Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, October 14, 2010

Moh Kenali Negare Kite #1



Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Ni ada satu citer:

Anak gadis: Mak...err Ayu nak gi Menggatal...boleh tak?

Mak: Ahh apa? Kau nak pegi menggatal!? Bertuah punya anak!

Anak gadis: Kejap jer...nak jumpa kawan.

Mak: Kawan? Jantan mana! Kecik-kecik dah pandai nak menggatal!

Anak gadis: Apa mak ni...orang nak jumpa Peah, anak Makcik Ketom.

Mak: Kau berdua nak gi menggatal dengan jantan mana!?

Anak gadis: Jantan mana pulak mak ni? Kat pekan Menggatal bukan ada jantan cute pun...

Mak: Ohh cakaplah nak gi pekan capital 'M', Menggatal. Eh...sapa kata takde jantan cute kat Menggatal? Mak jumpa bapak kau kat Menggatal tau!

Anak gadis: Ahh...mak menggatal dengan bapak kat pekan capital 'M' Menggatal?!




Tak teman sangka, orang Kota Kinabalu dok berjiran dengan bintang filem Hollywood kome! Patut ler deme sini paka keta besor jer - landcruiser, SUV dan satnika - keta kance dan seumpama seperti endangered species, memang pun natang kancil ni haiwan yang dalam kategori gitu! Patut aritu teman rasa cam nampok Tom Cruise dok minum ayor nyoir kat Waterfront tu. Teman rase cam dia ler...
Notis!
Ada 7 hari lagi untuk menjawab soalan Peraduan Meneka Peristiwa... cube kome jangan tak cube!

Tuesday, October 12, 2010

NOTIS UNTUK SEMUA

Assalamualaikum,

Ingin teman jelaskan bahawa Peraduan Meneka Peristiwa terbuka untuk semua pembaca dan penziarah blog MohKembara, tidak kira kome Pengikut blog ini atau tidak. Cuma kalau kome tinggal di Greenland dan menang, tolong bagi alamat Mak Long atau Pak Su di Malaysia supaya teman idok payah bayor belanja pos yang tinggi bila pos hadiah kome tu nanti. Ada 9 hari lagi nak mencube. Harap maklum...he he he!

Monday, October 11, 2010

PEMBERITAHUAN #5 Peraduan Meneka Peristiwa

Assalamualaikum dan Salam Bahagia semua mengkome!

Mai dah dia...Cik Kara Bayan kita!

Pa kabor semua? Semoga semua mengkome sihat belaka. Ni nak kabor ada peraduan sebagai aktiviti sonok-sonok dan interaksi sesama kite. Kojenye senang jer...jawab soalan berdasarkan gambor-gambor di bawah. Syarat-syaratnya:
1. Terbuka pada pembaca di Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia jer. Jauh-jauh mahal nak pos hadiah Yong/Yob, maaf ler...
2. Satu orang 1 (satu) penyertaan jer.
3. Jawab buleh guna BM atau loghat Perak, jawab pendek-pendek, takyah buat esei...hikksss!
4. Jawapan naklah ditulis dalam ruang comment entry di bawah ni saje. Jangan komen kat entry lain, jenuh teman nak cari nanti.
5. Hanya 1 (satu) penyertaan yang semua betoi jer akan dikira sebagai pemenang. Kalau takder pemenang, teman simpan hadiah tu untuk peraduan lain pulak...
6. Penyertaan dibuka dari sekarang dan ditutup pada pukul 12 malam 20hb. Oktober 2010, ya sepuluh hari jer kome.
Ok, silakan menatap gegambor di bawah dan amik bahagian! Cube jangan tak cube!


1. Apakah yang sedang dilakukan oleh Yob kite ni?






2. Makanan kenduri. Tengok pada menu, di negeri manakah telah teman makan hidangan yang menyelerakan ini? (Hint: negeri kat Malaysia jer)





3. Apakah peristiwa ini?


Senang jer kome. Kalau ada jawapan yang sama dan betoi, teman pilih penyertaan yang awal sampai dan betoi. Keputusan adalah muktamad dan segala bantahan, rayuan sukma dan tangisan sendu tak dapatlah teman nak pikiorkan yek.

Selamat mencube dan Gule-gule....!

