Empat hari sebelum Raya Eidulfitri baru-baru ni, teman dengan mak teman dan kakak teman pegi membeli-belah bahan dapur dan deko sempena hari raya. Kat pekan keme Parit, pekan seharinya ialah pada setiap hari isnin dari 7 pagi hingga 12 tengahari. Ianya tak ler seglamer pekan Ahad Shah Alam kat stadium bolasepak kat Seksyen 13 tu, tapi cukup ler untuk menarik pembeli dan penyebok dari kawasan sekitar berdekatan di sebelah sini dan sebelah sana Sungai Perak. Kalau kome takut orang ramai dan panas, datang ler awe sikit, kul 8 pagi ke. Tapi kalau kena dekat nak raya, mak oi...kalah kesibukan Jalan TAR, Kuala Lumpur!
Apa lagi, benda utama yang menjadi tarikan utama semasa nak sambut Hari Raya ialah tudung. Tudung panjang, tudung rencong, tudung bawal, tudung tenggiri, semua ada; memacam warna, memacam design dan rega. Sekarang ni yang popular ialah tudung dari Indonesia. Glamer sugguh tudung deme ni sebab tak payah ikat-ikat dan sangkut sana-sinun, sarung jer.
Yah tu dia! Mamat ni sebab nak berjimat, takler dia ngupah Kate Moss atau Naomi Campbell untuk memperaga tudung jualan dia. Dia upah diri sendiri jadi model. Siap dengan ulasan secara langsung:
"Moh beli tudung...beli, beli...murah, murah!" dia merayu dan menggoda para pengunjung.
Yah tu dia! Mamat ni sebab nak berjimat, takler dia ngupah Kate Moss atau Naomi Campbell untuk memperaga tudung jualan dia. Dia upah diri sendiri jadi model. Siap dengan ulasan secara langsung:
"Moh beli tudung...beli, beli...murah, murah!" dia merayu dan menggoda para pengunjung.
"Apa ke hehnye budok montel ni paka tudung oghang tine?"' kata Wan yang kecik molek tu. Wan tu sure tak minat tudung Mat Montel tu sebab tudung pink tu pendek nar.
(Tine tu maksudnya Betina, slang orang Perak untuk Perempuan, tapi perkataan ni tak bermaksud menghina kaum Hawa, dah memang gitu loghatnyer sejak azali!).
Mat Montel ni bagi posing yang menggoda pada teman. Beberapa hari kendian teman dapat tahu kat pekan sari di tempat lain, dia pakai tudung yang sama buat promosi! Basuh ke dak tudung tu, Yob?
Asal nak raya jer, mesti nak beli alas meja baru. Alas meja tahun pas mana peginya, Yong? Ni rasanya alas meja Made in China. Berebut deme milih alas meja dari China ni!
Beli apa tu weh? Minyak wangi tipuan. Tu kakak teman tengah menerai test minyak wangi. Teman tak minat minyak wangi, jadi lepas amik gambor dia, teman mengelewor ke gerai lain. Tak tau dia beli ke dak.
Mak teman Hajjah Zawiah, antara warga emas yang agak glamer kat sekitar 3 kilometer persegi di pekan Parit. Bila berjalan ke pekan sari, ada jer orang menegur dan bersogheh dengan dia. Ada yang teman kene, ada yang teman syak kene. Jenuh gak teman amik gambor dia dengan sedara-mara dan suku-sakat kaki sukat yang bertembung dengan dia pagi tu.
Orang dari seberang Sungai Perak (Belanja Kiri, Layang-Layang Kiri, Sungai Korok dan kawasan yang sewaktu dengannya) pun berduyun-duyun nyeberang jambatan yang dibina khas untuk pejalan kaki dan motor serta basikal. Jambatan baru jer siap diguna setahun lebih. Mak oi sonok deme orang seberang dapat nyeberang ke pekan Parit tak payah ke hulu guna Jambatan Nordin. Tu nampak cam kumpulan 'Anarchist' atau 'Death Metal' Sungai Korok tengah berbincang nak pakai baju Melayu warna apa nanti. Warna itam kot Mat?
Dah perabih alaun bulanan yang diantor anak, Wan ni pun hangkut barang belian dia nak balik ker Bota kot. Apa agaknya yang dia plan nak masak. Lemang dah gerenti, rendang dah tentu wajib. Apa-apa pun Wan, bebaik jalan tu, keta dengan motor banyak, langgornyer kang tak beraya Wan.
Masjid kat background tu masjid keme ler, terkenal di Parit sebab itu sesatu masjid yang besor di tengah pekan Parit!
Masjid kat background tu masjid keme ler, terkenal di Parit sebab itu sesatu masjid yang besor di tengah pekan Parit!
P.S Entry ni teman dedikasikan khas kepada ex-schoolmates dan classmates dan kampung mates di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, (ISS) (1970-1975).
P.S.S Kalau keme tak glamerkan kampong kite, sapa lagi, ya dak?
Salam Kak HAlima....
ReplyDeletelame dah awok tak kesane ....
mase sedaghe maghe ghamei dulu kat sane....
sampei le jugak Pekan Saghi nii.....
uishhhhh ghindu nye dengan deme2 yg udah takde niii
Salam, alaa lupa nama Yob. Nak kena trace komen yg lain cari nama Yob payah pulok. Hee ramai ke yg dah peginyer? Isyyy semoga roh deme dirahmatiNya. Mak teman antara warga yg senior di kampong keme. Alhamdulillah dia masih sihat. Orang rumah dah melahirkan ke Yob?
ReplyDeleteMacho le mamat jue tudung tu.
ReplyDeleteALhamdulillah Udah Kak Halima....
ReplyDeleteHaghi Ahad lepaih......anak lelaki beghatnye 3.73kg kat Hospital Tepen.....
tapi sekaghang kene tahan lagi....anak kunen tinggi 15.6
Jempot...Jempot ke ghumahh.....
Sultan Kelantan
P/S: Name awok D.Shahril Hakime b. Azimi
Salam En Shahril, Alhamdulillah dah selamat dpt anak ke 3! Semoga ibu dan anak selamat!
ReplyDeleteSalam Adik Sharouk, dah pernah sampai ke pekan Parit? Jenjalanlah tengok daerah Perak Tengah ni. Kalau tak famous dgn doyannya, keme ada Sg Perak!
ReplyDeletekak limah..
ReplyDeletetak menahan teman nengok gambor yeop pakey tudung pink tu... heheheh
Salam KakYong, tak pe ler, asa jangan dia berbogel dah. Memacam cara orang nak tarik pelanggan ni. Haah Yob D08 tu dah pecut laju, dia tercabor kalah dgn Cikgu Nuzhah! Ater takper Yong, slow and steady ler!
ReplyDeletelawak betol pakcik yang pakai tudung tu..hadoi..mcm2 ragam kan...:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete