Moh Kite Follow Sesame...

Friday, September 17, 2010

Satu Hari Di Hari Raya - Kat Peraklah Pulak!



Assalamualaikum dan Salam Bahagia semua pembaca dan pelawat blog teman ni,
Pe kabor dan macam mana sambutan Eidulfitri mengkome? Pasti sonok dan meriah. Tak pun hening dan syahdu. Apa-apa pun teman menghulurkan 2 tangan memohon ampun dan maaf kalau ada entry teman yang laser dan tak beradat...Maaf Zahir dan Bathin, Yong dan Yob semua di seluruh negeri di Malaysia dan di luar Malaysia!
Ni gambor rumah mak teman di Jalan Tambang, Kg Tengah, lebih kurang 1.8 km dari pekan Parit. Tu rumah asal dan yang ditambah kendiannya, dibina dalam tahun 1950an. Tak tau bape lama mak dan bapak keme dok sini. Deme pindah ke Singapura awal 50an. Ikut congak deme berhijrah awal dari 1952 sebab abang sulong kami Cikgu Baharuddin dilahirkan kat S'pura tahun '52. Keme balik pindah ke Malaysia bila arwah bapak bersara dari perkhidmatan penjara kat Changi pada 1968.
Rumahnya panjang ke belakang, suka bebudak kecik berlari ke depan ke belakang bila masuk rumah keme ni. Dulu asalnya cat gelap. Warna kuning bomoh ni baru 2 tahun kot. Tak tau sapa punya idea cat kuning ni. Tak takut ke si Atan ni (adik bongsu keme) dengan Sultan Perak, memandai cat rumah warna kuning!
Juadah utama rumah keluarga Hajjah Zawiah bt Haji Nur Rashid Al-Banjari ialah ketupat nasi. Kami kurang makan lemang pasa kat S'pura keme masak ketupat sebagai juadah utama. Kalau ada lemang pun sebab mak tempah 2-3 batang atau sepupu bagi. Pas masak 3-4 jam, teman basuh ketupat dengan air lalu dan gantung bagi sejuk. Belakang rumah tu mak keme tanam pokok limau kasturi dan pokok mengkudu. Belakang lagi, tapi tak nampak, ada tanah wakaf. Dalaaaam lagi, banyak babi utan, monyet dan biawak. Kalau kome teringin nak tengok wildlife, tak yah pegi Zoo Tepen, buang duit jer. Moh datang rumah keme, free jer. Arnab ada sekor bawah rumah. Ni si Atan punya koje gak ni.


Hayun, jangan tak hayun Watie!
Ni pembantu rumah kakak keme. Khidmatnya diperlukan kat sini sebab keme masak Rendang Tok 5 kilo. Dah ler tahun ni deme sume gi beraya dulu rumah mentua-taya memasing. Tingge teman dan mak yang dah tak bape larat nak bergerak. Jadi Watie, dari Timur Timor dipinjamkan.
Watie penah citer di Timor masa raya deme masak ayam tapi bukan masak rendang. Konsep rendang-dendang bukan menu di Timor. Ayam masak kicap, makan dengan nasi. Tu pun setahun sekali makan ayam Watie kabor.


Banyaknyer koi... yang dibeli! Takder sape nak ngadap oven berjam-jam masak koi. Beli lagi senang. Ada satu jer yang keme buat sendiri - rempeyek yang digoreng oleh kakak keme. Mentang-mentang suami dia orang Jawa!


Pepagi hari raya pertama, antara tetamu yang datang awal (kul 10 am awal ke?) ialah dua anak teruna dari Bota Kiri, anak sedara keme. Sorang heavy biker, the other is a closet chef. Teka who is who!
Baju kaler ijau nak sedondon dengan rumput! Langsir keme tahun ni pun werner ijau! Nasib ler kome Adli dan Ayeh!