Saturday, October 9, 2010

Moh Pekena 'Garnele schlaeft auf dem Salad'


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

2 malam lepas teman dok sorang lagi sekali. Hik, hik, hikkksss! Kakak dan suami dia gi dinner kat universiti sempena hari konvo. Malam memang segan nak makan nasi, jadi selongkar freezer cari Mr Dang yang dah membeku dekat seminggu. Moh kite makan ala-ala Mediterranean lagi. Nama menu 'Garnele schlaeft auf dem Salad'. Maksud dia 'Udang bengkok berdengkor ataih salad'.

Bahan-bahan dia:

Udang besor tapok tangan
kentang sebiji potong panjang
2 biji tomato potong dadu
bawang besor hiris
ulaman petik kat belakang rumah
garam, lada itam, kunyit idup, limo kecik dan minyak zeytin.




Bukak jeket udang tu dan buang kepala dia. Potong belakang dia, buang benda yang itam tu. Pas bersihkan lumor dengan kunyit idup yg dihiris, garam dan lada itam. Sikit jer kome...





Ulam tu petik-petik, jangan hiris. Nampak tak? Ada ulam raja, selom dan daun selasih. Masukkan dalam mangkok dan campor dengan bawang hiris dan tomato. Boh sikit garam, perahan limau dan 2-3 sudu minyak zeytin. Gaul dengan tangan, jangan ramas. Biorkan.



Ni minyak zeytin teman guna. Extra virgin. Sedap gak. Takde minyak zeytin pun takpe de.


Dalam kuali lepior, boh sikit minyak zeytin. Api kecik jer sebab takmau minyak hangit. Letak Mr Dang dengan lembut, susun kacang ijo sebelah dia sebagai teman. Bior deme seehhhh 2 minit.


Balikkan sebelah pulak, 1-2 minit jer. Kalau Mr Dang tu tebal cam teman punya ni, tegakkan di belah belakang dia kalau kome nak semua bahagian masak. Kalau kome tak kisah makan udang 3/4 masak, takyah dudukkan dia. Udang jangan masak lama, jadi liat nanti. Kalau merah tu, dah masaklah tu Yob!




Amik pinggan lepior, susun mende-mende tu. Eh lupa kabor. Kentang tu gorenglah cam biasa kome goreng fries. Haa... boh salad comey-comey, baringkan Mr Dang ataihnyer, susun kacang ijo dan kentang goreng dekat-dekat dia. Mr Dang tak gemor tido sorang.


Bismillahirrahmaanirrahiim...
Hiris molek-molek dengan piso. Makan pelan-pelan. Boleh tengok wrestling masa tu tapi jangan excited sangat, nanti tercucuk garfu! (Masa tu memang teman tengah nengok wrestling bodoh).



Beberapa round kendian. Hmm...amat kenyal dan fresh rasenyer udang dari Tuaran ni. Takde bau udang. Sesuai bebenor makan dengan salad ulam kampong ni...


Alahai...all good things must come to an end! Sayu rasanya dah abis. Kalau dapat 2-3 ekor kan nikmat. Sayang nak buang kuah salad tu. Penuh khasiat! Iruppp...jangan membazior!
Alhamdulillah...!
Terima kasih sebab menemankan teman makan malam. Bosan gak makan sesorang ni. Lain kali buleh temankan teman lagi yek?
P.S Entry ni ditujukan pada Frau Bada di Pokok Sena dengan ucapan, 'Ich liebe dich und danke!'









Friday, October 8, 2010

SYAIR KK BLUES 'ANAK SIAPA?'


Anak siapa main sendiri,
Jatuh duduk berlari-lari,
Tertanya-tanya di dalam hati,
Tidakkah takut dibawa lari?






Hari-hari bangun pagi,

Bawa ubi berkati-kati,

Jual sana jual sini,

Penat jerih mencari rezki.





Gadis sunti di terminal bas,

Bawa tin sambil bergalas,

Tiada sempat bermalas-malas,

Hiba hati bertambah belas.



Apa nasib jadi begini,

Perawan sunti kerja sendiri,

Risau di hati pikirkan ini,

Banyak musibah boleh terjadi!




Terik mentari tidak dirasa,

Salah laku tidak dikira,

Benda tak guna perlu dijaja,

Nasib keluarga jadi utama.




Sayu hati melihat adikku,

Duduk di jalan tiada malu,

Bagaimana ini boleh berlaku,

Sayu pilu menusuk kalbuku.


