Moh Kite Follow Sesame...

Friday, July 27, 2012

RAMADHAN DI ISTANA TOPKAPI ZAMAN UTHMANIAH...BERSEDERHANALAH KITE WEH!

Sorang butcher sedang mengojekan dagin yg teman order di Uyum Supermarket


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ni kira dekat seminggu kita pose kan?
Alhamdulillah...
Teman suka jenjalan dalam kedai-kedai, pazar, mall bila nyongket. Kekadang tak beli apa pung...tengok-tengok jer.
Dekat taman kami di Basaksehir, Istanbul, ada 2-3 mini-market, supermarket dan sebiji mall.



Salah satu seksyen yg teman gemor ialah bahagian dagin.
Ater kite ni kan kaum carniverous.
Meh tengok rega dagin di Turki.
Yang paling mahei dagin kamben. Ikut rega sekarang:

36 Turkish Lira x RM1.80 = RM64.80 sekilo!
Yob Ghombau tu mesti banggalah, rega kamben mahei!



Sekali-sekala teman beli beberapa potong dagin lembu: 26 Turkish Lira x RM1.80 = RM46.80 sekilo.
Teman beli ler beberapa kepin buat steak, beli sikit sebab Mr T tak berapa makan dagin.
Dia buleh idup makan roti, sup kekacang, salad dan bahan tenusu!
Yang muroh sayur dan buah-buahan jer!



Di zaman Uthmaniah, dalam istana Topkapi bila bulan Ramadhan ada beberapa aktiviti istimewa. Di bahagian harem, ada 2 sesi tarawikh, satu yg ringkas untuk gadis-gadis remaja, dan satu yg lebih panjang yg dilakukan oleh gundek-gundek dan wanita dewasa.
Sultan dan pelajar medreseh berdekatan akan solat tarawih bersama dan diikuti dgn bacaan Al-Quran sehingga khatam.
Ini menurut pemerhatian Lady Mary Montagu yg pernah melawat Istanbul di awal kurun ke 1700. Di waktu malam juga para ulamak mengajar tentang bab-bab mengenai Ramadhan kepada Sultan dan pelajar medreseh.

Antara menu Ramadhan di Istana Topkapi ialah:

"The sine qua non items at fast-breaking tables during Ramadan were iftar (fast-breaking meal) starters consisting of hoşaf (a stewed fruit compote), şerbet (a traditional nectar), yufka (phyllo pastry) bread and breakfast foods. After consuming these iftar starters, the evening prayer would be performed, and the main dishes would come after the prayer. In addition to soups and dishes containing meat, the favorite of the main dishes was usually fried eggs with pastırma (cured spiced beef) or onions. After the main dishes were consumed, there would be table talk before desserts were served. While desserts were generally pastry-oriented, the most famous dessert was indisputably güllaç (a traditional Ramadan dessert formed by layers of thin cornstarch pastry soaked in rosewater-infused milk). The intervals between courses were intended to prevent potential indigestion."

Jenuh teman nak senaraikan, jadi kome baca ler sendiri.
Mewah sungguh deme masa tuh!
(Sumber sini)



Namun, masa kita ngadap juadah ifftar kita, jangan lupa kenang-kenangkan sedara kita di Somalia...



...buleh bayangkan tak bape lama dia tak makan?
Adoi siannya!
Berpada-padalah kita bukan di bulan Ramadhan ni saja.
Bila-bila masa pun bersederhanalah.
Ewaaahhh pande pulak teman bersyarah!
Tapi teman memang tak makan dan tak masak banyak pun, satu atau dua mater jer.
Hmmmmm....



Huh...tamak punya kucin!



Ramazan pide, menu roti yg lazim dibuat di bulan Ramadhan saja di Turki.
Ada teman rasa sekali, sebab sekali jer teman penah pose di Turki! Lembut rotinya!



Yang ni raksaksa punya Ramazan pide!
Selamat berpose secara sederhana kome!

Tuesday, July 24, 2012

RAMADHAN AROUND THE WORLD...JANGAN MEMBAZIR KOME!

Mr T bina kilang penjana letrik di Iraq


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubareq!

Semoga mengkome semua sihat-sihat belake.
Teman kurangkan blogging dan blogwalk, sebab mata letih ngadap laptop.
FB teman baca sikit-sikit dan tekan 'like' atau komen pendek jer.

Sejak dia koje Iraq semola, payah nak contact Mr T.
Kekadang dekat 2 minggu tak dengor kabor, idup ke mati tak tau!
Line kat fadang fasir langsung takde.
Bila dia ke bandar Basra berurusan baru dia contact teman, tu pun putuih-putuih line dia.
Subuh tadi dia call kata nanti anak dia si Asim, anak tiri teman, akan antor duit, beli tiket kapaiterobang.
Tima kasih, Mr T!