Kakak keme Sarah sedang berhimpit dengan sepupu yang keme jumpa sekali dalam 2-3 tahun. Yang lelaki tu iras-iras cam arwah bapak keme. Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Berahim. Dulu sepupu ni pakai pantaloon (ni bahasa Melayu Perak ya...orang putih yang pinjam bahasa keme ni), sekarang ni dah pakai jubah. Alhamdulillah...


Cikgu Bahar dok menyandor, dah kenyang makan ketupat 6 biji!
Masa gi solat, mak keme pakai baju kurung werner maroon. Sampai rumah dia tukor sebab dia gayatlah tu pakai baju werner terang! Sebab cucu dia hadiahkan baju tu, dia pakai ler gak, tapi sekejap jer. Tak sempat teman nak amik gambor dia dengan baju werner maroon tu!



Tu cucu-cucu Hajjah Zawiah ngekek sebab kenyang. Kalau lapor deme tak gelak, deme bising jer! Yang badan besor tu yang hadiah baju kurung maroon pada Tok Parit dia.


Haa kalau datang rumah keme, kalau nak best makan, gi ke dapor terus! Teman pepagi dah masak nasi, tumbuk sambal belimbing, petik ulam kemangi! Deme tengok hidangan kat dapur terus tak pandang koi kat depan. Ares terus buang baju dan sampin (nasib baik tak buang seluor) sebab nak pekena nasi dengan sambal belacan buah belimbing! Mak sedara dia dan sepupu dia dari Beruas pun berebut nak makan nasi! Deme ni tak makan ke kat rumah deme sebelum datang? Cam lapor jer...


Mirza. Cicit pertama mak. Cute dia dengan baju Melayu werner pink. Tapi naik atas rumah terus tanya 'Basika, basika!'
Dia pun rempit tengah rumah keme yang memang lapang macam litar F1.


Kendian, dia buang songkok. Jumpa sepupu bau bacang. Dipaksa bergambor. Yang baju merah tu nampak jer innocent tapi...




Kendian...sudahlah Mirza! Lain kali tak yah beli baju Melayu. Pas satu jam, baju tah kemana, sampin kemana, tingge pampers jer.


Petang raya adik dari Kole Kuro datang sekeluarga. Deme dok dekat sungai, selalu bebudak ni turun ke sungai ikut pak deme nangkui ketam dan tangkap ikan. Tapi kat kampong Tok Parit deme, teman kerah tenaga deme!
"Sapu sampah...bakor sampah! Kalau tak, tak bagi makan!"
Deme pun nyapu laman tok deme. Child Labour ni biasa ler keme praktikkan sebab tak payah bayor kat deme ni. Bagi makan nasi 3 kali sehari cukup ler.

Hajjah Zawiah ni umur dah 78 tahun lebih kurang. Sekarang selalu kata letih, nak rehat jer. Tapi bila anak cucu datang, cergas! Macam ni pun, dia boleh naik sika ke pekan Parit atau ke medresah Yong, jangan tak tau!


Orang Kole Kuro dah nak balik. Datang 2 malam jer. Nampak bersih tak laman tu? Boleh lah, bersih gak. Lain kali nak kerah anak-anak dia motong rumput dan kupas nyor sebelum balik. Nanti teman gi Kole Kuro nak ikut dia ke sungai lagi...tangkap udang ka, nangkui ketam ka.
Selamat jalan Sha'aban!
























Wednesday, September 15, 2010

Satu Pagi di Pekan Sari, Parit, Perak Tengah.

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Empat hari sebelum Raya Eidulfitri baru-baru ni, teman dengan mak teman dan kakak teman pegi membeli-belah bahan dapur dan deko sempena hari raya. Kat pekan keme Parit, pekan seharinya ialah pada setiap hari isnin dari 7 pagi hingga 12 tengahari. Ianya tak ler seglamer pekan Ahad Shah Alam kat stadium bolasepak kat Seksyen 13 tu, tapi cukup ler untuk menarik pembeli dan penyebok dari kawasan sekitar berdekatan di sebelah sini dan sebelah sana Sungai Perak. Kalau kome takut orang ramai dan panas, datang ler awe sikit, kul 8 pagi ke. Tapi kalau kena dekat nak raya, mak oi...kalah kesibukan Jalan TAR, Kuala Lumpur!


