Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, February 8, 2011

Lagi Terkini Mesir!!! Mass Demonstration Lagi!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam tadi semasa rakyat Malaysia sedang tido lena, teman chat dengan salah sorang kawan blogger. To make long chat short, dia sarankan citer kembara didulukan sebelum citer Krisis Mesir dalam satu entry. Teman rasa teman telah menganaktirikan catatan kembara sejak 3-4 ari ni. Jadi, walaupun tajuk entry tentang Krisis Mesir tapi bagi memberi keutamaan pada Follower kembara teman, teman labun pasal kembara teman dulu ye kome.

Minggu lepas teman nyongket ke Grand Bazaar (lagi) untuk usyar rega barang dan juga nak nengok ada tak barang atau design baru. Grand Bazaar atau Kapali Carsi ni dah wujud beratus tahun sejak zaman Uthmaniah dan deme jual memacam benda dari A-Z. Yang dalam bazar tu lebih fokus untuk pelancong. Teman suka ngelewor kat kedai-kedai di luor bazar. Ada beribu-ribu kedai dan peniaga kat dalam dan luor bazar ni. Salah sorangnya jual chanta (beg tangan) atas jalan!



Teman usyar havlu (tuala) deme ni ada tak design baru. Ni design lama tapi beberapa ari lepas bila jumpa blogger dari Mesir tu, teman nampak ada havlu dengan design yang baru. Nanti teman akan rembat sedozen bawak balik Malaysia!


Susunan pots and pans yang menarik. Kilauan dia buleh menggoda shoppers yang lalu-lalang.



Sesapa yang suka jeruk zaitun, sini syurganya. Yang itam ada, yang ijo ada, yang mahal ada, yang muroh sikit pun ada. Rega dia berbeza-beza ikut gred ler.


Antara kedai yang teman suka nganga ialah kedai jual salami, sucuk, daging, jeruk, rempah-ratus, herba dll.


Lagi satu kedai yang jual peralatan dapur dari poyok belanga sampai ke sudu dan garfu.



Kebetulan ari tu ari jumaat, teman tunggu di luor salah satu mescit di salah satu lorong luor bazar tu. Dari 3-4 orang pekedai, pekerja bazar kepada shoppers yang masuk dalam mescit sampai ke berpuluh-puluh orang jemaah datang, melimpah keluor; deme pun mula membentang tikor atau kotak dan sejadah atas jalan pulak.


Pemandangan ni biasa berlaku tiap ari jumaat di luor mescit-mescit kecik di sekitar Grand Bazaar. Kat Eminonu ada sebuah Camii tapi yang itu pun crowded.


Seperti lazimnya, mesti ada citer makan-makan. Sebab dah lapor, teman cari kebab jer lah. Sebiji kebab daging yang ada fries dalamnya dan sebotol ayor kosong, dekat RM9. Tu kira mahal, mungkin sebab kawasan pelancong...hampeh. Tapi kebab Istanbul lebih sedap dari kebab kat KL nu...


Ok, sekarang masuk laporan Krisis Mesir. Ni nama dia Wael Ghonim, Eksekutif Google. Semalam dia dilepaskan selepas ditahan oleh Security Forces (SB!) selama 2 minggu sejak bermulanya krisis ni. Beliau telah disoalsiasat (Seksa?).



Dalam wawancara dia semalam dia kata, "Don't turn me into a hero. The real heroes are those on the street and those who were killed!" Sebelum ditahan, Ghonim telah menulis dalam blog/Facebook (tak pasti teman tang ni, missed laporan tu), menggesa rakyat bangkit menuntut kebebasan dan reform dari regim Mubaraq. Ghonim kini dianggap sebagai sorang 'Cause Celebre' di Mesir dan akan menjadi salah sorang yang akan berucap dalam Mass Demo hari ni! (Hmm hensom gak Mamat ni, mesti ramai Yong-yong Mesir usyar dia!)


Manakala sorang jurucakap Rumah Putih menjelaskan jika Horse-ni dipaksa turun, negara tu kena adakan pilihanraya presiden dalam 60 ari, menurut perlembagaan deme. "Are they ready for an election?" Konon White House bimbang berlaku rigging dan penipuan. (Dulu tak der rigging ke Yob?)



Menurut laporan akhbar Jerman Der Spiegel, Horse-ni mungkin akan mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Baden-Baden. Dia dikatakan mengalami canser sejak beberapa tahun ni. (Err... satu tektik 'Face Saving' untuk para diktator dan despot yang dipencenkan oleh revolusi, bijak,bijak,...yang tak bijak).


Imej semalam di Tahrir Square. Deme masih berkhemah weh. Yob dua orang yang berdiri tegak tu tengah solat.



