Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Buat Keju. Show all posts
Showing posts with label Buat Keju. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

MELENTUR KEKANAK TURKI BIOR MASA DEME KECIK LAGI!

Sebuah kampong di Laut Hitam/Karadeniz


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

meh kita usyar beberapa buah kampong deme dulu.
Ada gambor teman amik dari FB sedara Turki!



Banyak kampong deme dok ataih bukit.
Teman pun heran cam ner deme turun naik kalau takde kenderaan.



Ni kawasan yg tanam teh.
Orang Turki minum teh pagi dan malam, di tengah-tengah jarang. Tengah hari deme minum ayran (susu basi) masa lunch!
(Ayran tu bancuhan yoghurt, memang rasa susu basi!)



Kalau deme dari kawasan pertanian, kekecik lagi anak-anak deme dilatih tolong koje di kebun atau ladang.
Ada anak dpt gi sekolah sampa abih sekolah menengah dan masuk U, ada yg setakat sekolah menengah jer sebab nak sambung koje kampong. Budak ni sambe buat homework, cari duit poket.
Kome bayor 50 kurusy, timbang berat badan kat situ (lebih korang RM1.00).



2 orang bersaudara tolong jual sayur panjar.
Ni bermakna ada orang luor masuk kampong deme yg berbukit-buko nih!



Penuh daun teh kat rambut deme!



Nak masak apa daun panjar ni Dik?
Teman sampa sekarang tak suka daun panjar ni, masak sup selalunya, sebab pahit!



Bapak dia siap buat cangkui kecik utk dia nih.



Dari deme ngaco kat dapur, baik bagi dia sekali periuk belanga buat main!


OK, bagi teruih doh nak buat roti!
Masin-masin kot roti ni kena jari dia.
Ni sedara Mr T.



Mak oiii...tu pasei bila dah tua deme kuat-kuat belaka!



Adik ni paka suar besor yg biasa mok-mok deme paka.
Kayu api hangkut, kamben pun nak jaga!



Sapa power - budak ke kamben?



Tapi di musim sejuk deme main sakan, tak kira pagi petang!
Duduk di kawasan berbukit memang best sliding!



Kekanak Malaysia?
Main jer lebih!
Cucu sedara teman kat Bota, buat planking kunun!



Iklan jap.
Semalam baru dapat paka tudung Turki ada renda kait, sebab baju kosong takde bunge-bunge.
Sapa suka tudung berenda camni, tulis "Yesss!" kat ruang komen.
Buleh teman import banyak sikit next trip. Ni tudung yg biras teman si Nevin hadiah.
Kome udoh gi ke pameran buku di SACC, Shah Alam?



Tepung jagung yg ditumih dgn butter kampong...menu tradisional di Karadeniz!



Sarapan kampong Laut Hitam - telur rebuih ada, kentang rebuih ada, 2 jenih keju kampong ada, jeruk zaitun pun ada.
Kome lalu tak makan camni tiap-tiap hari?
Teman udoh serender!

Sunday, June 26, 2011

SPY CIA DALAM HEZBOLLAH!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

2 orang ahli Hezbollah telah mengaku bekoje untuk pertubuhan pengganas Amerika atau dikenali sebagai CIA, menurut ketua militant pertubuhan Hezbollah Hasan Nasrallah pada Jumaat baru-baru ni. Sementara tu sorang lagi spy masih dibelasah...err..maksud teman disoalsiasat.

Spy yang ketiga ni sedang dikerojekan untuk mendapatkan maklumat sama ada deme direkrut oleh agensi pengganas CIA, Mossad atau sebuah negara Eropah.

Cisss...dik kerana uwang, sanggup sesorang membelot bangsa dan sedara seagama sendiri kerana donia dan uwang, uwang dan uwang. Kena stress kat perkataan duit tu jadi ejaan pun bertukor...ada impak sikit.

