Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label ramadhan dan ifftar di Turki. Show all posts
Showing posts with label ramadhan dan ifftar di Turki. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Erdogan Seru Dunia Bantu Somalia...Mr T Nyongket ke Maleyzia!

Hosgeldeniz!

Keluarga Erdogan bertemu pelarian Somalia.

(Puan blog akan bercuti 2 minggu dari blogging sebab nak balik kampong ari ni...jumpa lagi, InsyaAllah; edited)



Erdogan dan isteri disambut oleh Presiden Somalia. Lawor gak isteri presdien Somalia tu.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Hari jumaat baru ni satu delegasi dari Istanbul yang membawa PM Tayyip Erdogan dan keluarga; 4 orang minteri kabinet; beberapa orang artis Turki dan bla bla bla...telah selamat mendarat di Mugadishu.
Kapalterobang deme sayapnya terseret kat runaway, tapi Alhamdulillah takde kemalangan.
Misi Erdogan ialah untuk menarik perhatian dunia kepada tragedi kemarau berpanjangan dan kebuluran di Somalia. Beliau menyeru negara-negara Islam dan negara maju supaya menunjukkan sikap yang lebih prihatin di negara Afrika ni.
Selain dari penghantaran bantuan, Turki akan membuka semula kedutaan di Mugadishu; mengarahkan pembinaan hospital di khemah pelarian; menyediakan bekalan ayor dll.


Bayi yang tak lapor memang comey-comey.

Di sana rombongan beliau disambut oleh Presiden Somalia. Presiden Somalia berbesor hati dengan lawatan dan bantuan kemanusiaan yang diberi oleh gomen dan rakyat Turki. Beberapa ari sebelum tu Turki telah menganjur sidang tergempor OIC membincang pasa masalah di Somalia dan berjaya mengumpul dana USD350 juta.
Sementara tu banyak lagi bantuan dalam bentuk wang dan benda diantor dari Istanbul. Alhamdulillah dengor di Malaysia pun dah mula mengutip derma dan dana.


Masa untuk ifftar.

Di dalam salah satu khemah pelarian. Di sebelah Erdogan ialah Presiden Somalia Sharif Ahmad. Ada pihak terutama di barat mengkritik Erdogan hanya cari publisiti membuat lawatan ni.
Hotak deme!
Kalau Obama, Merkel, Cameron, Sarkozy dan lahanat yang sebangsa dengan deme buat lawatan yang sama, laporannya lebih merdu. Kalau pemimpin Islam buat, banyak pulak persepsi negatif.
"Turki takkan peduli apa negara lain akan cakap. Tunjukkan komitmen anda sebagai bangsa bertamaddun!" balas Erdogan balik.
Yes bro!



Ni pulak ifftar di negara China. Dengornya saudara Uighurs kita di China ditindas dan dilarang berposa dan melakukan ibadah masa ni. Kalau betoi, memang lahanat ler gomen China tu!




Sebuah khemah ifftar yang dianjur oleh sebuah pertubuhan kebajikan Turki untuk penduduk di Bosnia.
Bangsa Bosnia dan Turki ni lebih korang jer, sepupu-sepapat, dua-dua hidup rapat!



Di Germany pun ramai orang keturunan Turki dan deme akan anjur Ifftar Tent seropa yang dianjurkan di negara asal deme. Nampak sup dhal dan salad tu cam teman biasa makan jer!



Muslimat di Jepun sedang berbuka posa. Semoga posa kita semua diterima!
Laporan Ramadhan untuk tahun ni mungkin abis kat sini sebab esok teman nak balik kampong di Parit, Perok!



Mr T Nyongket ke Maleyzia Part 1

Nak start entry pasa penyongketan Mr T ke Maleyzia.
Sebenornya dah lama Mr T tak datang sini. Lawatan terakhir tahun 2007 gitu. Teman jer berulang ke Istanbul.
Ater kekadang dia koje kat Afghanistan, kekadang di Iraq. Teman yang freelance ni yang kena menghangkut luggage pi-mai, pi-mai!
Lazim kalau dia datang 2-3 minggu. Dia bawak sikit jer baju dan pantaloon. Satu beg tu bukannya baju tapi coklat, wafer, gula-gula, candy, lokum dan satnika mende-mende manis.
Satu beg kecik penuh dengan hazelnut, buah-buahan kering; madu kampong dari Deredebi; 2-3 jenis keju; minyak zaitun; buah zaitun jeruk gitu. Ada gak dia bawok skarf dan barangan tekstil sebagai hadiah.



Mr T gemor memerhati struktur binaan. Masa ni dia perhati binaan high-rise parking kat satu lorong di Kuala Lumpur. Sebagai sorang engineer, dia ada teori dia sendiri tentang peristiwa 9/11.
Adalah yang dia citer kat teman tentang struktur pembinaan banguanan tinggi dan pemasangan paip gas tapi teman lupa detailnya.
Apa-apa pun dia rumuskan pelanggaran Twin Tower tu semua kelentong Yahudi!


Kita nak nyongket mana?

Bila Mr T datang kami akan plan nak bercuti beberapa ari di luor Lembah Klang. Mungkin ke Pulau Pinang, Langkawi, PD etc.
Tapi sebelum dia datang teman kena bagitau bila buleh dan tak buleh datang, bergantung pada jadual kat universiti teman ngajor tu.

Ahhh...nanti sambung citer lepas raya. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Idulfitri kome...maaf zahir dan batin ya.
InsyaAllah jumpa lagi!



Sebagai penutup moh kita gi PARAM di jakarta. Ni macam masakan Padang. Tak jauh beza menu deme dengan menu di Malaysia.
Jom usyar kome!

Monday, August 15, 2011

Erdogan Bergasak Dengan Tentera...Ramadhan Around the World Lagi!

PM Erdogan dan Army Top Brass baru-baru ni


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ni citer dah basi, dah 2 minggu. Beberapa orang jeneral dalam angkatan tentera Turki sama ada yg di darat, laut dan udara telah merajuk dan pencen sebab tak pueh ati dengan pentadbiran PM Erdogan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni lebih korang 40 orang jeneral dan pegawai tinggi tentera telah ditahan dan disoalsiasat dan ada yg kena penjara dalam operasi 'Ergenekon' dan 'Sledgehammer' - satu err...2 operasi gelap yang dikatakan cuba menjatuhkan pentadbiran gomen AKP. Berbagai bukti dokumen, senjata, bahan letupan telah ditemui di pelbagai tempat oleh pihak berkuasa yang membawa dakwaan bahawa pihak tentera dan juga orang awam yang sekular termasuk para akademik, wartawan, ahli peniagaan bersengkokol cuba destabilize gomen melalui berbagai cara termasuk mengumpat, mengeji, memfitnah dan meletup banguanan seperti masjid supaya huru-hara dan deme buleh menjatuh dan merampas kuasa. Ahhh...nak tau lebih-lebih, kome gi googlelah 'Ergenekon' dan 'Sledgehammer' ni.

Pegawai dan tentera kat Turki ni merupakan golongan elit sejak dulu. Deme idup dalam zon selesa deme. Tak campur orang. Nak gi hospital ada; nak berhibur ada; nak bercuti ada; nak bersosial ada; nak apa pun deme ada kemudahan sendiri.
Very exclusive!
Tapi bila dah pencen atau terpencen, gelabah!
Dah jadi civilian tak tau nak adjust. Tu yang ada pihak bagi kaunseling dan kursus pada pegawai tinggi tentera ni camner nak adjust dengan idup di dunia realiti!



(Terjemahan dalam Bahasa Banjor ada disediakan kome!)

Advice for retired military officers for easier adaptation to civilian life

Both the Turkish Armed Forces (TSK) and some private institutions offer courses for retiring military officers to help them overcome the challenges of adjusting to civilian life. Sample tips include:

Don’t try to jump to the front of bank queues.

(Jangan potong Q ehh!)

Don’t raise your voice and do not shout at young people.

(Jangan hingor kat tempat awam terutama kat Mat-Mat Rempit, kang deme sondol!)

Do use public transport and do establish friendships with civilians.

(Guna bas atau beca dan buat hubungan sulit sekali-sekala)

Don’t spend all your time meeting with your former military colleagues.

(Jangan dok lepak dengan kawan lama, cari konco-konco baru)

Do not exaggerate the challenges of civilian life; enjoy your retirement.

