Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Ahad lepas teman ronda-ronda pasar Ahad tak jauh dari taman keme. Teman suka usyar makanan dan mende-mende dari tekstil sebab nanti nak beli bawok balik. Kali ni teman nak citer, err...nak share gambor-gambor jeruk sayur.
Sebagaimana penduduk di negara 4 musim, pandai deme memeram-jerukkan sayur dan satnika buah untuk disimpan dan digunakan di musim sejuk. Selalunya orang kampong yang suka buat jeruk ni sebab deme ada surplus sayur/buah dan untuk jimat belanja di musim dingin bila sayur organik kurang dan rega sayur agak mahal dari selalu.
Teman selalu terlior nengok jeruk cili padi ni. Bila lalu, nak jer amik sebiji kunyah jap-jap tu!
Tak tau ler ni timun ke atau sejenis labu. Kecik jer, lebih kurang 6 inci tapi agok debab dari timun biasa.
Kita guna bunga kobis ni bila buat sayur campor atau tomyam. Sini deme buat jeruk. Kalau diperati, sayur yang keras-keras deme suka menjeruk, betoi dak?
Ni cili bulat. Warna asal memang kuning. Teman tak penah makan tapi ada makan yang lagi sejenis montok sikit dari cili padi biasa. Huh...podeh, kata orang Ghombau!!
Yong dan Yob Kelate biasa ler dengan jeruk bawang putih ni. Teman penah try masa bercuti kat KB dengan kawan dari Jerman. Tengok sedap jer dia makan. Teman pun try. Tak sempat nak telan teman nak luah. Tapi tak elok buat cam tu, teman pun telan ler. Kalau bawang meroh jeruk teman penah dan suka makan!
Ni spesel sikit! Patlican diikat dengan capsicum meroh. Jahat bebenor kot terung ni sampai kena ikat!
Lagi yang berbungkuih - jeruk kobis. Macam gemuk jer. Mesti ada benda yang disorok dalam kobis tu. Nak tanya penjual, teman tak bape tau apa nak cakap. Deme anak-beranak usyar teman penuh sangsi.
Ni pun menarik, capsicum merah dipotong-potong kasor. Deme jeruk mudah jer. Boh ayor dan garam. Mungkin ada yang boh cuka teman tak tau ler. Teman nengok Mertua buat dulu kat Shah Alam, dia buat jeruk kobis. Direbus kobis tu. Angkat boh dalam bekas dan boh garam. Bila ayor rebusan tadi dah sejuk, haa jangan buang ayor tu; tuang dalam bekas balang kaca atau takor tanah. Buleh boh sebiji dua cili merah atau cili padi bagi rasa pedas sikit. Dalam 3-5 ari dah masam, buleh ler makan. Tapi kat negara sejuk lagi tahan lama kot, kecuali kome simpan dalam fridge selepas dia masam. Kat sini deme boh kat luor rumoh atau kat balkon jer.
Ni daun anggur yang direbus. Tak pasti cam ner deme jeruk. Daun ni diguna untuk buat dolma nasi. Kat kampong Mr T selalu deme masak dolma daun anggur ni. Kalau musim panas dapat daun fresh tapi sekarang guna daun yang dijeruk ni. Dalam entry lain nanti teman citer cam ner buat dolma daun ni.
Selain dari usyar jeruk dan beli cendawan, teman pun berjaya rembat sepasang stokin kait fesyen baru. Teman kata fesyen baru sebab tahun lepas teman tak nampak stokin cam ni. Dia dikait dari benang bulu kambing yang berbulu-bulu halus. Bulu ada bulu?
Teman tanya Mamat yang jual, "Guzel?" (Bagus?)
Tentu dia ngaku Guzel.
Teman tanya lagi, "Rahat?" (Comfortable?)
Of coz dia jawab Rahat.
Teman tanya rega. Lebih kurang RM8. Taman pegang-pegang, memang rasa lembut. Teman pun beli sepasang.