Kat Malaya pun sama, ada orang sanggup jual intergriti, buang adab sopan, henyak agama semata-mata nak menjatuhkan lawan dan terus berkuasa. Sebab kuasa itu uwang dan uwang itu kuasa.
Donia, donia... (tu pun kena stress gak)!



Semalam jalan-jalan kat Bandar Muadzam nampak sorang Yob jual buah berangan. Teman dapat hidu bau jer.
Nak beli bukan tak mampu tapi rasa tak berbaloi. Tengok pada saiz yg agak kecik dan mungkin tak fresh, tak kosa nak beli.

Teringat ler kat chestnut kat Kg Deredebi. Hmm...tengah bayangkan sedapnya biji berangan yang teman bakor dan kekadang rebus.
Tapi teman gemor lagi yang dibakor!
Bakor...bakor!


Mr T membelah buah berangan untuk direbus.

Walaupun teman dah biasa makan berangan kat kampong Mr T dan kutip pagi petang, tapi bila menyediakan utk dimasak teman tak penah buat. Maksud teman, style deme masak ni kena belah biji berangan ni. Tapi kulit berangan ni keras, kena belah kekuat. Jadi lazimnya Nevin (adik ipor) atau Kak Emine atau Mr T yang akan belahkan sebab kalau teman yang buat, maunyer tergelincir piso dan lukakan jari teman.



Bila kat kampong Deredebi, teman suka yang dibakor.
Ni berangan yang dibakor kat dapor rumoh Kak Emine. Panas-panas sedap makan dengan teh panas atau masa ni teman makan dengan hot chocolate!
Buah epal tu pun buah kampong petik kat laman rumoh Kak Emine.

Dekat sekilo gak teman santap berangan ari tu!



Ni cara deme bakor berangan atas soba kat kampong di Turki. Atau buleh gak dibakor dalam oven soba ni. Kena balik-balik 5-6 kali bagi masak rata.



Ni buah atau kacang walnut. Ropa kacang ni di luor macam buah pom-pom yang beracun tu. Tempurung dia keras macam tempurung kelapa dan isi dia cam otak. Kome kena guna hammer atau lesung batu nak pecahkan tempurung dia ni.
Tapi orang lelaki Turki lazimnya pecahkan guna sebelah tangan jer, 2 biji dilagakan atau ditekan sesama sendiri...tulang kuat katakan!
Guna penukul atau hammer tak main...tak macho!

Kat Kg Deredebi pokok walnut ni tumbuh liar. Buah dia dikutip selepas musim hazelnut (pertengahan musim luruh). Dapatlah kami kutip 1-2 guni gula, simpan atas loteng.




Walnut
ni tahan disimpan selama berbulan-bulan. Ada gak yang rosak kalau ada serangga masuk dalam tempurung tu.



Cam chestnut, walnut dimakan sebagai snack, tak kiralah siang atau malam. Kekadang deme guna buat kuih - tabur atas kek atau biskut.



Ni walnut yang Kak Emine sorok. Sorok bawah tangga atau dalam stor.



Banyak ni kat Malaysia (lebih korang 400 gm) mau kena RM20 kot. Mahal kacang ni kome tapi Alhamdulillah teman dapat makan kenyang percuma jer.



Masa kahvalti (sarapan) pun kome buleh dihidang kacang walnut ni. Memang kacang ni berkhasiat. Kata deme, buah tin diselit kacang ni buleh ganti viagra!



Cakap pasal makanan yg disorok, orang kampong Turki akan simpan sayur/kekacang yg berlebihan buat jeruk untuk dimakan masa musim sejuk. Ni kacang fesule yang lebih dari kebun, direbus dan dijeruk dengan garam. Dalam seminggu buleh dimasak buat stew atau makan begitu sajer!



