Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, January 4, 2011

Hari Terbuka "Mavi Marmara" Part 2


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Ekoran dari lawatan teman ke pameran IHH di Taksim pada hari Sabtu, teman mengenali lebih dekat pertubuhan ni dan mengetahui lebih lanjut aktiviti kemanusiaan dia. Teman pun dapat tau kapal deme "Marmara Biru" sedang docking kat pelabuhan Sarayburnu, tak jauh dari Eminonu.


Antara yang dipromo pada hari kapal terbuka tu ialah cadangan pembinaan merkezi para syuhada IHH yang mana deme berharap dapat direlisasikan dengan bantuan dan sokongan para penderma dan penyokong pertubuhan. Antara yang akan diwujudkan ialah pusat kebudayaan, pusat sukan, perpustaan/pusat sumber, asrama dan lain-lain. Terjemahan dengan ihsan Mr T. Thank U Yob!



Antara bahagian yang teman mula masuk ialah dewan yang ada kemudahan audio visual. Di sini disiarkan rakaman tentang aktiviti di atas kapal dan wawancara dengan para sukarelawan. Teman idok dok nengok lama sebab idok faham. Jadi teman gi ruang pameran di tingkat atas.




Di sini tempat pameran barang-barang peribadi dan gambor-gambor kejadian hari tragedi serangan komando Yahudi tu dan rakaman urutan peristiwa tu. Selain dari tu ada jugak pameran lukisan kekanak Palestin.



Yong ni posing kat tempat pameran sebagai kenangan yang tak mungkin dilupakan. Tahun 1990an teman penah tolong mengendali pameran dan hari kapal terbuka "Rainbow Warrior" kepunyaan Greenpeace. Dapat teman bandingkan "Mavi Marmara" lebih besor saiznyer. Kedua-dua kapal ni bukan kapal mewah mau pun baru tapi cukup lengkap dengan peralatan. Namun dalam "Mavi Marmara" teman rasa amat tersentuh dan empati yang amat mendalam dengan aktivis yang terkorban dan pengorbanan deme dan sukarelawan lain yang terlibat termasuk beberapa orang dari Malaysia dalam misi deme ke Gaza.



Sebahagian dari pelawat ke pameran ni. Masa tengok laporan berita kat TV ari Ahad tu, teman perati ramai pelawat, lelaki dan pompuan menitiskan ayor mata bila lalu di ruang pameran ni. Apa yang menyebabkan para pelawat buleh menangis?



Ini kamera yang dipercayai kepunyaan arwah Turkan. Teman assume gitu sebab salah satu gambor yang teman nengok menunjukkan arwah Turkan sedang bergambor dengan beberapa biji kamera.



Dua helai lifejacket yang ada darah kering (?). Itu tanggapan teman pada tompokan gelap tu. Masa ni takder staf yang bagi briefing dalam Bahasa Inggeris. Teman buat deduction dari apa yang dilihat dan kefahaman yang teman tau sedikit sebanyak dari pembacaan.




Lagi satu barangan peribadi yang dipamerkan ialah senaskah Al-Quran. Teman pasti tu tompokan darah, takkan ayor teh atau kopi. Apa hal tuan punya kitab bawak kitab yang kena ayor kopi? Tulah andaian teman akan tompokan warna coklat yang asalnya mungkin merah!

Melihat benda-benda camnilah yang menyebabkan ada para pelawat yang sebak dan mengalirkan ayor mata.




Gambor kat tingkap tu arwah Turkan. Jadi teman assume ni semua barang-barang peribadi dia - 3 buah kamera, senaskah kumpulan doa-doa dan hadis dan lifejacket. Mau tak rasa sebak nengok gambor arwah yang terkorban ni dan barang-barang dia.




Stretcher
ni cam ada kesan-kesan darah. Adakah darah tu kepunyaan saudara yang gambor kat tingkap tu?



Beberapa helai pakaian yang pernah dipakai oleh mereka yang terkorban dan sebahagian alat permaianan yang turut dibawa.



Sehelai baju yang paling teruk, pada pandangan teman, berlumuran darah. Sapa ler punya baju nih. Masa teman berdiri kat sini, memang rasa nok nitis gak mata ni. Buleh bayangkan cam mana kalut dan gempor deme diserbu komando Israel masa tu.



Sehelai skarf yang ada sedikit tompokan darah. Dan sebuah beg galas.



Sehelai kain yang ada bekas lumuran darah. Yang ni masih nampok warna yang agak kemerahan. Gambor dalam gambor menunjukkan beberapa keranda sukarelawan yang dibawa ke darat untuk disolatkan.




Barang permaianan yang dibawa oleh sukarelawan untuk diagih-agihkan kepada kekanak Palestin di Gaza. Namun semua ni tersadai di tengah lautan sebelum sempat sampai ke destinasi.



