjaya mengumpul dana USD350 juta.
Sementara tu banyak lagi bantuan dalam bentuk wang dan benda diantor dari Istanbul. Alhamdulillah dengor di Malaysia pun dah mula mengutip derma dan dana.


Masa untuk ifftar.

Di dalam salah satu khemah pelarian. Di sebelah Erdogan ialah Presiden Somalia Sharif Ahmad. Ada pihak terutama di barat mengkritik Erdogan hanya cari publisiti membuat lawatan ni.
Hotak deme!
Kalau Obama, Merkel, Cameron, Sarkozy dan lahanat yang sebangsa dengan deme buat lawatan yang sama, laporannya lebih merdu. Kalau pemimpin Islam buat, banyak pulak persepsi negatif.
"Turki takkan peduli apa negara lain akan cakap. Tunjukkan komitmen anda sebagai bangsa bertamaddun!" balas Erdogan balik.
Yes bro!



Ni pulak ifftar di negara China. Dengornya saudara Uighurs kita di China ditindas dan dilarang berposa dan melakukan ibadah masa ni. Kalau betoi, memang lahanat ler gomen China tu!




Sebuah khemah ifftar yang dianjur oleh sebuah pertubuhan kebajikan Turki untuk penduduk di Bosnia.
Bangsa Bosnia dan Turki ni lebih korang jer, sepupu-sepapat, dua-dua hidup rapat!



Di Germany pun ramai orang keturunan Turki dan deme akan anjur Ifftar Tent seropa yang dianjurkan di negara asal deme. Nampak sup dhal dan salad tu cam teman biasa makan jer!



Muslimat di Jepun sedang berbuka posa. Semoga posa kita semua diterima!
Laporan Ramadhan untuk tahun ni mungkin abis kat sini sebab esok teman nak balik kampong di Parit, Perok!



Mr T Nyongket ke Maleyzia Part 1

Nak start entry pasa penyongketan Mr T ke Maleyzia.
Sebenornya dah lama Mr T tak datang sini. Lawatan terakhir tahun 2007 gitu. Teman jer berulang ke Istanbul.
Ater kekadang dia koje kat Afghanistan, kekadang di Iraq. Teman yang freelance ni yang kena menghangkut luggage pi-mai, pi-mai!
Lazim kalau dia datang 2-3 minggu. Dia bawak sikit jer baju dan pantaloon. Satu beg tu bukannya baju tapi coklat, wafer, gula-gula, candy, lokum dan satnika mende-mende manis.
Satu beg kecik penuh dengan hazelnut, buah-buahan kering; madu kampong dari Deredebi; 2-3 jenis keju; minyak zaitun; buah zaitun jeruk gitu. Ada gak dia bawok skarf dan barangan tekstil sebagai hadiah.



Mr T gemor memerhati struktur binaan. Masa ni dia perhati binaan high-rise parking kat satu lorong di Kuala Lumpur. Sebagai sorang engineer, dia ada teori dia sendiri tentang peristiwa 9/11.
Adalah yang dia citer kat teman tentang struktur pembinaan banguanan tinggi dan pemasangan paip gas tapi teman lupa detailnya.
Apa-apa pun dia rumuskan pelanggaran Twin Tower tu semua kelentong Yahudi!


Kita nak nyongket mana?

Bila Mr T datang kami akan plan nak bercuti beberapa ari di luor Lembah Klang. Mungkin ke Pulau Pinang, Langkawi, PD etc.
Tapi sebelum dia datang teman kena bagitau bila buleh dan tak buleh datang, bergantung pada jadual kat universiti teman ngajor tu.

Ahhh...nanti sambung citer lepas raya. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Idulfitri kome...maaf zahir dan batin ya.
InsyaAllah jumpa lagi!



Sebagai penutup moh kita gi PARAM di jakarta. Ni macam masakan Padang. Tak jauh beza menu deme dengan menu di Malaysia.
Jom usyar kome!

Friday, August 19, 2011

Kak Ros, Juallah Cincin Tu!...Nuzul Quran Around the World.

Tengok T-shirt anak teman, ada bendera Turki!
Bila kenyang, senyum jer!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PM Turki YAB Tayyip Erdogan dah selamat sampa ke Mugadishu bersama ahli kuarga dan beberapa menteri kabinetnya bagi menarik perhatian dunia akan masalah kemarau dan kebuluran di Somalia. Sebelum tu beberapa NGO Turki dan beberapa orang selebreti Turki seperti Sertap Erener, Nihat Dogan dan Ajda Pekkan serta beberapa MP dan ahli perniagaan dah pegi ke negara malang tersebut.