Kat rumoh kampong Mr T, selain dari peti sejuk, deme ada jugak peti beku ni untuk simpan satnika makanan yang dibekukan seperti kacang fesule, kacang peas, isi jagung, biji kacang fesule, daging korban etc. Makanan frozen ni tahan utk berbulan-bulan dan digunakan sepanjang musim dingin.



Untuk buah-buahan yang berlebihan, deme rebus dengan gula atau tanpa gula untuk buat jem, sirap atau marmalade. Antara yang deme buat jem/sirap ni ialah buah anggur, buah tin, buah plum, buah epal. Idok ler membazir dan terbuang buah-buah kampong ni. Mana yang busuk atau rosak, bagi kat Kara Kiz makan.

Deme boh makanan ni dalam botol dan simpan atas loteng atau kat tempat gelap. Selain buah, tomato dan cili pulak deme buah sos atau paste. Berbotol-botol jugak - jimat!



Sirap buah dimakan masa sarapan. Memang sihat dan sejahtera. Keju dan butter pun buat sendiri.
Meh makan
french fries
kampong kome...

Friday, March 4, 2011

TPM Britain Muji Turki Melangit, Ater...Moh Belajor Buat Keju!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam ucapan beliau di Brussels, Timbalan Perdana Menteri Britain Nick Clegg telah memuji Turki sebagai 'satu contoh kepada masyarakat lain' dan jugak sebagai model kepada kuasa-kuasa demokratik baru di Timur Tengah. Kononnya terdapat debat yg berapi di Barat dan di dunia Arab sama ada Turki buleh jadi sumber inspirasi pada masyarakat Islam yang telah menamatkan pemerintahan diktator yang berdekad dan memulakan sistem demokrasi di negara deme.

Britain yg secara konsisten memberi sokongan pada Turki masuk EU, turut mengucapkan terima kasih kerana Turki telah membantu membawa keluor rakyat Britain dari Libya. Ankara turut membawa keluor lebih 3,500 rakyat asing dari 52 buah negara terutama rakyat Eropah. Beliau turut menghargai peranan Turki yang menjadi wakil gomen Britain bila kedutaan deme di Libya terpaksa ditutup baru-baru ni.

Yob Clegg turut menyentuh peranan Turki yang menghantor bantuan kemanusiaan ke Libya. Ucapan beliau ni datang pada waktu Turki menghadapi saat-saat kritikal dalam perbincangan mengenai keahlian dalam EU yang hampir gagal kerana isu-isu Cyprus dan bantahan dari roti Perancis. Baru-baru ni Erdogan telah menghentam negara-negara EU, "Kome nak kami join ke tak? Kalau nak, cakap nak; kalau tak mau, cakap clear-clear...jangan jadi cam lidah bewak! Is EU a Christian Union?" Tu teman paraphrase cakap Erdogan...kat Turki mana ada bewak, toke ada ler.

Ater...Britain pun kritik gak polisi lapok EU sebab memikiorkan pengaruh Turki yang makin meningkat di Asia Tengah dan peranannya di Eropah. Ater...tunggu apa lagi kome, negara-negara Barat yang karat?



Rumah sepupu Mr T dirakam dari gate rumoh.

Ater...balik ke citer Kg Deredebi pulak. Udah takder matahari ari ni kome. Balik mendung berarak...nyarih tak ujan. Kalau dak, sejuk lagi ler keme kat bukit ni!



Mr T di Kurdistan, utara Iraq.

Semalam Mr T pun tepon teman dari Iraq.

"Where are U?"

"Village..." (aje teman malas nak kabo kat rumoh sapa...maroh ler konon.)

"Are U boring?" dia tanya lagi.

" No, I'm not boring...but yes, I'm bored!" (Bape kali teman ajor dia camner nak bezakan 'bored' dengan 'boring').

'Ok, U can go back to Istanbul...or U can stay there until I come and take U back," dia pesan. Dia perasan tu teman jawab sepatah, sepatah.

'Ok...' teman jawab. Jawaban yang tak clear.

