Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, April 17, 2011

Imam Rusia Gesa Letak Lambang Bulan Sabit!

Pelajar Muslim menghadiri kelas di Grozny. Gambor AFP.


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Sorang Imam yg berpengaruh di Rusia menggesa pihak gomen agar menambah tanda bulan sabit di crest Rusia yg masa ni dihiasi dengan helang berkepala dua. Imam Talgat Tadzhudin memberitau harian Moskovskiye Novosti, "semua crown dalam coat of arms Rusia serta salah satu kepala helang itu dihiasi dengan lambang salib. Tapi Rusia ada 20 juta orang Muslim. Ini 18% dari jumlah penduduk Rusia!"
(Teman tak der kamus nak check 'crest' dlm BM, maaf eh?)

Imam Talgat, yg mengepalai Central Spiritual Administration of Muslims of Russia, sebuah pertubuhan Islam yg besar, berkata dia telah menghantar satu kertas cadangan kepada PM Vladimir Putin dan lakaran crest baru kepada President Medvedev.

Kebanyakan rakyat Islam Rusia tinggal di wilayah Caucasus Utara, Tatarstan dan Bashkortostan (apa stan?), tapi terdapat sejumlah besar imigran Islam dari bekas jajahan Soviet yg berhijrah ke bandar-bandar besar.

Imam ni, dapat masjid dan solat kat negara Rusia ni dah dikira nasib baik, mintak lambang bulan sabit pulak. Lantoklah...best of luck Imam!

Berita dari Hurriyetdailynews.com



Pagi tadi makan awal dan bersiap nak balik tengah hari. Semalam program seni dan budaya tu berjalan lancor. Teman nengok 45 minit pertama di luar galeri tu. Tapi lepas tu teman dengor dari bilik jer, sebab panas.

Ada beberapa personaliti dari industri hiburan dan seni datang memeriahkan program tu. Ada 2 orang (yang teman perasan) dapat anugerah khas. Sorang pelakon veteran dan sorang penyair veteran.

Gambor atas bapak kawan baik teman Yas, 'Tuan Pengarah', sedang melayan FB dia. Dia asyik introduce teman kat orang-orang 'terkenal' tu. Seganlah pulak, bukan jumpa lagi nanti pun.



Pelakon dan penyair Khalid Salleh sedang menikmati nasi lemak. Semalam dia deklamasi sebuah sajak. Dia pun balik pagi tadi. Dia ada tulis satu buku baru bertajuk "Melayu Sudah Hilang Di Dunia",...err... rasa teman itulah tajuk buku baru dia. Maaf Encik Khalid kalau silap. Nanti teman edit kalau silap ya...


Ni tuan rumah kami dan artis yang menghasilkan lukisan ikan tu. Nama dia Wan Adnan dari Kelantan. Salah satu karya dia berharaga RM30,000 tapi dia sayang, tak mau jual. Yang ni RM4,500 pada 2009, but it apreciates each year. Nak beli gi book cepat-cepat.


GEBZE PART I

Moh teman rerun program nyongket teman masa lepak kat rumoh Asim di Gebze. Alphan baru jer meninggalkan TV, tadi nengok citer kartun.



Bila mak dia pangge kahvalti, baru dia ke dapur. Makan tak banyak mana, tapi dia suka makan sucuk goren (salami berempah).



Lepas breakfast, teman amik bas ke bandar Gebze yg tak bape jauh - lebih korang 10 minit perjalanan.



Bas berhenti betoi-betoi di depan sebuah kolej swasta. Masa tu students baru kuar kelas. Jantan semua. Teman cuba cari students tine, tak mandang.



Teman tanya 2 orang students jantan. Bila deme dengor teman cakap omputeh, deme gelabah. Mula tercari-cari kawan. Pastu deme nampak sorang kawan pompuan. Deme tanya apa yg teman tanya. Teman speaking Turki guna vocab yg teman tau.

"Ohhh...kolej untuk pelajar pompuan kat blok lain," deme kabor.

Pastu teman minta izin amik gambor deme. Cute-cute deme ni. Kalau kat Malaysia dah masuk AF atau Mentor gamoknya. Yang pompuan tu buleh ganti Fasha Sandha yg perasan dia paling seksi kat Malaysia!



Gebze ni kira bandar yg kecik tapi ada cukup keperluan untuk penduduk dia. Mega Shopping Complex tak der teman nampak. Kalau deme nak shopping sakan, deme gi Istanbul kot. Jauh lebih korang 45 minit, di bahagian Eropah.



Teman nampak ada 3-4 surau atau masjid kecik dan besor di tengah bandar. Sebuah teman penah amik gambor 4 tahun dulu, masjid lama zaman Uthmaniah.



Gedung pakaian dan pelbagai kedai lain buleh didapati di Gebze.



3 pelajar pompuan yg baru kuar dari kolej deme tak bape jauh dari situ.



