Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, September 30, 2010

Keju, jeruk buah zaitun, salam, sucuk, Turkish delights...

Assalamualaikum dan Salam Bahagia semua,
Kabare? Semoga semua sihat sejahtera.
Moh ikut teman pusing-pusing pasar dekat Kapali Carsi (Grand Bazaar). Tentang Kapali Carsi ni elok kome cari citer dan sejarah dia dalam internet. Teman nak citer apa yang teman nampak, rasa, hidu, sentuh dan alami sebagai pemerhati dan pengguna. Kalau citer sejarah dia panjang bebenor pulak, kang jadi meleret-leret. Cuma nak bagi tau sikit jer sejarah binaan dia, 1641 M; ya dia dah wujud sejak kurun ke 17!
Ni bawak mengkome di belah luor Grand Bazaar jer dulu. Teman suka mengelewor di bahagian luor sebab lebih lively, havoc, chaotic dan exotic manakala yang belah dalam bukan tak lively dan exotic tapi itu lebih didandan untuk para pelancong asing. Harga memang untuk semelih! Kedai-kedai seumpama ni kome boleh jumpa bila lalu Eminonu, kawasan dia digelor the Golden Horn, mengadap laut. Cantik tempat dia.
Antara yang popular dan wajib dibeli dan dirasa bila membeli-belah di Kapali Carsi ialah Turkish Delights! Tu yang candy yang manis melentin! Memacam rupa dan rasa deme buat - ada yang berisi hazelnut, pine nut, disalut tepung, kelapa dsb. Pada kebanyakan Mat Salleh, Turkish Delights ni, lokum orang Turki pangge, ialah salah satu pemanis yang exotic dan digemari oleh deme. Lokum ni siap dibungkuih dalam kotak-kotak comey dan buleh dibawa balik sebagai buah tangan. Teman gemor beberapa jenis yang tak bape manis terutama yang ada kacang. Gambo di atas kedai ni lebih fokus pada penjualan kekacang dan buah kering. Buah tin kering pun ada tu yang tunjuk tanda harga 10 Lira (lebih kurang RM22/kg.)

Ini kedai yang specialised dalam rempah ratus dan lada. Lada ni ada yang dibuat serbuk dan digiling atau dimesin halus dan ada yang dikering bergantungan. Tapi rasa dia tak ler sepedas cabai kering kita. Deme juga ada jual satnika rempah yang kita buat kari tapi dalam bentuk asal. Dalam bentuk serbuk kurang teman perati. Lagipun serbuk kari ni tak berapa digunakan oleh orang Turki dalam masakan deme, kecuali kalau deme masak satu dua menu yang istimewa. Kalau dalam menu harian memang jarang deme guna rempah cam kayu manis, jintan, bunga lawang dsb. Tak tau deme gunanya. Tawor bersior rasa masakan deme. Yang deme asyik boh dalam masakan deme ialah bawang besor, bawang putih, serbuk cili secubit (kalau nak rasa pedas konon) dan yang selalu deme letak salca, tomato paste. Teman rasa yang selalu beli kat kedai di atas ni pelancong asinglah kot.



Haa antara makanan 'ruji' bangsa Turki - satnika jenis keju. Keju putih, keju kuning, keju biru, keju bulat, keju pipih, keju pintal, keju bebola, keju cayor - semua ada ler. Sesapa yang suka makan keju, kalau dok kat Turki memang cam dok syurga keju. Banyak pilihan! Nasib baik teman ni memang penggemor keju sejak dari dulu, jadi teman idok ler rasa mual tengok keju ni.
Orang kampong kekadang buat keju sendiri. Senang jer. Masak susu segor, bior sejuk. Pastu tu ada ler deme boh sesuatu kot, ntah keju basi nakkan bakteria deme. Bila dah berbuku-buku, deme boh dalam kain muslin, bior ayor dia lalu, pintal-pintal kain tu sampai ketat dan ayor abis menitis. Deme hempap kain ni dengan satu benda yang berat, bagi susu ni ada bentuk padat gitu. Pastu digantung. Kak Emine di kampong gantung keju dia dekat beranda. Pas beberapa hari boleh makan. Idok ler dia masam sangat sebab sekejap jer proses fermentasi dia. Pepagi makan dengan roti atau tabur atas telur dadar atau scramble egg. Bolehlaaa...

Ini kedai yang jual satnika salam (salami), daging jeruk, salad, sosej, berbagai sayur jeruk, untuk buat sandwich. Ini sebenarbnya kedai jual sandwich untuk sarapan. Benda-benda tu dimakan sejuk dan tak dimasak atau dipanaskan. Teman kureng selera makan sarapan yang sejuk terutama kalau bahan dagingnya tak dimasak (walaupun ia tak perlu dimasak).



