
Anjin: Don't cross the line. Selagi teman tak kata "Start", kome jangan pepandai pancut!
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Ari ni jom kita ke Athens, Greeeeccccceeeeee!
Athens jenuh dimeriahkan dengan demo...jap dengan pekerja port, jap dengan petani, jap dengan pelajar. Tak abih-abih.
Ni sejak 3-4 ari ni demo dan protes kerana usaha jimat-cermat gomen utk kuar dari belengu utang IMF yg hampir menjerumus negara ni pada muflis.
Usaha jimat cermat ni mendapat tentangan dari pelbagai pihak dan protes yg ganas berlarutan berminggu-minggu.

Polis 1: Hah amik sebiji...ketegaq benor!
Polis 2: Bak bagi aku, aku nak cukur rambut dia...belagok benor!

Protestor: Oiii apa tarik-tarik beg orang ni!
Polis: Kamu mesti ada sandwic dalam beg ni...aku lapor ni, 5 jam tak makan!
Baju T Hitam: Oiii nah amik niiiii..... (gedebuk!...luar lensa kamera, polis tergolek anjin!)

Anjin ni, tak tau sapa punya, dah bersekongkol dengan pendemo di Athens sejak 2008. Dialah ketua potestor, tapi polis tak tau hal ni tau.

Anjin: Hah...lambung kuat sikit Yob...yaaa gitu! Kasi deme tergolek anjingggg!

Polis: Anjin ni yang hasut bebudak ni baling-baling cocktail tadi...pancut dia, pancut dia!
Anjin: Hanjing ko...!

Anjin: Hanjing-hanjing dah mai, bior aku cabut dulu....!

Anjin: Oiii hanjing...take five, take five!

Anjin: Oiii baliklah...jaga bandar dan rumoh dari pencuri dan perogol. Kome belasah dan balun orang buat pe! Aku lainlah anjin...gong! gong! gong!
Polis: Shaddap ko anjing!
Anjin: Memanglah aku anjin...tapi ko hanjing!

Lepas berdemo, sedap makan salad Greek. Kome guna timun, tomato, bawang, feta cheese dan minyak zaitun. Kalau nak sedap lagi, buboh udang dan sotong rebus.
Jom kome...
Gambor-gambor semua dari Googles.

Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Memula kena nyanyi ikut tune 'Masihkan Kau Ingat' dendangan KOPRATASA.
Masihkah kau ingat
Demo di Jalan TAR
Depan kompleks Lot 10
Tiap ujung minggu
Masihkah kau ingat
Kita menyanyi-nyanyi
Laungan keramat
Reformasi reformasi!
Masihkah kau ingat kita berlari-lari
Dikejor polis
Sama FRU
Ujan asid turun pedih mata bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat?

Kome ingat ke lagi era kebangkitan Reformasi sekitar akhir 1990an? Mungkin ada dari kome masih sekolah menengah atau baru belajor kat U. Kalau cam Numara, masa tu dia baru sekolah kebangsaan kot. Teman takmau citer pasa sebab musabab jadinya kebangkitan gerakan reformasi ni. Kome buleh cari dalam berbagai website asal usul dan punca sebab dia. Nanti ada yang kata ni blog kembara ke blog politik.
Teman gi tengok demo ni pada satu hari sabtu. Deme selalu berdemo ujung minggu dan port lazim ialah kat Jalan Tunku Abdul Rahman dan depan Lot 10. Beberapa minggu sebelum tu teman dah dengor demo ni. Teman kata, "Isyyy aku nak tengok gak. Ni akan jadi satu sejarah dalam perkembanagn politik Malaysia."
Berbekalkan kamera, teman dan housemate naik LRT dari Vista Angkasa dan turun dekat stesen Jalan TAR. Dari jauh dah kedengor laungan "Reformasi! Reformasi! Reformasi!"

Teman bukan tak biasa amik bahagian dan buat demo ni. Dah selalu bebenor masa koje dengan NGO dulu tapi masa tu banyok buat demo tentang alam sekitar dan isu-isu kepenggunaan. Sampa depan LOT 10 teman pun amik beberapa keping gambor. Rama orang jantan tapi orang tine ada gak tapi berlonggok sana-sini. Pihak polis dan Mat Bond ada tempat deme memasing.
Takder perbuatan agresif. Deme takat laung-laung dan menyanyi tapi tak perasan lagu apa, sambil pegang poster. Ada yang laung slogan dan takbir. Err kome ada ke kenal deme-deme dalam gambor ni?
Buleh dikatakan demo ni aman dan macam pesta. Namun pihak PDRM nampok dalam keadaan berjaga-jaga. Sekali sorang pegawai tinggi polis bagi teman 'the look' bila teman turun dari kerbside. Teman pun naik atas kerb balik. If looks could kill...
Pada satu ketika, Dr Wan Azizah lalu dengan kenderaan jeep ke apa (teman ni tak kenal kenderaan). Dia berdiri dalam keta yang buleh bukak bumbung tu dan melambai-lambai tangan ke arah penyokong reformasi. Riuh-rendah para demo melaung dan melambai.

Deme spy kami, kami spy deme balik!
Kelihatan selonggok polis beruniform dan tak beruniform dok memerhati para pendemo. Polis SB kat Malaysia ni senang nak kenal. Deme selalu bawok beg silang. Kalau tidak mana nak boh pistol. Kalau kat negeri sejuk buleh ler pakai kot atau jeket dan selit pistol bawoh ketiak. Kat Malaysia pakai kot atau jeket kang kena kutuk," Apa ke heh kamu paka jeket tengah hari bute ni Yob?"
Minggu yang teman gi nengok demo ni, polis bersikap 'baik'. Pas puas melaung dan menyanyi, kami berjalan balik menuju arah Masjid Negara, mungkin ada yang nak solat asar kot. Tapi minggu berikutnya, para demonstrator dibelasah dan ditendang macam anjin oleh pihak polis dan FRU. Kendiannya, dalam beberapa siri demo, pihak polis sembur ayor kuning ke arah penunjuk perasaan. Ini semua berlaku masa minggu PM ketika tu Tun Mahathir gi meeting di Jepun.
"Belasah jer depa tu...ketegaq! Orang suruh balik takmo!" gitu ler gamoknya Mahathir bagitau pada KPN.
Esok, beberapa ribu orang dari Selangor akan berarak ke Istana Negara untuk menyampaikan petisyen kepada YDPA memohon agar bekalan air di Selangor tidak diswastakan. Adakah ujan asid akan turun mencurah-curah esok? Moh dengor ramalan cuaca malam ni kome.