Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, January 4, 2011

Moh Lawat Kapal Terbuka "Mavi Marmara" Part I


Assalamaulaikum dan Salam Hormat Kome,

Semalam teman tengok TV ada berita tentang kapal "Mavi Marmara". Ropanya deme ada Hari Kapal Terbuka untuk orang awam. Teman pikior kalau ada lagi nok gi tengok. Kabor kat Mr T. Dia kata mesti tak jauh dari Eminonu.

Called Ayse yang comey tu tanya bape ari kapal ni terbuka. Dia kata seminggu dan memang dekat Eminonu. Oleh sebab Mr T pun memang nok ke Istanbul, dia tolong antor teman ke pelabuhan yang tak bape jauh dari Eminonu - tempat teman biasa lepak.

Paginyer tu muram - renyai dan sejuk. Cuaca memang tak ceria. Tapi teman tak kisah, janji dapat nyongket.



Kami menyusur laluan pantai atau esplanade. Dulu-dulu laut ni, kerajaan Uthmaniah tambak dan diperbesorkan saban tahun. Kami lalui ruin tinggalan zaman Roman lagi. Terbayang tentera Sultan Fetih menyerang dan mengepung kota ni berbulan-bulan sehingga berjaya menawan kota ni dari kerajaan Byzantin.

Cara Sultan Fetih (The Conqueror) menawan kota ini amat menarik dan brilliant sekali, tak penah buat dik orang, tapi seperti biasa takder produser filem (read Hollywood) yang mahu buat filem tentang strategi baginda ni. Sebab? Sebab baginda sorang Muslim.

Nak tau camner baginda dapat menjatuhkan kerajaan Byzantin ni dan menawan Constantinople, kome googlelah kat mana-mana site yang berkenaan. Dengan sebab nilah orang-orang Kristian dan Eropah amat berdendam dengan bangsa Turki sampai sekarang!


Senang nok cari lokasi "Marmara Biru" ni sebab nampok poster IHH dan bendera kecik Turki dan Palestin bergantungan tak jauh dari tempat kapal ni berlabuh. Alhamdulillah, sebab ari ni ari koje dan cuaca pun tak menggembirakan, tak ramai pelawat datang. Tapi hari pun awal lagi, baru kul 10:30 pagi. Tengok TV semalam (ari Ahad) pelawat cukup ramai!



Poster menunjukkan waktu lawatan.



Masuk pintu , nampok meja pameran. Ada Yob dok jaga material yang sama teman dapat masa lawat pameran IHH kat Taksim ari tu. Sila rujuk pada entry teman 2 ari lepas ya. Tapi di Taksim takder jualan muffler dan pemberian bendera percuma.



Lagi salah sorang sukarelawan IHH. Dia tolong mengedarkan beg plastik yang mengandungi bahan bacaan dan visual IHH.


Italic
Di tingkat atas kapal, ada bahan pameran barang-barang peribadi sukarelawan yang terbunuh semasa serangan komando yahudi bulan Mei lepas. Salah satunya senaskah buku doa dari Al-Quran dan petikan hadis. Dipercayai buku ni kepunyaan arwah Turkan Dogan, warga Turki US. Di entry berikutnya teman akan citerkan dan upload lagi gambor-gambor yang diamik dalam kapal "Marmara Biru" ni.



Dari jauh kome buleh nampok poster besor yang menunjukkan 9 orang sukarelawan yang terbunuh dalam serangan tu dipasang di luor kapal. Ni teman dengan rasa syahdu dan terharu mengupload gambor sembilan pejuang dan wira Islam ni:












Al-Fatihah untuk arwah-arwah semua.






Semoga roh-roh mereka dirahmati dan segala usaha dan sumbangan mereka diberi ganjaran olehNya.

Nanti teman sambung Part 2 malam karang, InsyaAllah.

12 comments:

  1. semoga mereka tenang di sana dan diberi ganjaran syurga. Aminn..

    salam akak,
    tiket kami ke turkey 29 january ni insyaAllah. agak2 ada lagi tak kapal ni nanti?
    kalau akak free kita boleh jumpa :)

    ReplyDelete
  2. alfatihah..
    akak..saya kagum dgn senibina tinggalan kerajaan Islam dulu..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Yong...

    Nampak bersih-bersih muka deme tu kan?
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. Salam Tina, Hosgeldeniz. Ya semoga deme ditempatkan di Jannah! Oh nak mari 29hb ya. Rasanya seminggu jer pameran ni. Kalau nok jumpa buleh gak. Elok bagitau awal sbb akak mungkin balik Laut Hitam (kampong suami) ujung minggu ni. Nanti akak balik semula ke Istanbul dan InsyaAllah kita buleh jumpa. Suami takde dah masa tu, kalau tidak buleh Tina dan suami dok dgn akak. Tapi kalau dgn rakan pompuan jer, buleh mai lepak!

    ReplyDelete
  5. Salam Cikceria, hmm suke tengok ruins ya. Nanti akak amik lgi gambor bangunan lama InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Salam Hairil@Warlord,
    Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh deme...Amin!

    ReplyDelete
  7. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka..AL-FATIHAH..terima kasih kak berkongsi info..very informative..

    ReplyDelete
  8. Salam Asma, sama-sama. Diharap deme ditempatkan bersama-sama para syuhadah.

    ReplyDelete
  9. Salam Yong New Hope, gitu ler ropanya, tak besor dan tak kecik. Buleh ler tampong sampai 300 orang kot.

    ReplyDelete
  10. salam yong,first time dengor nama kapal ni terus terpikat teman ..hehe...
    merasa yong naik kapal tu yer

    ReplyDelete
  11. Salam Yong UmmiHanie,

    First time dengor? Nilah kapal flotilla yg kena serang askar Yahudi masa on the way ke Gaza ari tu. Alhamdulillah, akak rasa bertuah dpt masuk ke dalam dan ziarah.

    ReplyDelete