Kalau kome suka makan buah zeytin, nah ni salah satu ropa kedainya dengan gaya persembahan satnika jenis zeytin dan sayur jeruk. Buah zaitun ni ada yang werne itam, ijo dan coklat. Rasa dia secara umum masam dan sikit masin, dan ada rasa minyak zaitun. Kalau dimakan fresh memang tak bape sedap buah zaitun ni sebab dia kelat, jadi dijeruklah. Buah zaitun jeruk juga salah satu menu wajib di meja orang Turki terutama waktu sarapan. Teman ajor supaya suka makan jeruk ni sebab khasiat dia. Tapi kalau minyak dia, memang gemor bebenor. Kat Malaysia ni pun, goreng meehoon, nasi goreng ke, kalau ada minyak ni mesti guna, tapi kalau setakat sepinggan ler. Sekuali masak meehoon boh minyak zaitun, mau muflis teman.

Harga jeruk zaitun ni ikut gred, paling koman pun RM11/kg. Dia dijual di pasar basah, di kedai runcit, di mini market, di supermarket, di mall dll. Ia banyak ditanam di daerah
bercuaca sejuk kering seperti di Cannakale dalam perjalanan ke Izmir. He.. he.. itu jer tempat yang teman singgah dan tengok pokok-pokok zaitun ni. Ada yang berusia beratus-ratus tahun kalau tengok pada ropa batang dia. Bila keme drive di wilayah ni, terasa macam berada di Greece atau Spain (sebab selalu tengok dalam TV dan wayang). Cuaca, bentuk bumi, tumbuhannya serupa dengan negara-negara Mediterrranean ni.




Kalau mengkome jenis yang suka makan salam (salami), sosej, daging cured, dan seumpama, banyak jenis kome dapat merasa kat Turki. Ada yang kecik, yang besor, yang pendek, yang panjang, yang berempah, yang bergolek, yang bergantung. Ayam ada dan lembu pun ada. Masalahnya di Turki deme takder majlis atau badan yang beri sijil iktiraf halal. Deme takder cop halal pada makanan berdaging deme. Cuma ada sesetengah jenama dia bagi jaminan 'Keluaran keme takdok daging babi atau unsur-unsur seumpamanya.' Memang 98% orang Turki beragama Islam tapi deme tak mempunyai satu majlis yang berkuasa atau berusaha untuk membuat dan mengiktirafkan sesuatu keluaran itu halal dimakan. Ini juga mungkin kerana jumlah penduduk Islamnya besar jadi isu halal ini tak timbul manakala di Malaysia isu ini dititikberatkan kerana perasaan was-was kita dan kita mahu kepastian sebab pengusaha makanan di Malaysia ni bukan semuanya Muslim. Wallahu'alam.

Teman gemor gak makan salam ni tapi teman beli jenama yang tertentu. Walauppun boleh dimakan tanpa dimasak, teman akan masak jugak walau sekejap. Teman bukannya barbarian.





Taraaa..inilah dia menu tengah hari teman bila dok sorang (suami kat ofis minum teh dan isap rokok jer). Amik sepotong daging kambing, grill; 4 hiris salam ayam, grill; sekeping roti dihiasi keju dan dibakor hingga keju cair sikit; sebelah bawang grill berhampiran salam tadi; dan salad timun dan tomato. Bila bersorangan memang teman makan banyak daging tapi bila makan malam kena banyak hidang sup, salad dan menu berasas sayur sebab orang rumah kurang makan daging.
Jemput makan kome, sila join teman...
















7 comments:

  1. Salam,
    kak Halima..sedapnye semuanye grill...boleh maintain and jaga body ye...

    ReplyDelete
  2. meriahnya makanan kekacang n keju kat Turki... sayur pun banyak... syoknya baca entry ni..rasa macam nak pi sana jer... jalan2 cari keju...hehe...

    ReplyDelete
  3. Salam Adik Ariesa, he he...memang boleh slim badan dok sana. Akak gi 59kg, balik 53Kg (pas 3 bulan). Kalau dok Istanbul boleh mentekedarah makan ikut suka, tp dok kg deme jd kebulur, deme asyik mkn sayur jer. Kena stok daging bila akak gi kg deme!

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Nuzhah, oh suka ya mkn kekacang dgn keju. InsyaAllah ada rezki kita jumpa kat sana, blh akak bwk gi ladang takpun (kalau luar musim) makan jer kacang hazel kat umah, ada seguni! Boleh gak buat program 'Jalan-jalan Makan Keju' ti..hi..hi...

    ReplyDelete
  5. Cikgu Nuzhah,err cikgu dah capai lawatan ke 50 ke belum? Ni kekadang widget tu lambat kuar, entry dah kuar jd tak tau dah sampai 50 ke tak. Kalau dah, TAHNIAH lah pada cikgu Nuzhah wei kome! Cikgu, leave your full name and address, blh akak antor cenderahati ni dlm 10 hari ye. Ada 4 tempat lagi kome...!

    ReplyDelete
  6. mak aiii.. byk nye keju... kalo g negara lain pun mesti deme x senang duduk kalo makanan xde keju...

    ReplyDelete
  7. Salam KakYong, ater deme ni selera ala-ala Eropah pun ada, Arab pun ada, Korea pun ada (org Turki ada buat jeruk macam Kimci). Baca entry teman pasa Kimci. Dek banyak bahan tenusu deme makan tiap ari, tu yg deme tulang keras macam kayu jati! Kalau KakYong penggemor keju, tentu sonok gi Istanbul.

    ReplyDelete