Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label sosej. Show all posts
Showing posts with label sosej. Show all posts

Friday, March 9, 2012

AKTIVITI DI RUMOH MERTUA TURKI...SOLD!!!

Tulih nama ataih saljuuuu...sapa punya gelor ni?
Kalau rasa Yong punya, meh belanja teman laksa Sarawak nanti yek?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lepas makan tengahari semalam teman berpindah pulak ke rumoh mertua dan Nevin (adik ipor Mr T). Ada jer jiran yg lepak rumoh deme ni, teman kenei ler. Jiran kami rama yg bersedara dgn mertua, ater deme suka kawin sesama sedara.
"Hosgeldeniz!" kata jiran tu kat teman. Dia ucap selamat datang dan doakan gak semoga ibadat haji teman aritu diterimaNya.



Pepagi semalam lepas teman bangun tido.
Kat Emine dah gi dating dengan si Kara Kiz dan anok-anok dia yg 5 ekor! Laman kosong ni sebenornya atap rumoh Kara Kiz. Nanti musim petik hazelnut, deme jemur kacang kat sini ler!



Ni firin (dapur roti) yg baru dibina tahun lepas, depan rumoh mertua. Musim paneh bila deme kerap nak bakor roti atau ngerinkan kekacang (bukan hazelnut atau walnut), jagung, deme guna firin ni. Jiran buleh numpang sebab keluarga kami jer ada bina firin ni.



Aktiviti musim dingin lazim orang kampong ialah nonton tibi. Adik mertua (mak Nevin) dan mertua teman sedang mentelaah satu program. Nevin kawin sepupu sendiri, mertua dia tu mak sedara dia jugak.
Kan teman kabor, deme ni gemor kawin sesama kerabat. Kak Emine dan Mr T pun sepupu once removed!
"Boring ler mengkome ni, kawin sesama sedara" teman labun kat Mr T.


Pemandangan luor cantik, kan Mursel?

Dah 3 ari Mursel Taha (cicit mertua, cucu sulung Nevin) dok kampong. Relax jer dak kecik ni dok jauh dari mok pok dia. Dia berlegor dari dapur ke bilik tido (sebelah dapur jer). Sekali-sekala dia ke tandas/bilik ayor ikut Nevin.
Sejuk kat luor dapur kome!



Giliran Mursel pulak mentelaah program kartun lepas kahvalti tadi. Siyessss!

Sinilah mutfak (dapur) cum sittingroom dan ruang tido extra. Sofa yg Mursel duduk ni memalam dibuka jadi lebor, tempat teman tido malam tadi. Ada 2 lagi bilik tido kat luor ruang dapur, tak dipaka sebab kena pasang soba. Nak jimat bahanapi dan mudah, tido mutfak ler!



Dinner
semalam Nevin goren ikan mezget. Sedap dan manis, mai dari Karadeniz (Laut Hitam ler). Yang pink kaler tu telur deme.



Mursel nampak ikan dalam kuali dan kata, "Nyum, nyum!"
Nevin pun bagi boh dalam pinggan besi (?) dengan roti.
Dia panda makan sendiri.



Ni nak buat iklan sikit.
Malam kelmarin Kak Emine dgn teman nyongket rumoh gelen (ipor) dia. Ipor dia Hanife rajin ngait ilif atau penggosok badan. Kita guna kain atau span nak gosok badan masa mandi kan? Di Turki deme guna yg dikait dgn benang bulu. Pesen dia memacam dan kaler-kaler. Hanife buat bentuk 3 segi. Yg 4 segi berbunga-bunga pun ada. Tapi cantik sangat, tak sanggup nak buat penggosok badan kome!


Sold to Cikgu Frau Bada, of Sek Men Sains Sg Petani.

Ni saiz dia guna tangan anak dara Hanife. Teman order dan jualkan utk dia. Meh kita tolong suri di Kg Deredebi sempena Hari Wanita nih. Rega selai lepas convert dan kos pos RM15 jer (pos kat M'sia nanti yek). Setiap belian teman bagi hazelnut. Nak bagi semua kenkawan hazelnut tak mampu, jadi sapa yg sudi beli kraftangan orang kampong Deredebi ni, larat ler teman bagi hazelnut sebagai insentif.
Sapa nak order meh tempah dalam ruang komen. Ada lagi kat rumoh Hanife, memacam kaler, sebut jer bape lai dan kaler apa!

Email nama penuh dan alamat kat teman hellibra2@hotmail.com



Esok-esok ada iklan lain pulak. Ni iklan bekfast pagi tadi - kentang goren dan roti hangit teman!



Kahvalti
pagi ni - kentang goren dgn telur, sucuk (sosej) goren, koy peynir (keju kampong, ditumih dgn butter kampong) dan keju kasyar. Meh rapat kome!