Ada beberapa buah kedai buku yg akak besor kat sini dan ramai students mengerumuni kedai buku ni. Nampak tajuk-tajuk menarik. Banyak tentang Ataturk dan Erdogan. Hmm...kalau teman fasih bahasa Turki, tentu teman dah beli beberapa buah.



Terlampau banyak buku teks, main boh atas lantai jer. Ni semua pelajar kolej berdekatan cari buku.



Antara kedai yg teman suka nengok ialah kedai runcit deme. Cantik deme buat display. Kalau musim bunga dan panas lagi meriah dan colourful!



Inilah kahvalti atau sarapan bagi kome yg tak tau makna, yg dihidangkan oleh Busra, mak Alphan. Banyak sirap dan jem buah yg dibuat sendiri dan keju putih. Meh kome...

20 comments:

  1. cantik nye lukisan ikan tu..
    alphan sangat cute ;)
    girl turkey tu mcm diana danielle :)
    akk, kat sana ada pasar tani tak..
    cer snap pic kat situ..

    ReplyDelete
  2. Selam Yong Halime,
    Salam hujung minggu.. Lama tak dengar tentang Khalid Salleh, rupanya sudah tulis buku ya? Thanks for sharing the info, Yong!

    ReplyDelete
  3. eh eh khalid salleh.. suka karya dia..

    ohhh tu tuan punya ikan.. teman tabik tinggi.. bangga dgn hasil kerja anak tempatan yg sangat tinggi nilai nya itu.. syabas...

    ohhooo... lawo nya kedai roncit itu...

    ReplyDelete
  4. mcm2 citer ada..
    part last bab makan2 tu jg yg x boleh tinggal kn kak..

    ReplyDelete
  5. Salam Yong Tihara, deme ada pazar mingguan, yg ada jual hasil ladang besor dan hasil kg. Ada teman amik gambor kat pazar senin, rabu tp bnyk fokus kat baju. Nanti teman cari yek.

    ReplyDelete
  6. Salam Yong Ayza, akak pun tak bape ikut prkembangan seni dan sastera ni. Tak rajin baca paper kertas, baca online jer.deme banyak bangkitkan isu melayu semalam. 'Tuan Pengarah' tu akan arah filem baru dlm bulan Mei ni.

    ReplyDelete
  7. Salam Yong Mulan, ya ada Encik Khalid semalam. Bersemangat baca sajak! Artis tu ada gak hasilkan baju dan kain ela batik sutera, majulah juga, ada pelanggan tetap termasuk hotel kat pantai Teluk Cempedak tu kot.

    ReplyDelete
  8. Salam Kiut, nama pun blog kembara...citer nyongket jer! Bab makanan tu santapan jiwa dan mater! ha ha!

    ReplyDelete
  9. Salam kak

    ada jugak daya usaha imam tu kan kak, moga2 berjaya.

    Comel2 dan hensem budak2 Turki tuu,hai boleh buat calon menantu.

    Kedai runcit tu ada jual buah ye kak, bestnya, ummi kalau melancong suka beli macam2 buah

    ReplyDelete
  10. Khalid Salleh sangat kool!

    Gebze tu sama besar dengan bandar mana kat Malaya?

    ReplyDelete
  11. Salam Yong Ummi, dia try...doakan saja, tp akak rasa simbol kat crest tak penting, yg penting kebenaran bina masjid dan lakukan ibadat tanpa gangguan. Kedai runcit selalu ada jual buah, buah banyak! Kalau ada anak pompuan blh cari calon menantu lelaki Turki.

    ReplyDelete
  12. Salam Yob Gedek, ha'ah dia very friendly. Kalau nak bandingkan dgn bandar kat Malaysia ni, Gebze besar dia cam Taiping kot, tp Taiping cantik ada taman dan bukit. Gebze ada kilang perusahaan dan pejabat biasa.

    ReplyDelete
  13. hebat tu imam di negara komunis tu...imam Malaysia camna pula.hehe?

    ReplyDelete
  14. Salam Yob Mohamad, Imam kat Malaysia selesa dgn makan gaji...

    ReplyDelete
  15. Hhahahahha saya gelak sorg2 di tgh2 malam/awal pagi kul 3.30AM nie bila baca pendpt akak yg spontan psl Imam tue... Sy pun terpk mcm tue jugak.

    ReplyDelete
  16. Salam Ali, tulah, benda remeh-temeh dia minta. Pd hal kat Rusia tu selalu ada geng2 Aryan ni yg vandalize msjid dan buat provokasi, tu yg patut dirisokan, ni nak lambang2 lah. Dpt masjid dan solat dah kira bertuah dah! Jgn selalu ketawa sorang2 dinihari Ali, nanti org ingat ada Antu Kak Limah...

    ReplyDelete
  17. Salam...udah becampo dgn artis le pulok...nak ganti title Fasha Sendu ke....hehehhee

    ReplyDelete
  18. Salam Yob Fadzli, idok ler bercampor...negur-negur jer dan amik gambor penyair, artis filem tu teman idok pun tegur.

    ReplyDelete
  19. singgah baca disini

    ReplyDelete