Hati luluh lihat segala,
Apa 'kan jadi pada mereka,

Pada siapa boleh ditanya,

'Kamu ni semua anak siapa?'









Wednesday, October 6, 2010

Moh Menyongket Ke Pahang Yang Makmur

Assalamualaikumwarahmatullah dan Salam Hormat Mengkome,
Balik dari Istanbul bulan Februari tahun ni, teman dok lepak tak buat pa dekat 3 bulan. Nak penuhi masa lapang teman beli Pak Dell kat Low Yat. Teman pun mula surfing tak ketahuan.
Pas tu terpikior buat blog. Teman pun buat blog. Sebelum Mohkembara ni teman ada satu blog lain, tapi tak bape aktif. Bila teman buat Mohkembara cam ade ong sikit dan semangat. Nak bina blog memula minta tolong kawan baik, Yas. Lepaih tu tau sesikit nak boh widget satnika.
Dalam pada tu dah dekat sebulan memerap kat rumah, kaki naik gata. Nak nyongket ler tu. Kabor kat orang rumah nak gi rumah Cikgu Jan kat Pahang. Dulu dia penah warning -"If I hear you jalan-jalan, I'll kill you!" Tapi bila teman kabor nak gi nyongket rumah si-polan si-polan, terutama yang dia kene, dia kata, "Say my salaam to her..." Gempak jer Pakcik ni!
So sms Cikgu Jan bagitau nak wonde-wonde ke Pahang. Sukanyer dia. Bukan senang nak jumpa Cik Mek ni. Manjang jer kursus, latih budak debate, rombongan sekolah dan segala program yang menyibukkan para cikgu. Pas plan baik punya, teman pun naik bas ekspres ke Kuantan.
Sonoknya nyongket!
3 hari pertama Cikgu Jan memang sibuk sebab tu memang koje deme. Tapi ujung minggu keme mula buat plan nak gi mana. Teman nak ke Nenasi. Tahun 1970an penah baca satu rencana dalam Asia Magazine pasa sorang nelayan di sebuah kampong di Nenasi. Pastu teman teruja nak tengok mana ropa kampong ni. Orang lain dok teruja nak gi London, New York, Milan... Kebetulan Cikgu Jan ada sedara-mara kat Nenasi tapi idok ler keme nak ziarah deme. Deme tak rapatlah pulak. Adeler tu. Nenasi menyusuri pantai dan kawasan lembab. Banyak pokok-pokok dan hutan paya gambut. Cantik gak. Nampak aman damai.
Issyyy sape pulok makor hutan nih! Potong stim betoi deme ni. Tengah orang best-best hirup udara segor, ada pulak asap dari satu kawasan perusahaan kecik. Harap-harap tak melarat deme makor tu sebab kawasan hutan gambut ni bila terbakor, susoh nak padam. Api dia terperam dalam tanoh, kite tak tau dia tak mati. Macam api dalam sekam gitu.


Nampak kampong nelayan, teman minta berhenti. Cikgu Jan ni apa teman minta dia ikut jer. Sanggup dia konar semula kalau keme terlepas jalan. Baik ati sungguh Cik Mek ni. Dia pandu keta dia masuk jalan kampong, susur pantai. Pantai sini idok ler lawor gitu, pasior pun tak putih gebu. Tapi aman damai takdok orang. Ada rumah kampong jer. Hmm boleh buat marathon kat sini. Beruntung kite kat Malaysia pantai banyak dan panjang tak berorang. Cer kome tengok pantai kat sesetengah negara, nak langkoh pun tak buleh, terpijak punggung boya yang bersidai ada. Err boya kepala itam... Kat pantai Akcakoca dekat Laut Hitam banyoknyer boya putih. Anok boya dok berbikini, tapi mak boya elok jer paka skaf!




Pasior masuk kasut yek Jan? Teman nak pilih gambor, kena amik yang sipi-sipi, takut maroh Cikgu Jan kalau teman upload gambor dia yang fokus tepat. Ni pun dia tak tau, entah kenan ke tidak. Nanti teman bagitau kat dia teman upload gambor comey dia dalam blog ni. Kalau dia tak sior, teman kena delete ler. Buleh ke Jan? Tak nampak pe Jan, nampak idung comey jer...





