Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, February 9, 2011

Krisis Mesir Terkini...Entry Terakhir Dari Mohkembara!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga kome semua sejahtera di sana. Maaf ari ni lamat update entry sebab broadband Turkcell keme dah terover budget. Pagi tadi nak 'on' tak buleh. Ngadu pada Mr T, teman kata nak update blog. Dia kat, " No need blog...unnecessary." "So you want to blog or to jalan-jalan?" teman tanya. "Ok, I will check the broadband," cepat jer dia tangkis.

Mungkin kome dah tau perkembangan terkini kat RTM dan TV3/4 Saluran Informasi Andaaa, tapi teman nak gak selit sesikit laporan dan ulasan dari Eropah, khasnya dari TV France24. Tv ni bersiar 24 jam dan dipancor dari Paris. Kat Turki ni kalau kome pasang receiver, banyak dapat saluran dari pelusuk alam kecuali dari Malaysia dan Singapura. Heran teman tak dapat RTM, TV 3/4 dan seumpamanya.

Dah masuk ari ke 15 (?) "The demonstrators are staying put! In fact, they are many first-timers among the protestors," kata wartawan France24 di Kahirah. Dilaporkan jumlah protestor semakin bertambah tiap ari, bukan berkurang dan mood pun 'upbeat' dan semangat tak luntur. "They are keeping up the momentum and will not let it die." Adalah pulak tuntutan tambahan dari protestor ni, deme mau bukan saja Mubaraq turun, tapi keseluruhan kabinet regim! (Way to go kome!)

Imej di atas adalah gambaran semalam. Ada nampak macam berkurangan jumlah yang lepak kat Tahrir Square tu? Mungkin ada antara kome tanya ngape teman tak cut paste jer gambor dari site lain. Kalau buat cam tu buleh tapi tak der drama.






Kalau kome ingat Yob hensom ni, Ghonim, Eksekutif Google yang kena tahan 2 minggu tu (baca entry teman semalam), ni dianya buat ucapan berapi dalam Mass Demo tu. Dia kata dia bukan hero, tapi dah berucap cam ni nanti ada orang kata dia nak jadi hero. Tapi kalau dia tak berucap, sapa lagi. Baik dia, hensom pun hensom...dan sebab dia kena belasah dengan Security Forces 2 minggu!



Nak tau bersemangat ke atau dah luntur semangat, haa tengok deme ni. Siap bawok blanket tido kat tengah dataran. Kalau kome mau ke bersejuk dan beralas simen/jalanraya yang keras berhari-hari. Sanggup tu!

VP Suleiman berjanji, "there will be no reprisal against the protestors." (Yalah, takkan miker nak simpan sejuta orang dalam lokap kot!).



Sementara itu, PM Perancis Fillon mendapat tekanan dari pihak MP pembangkang yang menuduh beliau menyalahgunakan kedudukannya bila menerima pakej percutian percuma dari Mubaraq semasa cuti Krismas tahun lepas. Sebelum itu Menteri Luarnya dikritik sebelum ini kerana bercuti di Tunisia ketika rakyat Tunisia sedang berdemo. (Tak pasal-pasal negara lain tempias kena ribut dari Mesir).

Imej atas menunjukkan satu keluarga Mesir sedang berkelah di Tahrir Square. Siap bawok anak-bini!


Semalam Mr T balik dari Iraq. Nasib baik teman dah kemas rumoh. Idok ler bersepah sangat. Sebab lepas ni dia akan sepahkan rumoh.



Ni kahvalti pagi tadi teman buat. Pastu kami pegi check masalah broadband Turkcell. Sebab blog teman berat, bill naik sampai RM300 dalam tak samapi sebulan. Pelik arr. Kat Malaysia teman bayor RM98 guna sebulan. Mr T kata, tak payah guna blog, sebab banyak makan duit.

Jadi ni entry teman terakhir, sehingga teman balik Malaysia atau teman online kat CC. Harap maklum ya.





10 comments:

  1. Alaa... hari2 dok baca entry akak, ini yg terakhir plak.. xsyoknya... lmbt lagi nak tunggu akak blk M'sia... lama tu nak tunggu...

    ReplyDelete
  2. lalallalalalalalalalalla sodih sodih sodih ,,,,,,,,,,, sabar menanti ????

    ReplyDelete
  3. jgn la terakhir lagi... cari la jalan utk citer hari2..

    adoyai itu pots yg berkilat.. suka sungguh poyok belanga dia.. adooii itu salami, jeruk2.. meleleh dah ni..

    kahvalti..????? sedap nya.. bior pon belum rasa..

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    alaaaaaa..jgn la terakhir, lambat lagi tu nak tunggu akak balik msia..alaaaaaaaa sedihnya..cuba la kak, cari alternatif lain..tak best la mcm nih..baru nak tau sikit2 pasal istanbul..

    ReplyDelete
  5. ADOI! Terakhir??? depa xdak yg unlimited ke kak?

    ReplyDelete
  6. teman akan tunggu kak halima 'kembali'.. dah tempoh tiket ke belum nok balik ke mesia nih ?

    ReplyDelete
  7. semoga mesir kembali aman dan sentosa

    ReplyDelete
  8. ala cekguuuuuu... xkan Turkcell xde yg fixed package cekgu..............
    yg unlimited data cekgu... cer suh mr.T tanye depa.. ade tu.. adeee... hehehe...

    ReplyDelete
  9. Salam Yong ,

    mahap le teman lame x menyongket ke blgo Yong ni ... blog baru tu xde fungsi bloglist mcm kat blogspot ni...tp teman baru je pomen2kan sikit..harap lepas ni buleh le dtg balik cni mcm slalu ...

    entri terakhir ? ate..sampei bile yong ? huhuhuu...
    apapun , syukur le Mesir dah ok balik...

    ReplyDelete