Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, September 19, 2010

Satu Hari Dlm Kehidupan Orang Kampong di Turki

Assalamaualaikum dan Salam Syawal,

Selamat behari raya masih!
Pas meronda Sabah, Shah Alam dan Perak tengah, moh ziarah semula kampong teman kat Turki. Masa ni deme tengah musim luruh (autumn, September-November), teman pun terkenang aktiviti dan suasana di Kampong Deridebi, Laut Hitam. Apa Mak Mertua tengah buat; apa Kak Emina tengah masak; kat mana adik ipor si Nevin... kat kampong ke, kat Akcakoca ke...
Atas umah Mak Mertua yang dok dengan Niven, sorang balu dan ibu tunggal sejak kematian suami dia sejurus dia melahirkan anak dia beberapa bulan. Ni anak dia pun dah besor, dah kawin dan dah punya anak sendiri baru-baru ni. Suami teman bina rumah ni sekitar 1990an untuk mak dia, adik ipor dia dan anak sedara tunggal. Bangsa Turki tak akan bior kaum kerabat perempuan deme hidup merempat terutama yang hilang tempat bergantung!



Celik mata jer, teman tolong intong api (hidupkan api, kalau teman tidor kat umah mak mertualah). Boh air dalam teko besor tu untuk pelbagai guna dan teko kecik tu untuk buat ayor teh.
Selalunya teman bangun bila dengor azan dari masjid kampong. Loud-speaker dia kuat weh! Kalau musim dingin, kul 6 pagi dah azan dah. Masalahnya kalau malam tadi tak diang boiler dalam bilik ayor, alamat esoknya amik wudhu dengan air ais...yowww!
Nilah ropanya dapur tradisional cum radiator yang biasa digunakan di kampong-kampong di Turki. Sini juga ruang dapor yang ada 2-3 sofa panjang dan meja rendah utk makan. Sofa tu boleh dibuka jadi katil segera kalau perlu. Hanya keluarga kaum Hawa dan yang rapat jer lepak di ruang ni. Kalau tetamu lelaki yang bukan keluarga rapat, deme duduk di salon atau ruang tamu.



Tak mandi atau minum/makan, si Niven gi kandang lembu tak jauh dari umah keme, dan mula perah tetek lembu. Lazimnya keme bela tak lebih dari 2 ibu lembu untuk dapatkan susu. Satu pagi boleh dapat dekat 2 kg susu fresh. Petang Kak Emina pulak perah, bergilior. Susu digunakan buat yoghurt (sebut yo'urt, yoghurt ialah bahasa Turki) dan kekadang buat keju kampong; sekali dua kala buat butter menggunakan mesin churning.




Tahun pas salah sekor lembu keme Kara Kiz beranak. Keme akan bela anak lembu tu untuk beberapa bulan pastu jual atau pawah kat salah sorang sedara sekampong yang rajin menjaga lembu. Lazimnya koje melayan lembu ni tugas orang pompuan. Deme dibagi makan rumput kering, gandum dan sisa makanan organik dari dapur deme (untuk lembu, bukan untuk Niven...he he).



Pas perah susu, bawak gi dapur dimasak sampai susu tu meruap sekali, bior sejuk dan dibiorkan masam 1-2 malam. Taraaaa...jadilah yoghurt! Deme makan yoghurt ni cam makan bubur...semangkok gelok sorang. Teman makan 2-3 sudu jer.
Kendian tu baru deme sarapan. Sementara si Nevin perah susu dan layan lembu, mertua teman buat sarapan. Takder apa pun dia buat, bancuh teh pekat, perangatkan apa-apa yang patut.
Gambor di atas ialah makan tengah hari sebenornya. Nampak roti yang deme sendiri buat, sup bonyeh daun panjar; stuffed cabbage dan labu rebus. Gambor sarapan kome boleh check entry awal ataupun teman boleh upload kendian, yek?
Peratikan takder lauk ikan atau dagingkan? Deme ni makan stail Kara Kiz dan Fistig jugak!