(Rentikan mengeluh, gi petik hazelnut ke, jagung ke, buah zaitun ke...)

Do start a business if you have some capital.

(Bukak biznez kebab)

Do enroll in a course in an area that interests you.

(Amik kursus buat kebab, menjahit stokin bulu, jadi bilal masjid...)

When you go on vacation, try to stay at hotels other than exclusive military resorts.

(Gi Haji atau umarh, atau bercuti kat Kampong Derdebi, tolong petik hazelnut keme...)

Don’t try to get special treatment in government offices by declaring you are retired military as this may now have the opposite effect.

(Jangan hingor kome bekas tentera,...who cares, ehhh, ada aku kisah?!)

Do obey the traffic rules and don’t quarrel with policemen.

(Ikut peraturan lalulintas dan jangan cuba bagi rasuah kat polis!)

Do take your wife to restaurants other than those in military facilities.

(Bawok bini kome gi surau atau masjid, ajor deme pakai skirt labuh dan tutup aurat...hissyyy dah tua-tua masih tak insaf!)

Do try to give up your old habits. You don’t have to shave every day; remember, you are a civilian now.

(Biorkan misai dan janggut panjang, biasakan pakai kopiah!)

Don’t look down on people.

(Kome ingat kome sapa? )

Do get involved in your community.

(Join tabligh, kome ntah kenal ntah idak surau dan masjid nih!)





Hah..kan bagus cam askar-askar kat Iran ni. Jaga keselamatn negara dan jaga keselamatan diri dari masuk neraka!



Solat buleh di mana-mana, takde sebab kita kata tak buleh buat. Sorang pemuda bersolat dalam boat di Kashmir.



"Yob, bak segelas teh tarik...tak sempat berbuka kat romah!" kata pemandu teksi di Kabul ni.
"Nah Yob...selamat ifftar! Kalau nampak tentera Amerika, langgor jer, langgor!"
"No hal Yob, teman biasa dah buat!"



Aisssyyy...gi mana-mana ada jer orang buar maruku ni. Chef Iraq sedang menggoreng maruku manis.



Ni kot yang dikatakan roti Arab. Kat Tesco kita werne putih. Tapi gerenti yang kat Tunisia ni lebih lezet dan enak!
"Bak 5 keping, Yob!" kata pakcik baju kotak-kotak.
"Aik, banyak tu pakcik, nak buat apa bebanyak?"
"3 buat makan, 2 buat bagi cucu buat main frisbee!"



Sambung kisah teman lawat sekolah Ertugrul di Eregli, Laut Hitam.
Lepas abis baca ikrar dan dengor celoteh guru besor, dema pusing, nak berjalan masuk kelas memasing. Yang pompuan bertudung tu bukan cikgu tapi sorang ibu yang datang ngantor anak dia ke sekolah.



Cikgu-cikgu Turki mengiringi anak-anak murid berjalan ke kelas. Idok deme biorkan memurid berjalan sendiri, kena kontrol, kot ada yang jatuh.
Cikgi-cikgi Turki santai jer paka jeans atau slack ke sekolah. Cikgu lelaki yang smart bertai dan coat/blazer bagai. Sebab ni musim luruh, uniform sekolah agak tebai sikit.



Cikgu Ertugrul (lupa nama dia) telah sudi jemput teman masuk kelas dia. Dia pulak buleh speaking dengan baik. Dia mintak teman cakap sesuatu pada anak murid dia.
Teman pun ucap tima kasih sebab benarkan teman masuk nengok kelas, nasihatkan memurid sedikit sebanyak dan apa-apa yang patut.
Ertugrul yang dok kat belakang tersipu-sipu nengok Baba Anne dia berucap kat depan.
Kawan-kawan dia heran camner Ertugrul ada opah Yabanci yang buleh speaking terer-terer!
Cikgu gebu tolong terjemahkan. Di Turki deme hanya belajor BI pada usia 10 tahun.



Meh makan!
Teman menjamu selera di rumoh jiran tingkat ataih di apartment Basaksehir, Istanbul.
Ni selepas sesi ngaji baca Yassin. Teman lupa nama menu ni - roti cam capati dimakan dengan kepalan daging dan couscous berempah yang tak dimasak, lapik dengan berbagai salad.
Meh try kome...!