Apa lagi, benda utama yang menjadi tarikan utama semasa nak sambut Hari Raya ialah tudung. Tudung panjang, tudung rencong, tudung bawal, tudung tenggiri, semua ada; memacam warna, memacam design dan rega. Sekarang ni yang popular ialah tudung dari Indonesia. Glamer sugguh tudung deme ni sebab tak payah ikat-ikat dan sangkut sana-sinun, sarung jer.


Yah tu dia! Mamat ni sebab nak berjimat, takler dia ngupah Kate Moss atau Naomi Campbell untuk memperaga tudung jualan dia. Dia upah diri sendiri jadi model. Siap dengan ulasan secara langsung:
"Moh beli tudung...beli, beli...murah, murah!" dia merayu dan menggoda para pengunjung.



"Apa ke hehnye budok montel ni paka tudung oghang tine?"' kata Wan yang kecik molek tu. Wan tu sure tak minat tudung Mat Montel tu sebab tudung pink tu pendek nar.
(Tine tu maksudnya Betina, slang orang Perak untuk Perempuan, tapi perkataan ni tak bermaksud menghina kaum Hawa, dah memang gitu loghatnyer sejak azali!).



Mat Montel ni bagi posing yang menggoda pada teman. Beberapa hari kendian teman dapat tahu kat pekan sari di tempat lain, dia pakai tudung yang sama buat promosi! Basuh ke dak tudung tu, Yob?



Asal nak raya jer, mesti nak beli alas meja baru. Alas meja tahun pas mana peginya, Yong? Ni rasanya alas meja Made in China. Berebut deme milih alas meja dari China ni!


Beli apa tu weh? Minyak wangi tipuan. Tu kakak teman tengah menerai test minyak wangi. Teman tak minat minyak wangi, jadi lepas amik gambor dia, teman mengelewor ke gerai lain. Tak tau dia beli ke dak.


Mak teman Hajjah Zawiah, antara warga emas yang agak glamer kat sekitar 3 kilometer persegi di pekan Parit. Bila berjalan ke pekan sari, ada jer orang menegur dan bersogheh dengan dia. Ada yang teman kene, ada yang teman syak kene. Jenuh gak teman amik gambor dia dengan sedara-mara dan suku-sakat kaki sukat yang bertembung dengan dia pagi tu.


Orang dari seberang Sungai Perak (Belanja Kiri, Layang-Layang Kiri, Sungai Korok dan kawasan yang sewaktu dengannya) pun berduyun-duyun nyeberang jambatan yang dibina khas untuk pejalan kaki dan motor serta basikal. Jambatan baru jer siap diguna setahun lebih. Mak oi sonok deme orang seberang dapat nyeberang ke pekan Parit tak payah ke hulu guna Jambatan Nordin. Tu nampak cam kumpulan 'Anarchist' atau 'Death Metal' Sungai Korok tengah berbincang nak pakai baju Melayu warna apa nanti. Warna itam kot Mat?

Dah perabih alaun bulanan yang diantor anak, Wan ni pun hangkut barang belian dia nak balik ker Bota kot. Apa agaknya yang dia plan nak masak. Lemang dah gerenti, rendang dah tentu wajib. Apa-apa pun Wan, bebaik jalan tu, keta dengan motor banyak, langgornyer kang tak beraya Wan.
Masjid kat background tu masjid keme ler, terkenal di Parit sebab itu sesatu masjid yang besor di tengah pekan Parit!
P.S Entry ni teman dedikasikan khas kepada ex-schoolmates dan classmates dan kampung mates di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, (ISS) (1970-1975).
P.S.S Kalau keme tak glamerkan kampong kite, sapa lagi, ya dak?










