Moh Kite Follow Sesame...

Friday, September 16, 2011

Neo-Uthmaniah Muncul Dah...Moh Nyongket Kg Deredebi Part IV

Pekedai-pekedai di Tunis sonok yaa amat bersalam dengan Erdogan


Assalamualaikum dan Salam Santai,

Sonok ler kome bercuti ari ni yek?
Teman yg memang tiap ari cuti cuba menyeronokkan diri dengan gi jenjalan ke PKNS dan SACC sambil usyar buku kat MPH, Shah Alam.
Masa makan kat sebuah restoran tertengok siaran langsung perbarisan Hari Malaysia kat dataran. Takder yg baru dan menarik show deme ni, sama jer tiap tahun.
Cuma satu jer yg teman lagut tengok - komando-komando buat Haka.
Tu jer yg lain sikit.

Pasa PM Turki Erdogan ni, dlm siri lawatan ke tiga negara Arab yg baru 'merdeka', beliau menegaskan:
"Kome boleh memerintah secara sekular, tapi kome tak perlu jadi sekular!"
Err...camner tu Yob?
Beliau turut menegaskan 99% rakyat Turki adalah beragama Islam dan no hal punya untuk menggabungkan demokrasi dengan Islam.
Sejak dari lawatan pertama ke Mesir, Erdogan disambut bagai sorang 'Superstar', menurut laporan Times Life.
Kat Tunisia pun beliau disambut hebat. Kerana tu kot Sarkozy dan PM Britian potong stim dengan tergesa-gesa buat lawatan ngejut ke Tripoli. Deme pun disambut meriah oleh pemberontak Libya sebab terhutang budi kerana penglibatan aktif deme mengantor tentera NATO membelasah regim Gaddafi.
Pihak yg kini menerajui Libya sekarang berjanji akan bagi habuan yg besor pd syarikat-syarikat negara yg banyak menolong 'pemebrontakan' ni. Baik ada makna tu...

Erdogan pulak amik kesempatan bash Yahudi lagi. Beliau kata frigates dan bot peronda Turki akan meronda Laut Mediterranean dari gangguan Yahudi ke atas sebarang kapal-kapal bantuan Turki ke Gaza.
Amaran dari Erdogan ni dilihat oleh sesetengah pihak yg anti-Erdogan sebagai war-mongering.
"Neo-Ottomanism is emerging!" deme hingor!

Sumber dari TodaysZaman.Online dan Hurriyetdaily.com


Nyongket Kg Deredebi Part IV

Ginilah typical village di kaki bukit di wilayah Laut Hitam, Turki.
Nampak aman damai. Tapi sebenornya kalau dimusim bunga dan panah, agak gegak-gempita dengan deruan mesin rumput, traktor, lori dan satnika jentera Yong!



Masa anak lembu kecik memang cute. Jiran Mr T melayan ahli kuarga baru.



Ni ropa suasana musim luruh atau nak dekat musim dingin. Buat filem Drakula memang best!
Ok tak suasana camni buat filem seram, Yob Gedek (blog begins at forty)?



Dalam musim dingin Kg Derdebi mungkin kena satu atau dua round rebasan salji. Satu round buleh bertahan sampai dekat 10 ari. Lepas seminggu dua mungkin ada lagi salji turun untuk seminggu dan kampong akan memutih dekat 2 minggu.



Kat 'Coffee House' ni Mr T selalu lepak bila dia balik kampong.
Dia pangge 'Village Cafe'.
Lazimnya orang jantan kat sini berlabun sambe bertukor berita dan maklumat tentang hazelnut, dan kekadang politik. Duduklah deme kat situ sejam dua. Tak jauh beza cam sosial orang jantan kampong kat Tanah Melayu ni...betoi dak Yob?



Ropa ladang bukit keme yg diselaputi salji. Ni cam salji 2 hari punya penangan.



Selalunya pokok epal, pear, pokok berangan atau pokok buah tin yg ada dekat-dekat rumoh orang kampong, selain pokok hazelnut.



Pagi yg cantik sebab ada matahari. Sekejap jer tu, sat lagi salji merebas 24-36 jam lagi sampai salji menebal paras lutut!


Makaaaaaaannnnn!

Sesejuk sedap makan mee sup atau mee kari atau mee laksa. Ni mee laksa yang teman berjaya buat. Resepinya teman dapat melalui Youtube! Ada sambal on the side, cili potong dan kerang lagi tu!
Meh kome rasa semangkok...

18 comments:

  1. Teman dah kenyang makan mihun goren yang adik teman buat. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Kakcik,

    Eh bukan ke gi majlis raya makan nasik kandaq?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Halima..
    Nyongket malam2 nak rasa dinginnya salji, 'panas' benor 'cuaca' dunia sekarang ni,sampai terkeliru dan haru biru kan kak...hik!

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Yong UMmi,

    Kalau 'panas' meh selalu lepak sinin! Sini tempat santai dan cuci mata!

    ReplyDelete
  5. aloooooyg buek HAKA tu BUKAN nya KOMANDO tetapi unit PARA ATM dan di gabung kan dgn anggota nanti rasuah PDRM...

    ReplyDelete
  6. Owh....

    maknanya mana-mana lelaki dalam dunia ni sebenarnya memang kaki lepak?

    ReplyDelete
  7. wah....sama ler kita kak...kadang2 bila ke rmh MIL kt BB, xde tempat nk pergi...we all turun shah alam la, jenjalan kt SACC dgn PKNS! seram jugak tgk suasana musim luruh tu, mmg seswai buat filem drakula. suasana musim dingin pulak, nampak mcm rmh2 kt dlm cerita fairytale je. sedap tu, mkn mee kari dlm cuaca sejuk...

    ReplyDelete
  8. merdeka saye di atas bantal dalam selimut

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Yong

    sama banyak mee dgn cili dlm mangkuk tu..

    ps: ada nama najib pd saperah tuuu

    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yob PO,

    Gitu? Hmm akak bukan dengor sngt apa 2 org host tu songel, tengah breakfast masa tu.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Yob Gedek,

    yaa betoi...tak lepak dekat kedai kopi/mamak deme suka lepak depan pc/lappy sampai kul 5 am...he he! Pastu kata kat bini buat koje pejabat...he he!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Yong Dragon,

    Yg best Sh Alam ni dia kecik dan tak sibuk...rasa santai dan tak serabut! Dlm gambor seram tapi kalau real nampak syahdu dan tenteram Yong. Mee laksa turorial cyber space tuh!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Ustaz Johni Depp,

    Baguih tu berlengkor dlm selimut, jimat tenaga!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Tuan Hj Rozali,

    Yakah...mee ada lagi kat dapur tu. Ohhh, nanti ada cili jatuh ataih muka Najib, pastu dia jerit "Adoi, adoi!" Mudah pakai seperah pakai buang nih, tak yah basuh!

    ReplyDelete
  15. dapat main salji best kan kak...
    tapi sedap lagi mee tu....

    ReplyDelete
  16. salam kak halima...
    apa sudahnya Libya tu nanti ye kak.. ada yg berpendapat deme akan dijajah.. ehh.. bukan.. dinaungi kuasa barat..

    ReplyDelete
  17. salam eita,

    memang sedap mee laksa tuh!

    ReplyDelete
  18. salam yob mad,

    harap2 libya tak dijajah...err dinaungi oleh kuasa2 asing nanti...he heh!

    ReplyDelete