T-shirt dan anok patong yang dibawa untuk kekanak Palestin.



Antara barang yang turut dipamir ialah buku-buku, pensel warna, topi dan lain-lain yang mungkin ditinggalkan oleh sukarelawan lain sebagai kenangan peristiwa hitam tu. Adakah benda-benda nih berbahaya?




Anok patung yang tak sampai kepada sorang anok kecil di Gaza. Sapakah yang derma dan dibawa oleh sapa pulak untuk disampaikan pada anok kecik di Gaza?

Adakah komando Yahudi tu jumpa senjata api, bom, roket dalam kapal ni?

Yang ni jer ada - cinta, kasih sayang dan bantuan keamanan dari seluruh pelusuk dunia. Apa Yahudi tu pikior dalam anok patung ni ada bom ke? Laknat punya rejim. Memang dari dulu deme berperangai jahat dan dengki.



Bersambung malam esok yek. Jumpa nanti, InsyaAllah.

16 comments:

  1. Salam Tahun 2011 kak halima, me pun sebak bile tgk barang2 arwah yg terkorban dlm pertempuran mavi marmara, Al-fatihah utk mereka yg telah meninggalkan kita....

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Halima...
    lame dah awok tak menjengah ke blog Yong.....maap le bizi banyak ..........

    Celaka Israel....... Moge roh2 para syuhada itu ditempatkan dalam golongan oghang2 yang beriman........

    ReplyDelete
  3. Salam Emme, Mutlu Yilbasi 2011! Semoga pengorbanan mereka tak akan dilupakan.

    ReplyDelete
  4. Salam Yob, tak ngape Yob, kan mike sibuk ukur Hutan Belum, koje kan.Kalu Yob ada kat atas kapal ni, mungkin Yob maki-hamun sakan bila tengok pameran tu, takpun Yob teroyok sakan. Antara satunya. Ya semoga mereka ditempatkan di Jannah!

    ReplyDelete
  5. salam kak,
    sebak saya baca dan tengok gambar2 tu. semoga Allah merahmati mereka..Al Fatihah..seronok kak dok sana dapat banyak pengalaman luas pandangan..

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah kepada mereka yg terkorban dan berjuang demi Islam...

    ReplyDelete
  7. sALAM kak:

    Waduh3... sedih bangat dong bile tengok gambar tinggalan para syuhada ni :(

    ReplyDelete
  8. Salam Asma,semoga mereka ditempatkan disyurga. Alhamdulillah Akak dpt rezki berjalan. Cuma cuaca kekadang extreme sejuk, sib baik akak ni tahan sejuk gak.

    ReplyDelete
  9. Salam Pirate,

    Al-Fatihah. Kita tak berani pergi, menyokong pun jadi, kalau buleh bersedeqah kat NGO seumpama.

    ReplyDelete
  10. Salam Hasrul,memang terharu dan sedih extreme...bayangkan perasaan kuarga deme tuh.

    ReplyDelete
  11. salam puan...

    info menarik tahap xclusif nih...tq berkongsi info di arkib saya.moga ada sinar di Gaza suatu hari nanti,janji Allah benar.

    ReplyDelete
  12. salam yong,
    ish mau tak sebak nengok benda2 mcm tu ye yong..eh tak ngape ke simpan barang2 berdarah tu yer?bukan le ape..teman pun tak tau sgt...

    untung yong dpt tgk bende2 ni...semoga arwah2 digolongkn d klgn org2 beriman...begitu juge kite smua ni...amin!

    ReplyDelete
  13. Salam Yob CicitHjHassan, hosgeldeniz dan slmt datng. Sama-sama. Idok ler xklusif benor Yob. Ramai org gi lawat cuma org Malaysia (selain yg jd sukarelawan tu)jer yg tak ramai dpt lawat kapai ni. Ya semoga semua tanah Palestin bebas!

    ReplyDelete
  14. Salam Yong Umie,
    Tak tau ler buleh ke idok simpan mende2 tu. Yg tau kalau mati syahid buleh tanam dgn baju2 tu sekali. Tapi tak tau ler deme ni kira syahid ke tp Turki anggap deme syahid.Semoga deme digolong dlm golongan syuhadah.

    ReplyDelete
  15. menitis ayor mata teman mace entry kali ni... sedih tengok barang2 peninggalan milik arwah yg terkorban... semoga Allah cucurkan rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan di kalangan org2 beriman...

    ReplyDelete
  16. Salam Cikgu Nuzhah, mungkin lagi terkesan kalu cikgu kat dlm kapal tu. Allah ampuni dan beri ganjaran syurga pd deme. Amin!

    ReplyDelete