Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, April 12, 2011

PM Yahudi Bagi Warning pd Flotilla Mavi Marmara II


Kapal Mavi Marmara semasa lawatan teman ke situ dalam bulan Januari 2011, di Istanbul...eh yer ker, lupa tarikh, nanti check balik.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

PM Yahudi Netanyahu telah bagi warning pada NGO dan aktivis-aktivis dari lebih 25 buah negara agar tak meneruskan misi flotilla kemanusian ke Gaza. Ini merupakan misi kedua Mavi Marmara setelah misi sebelumnya pada bulan Februari 2010 diserang oleh komando Yahudi yang mengakibatkan 9 orang aktivis Turki terbunuh termasuk sorang rakyat US keturunan Turki.

Netanyahu berucap kepada ketua-ketua misi EU di Jurusalem dan menegaskan flotilla baru ni "mesti dihalang" demi kepentingan Israel dan Eropah.

Beliau mendakwa bahawa misi ini merupakan satu cubaan provokasi yang akan dilancarkan pada bulan Mei atau Jun, dan akan menimbulkan suasana genting di Timur Tengah.

Wakil-wakil dari 25 buah negara akan mencuba misi flotilla kedua ini pada bulan Mei bagi memperingati ulang tahun peristiwa berdarah dalam misi flotilla pertama dulu, di mana ianya telah dihalang oleh komando Yahudi lahanat. Pertubuhan bantuan Islam Turki, atau iHH, baru-baru ini mengumumkan ia sedang membuat persedian untuk melancarkan satu flotilla bantuan yang baru ke Gaza. Semenanjung Gaza mengalami sekatan sejak 2006 oleh regim Yahusi setelah seorang askar Yahudi ditawan militan Palestin.

Yahudi mengetatkan lagi impot dan ekspot setahun kemudian bila Hamas memperolehi kuasa dan mentadbir kawasan yang didiami 1.5 juta penduduk, menendang keluar para penyokong Mahmoud Abbas.

Err...Yahudi memang takut dan buat sekatan kat pelabuhan dia. Ada lagi satu pintu masuk ke Gaza - melalui Mesir. Awat kome tak masuk ikut pintu tu? Horse-ni Mubaraq bukannya ada lagi. Ni semua strategi PM Erdogan bagi menghadapi PRU Turki bulan Jun ni.



Ketua Pemerintah Yahudi di Israel.

Untuk entry tentang lawatan teman ke Mavi Marmara part 1, 2, dan 3; kome selongkar dalam entry 3-5 Januari 2011 ye.



Semalam citer hewan, ari ni nak citer kemahiran pompuan dan kaum ibu di Turki dengan kraft tangan. Ni mak kepada Kak Emine. Sampai sekarang teman tak tau nama dia walaupun kami ramah dan mesra. Makcik ni ler yang terer mengait stokin benang bulu tu.

Kait stokin bulu ni memerlukan kepakaran dan 5 batang jarum! Cer tengok...ada 5 batang jarum tuh!



Tiap kali teman gi Turki, mesti teman hangkut paling korang 10 pasang stokin hasil koje tangan dia. Pattern yang dia buat memang unik. Mana yang amat, amat cantik, teman amik untuk koleksi teman. Yang lain teman jual. Kali ni teman amik 10 pasang jer dan bagi kat kawan yang amik borong.



Isteri Asim, Busra 25 tahun, pandai menghias rumoh. Ni biji/buah (?) pokok fir yang dikutip di Kg Deredebi. Selalunya mende ni kami guna untuk bakor sebab ia bahan api yang efisyen sekali. Bawak balik Gebze, Busra cat dengan werne emas dan hah...boh dalam pinggang perak letak atas meja di salon, nampak anggun sekali. Kalau diikat reben meroh dan ijo, dah jadi cam hiasan Krismas!



Busra jugak panda mengait. Kraft ni teman pangge mengait...betoi ke kome? Ni guna benang yang halus tu dan jarum pun kecik.



Lagi hasil kaitan oleh Busra, guna benang werne perak.



Renda ni akan digunakan pada tuala, buat cantik-cantik pastu pakaiguna. Kalau dijual mau berpuluh ringgit untuk 1 kaki panjang ni.



Ni Yeter, adik ipor kepada anak tiri teman, si Tahsin. Dia ni lebih korang 26 tahun, single lagi. Selain koje berat di ladang hazelnut masa musim bunga dan musim panas, dia pun panda mengait. Ni dia kait renda untuk tuala tangan.



Renda yang Yeter buat yang kat bawoh jer, yang atas memang ada bunga masa beli tuala ni. Jarang pompuan Turki beli tuala dan tak buat hiasan dengan renda kait deme. Teman beli 5 helai dari Yeter untuk koleksi teman. Nak buat lap tangan.




Yang ni hasil kerja tangan kawan kepada isteri Tahsin. Kawan Zuleyha ni surirumah tapi ada masa buat hiasan reben pada tuala tangan. Teman beli semua ni untuk koleksi teman - mungkin bagi hadiah kat kawan-kawan atau buat lap tangan dan mulut teman...he he!



Kome tengok dekat-dekat salah satu tuala yang teman borong tu, sweet kan werne pink dia?



Kombinasi bunga werne maroon dan kuning pun menawan. Cermat sungguh hasil koje tangan kawan Zuleyha tu.



