Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label khemah kanvas. Show all posts
Showing posts with label khemah kanvas. Show all posts

Friday, December 7, 2012

MEH IKUT TEMAN KE LADANG HAZELNUT, KG DEREDEBI, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, at last dpt hapdet. Selepas landing hari Ahad baru ni sibuk menerima tetamu yg datang amik barang atau nak jumpa sesaja. Sabtu ada meeting dan jamuan untuk kutipan amal. In Shaa Allah lusa nak balik kampong, nak balik kampong, nak balik kampong....!
Rumah mak masih ada ciri-ciri asal, tingkap kayu dan ada grill kayu kat bagian bawah. Tu sebab ventilation rumah kampong best! Berangin jer!
Sambung kisah di Farmhouse yaa. Ni ropa farmhouse kuarga Mr T. Di sini kuarga kami berkampong sepanjang musim metik hazelnut (sebulan gitu). Para pekerja Kurdish ada khemah kanvas deme sendiri.
Rumoh ni ada dapur dgn sittingroom, 2 bilik tido dan 2 bilik air/tandas.
Kat sinilah masak, makan dan lepak. Masa ni sebelum kahvalti, teman baru sampa dari Kg Deredebi. Kelihatan kaki mertua yg seksi, anak tiri teman Tahsin dan Yusuf, dan si Ertugrul. Isteri Tahsin terlindung sikit, tgh bakor kentang dan roti!
Tahun ni kami upah 13 org pekerja Kurdish dari timur Turki. Yg hensom tu mandor deme, deme ni semua ada pertalian sedara - abang, adik, sepupu-sepapat, ikan puyu ikan sepat! Mertua teman tengah bagi khutbah tuh!
Biras teman si Nevin dgn 3 orang pekerja. Hajah Asma orang Chemor suka nengok suar besor pompuan Turki ni. Nah tengok pepuas!
Lepas sekolah bukak, Tahsin dan kuarga balik ke Akcakoca, tingge teman dgn Nevin, mertua dan si Salih ni, anak sedara mertua. Kekadang dia memasak gak Yob ni. sedaplah jugak!
Seperti biasanyer....sayur, sayur dan sayur! Rasa macam si Osman pulak...lembu deme tuh! Asei bukan lembu NFC!
Malam pertama teman sampa tu, pekerja Kurdish ajok teman minum teh kat pondok deme, selain pondok ada yg tido dalam khemas kanvas dekat-dekat farmhouse. Cara deme minum teh macam kita org Malaysia.
Selama lebih korang 3 minggu kat situ, teman nolong metik, kutip, jemur, simpan hazelnut. Bila habis koje hazelnut, kami kutip walnut dan chestnut pulop. Yang tu teman gemor, koje hazelnut ni penat!
Stoplah kejap....next entry kita ikut Nevin dan Mursel susup-sasap kutip buoh yek! Lagipun teman tengah bergelap, lampu panjang dah blow! Nak kuar beli ujan pulak. Tengok TV jerlah!