Satu Minggu Berhari Raya!

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua,

Dekat seminggu teman tak dapat guna internet kat rumah kampong. Ater broadband Maxis (ada yang gelor berukband) tak elok connection dia. Hangkut sana, tala ke sini, tetap dia kata "not found". So seminggulah takder entry baru.
Tapi hari ni keme bertolak ke Shah Alam, base utama teman di Malaysia ni. Ni singgah jap kat R &R Ulu Bernam nak meregut ayam goreng dan meehoon keme bawak dari rumah. Maleh kami nak beli makanan kat R&R ni sebab kome tau kan rega dia dah ler mahe, tak bape menyelerakan
mende2 yang deme jue. Baik bawak makanan dari rumah, ye dak?
Teman takde nak buat entry baru sebenornya Yob, Yong...cuma nak tanye kabor jer. Pe kabor pembaca-pembaca teman semua? Camner sambutan raya tahun ni? Teman punya Alhamdulillah. Malam nanti InsyaAllah teman tulis bebetul apa yang teman lalui sepanjang lebih kurang 10 hari kat Perak. Sementara tu nikmatilah juadah ketupat nasi yang dah siap bergantung kat rumah emak teman di Kg Tengah, Parit. Sarong ketupat main beli jer, Yong, 10 biji RM7.00. Memang cekik darah tapi dah teman tak tau anyam, main beli jer. Koje banyak takde masa nak anyam, mak teman yang tau buat pun maleh teman nak mintak dia anyam, baik bior dia relax.
Ok see U all tonite, InsyaAllah!

Saturday, September 4, 2010

Suasana Beli-Belah Di Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Setibanya teman kat lapangan terbang LCCT, teman terus amik teksi balik ke Shah Alam. Tak kuasa nak usung 2 biji beg (walaupun tak berat) nunggug bas atau naik LRT. Biar kopak RM64 tapi teman tak serabut. Sesampai flat teman, terus mop rumah yang sekangkang monyet; cuci bilik air dan bungkuih gelang mutiara untuk kawan kat Parker, Terengganu. Siap semua tu amik teksi ke pusat bandar Shah Alam.

Teman dah dok Shah Alam lebih kurang 7 tahun jadi dah rasa macam hometown sendiri. Sebenornya bergegas keluor ni nak merasa suasana membeli-belah Hari Raya. Pas je pos bungkusan ke Paka, teman mula nyusur PKNS, kompleks beli-belah favourite untuk beli baju raya. Tapi teman perati macam tak banyak fesyen baru, cam biasa jer teman nengok. Hiasan Hari Raya pun macam nak tak nak. Kompleks PKNS merupakan pusat beli-belah yang terawal di Shah Alam. Idok ler besor pun tapi suasana Ramadhan dan Hari raya dia meriah - siap ada orang berjual rendang tok, ketupat dan lemang Yong! Tapi gambor atas tu gerbang pintu masuk Alam Sentral yek.


Haa kome dah bayor zakat fitrah? Teman udoh bayor pun kat SACC ni. Kat suami pun teman suruh bayor, kat sini pun teman bayor. Semoga zakat dan sedeqah teman diterimaNya.


Ni hiasan gantungan kat Alam Sentral. Mungkin untuk berjimat dan tak mau membazir, pihak pengurusan buat deko yang simple dan ala kadar jer. Bulan sabit bertompok?


Deko di SACC ni haru. Entah sapa punya kain batik deme gantung kat tengah-tengah ruang legor. Kendian tu ada ketupat dari reben bergantungan. Apa maksud dan motif kain batik bergantungan ni dengan sambutan Hari Raya? Teman kurang arif tang hiasan dalaman ni!



