Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label chestnut. Show all posts
Showing posts with label chestnut. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Moh Ikut Teman Winter di Kg Deredebi, Turki!!!

Rumoh Mak Mertua dirakam dari laman rumoh Mr T


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ada sorang pembaca blog teman Yob Abdullah Ismail dari P.Pinang berlabun kat chatbox teman, 'camne orang Turki memanaskan badan masa musim dingin?' Dia kata orang Eropah minum arak untuk memanaskan badan.
Memang deme tu kapior, cari alasan nak minum ayor kencin setan kunun untuk panahkan badan. Banyak cara nak hangatkan badan ni tanpa minum ayor hanyior tu.
Tima kasih pada Yob Abdullah kerana sudi singgah dan mace blog teman.

Moh ikut teman buat aktiviti masa musim dingin di Kg Deredebi, Laut Hitam pada bulan Mac 2011 baru ni.



Ni, Yob-yob dan Yong-yong sebagian dari mutfak atau dapor.
Yang bentuk kotak coklat ni namanya soba atau dapor memasak dan juga sebagai pemanah.
Keme masak atas dia dan dia punya heat buleh panahkan dapur dan bilik berdekatan kalau tak tutup pintu.
Gambor diamik waktu kahvalti (sarapan) sebab ada telur 2 biji sedang direbuih!



Masa musim dingin keme kena sentiasa paka stokin. Tapi bila suhu jatuh bawah 0, kena paka 2 lapih - stokin biasa dan di luornya stokin kait dari bulu yang dikait oleh orang kampong.
Yang stokin bulu ni teman hadiah dari mak mertua.

Saaaayaaaaang...Anne (Emak)!


Alaaa...bukan setakat stokin, tudung Turki, baju dan skirt pun dia belikan untuk teman.

Saaaayaaaaanggg...Anne, lagi sekali!


Ehhh...kekadang duit poket pun dia bagi!

Saaaayaaaangg...Anne, 3 kali!




Dalam rumoh kenalah paka baju berlapih-lapih cam si Mursel ni. Ada 3 lapih kot, apa yang dia paka ni.
Bila nak kuor rumoh, kena lagi satu pakaian atau coat. Sweater dan stokin yang dia paka ni nenek dia kaitkan.
Pompuan Turki rajin dan kreatif dalam bab-bab kraft tangan mengkome!



Kalau ada stokin yang unik dijual kat pasar, teman beli gak buat koleksi. Ni teman beli kat Eregli masa dok lepak rumoh anak tiri.
Amat nyaman memakanya - gebu-gebu!



Awal tahun ni Mr T gi koje di Iraq, teman duduk dekat sebulan dengan mertua dan Kak Emine - bergilior-gilior rumoh. Jap rumoh ni, jap rumoh tu. Kalau tak bergilior kang, deme jeles.
Ada masa teman bosan dok rumoh, teman nyongket ke sunga Deredebi - 400 meter dari rumoh tapi kena susup-sasap lalu dekat ladang hazelnut, kebun dan belukar.
Jalan kampong ada, teman saja buat cam adventurous jer.


Sorang penduduk kampong sedang bawak lembu ke arah kaki bukit. Dia dengan lembu-lembu kena randok ayor tu nak ke sana!

Musim dingin kira ayor banyak gak. Tapi di musim bunga ujan lebih banyak turun dan ayor lagi tinggi.
Tapi ayor sunga ni tak dalam mana, setakat pinggang paling dalam pun. Sini tempat ikan balik bertelur dan membiak kot.
Tapi ikan salmon tak mandanglah, ikan-ikan biasa jer. Dalam musim panah baru nampak ikan, musim dingin deme bertelur jadi tak nampak ikan dia.



Di laman rumoh mertua ada longgokan batang dan dahan pokok hazelnut yang belum dipotong. Yang dipotong ada di bawah rumoh.
Belah kanan tu rumoh tempat simpan satnika peralatan kebun, biji benih jagung, rumput kerin untuk lembu dll.
Kat dindin tu kulit kambing aqiqah si Mursel. Yang nampak bumbung tu rumoh uncle Mr T.



Gambor dirakam beberapa hari sebelum salji turun.
Ni ropa suasana pagi dan dekat malam - kelam dan redup cam dalam citer Drakula!