Anak Tahsin, Sule 8 tahun, sedang mempamerkan hasil borongan teman. Zuleyha panda kait baju, muffler, topi benang bulu dll. Banyak yang dikait untuk si Sule ni sejak Sule kecik lagi. Tu topi yang Sule paka telah dikait oleh Zuleyha.



Yang ni orang jantan punya keras tangan. Teman jumpa besik ni, cradle kayu mainan, kat satu R & R. Panjang dia lebih korang 1 kaki, sesuai buat mainan budak pompuan. Rega tak mahal sangat Lira 8, lebih korang RM15.



Ada sample lagi, anak patung diboh bagi menggoda pelanggan kenit.



Nilah besik yang real. Mursel, cucu sedara Mr T, dirock n roll dalam besik sampai tertido sebelum diubah ke atas katil. Lena jugak deme dialun-alun dalam tu.



Mursel memodelkan baju sejuk yang dibuat oleh Ana Anne dia (nenek belah mak). Untung jadi baby kat Turki - baju sejuk, stokin, topi, muffler, sarung tangan semua Baba Anne, Ana Anne atau Yengge/Halla/Teyze (mak-mak sedara) buatkan! Kat Malaysia main beli jer!




Meh join teman makan ringan-ringan - 2 keping roti bertatah salami dan keju, dibakor agak garing, minum dengan teh epal. Besor roti tu, kenyang teman...Alhamdulillah!



Ehh...tertinggal satu gambor. Sule paka topi dan muffler yang mak dia si Zuleyha kaitkan untuk musim dingin tahun ni. OK, sekian saja laporan tentang kerajinan tangan kaum ibu di Turki.
Hoscakal!





14 comments:

  1. laporan d terima..
    hehe,,

    akak ni cm wartawan berita terkini je ye..
    wah..
    seronoknya tngok hasil kerja tngn depa, lawa sungguh..

    ReplyDelete
  2. akak..saya pun baru tengah belajo2 mengait..kait jarum dua blom try lagi..
    mmg cantik hasil kerja meka,kemas dan teliti :)

    ReplyDelete
  3. Aderk! Tak boleh tengok gambor guna ebook anak bongsu ni. Nanti kita bukak guna laptop lak. Orang sana amat berbakat dan berseni, ekk. Kita kat sini sekadar ketuk-ketuk kuali jer.. Dulu masa kecik ada juga belajar menyulam dan mengait. Sekajap jer, pastu jarum entah ke mana, benang pun lesap.

    ReplyDelete
  4. Nak komen lagi, baru dapat tengok gambor.

    Wah wah....

    Cantik betul sulaman mereka, terbeliak biji mata tengok! Isshh... kreatif lak tu. Warna-warnanya pun ngam jer... kita minat betul. Bertuahlah Yong... dapat pegang hasil kerja mereka tu. Kita tengok kat sini macam nak termasuk dalam skrin, hehe...

    ReplyDelete
  5. Salam Kiut, tu baru berita kait mengait, belum berita hangkut menghangkut guni hazelnut. Tapi memang deme ramai yg berbakat.Koje deme pun cantik bebenor!

    ReplyDelete
  6. Salam Yong Tihara, haa ni cakap orang yg tau kait-mengait, Akak tak faham apa jarum dua, jarum tiga, apalagi jarum 6. Geram tengok hasil koje tangan deme Yong, tu yang teman borong abih!

    ReplyDelete
  7. Salam Yong Dangarumbia, tu dia aih, sampai dua komputer dia guna nak tulis komen...caiyok! Kalau terbeliak biji mata, ni mesti orang yg pandai menilai koje kraft tangan ni. Teman tau nengok cantik jer, nak menghayati tu biasa-biasa jer. Tima kasih berziarah ke sini lagi.

    ReplyDelete
  8. Salam kak

    Bila baca yang memula tu kak, hangat membara kat Yahudi tu kan kak.

    Tapi lepas tu cerita kait-mengait, kraftangan, tenang jiwa kak. Memang cantik2 sungguh, kagum ummi.Uish! susah jugak nak buat stoking tu kak, bila tengok N3 ni, ummi tersangat2lah menghargai pemberian akak, ada lagi ke kak, nak beli hehe...

    ReplyDelete
  9. Salam Ummiross, akak sengaja buat entry yg ada isu berbeza, supaya pembaca kejap panas, jap sejuk dan ceria! Tang kraft tangan, pompuan Turki memang dlm kelas tersendiri. Pasal stokin tu, nanti akak selongkar bawah katil, ada ke tak, ya...he he!

    ReplyDelete
  10. Hehe bukan stokin kak, ummi nak beli tuala riben n alas meja yg macam akak bagi ari tu, serius ni kak, nak beli kali ni...atau kalau ada lain2 lagi akak email ye, ummi nak pilih, suka kraf tangan ni kak..

    ReplyDelete
  11. Yahudi kecik..... tapi tak pernah gentar....

    ReplyDelete
  12. Salam ummiross, pulak dah...nanti akak selongkar bawah katil.

    ReplyDelete
  13. salam yob gedek, kecik2 cili cabai burung...tp kalau tak der Big Bro, mana brani!

    ReplyDelete
  14. santeknya sulaman2 tu kakkkkkkk....lenkali akak angkut byk2 n jual kat sini..kompem licinnnnnnnn

    ReplyDelete