Teman maroh sebab dia exile teman ke Kg Deredebi ni sampai dekat 3 minggu, sampai dia balik minggu depan. Dia bimbang teman dok sorang-sorang bila dia takder. Teman idok ler berniat balik Istanbul, walaupun dia dah izinkan. Nanti apa pulak kata Kak Emine dan mertua, nanti deme ingat teman tak suka dok kampong dengan deme. Bior dia datang amik.




Meh teman ajor, eh panda nak ajor orang,...cara-cara deme buat keju. Ada 2 versi ni. Satu dibuat dari yoghurt dan satu dibuat dari susu. Yang dari yoghurt deme pangge kesy; yang dari susu deme gelor kasyar, dua-dua tu peynir (keju). Satu mertua buat, satu lagi Kak Emine buat. Yang ni kat dapur mertua, dia buat kesy peynir.

Memula rebuih semula yoghurt yang dia dah buat dari susu Fistig beberape ari lepas. Dah masam ler. Ni poyok besor, ada dekat 20 kg berat isi dia nih!



Bila dah panas, tuang dalam kain muslin. Jangan kome biorkan ayor lebihan terbuang! Buleh gune ayor tu, buat minum! Tadoh ler.



Tos-toskan. Ikat kekuat kain tu cam kome ikat kain nak buat nasi himpit. Panas sikitlah nih.



Pastu letak buntil tu atas tapis, tu tapis yang besor-besor lubang dia. Opps sebelum tu dia boh garam bagi masin sikit.



Yang ni kat dapor Mr T. Kak Emine baru pas masak balik susu yang dah jadi curd (cam curd taufu fa tu) tapi tak cukup lama untuk jadi yoghurt. Kalau buat yoghurt mau lebih sehari semalam.


Proses yang sama cam kat dapur mertua tadi, pas ikat buntil dia boh atas penapis, ada lagi ayor menitik dalam bekas. Yang dalam poyok ni lebihan ayor masa dia tuang curd tu tadi, tak buang ler, guna buat minum. Poyok tu dihempap atas buntil tadi. Teman nampak dia simpan sebahagian ayor ni dalam bekas lain. Buat ayran kot (sejenis minuman masam).



Back to Mum-in-law's kitcehn
, pas agak abis ayor menitik, dia bawok buntil peynir dia ke balkon. Kendian dia hempap buntil tu dengan batu sungai seberat 10 kg. Ngape dia boh kat balkon? Sebab kat luor ni sejuk dengan air-con semulajadi. Jadi gamoknya kalau nak buat keju ni, kena negara dingin kome...


Keju dicelah batu...



Pagi tadi Kak Emine bawok kuor keju kasyar yang dia buat semalam. Backtrack jap. Keju kasyar pas dihempap dan sejuk, Kak Emine potong-potong kasor seberat 200 gram gitu dan dia boh dalam bekas yoghurt dan direndam dengan ayor lebihan susu. Btw, yang ni tak boh garam. Masin semulajadi.



Ni ropa keju 200 gram yang direndam dengan ayor lebihan dia. Cam kita rendam tauhu ler gitu. Pastu Kak mine simpan dalam peti ais. Kalau keju kesy deme gantung kat luor rumoh beberapa ari. Cam tulah buat keju. Takder perasa tiruan atau pewarna atau pengawet!



Pagi tadi untuk kahvalti, Kak Emine rebuih kulit buah epal yang kami makan semalam. Sampai lembut kulit tu dah bulih minum. Rasa dia masam-manis (ikut rasa asal epal tu), dan kalau kome nak boh gula ikut suke ler. Warna asli teh ni sama dengan warna sofra. Sonang jo nok buek teh epal ni Jang, kato orang Ghombau!



Kak Emine potong kasyar peynir ni sebesor kita potong nasi himpit. Ada dekat 400 gram ni. Kami berdua makan cam makan nasik jer untuk sekali makan! Meh kome...