Sambe menyongket, teman galah laptop teman. Bukan apa. Kat rumah si Ijan ni, connection punyalah slow. Teman nak check email dari suami, mau tersengguk-sengguk nunggu punya lama. Tak tau ngape Maxis bangang ni susah nak dapat kat Bandar Muadzam. Tapi Alhamdulillah kat tepi pantai ngadap Laut China Selatan buleh pulak dapat connection bodoh tu.




Agak 40 minit keme bertenet tu, keme sambung drive. Singgah satu tempat teman lupa nama dia. Dia kat kuala sebab ada sungai. Kat situ ada jeti. Ok gak. Keme pun turun dari keta jalan-jalan kat pantai yang tak bape comey. Pantai dia berpasior gak tapi banyak seredak laut seperti daun, ranting dan seumpamanya. Keme jenjalan atas jeti tu sambe '...berlari-lari berketawa, berpimpin tangan....' Haa cam industan pulak! Dan kat bahagian tengah ada ruang rehat untuk duduk-duduk.



Sampai nak dekat maghrib keme dok memain kat situ. Kendian keme balik ke Muadzam. Malamnya Cikgu Jan belanja teman makan malam di salah sebuah restoran kat bandar tu. Meriah gak bandar ni walaupun dia tak besor mane. Sebabnya ada maktab Mara dan universiti dekat-dekat sini. Di Malaysia ni, kalau ada kolej, maktab, universiti di sesuatu tempat, memang buleh cari makanlah. Orang Malaysia rama yang idup untuk makan! Betoi tak kome, ngaku jer ler!



Hari sabtunya keme kuor pagi gak. Plan keme nak ke Kuantan dan bermalam di situ. On the way keme akan singgah-minggah. Ni salah satu tempat yang keme singgah. Teman lupa nama tempat ni sebab banyak tempat teman kata, "Stoooop! Nak berenti sini buleh?" Cikgu Ijan cam biasa kata, "Boleh..." Keme pun jenjalan dan usya tempat tu. Lagi satu pantai yang tak berorang. Tak banyak rumah dekat dengan pantai tapi ada sebuah chalet.




Nilah ropa chaletnya. Tapi pintu berkunchi. Cam tak bertuan. Nak sewa kena telefon atau tanya orang kat sebuah kedai makan. Adei... camner biznes ni kome. Tempat ni ada beberapa buah lagi chalet dan keme nampak ada beberapa peralatan untuk perkhemahan dan aktiviti pantai. Nampak Ok gak perkarangan dia, luas dan agak berjaga.





Cikgu Ijan amik gambor chalet dan persekitaran. Dia nak buat rujukan nanti bila dia nak gi berkelah dengan famili atau buat program dengan students dia. Bagus tu Jan, plan awal-awal.


Tak jauh dari situ keme jumpa sungai yang bertemu laut. Err tak pasti pulak ni tempat yang sama ke, ni daerah lain? Kena tanya Cikgu Jan. Tempat ni pun cantik dan sunyi. Adeler dua tiga orang jantan dok memancing. Ni dulu mesti selalu berlaku hakisan kot, ni deme dok timbun batu-batan sepanjang tebing.




Issyyy comey sunga ni! Yob D08 buleh promo ni tapi kot dia takmo promo negeri lain selain Peghak Darul Ridzuan. Sebelah sunga sana ada pantai berpasior putih. Mesti best camping kat situ Yob!



Kami sambung perjalanan lagi. Terjumpa pondok atau dango-dango dibuat dari kayu utan dan atap nipah. Dango Orang Asli banyak dibuat deme sepanjang jalan ke Pekan.
"Singgah! Nak tengok apa diorang jual" teman kabor kat Ijan.
Teman turun dan usya apa yang bergantungan dalam net dan palstik. Oh lokan...
"Bape selonggok ni...?" tanya teman pada pompuan yang paka baju kurung tu.
"10 inggit" pompuan tu jawab. Ada lebih kurang 2 kg satu longgok tu. Teman minta selonggok. Sambil dia salin lokan tu ke dalam plastik, teman jadi kepoh dan tanya pasa gadis muda paka jeans tu.
"Ni anak awak ke?"
"Ya.."
"Sekolah lagi?"
"Tak..."
"Budak kecik ni anak ke cucu?"
"Cucu..."
Isy peramah sungguh Orang Asli ni. Kita tanya sepatah dia jawab sepatah. Takde extra info. Deme ni masih reserve. Teman nak amik gambor deme, yang muda tu paling ke lain. Teman rasa budak lelaki tu anok gadis muda tu. Teman agak gadis tu baru 16-17 umur dia. Muda deme kawin. Sekolah pun kejap jer.