Tapi ada yang baguihnya kat SACC ni, deme ada program tazkirah masa makan tengah hari. Pihak pengurusan bina pondok ala-ala rumah nelayan (tapi kenapa bina rumah nelayan macam nak runtuh, ingat takde nelayan dok rumah batu atau banglo ke?). Masa kaum lelaki Muslim gi solat Jumaat, ada ruang untuk Muslimat mendengor ceramah agama dari ustazah ni. Teman dapat dengor separoh jer sebab sebelum tu di kompleks PKNS. Ustazah jemputan ni mengingatkan kita untuk terus berusaha mengejar keberkatan Ramadhan dan jangan slack. Beliau kata kalau kita nak berjalan jauh kita tak lupa bawak bekal. Ni kita kat dunia ni pun satu perjalanan dan bekalan kita untuk ke destinasi kekal di sana nanti ialah amal ibadat kita. Dah cukup ke bekalan kita tu? Terima kasih Ustazah yang mengingatkan keme yang kekadang alpa. Semoga Allah memberkati ilmu Puan dan memberi manfaat pada keme ni! Amin!


Lagi satu hiasan stereotaip Hari Raya, yang ni di Pusat Beli-Belah Ole-Ole di Seksyen 18. Sapa punya idea gantung-gantung replika ketupat setiap kali nak sambut raya!


Sampai ke Alam Sentral teman cari baju raya tapi satu pun tak berkenan! Teman memang cepat rambang mata, tapi satu menda pun teman tak beli. Penat berjalan jer, dah ler puasa, abis gitu tenaga!

Tengok pada model free ni cam cantik, tapi jarang kainnyer Yong, tak kuasa. Kain jenis campuran ni teman kurang gemor. Harga pun kena tengok. Turun eskalator naik eskalator, tak jumpa-jumpa yang berkenan di hati!


Seperti biasa saban tahun, koi berratus-ratus jenis deme jual! Nampak sepesen jer, rasa pun sepesen tentunyer. Last-last teman tak beli sepasang pun baju raya. Sebaliknya beli makanan dari Pasar Ramadhan kat luor PKNS. Mee Rebus dan Nasi Ayam goreng. Sebungkus pati ayor tebu. OKlah tu buat buka puasa dan bersahur pertama kali di Shah Alam tahun ni.
Rasa teman, nak kena coye baju raya di Ipoh ni. Eh sesapa dok Ipoh boleh kita shopping sama...moh kite Yong, Yob!









Wednesday, September 1, 2010

Agar Kita Tak Rugi...


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Pe kabor semua? Teman ucapkan selamat datang kepada semua pembaca dan sahabat yang baru mengikuti blog teman ni. Ni blog santai dan naratif jer. Tak dok citer politik yang penuh dramatik dan provokatif sejak akhir-akhir ini. Maleh teman nak sentuh atau komen hal politik secara langsung, buat serabut kepala. Baik teman citer hal-hal yang teman lebih arif dan lebih neutral.
Entry ni teman nak petik tulisan sudut dari Harakah (17-19 Ramadhan 1431/27-29 Ogos 2010) hasil tulisan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man untuk renungan bersama.
"Keghairahan di awal Ramadhan amat menyeronokkan, bila mana surau dan masjid dipenuhi pelbagai golongan bagi mendirikan solat Tarawih. Hal ini perlu dikekalkan. Namun yang biasa kita lihat semakin hujung Ramadhan, semakin berkurangan jemaah sedangkan di akhir Ramadhan dipenuhi dengan hari-hari Allah melepaskan manusia dari azab neraka. Persoalan bagaiman untuk istiqamah. Maka 4 jalan disarankan:
* Lakukan amal ibadat secara sederhana, ringan tetapi berterusan. Jangan ghairah di awal sehingga menjemukan;
* Memikirkan banyaknya kesalahan dan dosa dengan Allah, yang menuntut kita membanyakkan bekalan amal ibadat dan bertaubat dari dosa tersebut;
* Semua keberkatan, rahmat dan keampunan yang ada dalam bulan Ramadhan akan berakhir, maka kita mesti mengambil peluang ini sebelum ianya berakhir; dan
* Mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir dalam kehidupan kita, maka kita mesti mengambil kesempatan sepenuhnya."