Laporan ari ni sebut satu Mass Demonstration sedang dirancangkan untuk ari ni, ari Selasa...menuntut Horse-ni turun, pergi, pencen, belah...whateverlah asalkan dia bukan presiden lagi!( Tak faham-faham Bahasa Arab ke dia ni? Gaji yang miker janji nak naikkan 15% tu dah terliwat...err terlewat! Sebab teman ni bersopan-santun, idok ler teman nak mencarut kat sini...but it was at the tip of my tongue!)


Ni laporan selit! Ketua Insurgent Chechen Doku Umarov telah pos video klip dan mengaku geng dia bertanggungjawab dalam serangan di ehpot di Moscow pada 24 Januari di mana 36 orang terbunuh. Beliau bagi warning pada Putin (kan teman dah kabor ari tu kat miker, Putin!) untuk kuor dari wilayah deme.
"Kami akan terus berjuang untuk membebaskan 'The Land of Caucasus Muslim'!" istihar Umarov. (Takbir!)

Petikan berita teman amik dari TV France24 jam 2 petang Selasa waktu Malaysia.

Nak breakfast apa pagi ni weh...

22 comments:

  1. Pernah tengok pasar Zaiton kat Morocco... Dah macam bukit! Bau pon masam...!

    Patot la makanan sana semua benda ada zaiton....!

    ReplyDelete
  2. Salam Yob Gedek, zeytin wajib ada masa deme breakfast. Memang masam, nama pun jeruk. Kalau zeytin fresh tak buleh nak makan, pahit!Banyak khasiat Yob kan?

    ReplyDelete
  3. As salam cekgu.. macam pasor kedai payang je cekgu ade juai mende2 pots n pan tu.. pasor kedai payang nk beli barang2 tembage pon ade.. hehe.. tapi takde ler asham2 tu... sedapnye jeruk... *tetiber.. ;p
    olive itam tu sedap.. mkn sandwich.. :)

    ReplyDelete
  4. salam yop, sedapnya kebab tu.hehe.

    begitulah kisah kerajaan zalim dimalukan seluruh dunia...

    ReplyDelete
  5. ermmm kalau di sebuah negara arab di nama kan shawarmar,,, di turkey kebab .. dan kalu dah terlebih makan di nama kan debab,, nice n3 ,,,, SALUTE kak Lima

    ReplyDelete
  6. salam kak,
    setuju dengan cerita kembara didahulukan, citer pasal mesirpun baguih jugak kak update kan..nak juga tau terkini kan, apa2pun yob yang hensem tu rasanya bukan yong2 mesir je yg usyar, yong2 msia pun mau jugak tu..usyar dr jauh je la..huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Salam Numara, Cikgu dh gi pasar payang tu, sekangkang kera jer. Grand bazar ni dah bape tahun cikgu gi, tak abis pusing lagi, selalu rambang mata! Tulah dia ada jual semua benda dr A-Z!

    ReplyDelete
  8. Salam MohammadAzhan, ni Yong ni! Tulah kalau kita pernaya kat orang nanti Allah balas, tak cepat, lambat!

    ReplyDelete
  9. Salam Yob PO, Tima kasih! Minta dijauhkan jadi debab!

    ReplyDelete
  10. Salam Asma, usyar jer dari jauh, akak nak kirim salam tak kenal pulak!

    ReplyDelete
  11. Salam kak. Br berpeluang godak2 berblogwalking. Tabiklah kat rakyat Mesir.... Peringatan utk para pemimpin2 ketegaq negara2 lain sama tue...

    ReplyDelete
  12. Salam Pirate, selamat datang. Memang kental semangat diorang tu. Kalau tak menginsafkan pemimpin yang tak hengat dunia, tak taulah.

    ReplyDelete
  13. HADITH:-

    1. "MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

    2. "ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

    Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.


    PERINGATAN:-

    Amalkan menyimpan minyak zaitun yang telah dibuka ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Elakkan botol minyak dari terkena bahang api ketika memasak.

    ReplyDelete
  14. kak lima,

    ina paling suka bila sampai part makan2 tu..hihi...wah,kebab ada fries kat dalam ye..menarik tuuu

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum,

    beli havlu jangan wana putih...pilih kaler-kaler lain....putih cepat je comot.

    ReplyDelete
  16. Salam Yob PO, wahh ada hadis2 tu. Tima kasih for the info. Dan petua jaga minyak. Lagi satu jgn boh minyak zaitun pd cahaya matahari.

    ReplyDelete
  17. Salam Ina, buleh try kat rumah nanti!

    ReplyDelete
  18. Salam Cikgu Humairi, havlu yg ada bunga2 ada warna putih jer. Warna putih buleh deme boh macam2 warnam baru terserlah!

    ReplyDelete