Lokan teman yang sebesor penumbuk disalin dalam beg plastik. Tengok budak pompuan tu masih tunduk. Tak sior dia tengok kat teman atau kamera teman. Teman pun tak patut tapi bukan teman fokus kat dia, teman snap gambo mak dia. Budak kecik yang innocent ni jer berani jegih kat kamera teman. Nanti dia besor sikit buleh bercakap, 'wan, tu, tri...' dia pun tak sior layan orang Melayu yang kepoh cam teman! Proud people deme ni, respect abis!




Sesampai di kawasn pantai popular Teluk Cempedak, keme menapak dari satu hotel ke satu hotel. Semua penuh. Dah dibooked awal-awal. Maklumler cuti sekolah. Hotel ke chalet ke, penuh sesaje. Semua yang tiga bintang ke bawah takdok kosong!
Pas 4-5 buah hotel tak dapat, kami try hotel ni. Lupa lak nama dia, tapi resort gitu. Ok ada kosong. Book satu malam. Lepas mengukur jalan sepanjang Pekan dan Kuantan, punya bestnyer dapat bilik sejuk. Ahhh nampak laut! Bestnyer view!
Apesal ada kolam di tempat yang dekat dengan laut? Tak faham teman!
Moh mandi dulu...dalam bilik ayor!


Pas siap mandi, berehat, teman ada plan yang tak leh ditangguh.
Rebuih lokan!
Camner nak rebuih? Senang jer. Basuh besih-besih pastu boh dalam kettel letrik hotel tu, on jer ler! Sekali mendidih teruih ternganga lokan tu. Teman dengan Ijan rebuih 2 kali round dalam teko tu. Sedap sungguh isi dia. Tak payah garam, dah masin tapi ada rasa manis isinya. Cikgu Ijan gemor nengok teman rebuih lokan dalam kettle hotel. Pas guna keme basuh besih-besih takut berbau. Kang nak minum teh/kopi kang bau lokan.
Ater camner nak buat dengan kulit-kulit lokan ni? Banyok! Keme tos baik punya, bungkuih dengan suratkabor, pastu sumbat dalam plastik laundry. Mintak-mintak orang housekeeping tak tau! Ya ampun!
Err kome jangan ikut perangai teman yang tak semiak ni, rebuih lokan dalam kettle hotel! Tak senonoh betoi!






Dinner teman lebih suka makan kat luor kalau hotel takdok buffet. Kalau kat Kuantan ada satu tempat yang famous dengan restoran ikan bakor dan seafood dia. Nama tempat tu Tanjung Lumpur. Keme berdua dah penah makan kat situ sekali masa trip teman tahun lepas. Tapi dari Teluk Cempedak ni jauh ler pulok. Cari jer kat restoran/gerai dekat-dekat hotel. Apa lagi, Tomyam lar. Tak tau pasa pe makanan dari Siam ni dah conquer satu Malaya. Takdok pulok restoran nasi Melayu yang berjue ala 'carte cam restoran Tom Yam ni.
Comey tak mata Cikgu Jan tu?

Selepas subuh hari ahad tu, keme kuor dari bilik nak gi berendam kat laut. Tapi sebelum pukul 7 pagi deme tak bukalah pulok pintu pagor dia. Pak Guard pun tak masuk tugas lagi. Ijan pusing-pusing cari lubang kat pagor, kot ade. Teman tak kuasa pusing-pusing, dah ler gelap. Panjat jer lah pagor ni. Teman kerabat pagor tu terhegeh-hegeh takut tercucuk dek duri, hampir tak tersungkor! Bila dah ata pagor tu, rasa gayat pulak. Nak turunkan kaki rasa cam tinggi, masa panjat tak rasa tinggi.
Abis lepas pagor tu, teman gi berlari ke gigi ayor. Yah...nak berendam gak cam deme yang berendam dalam kolam tu! Ada ayor kencin dalam kolam tu kome!
Cikgu Ijan yang tak sebrutal memanjat pagor cam teman, ikut jalan jauh guna gate depan dan menyusur tepi resort sampai ke pantai. Ijan takkan kerabat pagor atau tingkap cam teman (kat umah mak di Perak selalu gak teman manjat tingkap bila tak jumpa kunci!). Dia antara Wanita Melayu Terakhir! Lemah-lembut gayanya...ya lemah-lembut, tapi kalau dia drive, Lewis Hamilton buleh ketaq lutut!
Dapat ler keme berendam 30 minit sambil nengok matahari naik dan usya pecuti-pecuti (holidaymaker?) yang rajin bangun pagi dok jogging atau main ayor cam keme.
Sonok ke bercuti ke Pahang ni? Sama jer cam gi tempat lain cuma teman sonok dapat berjumpa dan beramah mesra dengan sahabat baik teman Cikgu Ijan... Love U Jan!






