Ringkas tapi padat pesanan ini dari penulisnya. Diharap kita dapat menmanfaatkannya dan tidak menjadi orang-orang yang rugi!

Amin.

P.S Gambor bunga tanah tinggi yang teman amik di perkarangan rumah kenalan di Kundasang.

Tuesday, August 31, 2010

'Serangga' Dari Laut China Selatan

Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Pe kabar semua? Bagaimana perjalanan ibadah puasa Ramadhan kome? Semoga berjalan lancor dan diterimaNya!
Entry kali ni sekadar rentetan post sebelumnya bila teman menceritakan tentang hidupan laut yang kita biasa makan tetapi bagi sesetengah golongan ianya jarang ditemui apalagi nak dimakan. Dek tak ponah tengok dan makan, deme gelor hidupan laut ni 'serangga'!
Sejak dok Kota Kinabalu ni, teman dah beberapa kali gi ke pasar ikan deme ni. Apa yang menarik ialah kepelbagaian seafood yang terjual di pasar tu dan harganya yang lebih murah berbanding di Semenanjung. Saiz seafood deme pun lebih besor dan lebih fresh! Itu yang jeles tu! Moh tengok apa yang boleh kita beli kat pasor KK ni:
Italic Peserta pertama, Miss Glamorous! Ya kome, ni hidupan laut yang paling glamer di kalangan seafood. Dikatakan glamer kononnya sebab dia mahal dan sedap. Sedap ke? Tak tau apa yang mahal (gi try kat hotel-hotel besor berbintang) dan sedap. Bila dimasak, rasa dia rangup cam timun dan tak rasa apa-apa. Tu agaknya deme makan mentah. Isyyy teman tak lalu makan natang mentah. Pass!

Antara hidupan laut yang ponah emak teman masak (selain ikan). Di Singapura keme pangge siput gonggong, tapi tak tau kome pangge apa kat sini. Masa kekecik dulu mak bapak keme jarang beli seafood yang pelik camni sebab isi tak banyak, jadi kami membesor dengan ikan jer. Itu pun gonggong ni arwah bapak kami amik kat laut Changi, ikut kawan kot. Bila tengok gonggong kat pasar KK ni, teringat gonggong yang mak keme masak. Yang teman ingat rasa daging dia kenyal-kenyal. Tu, RM6 sekilo!




Kepelbagaian ikan! Bermacam saiz dan kaler! Ada yang teman tak ponah tengok dan makan! Banyak ikan tuna yang besor-besor, ada yang sebesor kakak teman! Yang baguih kat pasar KK ni, bukan jer ikan besor deme tolong persiang, ikan-ikan kecik yang bodoh-bodoh cam ikan kembong pun deme tolong siang! Manja betoi pengguna kat Sabah ni! Eh bukan manja, ngada! Next...!


Ni kalau bukan belut, ikan linang. Kalau bukan ikan linang...ulorlah kot! Apa ni kome?

Haa ni teman biasa tangkap dan makan kat Kole Kuro, Perak. Adik ipor teman nelayan kat sana, biasa teman ikut dia ke sungai nangkul ketam nipah/ketam sungai ni. Harga nelayan jual kat Kuala Kurau RM10 sekilo; kat pasar penjual letak RM18 (nyekik darah!) Tapi kat pasar KK ni RM10 sekilo, tapi boleh tawor dapat RM8! Murohnyer, bukan senang nak nangkap deme ni! Teman tau, sebab biasa gi ikut, kekadang pagi kekadang petang! Sampai nampak boya!



