Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, February 27, 2011

Gomen Turki Cekap Selamatkan Rakyatnya DAN Rakyat Asing!

PM Recep Tayib Erdogan - gambor dari Zaman Daily

Assalamualaikum dan Salam Ceria,


Turkey menunjukkan ciri-ciri kuasa yang dihormati dan boleh diharapkan tika krisis besar ekoran rusuhan di Libya. Lebih 20 buah negara termasuk Jerman, AS, Italy, Sweden, Rusia, UK, Perancis, Bosnia, Australia, Serbia, Ukraine, Kosovo, Romania, China, Jordan, Kazakhstan dan Iran telah meminta bantuan Turki untuk menyelamat dan membawa pulang rakyat deme. Ini kerana gomen Turki telah menghantar beberapa pesawat tentera dan feribot tentera untuk membawa pulang beribu-riban rakyat Turki yang terperangkap di Libya. Melihat usaha segera gomen Turki ni, negara-negara lain yang lembab tu minta bantuan gomen Turki menghangkut rakyat deme guna kapal Turki.

Inisiatif menyelamat ni mendapat perhatian media di UK dan dalam headlines The Times, gomen British dikritik kerana tak amik usaha yang lebih membantu rakyat sendiri - "Orang Turki boleh buat, kita tak boleh!"

Err...dalam wawancara kat TV, rakyat Turki yang selamat balik mengucapkan syukur selamat sampai tapi idok sorang pun kata, "Saya ucapkan ribuan tima kasih pada PM Erdogan dan parti AKP kerana menyelamatkan kami..bla..bla..bla.." Kalau kat Malaysia kita buleh hafal skrip dia camner he..he..!

PM Erdogan juga tidak bersetuju sekatan dikenakan ke atas Libya kerana tindakan ini akan menyusahkan rakyat jelata Libya, Gadaffi tak apa-apa for sure. Cepat jer AS dan negara Barat nak buat sekatan ke atas negara Islam...hampeh tak sudah!


Gambor teman cilok dari Zaman Daily

Sementara itu, walaupun ramai rakyat Turki menyokong revolusi menumbangkan diktator dan kembalinya demokrasi di Timor Tengah, deme kurang senang dengan tindakan Gadafi yang sesuka hati membenarkan tentera menembak rakyat sendiri! Beberapa siri tunjuk perasaan diadakan di beberapa bandar mengutuk tindakan trigger happy regim Gaddafi...eh bape banyak punya regim kat sini daa!



Gambor dari sumber Chinxua Press, sorang tentera (?) berdiri megah sebelah keta perisai di Libya baru-baru ni.

Berita teman olah dari Zaman Daily News.


Ahh tertingga, ada lagi satu gambor First Lady Kak Ros dengan First Lady Hayrunnisa Gul. Kalau sejuk, pakalah baju benang bulu Ros, dah tau ni winter kat Turki. Ni dah ropa sami Siam jerk!
Lawor Hayrunnisa, manis cam nama dia 'Gul' (bunga mawar), tanpa aksesori yg over. Less is beautiful, Kak Ros!

P.S Bekas PM Turki Erbakan meninggal dunia semalam. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Parti Refah yang beliau pimpin berpecah pada 2, satu AKP dan satu lagi Parti Saadet.




Dah 3 ari berturut-turut ujan renyai jer kat Kg Deredebi. Malam tadi kot sejuk sangat, salji turun kat belah bukit nun. Nampak bukit yang kat belakang rumoh mertua, yang ujung tu, dipenuhi salji pagi ni. Hari ni main lepak di rumoh jer ler...nak nyongket sejuk dan lembap!



Semalam tengok Nevin bersihkan jeruk buah ceri. Dia ada sebut nama buah ni dalam Bhs Turki tapi teman lupa. Warna asal dia meroh gelap dan dikutip merata tepi-tepi belukar dalam kampong. Masak ranum pun dia masam dan kelat!



Orang kampong tak suka membazir, mana yang buleh dimakan akan diperam, jeruk, awet dll. Buah ni dijeruk, tak tau bape lama, sampai ilang kelat dia. Pastu deme akan masak dan buat sirap. Kita pun banyak buah, tapi kita tak buat...ngape eh?



Untuk lunch, Nevin rebus kacang fesule, warna putih (kacang fesule ditanam dalam musim bunga sampai musim luruh).Ni biji dari kacang cam kacang pepat, kacang dimakam dan bijinya dikeringkan. Kena rebus 3-4 jam. Nilah baked beans yang kita beli kat supermarket tu. Nevin boh bawang, sikit pes tomato dan sikit lada dan garam. Senang masak kat soba sebab guna kayu api. Kalau kita nak rebus guna dapor gas, alamat cepat abis bekalan gas kome. Hmm...sodap sup fesule ni, bukan cam rasa yang dalam tin tu!



Lagi satu menu, Nevin masak tomato dan cili ijo ditumis bersama bawang.



Diminum dengan ayor jus dari pear itam. Teman pangge pear itam sebab isi dia warna itam, kulit ijo. Rasa kelat dan manis sikit jadi deme tak makan sangat, deme buat jus. Deme rebus buah ni tanpa gula. Tapi bila teman minum ada rasa manis. Sodap gak...



Meh kome makan dengan keme, masakan kampong dan minuman kampong dari hasil Kampong Deredebi yang organik. Takder lauk, seperti biasenyer... turun lagi berat badan teman dan InsyaAllah bertambah sihat!

20 comments:

  1. Banzaiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. dalam diam diam ,,amerikana berjaya memporak peranda kan dunia arab,,,,,,,,,, hahhaha

    ReplyDelete
  2. dasyat eh kak. Kebanyakan sumber mkanan diorg usahakan sendiri... sy try tanam sayur dlm pasu kat umah neh tp x beso2... caner? geram pulak hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya amat setuju! memang kerajaan Turki memang cekap dalam menyelamatkan rakyatnya yang berada diluar negara sejak dari krisis Mavi Marmara lagi.

    Ah'ah, Kak Ros kite ni tak terasa ke ngan isteri Presiden Negara Sekular tu, Walaupun Sekular tetap Bertutup Litup..hehehehe jange mare Kak Ros..

    Mak aihh..sodapnya buah Ceri tuu...nyam-nyam

    ReplyDelete
  4. bagus aahh gomen turki ni.. tak byk citer, terus bertindak.. issh kena citer gak pasal msia hangkut student kat mesir.. nnti kak ros dont like one..

    ceri..??? teman suka bebenor.. ingat masa kecik panjat pokok ceri, pastu tak reti nak turun.. buat jeruk? sedap tu yong..!!

    best kan sana, makan hasil dari tanaman sendiri. tapi sana pokok senang hidup sebab coce sejuk sikit kot.. mcm kemeren hailen..

    wuiihh, makanan kat bawah2 tu, lazat berzat sumernya..

    ReplyDelete
  5. suke nengok first lady...turki tu ! hehe...;p
    pandei dah yong mkn mknn turki yer...baguih...;)

    ReplyDelete
  6. Naseb baik ada cerita Kak Ros sikit, segar bijik mata teman...

    Jus pear itam tu nampak macam jamu je....?

    ReplyDelete
  7. Salam Yob PO, tak ngape, deme plan, Allah yg Maha Mengetahui pun ada plan gak...

    ReplyDelete
  8. Salam Ali, takder baja kot. Cer boh sisa organik dan gembur2kan tanah tu...Tahniah berusaha huhu..

    ReplyDelete
  9. Salam Yob Din, err dia tak tau makna segan tu. Lagipun nak tunjuk Islam Hadhari dia.Buah ceri tu masam dan kelat, jadi jus baru sedap.

    ReplyDelete
  10. Salam Yong Mulan, ha ha ceri yg kat Malaysia tu lain. Yg ni kelat dan masam, bila buat jus baru sedap.Kat negar kita lagi banyak buah Mulan, cuma pokok negara dingin jer tak buleh hidup.Buleh ler makan makanan deme, kalau tak cerewet!

    ReplyDelete
  11. Salam Ummie, memang Hayrunnisa tu comey. Eh dah lama panda makan hok deme ni, suka dgn tak suke jer.

    ReplyDelete
  12. Salam Yob Gedek, citer Kak Ros tu sebagai iklan jer, time utk gi toilet gitu. Ha'ah, cam jamulah, utk kesihatan!

    ReplyDelete
  13. salam puan..

    mike kembara merata tuh,rekomen le utk teman yg spesis kerunnisa tuh..spesis bikmama dah belambak huu

    tq,singgah lagi

    ReplyDelete
  14. Salam Yob CicicthjHassan,
    Hosgeldeniz...try cari, asyik tgh sekolah atau dah bertunang!Ramai gak yg cam Hayrunnisa ni...tapi yg teman kenal yg kuat2 buleh angkat seguni beras kacang hazelnut, cam Herkules!

    ReplyDelete
  15. Pasal libya, kak ros..tu takmau komen, sebab dalam TV dah ada...nak komen pasal makanan2 tu...rase cam best je..semua buat sendiri dari sumber asli...macam dulu2 masa mak ada kat kampung....sume dia buat sendiri...sob...sob...

    ReplyDelete
  16. salam kak
    mmg blh terasa smpi ke sini sdapnya baked beans tu..semua mkanan yg kak display kat entry sblm ni tiada yang tak sedap melainkan semuanya sedap2..tapi masalahnya "for display only" je la cannot touch cannot taste..huhuhu..

    ReplyDelete
  17. Salam Fadzli, makanan deme best sbb banyak buat sendiri. Kita pun buleh cume kita cam takder masa, sibuk laki-bini.

    ReplyDelete
  18. Salam Asma, ni nama jamu mater!Kalau ada rezki buleh merasa real punya!

    ReplyDelete
  19. salam kak yong.
    buah ceri tu walaupun kelam2 kalau dapat makan sedap tu :)

    hm..turki dah jadi kuasa baru agaknya..maklumlah dgn OIC pun nampak peranan diorg.

    ReplyDelete
  20. Salam Miss Nina, semalam makan buah ceri tu dimasak tumis oleh Nevin! Yang dibuat sirap jenis ceri lain kot. Rasa yang dimasak semalam masam2, ditumis dgn bawang dan serbuk lada. Memnag Turki dah jadi power besar dlm OIC dan sbb dia demokratik dan stabil, tak cam regim2 gila kuasa kat negara2 Timur Tengah lain.

    ReplyDelete