Tuesday, October 5, 2010

PEMBERITAHUAN #4

Assalamualaikumwarrahmatullah dan Salam Hormat semua,
Kara Bayan dah mai!!!
Tu dia aih! Teman tak bukak laptop malam tadi, buka pepagi ni dah ada orang crossed the finishing line! Moh kite ucap TAHNIAH kepada Yob Shahril D08 dari Lahat, Ipoh, kerana berjaya jadi Pembaca ke 2 capai lawatan ke 50! Terima kasih kerana Yob D08 sudi dan rajin menziarah blog merapu teman ni dan gemor berinteraksi dengan Tuan Rumah dan Tetamu yang lain.
Ater dah deghah pecutnya tu Yob! Makan tempoyok ke apa? Tulah dia semangat Kejor Yob Kejor yang tak buleh dipertikaikan seantero Malaya. Yob Tinuj, Yob Areez dan KakYong apa lagi? Ada 3 lagi tempat yang buleh dikejor. Kejor Yob/Yong kejor...!
Buat Yob D08 hadiah kekenit dari Turki akan dipos dalam 10 hari gitu yek? Buat pembaca yang lain, sama ada yang lama dan yang baru, jangan putus asa, buleh kejor lagi ni dan berinteraksi dengan teman. Lagipun insentif baru akan ditawarkan bebila masa jer, InsyaAllah!

Gule-gule!

P.S Kara Bayan maknanya 'Snow Woman'.

Sunday, October 3, 2010

Kalamari Tuaran dan Onion Rings


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Tajuk cam gempaq jer, tapi bukan apa pun. Hari tu teman kabor teman gi Tamu kat Tuaran kan? Dalam pusing-pusing tu, berlaga bahu, bergesel siku, terhantuk kepala, dapat ler teman beli 2 ekor udang rimo dan sekor sotong panjang. Kome heran ke teman beli sekor dua jer? Ater teman makan sorang jer, kakak teman tak bape makan seafood ni kecuali ikan. Tapi dia mazhab Shafie gak. Gata katanya. Malam tadi teman sorang jer kat rumah, tak berbaloi masak nasi dengan gulai dan lauk pauk. Ahhh buat stail Asia Foof Channel ler (AFC kat Astro tu). Tu gambor sepotong kalamari Tuaran celup tepong lepas teman menari 15 minit kat dapur!

Memula defrost sotong tu. Nak tau saiz, tengok bila dia dok bersanding sebelah sudu makan (ya, sudu meja tu, bukan sudu teh). Sebenornya ekor dia dah kena potong 3 ari lepas, teman masak dengan tagliatele. Goreng ala-ala mee goreng. Udang rimo tu memula teman ingat nak korbankan gak malam tu tapi teman ubah pikioran, takmo kolesterol naik konon.


Bersihkan sotong tu, buang kulit luor dia kalau kome rajin; buang lendior dia dan plastik dalam badan dia tu. Pas basuh-basuh potong bulat. Sotong ni masa teman beli ari tu memang fresh, masih mengelejat lagi, jadi bau tak hanyor ler. Ngam-ngam dapat sepuluh cincin. Cukup untuk makan kenyang dan kalau ada lebih buleh buat cincin hantaran!



Sebab malam teman tak bape rajin makan nasi, nak bagi kenyang amik sebiji kentang, basuh luor dia dan potong panjang. Kentang jenih ni takyah buang kulit, dah nipis bebenor. Tapi kentang jenih ni tak sedap buat fries, dia lembut bila dah masak tapi tu jer kentang yang ada kat dalam bakui dapur tu...