Kita sibuk nak sambut raya, orang Turki sibuk nak bantu orang yang lapor. Tapi teman terbaca ada kempen menderma untuk mangsa kebuluran Somalia ni kat satkhabor kita. Harap-harap ada VVIP kita atau selebreti kita sanggup ke sana. Atau paling-paling korang menderma sebanyak mungkin. Elok kita cut-down beli baju raya. Kalau tiap tahun kita beli 3 pasang, tahun ni kita beli 2 pasang cukup ler. Duit yang RM100 tu (hah baju sekarang mahei weh...sepasang mau RM150-RM200, yang ada labuci tuh) sedeqah kat deme di Somalia. Tak pun barang kemas yang lebih tu, lelong ler, dapat RM20 juta dah kira baguih tuh!


Ni apa?
Ni amende?
Nilah imej futuristik sebuah banguanan yang bakal menjadi tertinggi di dunia. Tingginya 1000 meter, kos lebih korang USD20 billion. Memecah awan, bukan mencecah awan.
Huuuu gayat...tinggi kome! Cuma teman nak hingorkan, ngape ler deme bina tinggi bebenor, perlu ke?
Ego jer lebih nih! Duit banyak tak tau nak boh mana!
Kome cari ler sendiri negara mana yang ego ni.


Ngape dik?
Lapor ke?
Moh nengok aktiviti melancor Al-Quran sempena Nuzul Quran.
Adik kat mesjid di Indonesia ni letih kot dan dahaga.



Kaum Muslimat turut memeriahkan membaca Al-Quran di sebuah masjid di Jakarta.



Remaja turut aktif membaca di Gaza City.
Semalam teman pegi cyber cafe, ramai remaja Melayu kita main game! Posa ke tak posa, aktiviti main game kat CC tak luntur.
Tak tau ke mak bapak deme ni anak-anak deme baya 8-11 tahun perabihkan masa dan duit kat situ?
Teman heran dengan mak bapak Melayu ni kekadang!



Usia tak menghalang Atuk di Kashmir ni melancor.
Berkat umur dia!


Peace!

Sorang Yong yang anti-Salleh di Yaman sedang tekun melancor.
Kome tau apa teman tulih ni, melancor? Maksudnya melancar. Orang Perok kata melancor tu menghapal atau membaca ler.
"Melancor kome...jangan asyik ngadap TV jer?"
Kome jangan pikior lain...besit kang!

Gambor-gambor dari AP/Getty Image. Syukran!


Nevin sedang tanggung seguni baja.

Moh jenguk Kampong Derdebi jap.
Nak citer suasana di musim bunga. Salah satu tugas yang kuarga Mr T kena buat ialah menabur baja pada pokok hazelnut. Berguni-guni digunakan.
Nevin hangkut ntah bape kilogram tiap kali musim bunga. Dia boh berguni-guni atas traktor tu dan tanggung sorang-sorang dan tabur di ladang yang agak luas tu. Sebuah guni berat 25 kg.


Sungai Deredebi di musim bunga.

Sementara tu, dalam satu musim bunga teman gi berkelah dengan anak buah Mr T. Bila teman tau ada sungai kat Kg Derdebi, teman punya suka. Ajak bebudak ni berkelah. Teman ajak Enver (dak lelaki ni) dan kakak-kakak dia termasuk Esra dan Fatma dan anak sedara Kak Emine, Beyza.



Teman hangkut teko lama untuk buat cay.
Pilih port yang best kat sini. Selain buat cay panas, teman bawok kentang rebus dan hazelnut.
Kak Emine kata, "Allah, Allah...nak berkelah pulak!"
Tak penah buat dik orang berkelah kat tepi sungai Deredebi kot.
Teman apa dulik!



Kami hanya dok sembang-sembang dan main ayor.
Nak mandi sejuk, jadi deme dok baring-baring, berlabun dan bergambor. Ni gambor 4-5 tahun dulu. Sekarang Fatma dan Beyza dah bertudung. Fatma dah berhenti sekolah dan Beyza masuk sekolah Imam Hatip.
Kat padang sinilah kekadang Kak Emine dan Nevin lepas kan lembu-lembu deme untuk makan dan bermukah!



Sebagai penutup, jamulah mater dengan juadah berbuka di Lahore, Pakistan.
Deme ni makan limo ke epal ijo ni?
Yang teman buleh usyar lagi samosa dan kurma. Menu yang sihat!