Walaupun musim kutip kacang hazel dah abis, dan dah nak masuk musim sejuk, koje kampong masih tak abis. Pas sarapan, Nevin gi kuorkan Kara Kiz dan Fistig dari kandang. Deme ni kena dibawa ke tepi sungai Deridebi (1000 meter dari rumah) yang ada padang rumput untuk deme makan rumput dan bersosial. Nanti tengah hari lembu ni pandai balik sendiri.


Sekali dua kala, keme pun bersosial. Orang kampong Turki ni suka bertandang ke rumah jiran atau rumah sedara-mara yang berdekatan. Ni rumah salah sorang pak sedara suami. Kami bertandang dah dekat kul 12, deme baru nak sarapan. Orang Turki ni selagi dia tak sarapan, selagi tu dia tak makan makanan tengah hari. Meal pertama mesti sarapan, iaitu roti, keju, madu dan teh o walaupun masa tu dah pukul 12 tengah hari! Teman pun dijemput sarapan kali kedua. Nampak tak pokok yang dah botak tu? Mungkin pokok epal atau pear.


Sebelum balik, sepupu suami bekalkan buah epal kampong pada Nevin. Cam kita gak bagi mutan, doyan atau langsat bila kita nak balik rumah. Kat umah keme pun ada pokok epal tapi jenis yang ijau.




Kul 10 pagi, Niven ajak teman dan sorang anak sedara suami gi ladang sayur atas bukit. Dengan naik traktor yang Niven pandu, kami bertiga naik ke atas bukit yang juga terdapat ladang hazelnut keme yang berhektar-hektar jugak. Best naik traktor lalu kampong dan celah-celah lereng bukit. Angin sejuk menampor pipi.
Antara sayur yang ditanam di kebun bukit (bila pokok hazelnut tidor 3 bulan) ialah sayur panjar yang pahit macam sayur kailan dan lettuce. Orang Turki ni tak kreatif dalam memasak sayur deme. Sayor panjar tu deme hiris halus-halus pastu rebus agak lama dengan isi jagung. Boh bawang sikit dan garam. Siap! Itulah menu yang deme tau buat, lain takder.



Niven dan Fatma cuba mencari cendawan liar. Dapatlah beberapa kuntum! Nanti masak campak dalam sup sayur panjar!



Nilah ropa daun salad lettuce yang Niven tanam tu (yang werne ijau tu, bukan yang pakai spec tu) . Tabur benih dan biarkan beberapa minggu; dah agak matang deme datang cabut. Sebenornya plot sayur pun ada kat tepi rumah kampong keme, Niven dan Kak Emine tanam sayur yang sama. Tomato, cabai, kekacang, terung lazimnya ditanam pada musim bunga dan musim panas.


Kami dapat kutip beberapa biji labu, sayur panjar, lettuce dan batang celery. Rumput kering untuk Kara Kiz dan Fistig pun ada. Semua disusun atas kenderaan yang disambung pada belakang traktor. Fatma dok jaga hasil takut jatuh bila kami menuruni bukit nanti!


Kat umah, Mak Mertua mula mengojerkan buah labu. Lagi satu menu deme yang tak kreatif - labu rebus dengan gula sampai lembut. Bila diboh dalam pinggan ditabur kacang kisar hazelnut. Selain dari tu deme tak tau nak masak cam ner. Kalau ada nyor, teman dah buat penganan atau bingka bakor!




Sehabis musim hazelnut, baru deme kutip buah berangan dan kacang pecan. Memang banyak pokok berangan dan pecan nut yang terdapat di hutan keliling kampong dan celah-celah ladang hazelnut. Teman suka kutip buah berangan. Ada sepokok yang tumbuh belakang rumah mertua. Tiap pagi, tengah hari dan petang teman gi kutip. Buah berangan seakan buah mutan tapi rambut dia keras berduri!
Petang-petang atau malam si Niven akan belah sikit buah berangan ni dan di panggang dalam dapur atau atas dapur. Kekadang rebus. Memalam makan dengan hirup teh panas sambil deme bersembang.



