Moh Kite Follow Sesame...

Monday, February 7, 2011

Terkini Krisis Mesir, "We Won't Budge!!!" Jerit Protester.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Tak banyak perubahan berlaku ari ni. Situasi masih dalam suasana "standoff" antara pihak anti-Mubaraq dan pihak regim. Ada rakyat yang dah letih dengan krisis dan cuba menjalani hidup yang 'normal'. Tapi beribu-ribu lagi anti-Mubaraq masih berkampong di Tahrir Square.

Dalam sektor pelancongan, ianya dah tergantung. Imej menunjukkan kawasan sejarah piramid sunyi sepi tiada pelancong dan kenderaan pelancong seperti selalunya. Yang ada polis dan tentera mengawasi kawasan bersejarah ni. Unta pun ada beberapa ekor berkeliaran.

Sementara itu matawang Mesir jatuh 1.3% berbanding Dollar Amerika, kejatuhan yang paling teruk dalam 6 tahun!




El-Baradie mengatakan beliau tidak dijemput menghadari pertemuan pertama dengan pihak regim semalam. (Laa gitu ker? Deme takut pengaruh Yob ni...)



Walaupun ada rakyat Mesir dah balik ke rutin harian tapi ramai masih tak berganjak. Deme bina khemah dan pondok siap dengan bantal, selimut dan kelambu! Ada yang hangkut laptop buat laporan 'live' atau tulis blog atau update dalam Mukabuku deme!



Kalau kome ingat deme dah "give-up, rest assured most of them are staying put, literally!" Rasional deme, "kalau kita tak gi koje, gomen akan rasa 'panas' dan 'collapse' bila jentera gomen tak berfungsi." (Bijak, bijak...)



Bukan rakyat Islam jer menuntut perletakan jawatan Horse-ni, tapi golongan Kristian pun bersama-sama berganding bahu dengan saudara Islam mereka.


"We won't budge!" protestor memberontak.


Imej di Tahrir Square yang teman cilok dari TV Turki pulak.


Salah sorang wartawan asing sedang membuat lintaslangsung di Tahrir Square.

Nilah 'lintaslangsung' dari teman di Basaksehir, Istanbul. Cuaca di luar amat nyaman, 18 Celcius. Why am I staying in? Nyongket kan best dalam cuaca yang sebegini? Tak buleh, tak buleh. Kena kemas rumoh. Mr T is coming home soon! Weh sapa nak tolong teman kemas rumoh ni?

Sumber tentang Krisis Mesir dari TV France24 jam 10:30 pm Isnin waktu Malaysia.

Krisis rumoh teman bersepah ni siaran langsung dari Basaksehir.

8 comments:

  1. salam akak,,,,, El-Baradie sikit lebih kureng macam mubarak,,,,,,,,,,, El-Baradie juga ada lah pokok yg di semai oleh USA,,,,,

    ReplyDelete
  2. salam kak,
    kalau dekat nak juge saya tolong kemas..upahnya kak provide brunch mcm hari tu jadik ler..hihi.telur goreng 2 biji mata lembu dgn karipap..ade lagi ke karipap kak.. krisis mesir ni bila ler nak abisnya yek..riso lps ni rege petrol kita naik la pulak nti..kalau rege setong pun dah USD100..

    ReplyDelete
  3. Salam Yob Nazar, banyaknyer Uncle Sam "sowed wild oats" dia, bersepah anak tak sah taraf!

    ReplyDelete
  4. Salam Asma, karipap pagi tadi last 2 kuntum abis! Laa kalau nak sangat brunch cam aritu, meh datang umah akak kat Sh Alam nanti! Tau tau ler bila dia nak turun, tunggu bape pencen dia nak dpt baru dia turun.

    ReplyDelete
  5. boleh ke nak join asma brunch bersamo ?

    ReplyDelete
  6. salam tuan rumah. nak datang berziarah ni.

    semalam hosni umumkan kenaikan gaji 15% pada kakitangan awam mesir. degil betul dia tu ye. dah nak mati pun nak korup lagi.

    ReplyDelete
  7. Salam Yob PO, ha ha...tanyo diolah!

    ReplyDelete
  8. Salam Yob Kelisa, hosgeldeniz! Ha;ah dia nak naikkan gaji. Bodek tapi dah liwat...eh lewat!

    ReplyDelete