Sampai rumoh terus paka! Waaa memang empoyner. Rasa paka 2 lapih! Rasa lembut sebab bulu-bulu kecik tu. Kata loghat Perok 'empoyner' tu cam 'sedap dan selesa bebenor!' Betoi dak Yob Shahril dan Yob Samad Yong kata ni?
Ni Mamat yang jual stokin kait fesyen 2011 ni. Memula dia segan nak posing tapi sebab dia ingat teman pelancong, dia ikut permintaan teman. Sebab sedap dan selesa, teman nak beli lagi 2-3 pasang Ahad ni.
Empoyner kome!
Kalau takder gambor makanan tak sah. Ada sepasang suami isteri jual makanan seakan murtabak. Kulit dia dipanggil yufka. Saiz yufka sebesor dulang. Inti dia keju putih atau sayur spinach yang dah dimasak. Makan cam tu jer. Jangan kome tanya, "Kari takder ke?" Sekeping 1 Lira.
haha! tperanjat tgk stokin tu separuh.. ingatkan ape sayur ler berduri2 dibuat jeruk ni!? ropenye stokin.. nk 1!! nk crius... nti bayor.. kut ade m2u, blh transfer teruih.. :p
ReplyDeletemakan sayur bagus,,,,,,,,,,,,,,, salam kak lima ,,, salji dah lebat turun nya ke ?
ReplyDeleteSalam Numara, ok nanti cikgu beli. Kendian bayor. Warna apa nak? Pink takder!
ReplyDeleteSalam Yob Nazar PO, memang bagus makan sayur, tu teman suka makanan kat sini kecuali bila dok dgn sedara, takder lauk. Salji belum turun lebat. Angin Siberia tak mai. Tapi belah timur diorang teruklah, sampai putus hubungan!
ReplyDeleteyg makan murtabak tu mmg xde kari kan...roti da sedap, tapi lemahnyer x de kari...
ReplyDeleteSalam Hanif, tulah akak kata jgn minta kari, memang takder. Tapi roti pound diorang sedap, makan begitu saja!
ReplyDeleteMacam sedap je kak.... isk! ni tak tahan ni... lapo pulak ni...
ReplyDeletesalam yong..!!!! uiihhh... yang jeruk2 tu, memang peberet kitorang ni.. daun anggur tu taruk nasi pastu celup dlm minyak jeton kan.. ya ke? pakat terjah je ni.. ada makan kat kedai arab sini.. sedap.. semua sedap...
ReplyDeletegeram sunggoh tengok stokin tu.. kita pakai stokin kat umah, malam pon kenkadang sbb apak & anak kt umah ni, berdarah air batu.. teman tak tahan..
mutabak dia pon mesti sedap tu.. ater bulan pose takleh jengah blog ni kot, meleleh & kecoooorrr abis.. hehe..
Salam Fuzjee, he he jaga2 badan tu...
ReplyDeleteSalam, org Turki makan dolma gitu jer atau dgn yoghurt. Dgn minyak stail Arab kot. Haa mesti sejuk kaki miker, skrng ujan jer kat sana kan. Murtabak deme makan dgn kari kita mesti sedap. Alaa bulan posa InsyaAllah akak kat Malaysia, baca blog malam arilah.
ReplyDeleteKaz suka jeruk cili padi tu. Kalau bulan puasa, wajib ada utk pecah selera time bersahur. Cantiknya stokin tu. Bila kak Halima nak buat GA kasi hadiah stokin tu?
ReplyDeleteSalam Kaz, ha ha akak pun suka jeruk cili tu. Ada beli sebotol bagi pedas pd makanan yg tak pedas kat sini. Ha ha camner nak buat GA? Aku tau nulis dan buat contest jer. Buat contest jer buleh!
ReplyDeleteahah!!
ReplyDeletepurple is better than pink kut.. not too girly.. :p kih3..
thanks a lot cekgu!