Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, January 5, 2011

Hari Terbuka Kapal "Mavi Marmara" Part 3



Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Naik atas deck kapal buleh nampok Eminonu, tempat teman selalu mengelewor kalau takde koje (tapi memang pun takde koje!). Nampok gak Masjid Biru (rasanya Masjid Biru ler). Nanti teman kena jalan kaki 10-15 minit nok gi sana untuk amik bas balik ke Basaksehir.




Ni ropa plan cross-section "Mavi Marmara". Dia ada 4 tingkat, err ...betoi ke? Cube kome kira bape tingkat.



Yang ni bilik rehat yang ada TV. Masa hari kapal terbuka ni deme siarkan rakaman wawancara dan aktiviti atas kapal. Teman idok berlegor lama kat sini.



Lagi satu section ada pameran gambor-gambor masa hari kejadian serangan, semasa, selepas dan gambor-gambor lain yang berkaitan dengan kejadian tu.



Bilik penerangan. Teman rasa sonok sebab pada hari teman datang orang tak ramai. Jadi mudoh teman nok amik gambor di merata sudut. Takder gangguan orang lalu-lalang depan handphone teman.



2 orang Yob yang bertugas kat bilik ni. Salah sorangnya cukup suke bergambor. Ada 3 gambor dia teman amik, dia asyik nok berposing! Main tunjuk jer dia ni, nok bagi penerangan tak tau.




Kat deck ni ada sebuah inflatable craft. Tengok benda ni teringat citer James Bond.




Ruang santai kat deck. Kalau hari panas dok sini memang best untuk berbincang dan buat aktiviti luar. Ada satu gambor yang deme pamir menunjukkan sukarelawan berbincang dan duduk-duduk di sini.





Yong Malaysia posing berlatarbelakangkan daerah Eminonu dan Masjid Biru. Cuaca memang tak menceriakan. Tapi sebab cuaca renyai tak ramai pelawat pagi tu. Tapi masa teman nok balik pastu, teman berselisih dengan beberapa kumpulan pengunjung yang datang dari arah Eminonu.



Kami kerabat bahagian paling atas kapal. Kat sini ada sorang petugas bagi briefing tentang peristiwa hari kejadian. Dia buleh speaking Turki jer.




Sekumpulan Women in Black mendengor penuh minat penerangan. Ada ketikanya petugas tu menunjukkan spot kat mana berlaku pergelutan dan tembak-menembak.



2 remaja lelaki tu ada membantu teman pegangkan beg tangan teman masa teman kerabat naik tingkat ni.

Kome jangan bawok lari beg tu sudah yerk.





Nok bagi ceria sikit kat mengkome, terutama pembaca jantan. Sekumpulan aweks yang memang menceriakan suasana sayu dan cuaca yang lembap pagi tu.





Deme labun yang deme pelajar universiti kat Istanbul.

"Awak pakai scarf ni, buleh masuk ke?" teman tanya dengan dungunya.

"Buleh Ablah!" jawab deme dengan penuh semangat.

Sebenornya buleh tak buleh pelajar bertudung masuk kampus bergantung pada pihak rektor dan senat universiti. Deme beruntung universiti deme berlembut menerima deme lepas parti Erdogan menimbulkan isu lapok ni. Tak macam Ayse, yang terpaksa merantor jauh nun di UIA, Gombak, sebab masa tu isu halangan masuk U bagi siswi bertudung belum ditangani. Tapi isu ni belum selesai lagi, ada universiti masih tak membuka pintu gate pada siswi bertudung. Sekular tegor betoi U tu!

Kali ni teman idok tanya nama deme. Nanti ada yang minta kirim salam, termasuk yang dah kawin pun sama gediknyer!

Dan takder yang bermata biru yerk!



Buat apa tu? Haa Adik tu tengah pegangkan beg kawan dia.



Nok turun ke bawoh kena kerabat tangga tegak. Kalau takder kawan pegang barang kita, susoh nok turun atau naik, Yong. Tu yang ada 2 remaja jantan tolong megang beg teman tadi. Baik deme, idok deme pelari beg Semboyan teman!




Sebelum balik, elok tinggalkan jejak kat buku pelawat. 3 aweks manis tadi meninggalkan tandatangan dan wasiat deme. Ada ke deme tinggalkan nombor telefon atau email? Hmm kalau ada pun, idok teman nok siarkan kat sini. Nanti ramai jantan-jantan sibuk mintak, konon nok tanya kabor. Elehhh...




Sebelum balik, bergambor dengan sorang petugas wanita. Selain bahan bacaan dan VCD, teman dapat mendera Palestin..., bedava (percuma).



Sayu pulak nok tinggalkan kapal yang bersejarah dan banyok memberi erti pada umat Islam kerana kaitan rapatnya dengan Palestin. Moh kita berdoa supaya negara Palastin bebas sepenuhnya dari cengkaman rejim Yahudi dan sekutu-kutunya.

Terima kasih kepada IHH dan negara Turki dan semua sukarelawan yang mengorbankan tenaga, masa, wang Lira/Dollar/€/RM dan sebagainya hatta nyawa sekali, bagi melepaskan kesengsaraan rakyat Palestin khasnya dan umat yang tertindas walau di mana pun deme berada. Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban.



Inilah cenderahati yang teman dapat dan beli sebagai sumbangan dan sokongan moral untuk pertubuhan IHH. Muffler tu sesuai teman pakai di musim sejuk ni. Dulu ada selai teman dapat dari wakil PLO tapi ntah kemana peginya. Sekarang ada 2 lai, buat koleksi baru.

Sapa nak selai, angkat tangan!

16 comments:

  1. nak... teman nak selai...!! dah angkat tangan tinggi bebenor ni..

    ReplyDelete
  2. terbaek la yong ! buleh jadi duta malaysia neh ;)

    ReplyDelete
  3. keme nak jugak...kalo selai tk dapat bagi jek dua lai tu..

    ReplyDelete
  4. salam kak,

    lepas ni boleh buat liputan dari masjid biru pulak..selalu dengo cerita dari kawan yang pergi sana, awak nak pergi ke sana tak tau la bila dapatnya...

    ReplyDelete
  5. Salam Yong Mulan, Hosgeldeniz. Tima kasih jd follower teman dan mace blog ni. Oleh sbb mike pembace yg ketama komen dan angkat tangan tinggi bebenor tu, mike ler dpt selai muffler Palestin tu! Tahniah. Maaf yg lain takder rezki. Benda ada 1 jer nok bagi. Mulan cari email akak kat entry bulan November bawah tajuk Teka-Tikam ya.

    ReplyDelete
  6. Salam Yong umie, Tima kasih. Apa yg terbaik...Yong labun biasa jer!

    ReplyDelete
  7. Salam UmmiAnni,Alaa Anni oi, mende ada selai jer nok bagi. Takper kot ada insentif lain teman bagi, mana tau! Yong ni bukan buleh kira sangat, suke ati dia magi orang satnika mende!

    ReplyDelete
  8. Salam Yong Asma, InsyaAllah nanti ada rezki akak gi. Ujung minggu ni balik kampong suami kat Laut Hitam jd harap2 entry pasal kat Kampong Deridebi/Akcakoca/Duzce yg akan kuor. Tima kasih rajin datang dan komen!

    ReplyDelete
  9. adeihhh.. melepas lagi teman.. udoh angkat due beloh tgn pun tak gune yak.. err.. sape yg udoh bebini pun nok main kirim2 salam ta.. kihkihkih.. nasib bukan teman kihkihkih..

    ReplyDelete
  10. Salam Yob Samad,ater org puan cekap bab hadiah2 ni Yob. Kirim salam takper, jgn kirim ati, kang ada yg makan ati!

    ReplyDelete
  11. seronok mengembara ni,teman mengembara juga hari2 dok keliling kelompo

    ReplyDelete
  12. Salam Yob Joyiman, bebaik bawok keta tu...kot ada awek gedik atau mamat bawok parang.

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Halima...
    errrr...baghu ingat nak sampei salam....sekali udah kak Halima saunnn....kekeke.......beghuntong kak Halima dapat bejalan kat tempat oghanggg

    ReplyDelete
  14. Salam Yob Shahril, he he...yang mana tu Yob? Yang tinggi, yang rendah...?

    ReplyDelete
  15. teman pun nak la jugak....duk angkat tgn ni.....

    ReplyDelete
  16. Salam Yong Eni,

    Sapa cepat dia dapat...Selamat datang ke blog akak!

    ReplyDelete