Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label buah tamar. Show all posts
Showing posts with label buah tamar. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

RAMADHAN AROUND THE WORLD...JANGAN MEMBAZIR KOME!

Mr T bina kilang penjana letrik di Iraq


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubareq!

Semoga mengkome semua sihat-sihat belake.
Teman kurangkan blogging dan blogwalk, sebab mata letih ngadap laptop.
FB teman baca sikit-sikit dan tekan 'like' atau komen pendek jer.

Sejak dia koje Iraq semola, payah nak contact Mr T.
Kekadang dekat 2 minggu tak dengor kabor, idup ke mati tak tau!
Line kat fadang fasir langsung takde.
Bila dia ke bandar Basra berurusan baru dia contact teman, tu pun putuih-putuih line dia.
Subuh tadi dia call kata nanti anak dia si Asim, anak tiri teman, akan antor duit, beli tiket kapaiterobang.
Tima kasih, Mr T!



Errr nak nyelit sikit.
3-4 ari sebelum posa terserempak dgn blogger WalkWalkFindEat Pendragon yg tingge di Doha. Tak plan nak jumpa, tetiba dia antor SMS kata nak ke Kompleks PKNS, meh kite jumpa.
Kuasa Allah, memang teman ada kat kompleks masa tu, dapat ler kami bertemu buat pertama kali dan berfoya-foya!
Alhamdulillah jumpa lagi sorang rakan blogger.
Sekarang Ruby dah balik Qatar.
Selamat berposa Ruby.
Nice meeting you and the kids!



Moh usyar cam ner sedara kita nyambut Ramadhan di negara-negara lain. Di tengah-tengah panah ni, orang Turki solat di luor masjid Mimar Sinan, Istanbul.
Kat Turki sekarang musim panah, kul 8.30pm baru berbuka!
So kome jangan komplen lambat nak berbuka!

Imej google


Muslimat bersolat tarawikh di Jakarta.
Dari jauh boleh nampak cantik-cantik telekung deme.

Imej google


Ifftar di Pakistan.

Imej google lagi!



Ngaji ler walaupun sepotong ayat.

Hah imej google lagi


Menggoreng maruku manis untuk berbuka di Kabul.
Panah ni sebab musim panah di negara belah utara sekarang.

Googlelah, apa lagi!


Juadah berbuka di Kaherah, Mesir.

Imej google jugak.



Hmmm comey-comey sokmo sedara kita di Bosnia.

Yaaah imej google!



Ramazan pide
- roti istimewa yg hanya dibuat di bulan ramadhan di Turki.

Huh, google some more!



Errr apa pulak ni?
Nilah bakal jadi menu utk ifftar teman petang ni.
Limo dibawa oleh blogger Salam Borneo Yong Ummi Ross dari Bangi - 4 bulan lepas, masih elok lagi!
(Yong Ummi sedang buat umrah lagi kot).

Tamar dibawa oleh blogger Anakrusenanie.blogspot.com Yong Zura dari Shah Alam, 3 ari lepas.

Serunding dipos oleh blogger Antara Budaya Yong Salina Abdul Kadir dari Kelate, sebulan lepas.

Cempedak dibawa oleh kawan dari Kedah, dan epal dan pear pun dia yg bagi semalam.

Terima kasih semua kawan-kawan, semoga Allah membalas ganjaran pahala pada mengkome.

Sepotong ayam dan sepotong sardin simpan minggu lepas, akan dimasak jap gi.
Alhamdulillah, ari ni tak kuar satu sen pun!
Jangan membazir!



Sila jamu selera dengan menatap imej siput sedut masak lomak!

Imej Kelab Anak Perak Jati FB!

Tuesday, January 17, 2012

SHOPPING-SHOPPING DI MADINAH...MAMPIRRRR!

Jom Yob-Yong, kita ikut Pakcik Kurdish nyongket dan shopping!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Meh ikut teman shopping-shopping keliling Madinah, errr...sekitar kawasan hotel-hotel jerlah.



Tiap bangunan hotel ada kedai dan gedung/mall kat bawoh. Memacam ade dijual. Tak cukup yg bawoh hotel, kat kakilima hotel pun deme (peniaga free enterprise ni), open carpet bentang satnika barang dagang deme.



Kalau kome berani, snap gambor depan muke deme.
Kalau tak berani,(teman tak mau cari pasa), amik gambor curi dari belakang...



Ni depan salah sebuah hotel. Tetiba deme muncul letak vest mungkin Made-in-India punya.
Masa dia toleh ke lain, teman klik handphone teman. Mana deme datang?
Tertanya gak dalam hati.



Keluor jer dari Masjid Nabi, sepanjang lorong rama dah pedagang kecik ni berniaga.
Rama pulak.
Idok salah ke?
Teman rasa ni pasar malam mingguan kot.



Mungkin yg kat sini muroh sikit dari yg dijual dalam kedai.
Teman nengok jer, tak minat beli benda-benda yg teman tak perlu ni.



House-slippers
dari China gamoknya.
Kalau haji dan hajjah nak beli buat kenangan, deme beli jer.
Bukan kira ni perlu ke idak.
Penjualnya orang Afrikalah tu.
Deme ni garang-garang!



Ape hei Yob Pakistan ni beli vest Made-in-India? Kat Pakistan pun berlambak!
Oh, bukan Pakistan.
Yob dari Turki, kalau tengok pada werne seluor dan baju isteri dia.



Antara yg jadi rebutan untuk dibawok balik tentunya buoh tamar.
Ada yg dijual kat gerai di pasar; ada yg dijual kat kedai bawoh hotel. Yang ni kiosk yg betoi-betoi terletak di luor gate masjid. Berbagai jenih dan saiz. Harga ada yg agak muroh dan ada yg mahal!
Last-last teman beli beberapa gram dari 3-4 jenis yg jumlahnya tak sampai 2 kg.
Sorang dapat 2-3 biji nanti, ha hah!!


Pokcik Sanders pun nak numpang sekaki!

Ada KFC kat sini tapi tak bukak pulak.
Belum bukak ke tak bukak lagi?



Bahasa Malayu (gitulah deme tulis dalam masjid, Bahasa Malayu), adalah antara bahasa antarabangsa yg digunapakai oleh para peniaga dan di signboard sekitar Makkah dan Madinah.
Ni kira Bahasa Indonesia kalau tengok pada gayanyer!
Gratis!


Mau tukar uwang, Pak?
Sini bisa!
Mampir, mampir Buk!


Apaaa...isterinya Bapak mandul?
Jangan pusing-pusing fikirin, Pak.
Di sini bisa saja ada obatnya.


Hah...sesapa yg rasa susoh nak hamil tu, di kalangan Yong-Yong maksud teman, meh sini ke Madinah.
Kita usaha, Allah tentukan, ye dak?



Naaahh...amik sorang sekeping cili sumbat!
Err...ni bukan kat Madinah tapi kat Istanbul!