Sebab tak banyak aktiviti pertanian, keme dirumoh akan merajinkan diri mengupas atau kopek kekacang untuk dimakan sebagai snack atau jajan. Kacang walnut yang mahal kat Malaysia ni tumbuh bersepah kat Kampong Deredebi. Pokok dia tumbuh asli. Lazimnya dikutip masa musim luruh lepas musim tuai hazelnut.
Selalunya kuarga Mr T kutip dapat ler seguni. Nak sepuluh guni pun buleh kalau rajin!



Sebelum teman balik ke Istanbul, kat Emine ajak teman kupah dan katok kekacang ni untuk teman bawok balik Istanbul dan Malaysia. Untuk kupah tempurung hazelnut, ada mesin pemecah dia cam meat-grinder. Kak Emine mesin lebih korang 7 kg hazelnut dan 3 kg walnut untuk teman.
Saaaaayaaaaannngggg Kak Emine!



Ni walnut yang dah siap keme katok.
Kalau kat Malaysia, teman tengok jer..., nak beli mahal.
Alhamdulillah, kat Turki teman dapat makan sesuka ati dan percuma.



Chestnut atau buah berangan pun tumbuh liar. Ada sebatang pokok kat belakang rumoh mertua dan kat ladang hazelnut banyak pokok yang tumbuh liar di celah-celah ladang.
Buah berangan pun dikutip lepas menuai hazelnut.
Teman rajin kutip yang di belakang rumoh mertua tiap pagi dan petang. Kak Emine akan belah setiap biji kalau teman nak makan.

Saaaayaaaaannnggg Kak Emine!



Deme rebuih atau panggang berangan ni ataih atau dalam oven soba. Teman lebih suka yang dipanggang dari yang direbuih.
Makan dengan hot chocolate masa musim dingin...hmmm...sedap bebenor kome!
Buah epal tu dipetik dari pokok di laman rumoh Kak Emine.



Untuk memanahkan badan, deme rajin minum cay (teh) panah. Idok ler deme togok arak cam orang Eropah lain. Takde alasan bagi kita umat Islam tonggang arak untuk memanahkan badan.
Ada benda lain buleh tolong kita survive dalam suhu yang rendah ni. Ajenyer deme, orang kapior derhaka ni!



Bila bosan memerap kat rumoh terutama bila salji turun tak henti-henti 4-5 ari, teman akan turun tanah dan berkubang.
Antara aktiviti teman, tulih nama kenkawan ataih salji fresh.
Ni nama kawan baik yang tingge di Kerteh, Terengganu.



Ni lagi sorang kawan baik yang kat Bandar Muadzam ni.
Dekat 3 bulan teman lepak rumoh dia sepanjang teman ngajor kat sekolah yang sama dia bertugas.



Lagi satu aktiviti kegemaran teman ialah membina Kara Adam atau Snowman. Kalau teman boh scarf, teman pangge dia Kara Bayan (snow-woman). Ni Kara Adam yang paling tinggi teman buat dalam tahun 2010. Bila dah siap si Ertugrul, cucu sulong Mr T, datang boh tetek pulak.



Ni salah sorang cucu sedara mertua teman, lupa nama dia. Dia tolong teman bina Kara Adam. Kampong dia lebih korang 15 km dari Deredebi, nuuunnn ataih bukit dan lebih lebat salji dia.



Cucu tadi dengan mertua teman di kanan dia dan nenek dia sedang mengadap kahvalti. Sarapan yang meriah sebab kami ada 2 tetamu ni. Meh
kome join sekali....!

Sunday, June 26, 2011

SPY CIA DALAM HEZBOLLAH!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

2 orang ahli Hezbollah telah mengaku bekoje untuk pertubuhan pengganas Amerika atau dikenali sebagai CIA, menurut ketua militant pertubuhan Hezbollah Hasan Nasrallah pada Jumaat baru-baru ni. Sementara tu sorang lagi spy masih dibelasah...err..maksud teman disoalsiasat.

Spy yang ketiga ni sedang dikerojekan untuk mendapatkan maklumat sama ada deme direkrut oleh agensi pengganas CIA, Mossad atau sebuah negara Eropah.

Cisss...dik kerana uwang, sanggup sesorang membelot bangsa dan sedara seagama sendiri kerana donia dan uwang, uwang dan uwang. Kena stress kat perkataan duit tu jadi ejaan pun bertukor...ada impak sikit.

Kat Malaya pun sama, ada orang sanggup jual intergriti, buang adab sopan, henyak agama semata-mata nak menjatuhkan lawan dan terus berkuasa. Sebab kuasa itu uwang dan uwang itu kuasa.
Donia, donia... (tu pun kena stress gak)!



