Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label yoghurt asli. Show all posts
Showing posts with label yoghurt asli. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

POMPUAN GAGAH DI KAMPONG DEREDEBI, TURKI!

Tulih nama ataih saljuuu,...di tepi Sunga Deredebi!
Yong Tie nak masak ke dolma kobih tuuu?


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Cuaca terang-menderang kat Basaksehir ari ni, mau 12 Celcius kot, seluruh Istanbul cerah-merah kome!



Tapi ari khamis kelmarin salji tetiba turun agak lebat dan kasor. Tak penah tengok kasor flake dia. Emel yg datang dr kampong yg biasa kena 2 meter salji pun excited.
Tapi Mr T kata ni snow last kopek punya.
45 minit kendian salji berhenti dan pelan-pelan cayor...



Ni nak berkisah orang pompuan yg gagah perkasa di Kg Deredebi. Pompuan kampong Turki biasa koje berat dan kasor sejak remaja. Satu petang Nevin, mak dia dan mertua dia (mak sedara dia gak) gi turun ke stor atau barn depan rumoh, masukkkan kayu api dalam cual (guni).



Kedua-dua pompuan senior tu (dua-dua lebih 70 tahun) masukkan kayu dlm guni, Nevin hangkut dan gendong ke depan laman rumoh.



Dia buat dekat 20 trip atau lebih. Tiap satu berat 40 kg.
Ahhh ringan jer, kan kata kome. Cer angkat pulak guni hazelnut berat 60 kg.
Sebab berat tulah Nevin dan setengah pompuan kampong hangkut masa musim petik hazelnut!



Esoknya anak tiri teman Alper Talip bawok masuk lori (lori kuarga Mr T) ke laman. Nevin dan mak dia sama-sama angkat dan campak ataih lori.



Alper tolong sambut jer, yang tua-tua angkat berat-berat.
Isyyy manja bebenor orang muda sekarang ni.
Kalau Mr T ada, mesti dia merajinkan diri!



Dah tingge 4-6 guni baru si Ilker (anak tunggal Nevin, bapak si Mursel) turun tolong angkat (tadi kat ataih rumoh dok meregek). Walhal kayu api ni untuk dia nak guna kat apartment dia di Akcakoca.
Sorang ibu sanggup bersusoh-payah utk anak dia walaupun anak dia dah besor ragoh macam giant!


Nilah si Nevin, adik ipor Mr T, menjanda sejak Ilker masih dlm perut dia dan dok kampong sama mertua teman.
Rumoh yg dia dok sekarang Mr T yg buatkan sebab itu tanggungjawab orang lelaki Turki menjaga kebajikan kerabat pompuan dia.


Bukan iklan - hadiah dari Nevin!

Kalau teman balik Kg Deredebi dan Akcakoca, mesti dapat hadiah dari sedara-mara Mr T. Ni ilif (penggosok badan) yg Nevin buat.
Cantik kannnnn?
Ni dia kait masa dia muda-muda dan simpan. Sekarang mata tak bape clear, dia kata.
Nanti teman tayang hediyeh lain yek!



Sepasang stokin baby yg blogger Numara order, werne ijo muda!
Ok ker kaler ni, Numara?

Bukan iklan.

Cer teka natang apa ni?
Sesapa memola dapat teka tepat, dapat ler mende ni!
Tarikh tutup sampa next entry dipost yek.
Pikior, pikior!
Comey taw dia!


Brunch teman tadi - daging, daging, daging - tapi dibalanced dengan sepinggan salad dituang yoghurt dari Kak Emine...berkhasiat kome!
Meh rapat!