Seperti yang teman kata tadi, ruang dapur adalah tempat lepak ahli keluarga. Situlah tempat masak, makan, bersembang, nonton TV, tidor dan sembahyang pun boleh. Ruang ni paling digemari kerana panas dan ada teh panas!
Orang rumah teman menziarahi mak dia dan diperhatikan oleh cucu yang paling tua, Ertugrul.



Orang kita tak bape suka bertandang di sebelah malam tapi bangsa Turki ni suka gi umah orang memalam. Bila datang tu deme dok sembang sampai 3 jam! Teman yang tak bape faham apa deme bualkan, tanggung derita jer ler! Kalau tandang tu dijangka, tuan rumah akan siapkan juadah ringan umpamanya popcorn dan teh panas dan buah-buahan. Kalau dijemput oleh tuan rumah, akan dihidangkan juadah yang lebih berat. Ni jamuan untuk anak saudara Kak Emina yang rumah dia sebelah jer rumah mertua.


Rumah kampong suami dan keluarga. Di sini teman lepak bila balik kampong terutama pada musim bunga dan musim panas. Lazimnya teman dok di Istanbul.



Inilah Kampong Deridebi yang dilihat dari bukit yang ada ladang hazelnut. Di balik bukit tu terletaknya bandar Akcakoca dan Laut Hitam. Semua bebudak bersekolah di Akcakoca (12 km dari kampong). Jadi ramai penduduk kampong yang ada rumah kedua di Akcakoca untuk anak-anak bersekolah sebab bila musim sejuk dan salji turun dengan lebat, hubungan kampong dengan kawasan luar boleh terputus selama 2-3 hari sehingga trak gomen datang untuk clear salji. Bila tiba musim bunga dan panas baru deme balik ke Kg Deredebi unutk musim memetik kacang hazel!

























7 comments:

  1. Salam Kak Halima....
    bile nengok gambo2 yg Akak letak tu....ghase macam Malaysia tahun 1970 - 1980an jee...... udah lame tak nengok oghang peghah susu lembu sendighi...... jaghang dah nengok oghang tanam sayor utk makan sendighi.....payah dahhh

    ReplyDelete
  2. Salam Yob, org Turki ni cam org dari belah timur, rajin bertani dan bercucuk tanam. Deme tak biorkan tanah kosong. Lagipun deme penjimat. Kalau boleh save, deme save. Kita pulak koje cam tu takmo buat dah!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Adik Sharouk, pe kabor? Tima kasih rajin ziarah blog Yong ni. Sebelum pegi sana mmg elok berkenalan dgn negara dan orgnya melalui pembacaan. InsyaAllah adalah rezki adik. Kalau Yong ada sana, nanti Yong announce, sesapa terlanjur ke sana bgtau, manatau blh jumpa dan Yong blh jd guide. Adik dok mana ni?

    ReplyDelete
  4. Salam dari Borneo

    First time masuk sini,tenang je nampak perkampungan Turki ni, best jgk dpt rasa pengalaman tempat orang ni kan...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Pn/Cik Ummiross,
    Selamat datang, Hosgeldeniz! Tima kasih sudi singgah dan join pembaca teman. He he dlm gmbar memnag nmpk tenang, lagipun musim dingin. Cuba adik dtng musim bunga dan musim panas...gamat - bunyi kenderaan motor, lori, trak, traktor start 7 pagi sampai jauh malam bila perlu mesin hazelnut!

    ReplyDelete
  6. As Salam, saya baru terbaca tulisan ini. Bagaimana pula kehidupan para pelajar Malaysia yang telah berkeluarga di Istanbul? Bagaimana anak2 bersekolah? Mohon share..tq

    ReplyDelete