Semalam jalan-jalan kat Bandar Muadzam nampak sorang Yob jual buah berangan. Teman dapat hidu bau jer.
Nak beli bukan tak mampu tapi rasa tak berbaloi. Tengok pada saiz yg agak kecik dan mungkin tak fresh, tak kosa nak beli.

Teringat ler kat chestnut kat Kg Deredebi. Hmm...tengah bayangkan sedapnya biji berangan yang teman bakor dan kekadang rebus.
Tapi teman gemor lagi yang dibakor!
Bakor...bakor!


Mr T membelah buah berangan untuk direbus.

Walaupun teman dah biasa makan berangan kat kampong Mr T dan kutip pagi petang, tapi bila menyediakan utk dimasak teman tak penah buat. Maksud teman, style deme masak ni kena belah biji berangan ni. Tapi kulit berangan ni keras, kena belah kekuat. Jadi lazimnya Nevin (adik ipor) atau Kak Emine atau Mr T yang akan belahkan sebab kalau teman yang buat, maunyer tergelincir piso dan lukakan jari teman.



Bila kat kampong Deredebi, teman suka yang dibakor.
Ni berangan yang dibakor kat dapor rumoh Kak Emine. Panas-panas sedap makan dengan teh panas atau masa ni teman makan dengan hot chocolate!
Buah epal tu pun buah kampong petik kat laman rumoh Kak Emine.

Dekat sekilo gak teman santap berangan ari tu!



Ni cara deme bakor berangan atas soba kat kampong di Turki. Atau buleh gak dibakor dalam oven soba ni. Kena balik-balik 5-6 kali bagi masak rata.



Ni buah atau kacang walnut. Ropa kacang ni di luor macam buah pom-pom yang beracun tu. Tempurung dia keras macam tempurung kelapa dan isi dia cam otak. Kome kena guna hammer atau lesung batu nak pecahkan tempurung dia ni.
Tapi orang lelaki Turki lazimnya pecahkan guna sebelah tangan jer, 2 biji dilagakan atau ditekan sesama sendiri...tulang kuat katakan!
Guna penukul atau hammer tak main...tak macho!

Kat Kg Deredebi pokok walnut ni tumbuh liar. Buah dia dikutip selepas musim hazelnut (pertengahan musim luruh). Dapatlah kami kutip 1-2 guni gula, simpan atas loteng.




Walnut
ni tahan disimpan selama berbulan-bulan. Ada gak yang rosak kalau ada serangga masuk dalam tempurung tu.



Cam chestnut, walnut dimakan sebagai snack, tak kiralah siang atau malam. Kekadang deme guna buat kuih - tabur atas kek atau biskut.



Ni walnut yang Kak Emine sorok. Sorok bawah tangga atau dalam stor.



Banyak ni kat Malaysia (lebih korang 400 gm) mau kena RM20 kot. Mahal kacang ni kome tapi Alhamdulillah teman dapat makan kenyang percuma jer.



Masa kahvalti (sarapan) pun kome buleh dihidang kacang walnut ni. Memang kacang ni berkhasiat. Kata deme, buah tin diselit kacang ni buleh ganti viagra!



Cakap pasal makanan yg disorok, orang kampong Turki akan simpan sayur/kekacang yg berlebihan buat jeruk untuk dimakan masa musim sejuk. Ni kacang fesule yang lebih dari kebun, direbus dan dijeruk dengan garam. Dalam seminggu buleh dimasak buat stew atau makan begitu sajer!



Kat rumoh kampong Mr T, selain dari peti sejuk, deme ada jugak peti beku ni untuk simpan satnika makanan yang dibekukan seperti kacang fesule, kacang peas, isi jagung, biji kacang fesule, daging korban etc. Makanan frozen ni tahan utk berbulan-bulan dan digunakan sepanjang musim dingin.



Untuk buah-buahan yang berlebihan, deme rebus dengan gula atau tanpa gula untuk buat jem, sirap atau marmalade. Antara yang deme buat jem/sirap ni ialah buah anggur, buah tin, buah plum, buah epal. Idok ler membazir dan terbuang buah-buah kampong ni. Mana yang busuk atau rosak, bagi kat Kara Kiz makan.

Deme boh makanan ni dalam botol dan simpan atas loteng atau kat tempat gelap. Selain buah, tomato dan cili pulak deme buah sos atau paste. Berbotol-botol jugak - jimat!



Sirap buah dimakan masa sarapan. Memang sihat dan sejahtera. Keju dan butter pun buat sendiri.
Meh makan
french fries
kampong kome...