Peserta yang seterusnya, Miss Mentarang Mentadu! Haa rasa teman nilah siput yang deme panggil mentarang. Teman ponah makan pertama kali kat sebuah restoran Port Dickson tahun lepas. Kena beli sekilo, tak boleh kurang. Teman ingat nak makan sikit untuk merasa jer. Belilah sekilo, suruh deme masak tumis. OK gak rasa dia. Rupa akan-akan bunga pisang, rasa liat-liat.
"Kalau puan pegi ke pekan, jangan lupa beli pecal; Inilah dia si siput lokan, rasanya manis dan kenyal-kenyal!"
Ni antara seafood yang teman gemor. Kat pasor KK ni besor-besor tapi ada yang halus-halus. Tapi bila teman nak beli kakak kata jangan; tak tau asal usul rumahtangga lokan ni. Kot deme ni datang dari kawasan lumpur tak jauh dari kampong ayor. Paham-pahamlah kome kalau hidupan ni bermastautin dekat lumpor tak jauh dari perumahan kampong ayor tu... Ting! Can you imagine?


Peserta terakhir Puan-puan dan Tuan-tuan...Miss,...Miss...err apa natang ni kome?!
Ya tau, jangan tak tau kome. Ada hidupan alien cam dari zaman Jurrasic wujud di Laut China Selatan. Memula nampak terkejut angsa gak teman. Heee apa tu? Rupa ada akan-akan udang, tapi penjual kata bukan udang. Ketam sambau dia kata. Besor dia sebesor tapak tangan orang lelaki dan berat sekor 500-800 gram, dekat sekilo gak. Harga yang dibagitau berbelas Ringgit, teman tak bape dengor penjual tu kata bape. Berbelas ringgitlah.

,
Nilah rupa ketam tu dekat-dekat, maaf cahaya tak masuk. Cedera sikit wakil dari dasar laut ni. Perasan tak penjual tu cute? Eh, ehhh off topic! Ni adik penjual tu dengan baik hatinya dan bersukacita memegang Miss Jurrasic untuk teman rakam pose di bahagian atas badan dia. Tu bukan jerawat, cuma gerutu kat badan dia. Tak taulah apa fungsi gerutu tu, adalah gunanya Allah bagi kulit cam tu.



Ni dia gerombolan Miss Jurrasic sedang memperagakan cengkerang deme. Maaf, keadaan mereka yang berhimpit-himpit tu, jadi tak dapat deme nak tunjuk posing maut deme.
Jadinyer, bila dilihat dan ditenung akan semua peserta ni, teman rasa memang ada yang menakutkan dari rupa dan gaya! Tapi sanggup pulak kita makan deme ni. Tapi kalau Miss Jurrasic tu teman rasa tak lalu makan. Ada sorang kawan bila teman MMS gambor ni kata, "Macam scorpion,...scary!"
Dengan itu teman dengan ikhlas dan syahdunya isytiharkan Miss Jurrasic memenangi gelaran sampingan Miss Spooky and Scary!
Ada di antara kome yang sanggup makan natang ni? Angkat tangan!












Saturday, August 28, 2010

Satu Ketika bila Lapor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ni bulan posa, kita disarankan mengejor sebanyak aktiviti ibadat yang boleh. Ganjarannya berlipat ganda. Kalau kita leka rugilah kan. Selain dari itu, antara aktiviti utama di bulan posa ialah yang berkaitan dengan makanan! Laa bila bukan bulan posa pun isu makan dan makanan jadi agenda utama, inikan pulak di bulan posa. Teman nak citer sesikit jer bab makan dan makanan ni. Kome tengok gambor pun cukup, penerangan sikit-sikit. Perut lapor malas nak baca bebanyak. Teman faham.


Kat Turki makanan utama roti, dan makanan sampingan keju, madu, buah zaitun jeruk dan salad. Sup kekacang atau dal sebagai pembuka selera. Lazimnya tiap kali teman sampai kat Istanbul untuk lawatan tahunan teman (ikut visa 3 bulan), teman demand makan kat restoran. Ater letih dok 13 jam dlm kapaltorbang, takkan teman nak memasak. Makanan Turki yang teman order dulu ialah lamahcun atau pide dan kebab. Lamahcun dan pide ialah pizza Turki. Lebih sedap dari pizza yang dijual kat Pizza Hut tu. Dan kebab deme lagi sedap dari yang dijual kat pasar malam kita. Gambor atas orang rumah teman tengah ngadap lamahcun (yang besor pinggan tu) dan kebab. Pide takder dalam gambor tapi mak oiii...lezet (kata orang Turki) roti pizza ni. Pas merasa makan pide ni, teman tak jeling pizza kat restoran makanan segera lagi dah!


Sepanjang dok Turki, memang jarang makan nasi. Kalau ada nasi, nasi deme lekit cam pulut. Makan dengan sup, stew sayur dan salad tak bape ngam dengan selera Perak teman. Kekadang lebih 2 bulan teman tak makan nasi. Nasib baik teman ni boleh hidup tak makan nasi. Asal ada lauk, sayur/salad dan sebarang jenis karbo, teman OK dah! Tetapi...ada masanya teman terkenang makanan Melayu. Bila sebut makanan Melayu, teman tak boleh makan cincai-bocai! Makan nasi Melayu kena ada gulai, ikan/lauk goreng, ulaman dan sambal belacan. Kalau kurang salah satu, kira batal!

Kalau tak mandang nasi, bubur nasik berlauk pun orait! Teman boleh makan mende ni pagi petang. Tapi kat Istanbul teman sempat masak sekali dua jer sebab suami teman tak pandai makan bubur nasi ni, jadi kalau teman rasa nak makan teman masak untuk tengah hari bila dok sorang kat rumah. Lawan dengan ikan bilis goreng, kentang tumis dan tabur herba Turki, OK jer Yong! Tapi ada satu dua menu teman tak rajin masak, iaitu gulai kari atau rendang. Sebab bau dia power, tak berani teman masak, takut jiran-miran merungut!



Bila musim-musim sejuk teman selalu teringin nak makan masakan berkuah cam mee/meehoon sup, laksa, soto gitu. Ada 2-3 kali teman masak meehoon dengan meehoon yang dibawak dari Shah Alam. Supnyer teman terojun ayam beli kat Supermarket kat rumah. Siap bawak rempah bunjut! Tabur dengan herba deme, makan panas-panas, mak oiii...Mak Mertua kat Laut Hitam jatuh tergolek pun teman tak nampak. Memang tak nampak, dah jauh!
Tapi gambor di atas tu meehoon sup teman masak kat Shah Alam yerk. Jangan mimpi kome nak dapat buat cam tu kat Istanbul. Mustahil! Pasa pe? Haa kome baca selanjutnya kat bawah...
Orang Turki ni bermazhab Hanafi. Deme ni banyak jenis seafood deme tak sior makan, sebab makruh kata mazhab deme ler. Kalau makan hidupan laut, deme makan ikan yang bentuk ikan normal. Kalau ikan kecik cam ikan bilis deme tak makan; ikan rupa kucing (ikan keli/semilang) pun tak makan; ikan rupa ulor (ikan belut) tak makan; ikan rupa UFO (ikan pari) gak tak makan; ikan besor Cangkat Parah (ikan paus) lagi deme tak makan!
Dengan itu, hidupan yang lebih spooky and scary bentuknya, berkulit keras (kerang), bercengkerang (ketam, udang), berjanggut (cam Paul the Sotong penilik FIFA World Cup 2010), merayap (gamat), melayang (obor-obor), menyorok (Nemo), buat akrobat (ikan lumba-lumba), yang bertapa (kimma, mentarang), tu semua deme tak penah nengok kat pasar deme, apalagi sentuh, jauh lagi makan. Dengor pun deme geli-geleman! Bila teman kabor kita makan kebanyakan hidupan ni deme rasa nak termuntoh! Sampai beruweeek uweeeek deme dengor citer teman!
Tu yang suami teman usik teman dengan gelor,"My wife the insect-eater."
Rupanya deme ni gelor semua hidupan laut (kecuali ikan yang deme makan) seumpama serangga!
Hampeh betul deme ni!