Teman teringin nak makan onion rings. Ari tu tengok dalam AFC, sorang chef tu masak rings ni, rangup. Teman pun tirulah cara dia buat. Sayangnya teman takdok Bombay Onion, yang putih tu elok buat rings. Ahhh paka jer bawang besor merah ni. Hiris tebal-tebal ye kome. Nipis-nipis tak jadi.



Teman goreng kentang dalam kuali kecik guna minyak jagung kot. Lupa nak check tapi bukan minyak kelapa sawit. Werne dia ning jer. Sehhhhh...!
Pas 5-7 minit masak ler kentang tu.



Sebelum tu teman buat batter - tepung gandum+tepung jagung+tepung Adabi sikit, boh lada itam dan garam, bancuh dengan ayor. Bior pekat. Kome masukkan sotong tu dalam batter ni, gaul-gaul. Pastu dalam sebuah bekas, boh tepung kering. Kome salut sotong tadi macam bagi dia paka bedak ler. Dah lumur berabuk tu, kome masukkan dalam kuali, api nak kuat sikit...sikit jer jangan kuat banyak.
Seehhhhh....! Jangan balik-balik selalu. Bior deme garing sendiri baru balikkan. Dah nampak kuning dan garing tu angkat boh atas kertas dapor yang serap minyak tu.
Buat cara sama dengan onion rings tadi. Tepung serbuk tu yang membuat deme ni rangup, krup... krup.. krup!



Tadaaaa...! Siap sepinggan dinner teman semalam - sotong goreng celup dan salut tepung, onion rings dan fries (fries dalam piring lain). Untuk balance dan sihat, kena ler makan dengan salad ke; teman boh 1 1/2 biji tomato, timun dan daun ketumbar. Maaf ler onion rings teman nampok buruk benor tapi rasa dia...hem hem...sedap Yong. Manis dan rangup!
Kalamari tu? Kenyal-kenyal. Teman idok suka makan bersos jadi ratah gitu jer ler. Minum milo satu mug. Alhamdulillah kenyang gak.
Jom kome makan same...!
P.S Entry ni teman dedikasikan khas untuk Frau Badariah di Sek Men Sains Pokok Sena, dengan pesanan, 'Jangan riso, nanti kita berkelah kalamari, udang dan onion rings sebakui bila miker datang Shah Alam...InsyaAllah!'





Saturday, October 2, 2010

PEMBERITAHUAN #3


Assalamualaikum dan Selamat Berbahagia kepada semua Pembaca Blogku,


Semoga semua sihat sejahtera hendaknya. Teman sihat dan ceria, Alhamdulillah. Dan teman gembira dan tumpang seronok kerana salah seorang dari mengkome ni telah berjaya mencapai lawatan ke 50! Yeeeeahhh...tahniah kita ucapkan kepada Cikgu Nuzhah Ahmad. Terima kasih juga kepada cikgu kerana berjaya menjadi pembaca tegar blog ni. Harap-harapa minat untuk melawat dan membaca blog teman ni tak luntur lepas ni ya.


Dengan itu diminta Cikgu Nuzhah memberi nama penuh dan alamat surat menyurat di ruang komen atau e-mail kepada teman hellibra2@hotmail.com . Kalau takde aral, cenderahati kekenit akan dipos dalam 10 hari ye. Dan di antara cenderahati tersebut, termasuk esarp atau tudung Turki seperti gambor di atas. Ia tudung biasa sebenornya tapi yg uniknya lace ditepinya dikait oleh sedara-mara teman. Orang empuan di Turki memang terer dalam bab kait-mengait ni. Teman dihadiahkan banyak tudung yang dikait oleh orang kampung jadi bila balik Malaysia, teman hadiahkan kepada sesapa pada tika yang tertentu, nak jual tak buleh sebab ni barang hadiah. Teman harap cikgu suka akan tudung ni ya.


OK mengkome, ada lagi 4 tempat yang belum sampai lawatan ke 50. Lawat tu, baca ler dan berinteraksi ler dengan teman atau bertanya kabor. Untuk Yob D08, cenderahati untuk isteri Yob dah on the way semalam. InsyaAllah sampai ler tu dalam sehari dua.


Gule-gule benim alkardashlar! (tak tau ler betul ke dak bahasa Turki teman ni, nanti teman edit kalau silap grammar...he he he!)