Errr nak nyelit sikit.
3-4 ari sebelum posa terserempak dgn blogger WalkWalkFindEat Pendragon yg tingge di Doha. Tak plan nak jumpa, tetiba dia antor SMS kata nak ke Kompleks PKNS, meh kite jumpa.
Kuasa Allah, memang teman ada kat kompleks masa tu, dapat ler kami bertemu buat pertama kali dan berfoya-foya!
Alhamdulillah jumpa lagi sorang rakan blogger.
Sekarang Ruby dah balik Qatar.
Selamat berposa Ruby.
Nice meeting you and the kids!



Moh usyar cam ner sedara kita nyambut Ramadhan di negara-negara lain. Di tengah-tengah panah ni, orang Turki solat di luor masjid Mimar Sinan, Istanbul.
Kat Turki sekarang musim panah, kul 8.30pm baru berbuka!
So kome jangan komplen lambat nak berbuka!

Imej google


Muslimat bersolat tarawikh di Jakarta.
Dari jauh boleh nampak cantik-cantik telekung deme.

Imej google


Ifftar di Pakistan.

Imej google lagi!



Ngaji ler walaupun sepotong ayat.

Hah imej google lagi


Menggoreng maruku manis untuk berbuka di Kabul.
Panah ni sebab musim panah di negara belah utara sekarang.

Googlelah, apa lagi!


Juadah berbuka di Kaherah, Mesir.

Imej google jugak.



Hmmm comey-comey sokmo sedara kita di Bosnia.

Yaaah imej google!



Ramazan pide
- roti istimewa yg hanya dibuat di bulan ramadhan di Turki.

Huh, google some more!



Errr apa pulak ni?
Nilah bakal jadi menu utk ifftar teman petang ni.
Limo dibawa oleh blogger Salam Borneo Yong Ummi Ross dari Bangi - 4 bulan lepas, masih elok lagi!
(Yong Ummi sedang buat umrah lagi kot).

Tamar dibawa oleh blogger Anakrusenanie.blogspot.com Yong Zura dari Shah Alam, 3 ari lepas.

Serunding dipos oleh blogger Antara Budaya Yong Salina Abdul Kadir dari Kelate, sebulan lepas.

Cempedak dibawa oleh kawan dari Kedah, dan epal dan pear pun dia yg bagi semalam.

Terima kasih semua kawan-kawan, semoga Allah membalas ganjaran pahala pada mengkome.

Sepotong ayam dan sepotong sardin simpan minggu lepas, akan dimasak jap gi.
Alhamdulillah, ari ni tak kuar satu sen pun!
Jangan membazir!



Sila jamu selera dengan menatap imej siput sedut masak lomak!

Imej Kelab Anak Perak Jati FB!

Tuesday, July 17, 2012

HOMESTAY MOHKEMBARA ISTANBUL UDAH MOLA!

Restoren ikan di Selat Bhosporus, Istanbul.
Kome buleh makan sandwich ikan kat sini!



Assalaamualaikum dan Salam Ceria,

Pe kabor mengkome?

Ni nak bukak citer.
Teman dah mula buat biznes Homestay Mohkembara Istanbul bermola awal November ini, InsyaAllah.
Ni kerana saranan dan cadangan ramai kenkawan yang berminat nak gi lawat Turki atau Istanbul khasnya tanpa melalui package tour. Setelah dipikior masak-masak sampa hangit dan dengan persetujuan Mr T, teman pun dengan rela ati memolakan Homestay Mohkembara Istanbul #1.

Kembara pertama ni melibatkan Istanbul saja sebab jatuh pada bulan November, jadi tak best bawok kome ke Laut Hitam dan ke Kg Deredebi sebab pokok hazelnut tido!


Pekerja di restoren ikan, Istanbul.

Untuk trip pertama ini, hanya dibuka utk kaum Yong sahaja, sebab Mr T tak mandang, dia di Iraq.
Paling kurang 2 orang dan maksima 4 orang. Small group amat santai. Pemandu menyongket teman ler.
Lepak di apartment kuarga Mr T di Basaksehir, Istanbul.
Kos jauh lebih muroh dari package tour.
Bagi Yong-Yong yg berminat nak gi bulan November 2012 sahaja sila email teman utk keterangan lanjut. Yang tak minat datang bulan November, tak yah dulu naa.
Yang bebenor berminat jer email pd: hellibra2@hotmail.com
Sekian terima kasih!



Antara tentative program ikut Homestay Mohkembara ni, teman akan bawok ke pasar tempatan. Kome buleh nikmati suasana pasar deme dan beli baju muroh-muroh!



Di bulan November, dekat masuk winter tu deme mola jual baju tebal-tebal dan baju dari benang bulu.
Beza harga dgn di Malaya memang jauh yaa amat!



Kalau kome suka kekacang yg lebih fresh dari yg dijual kat Malaya, moh kite ke pasar deme!
Hazelnut ada, walnut ada, chestnut ada, pine nut ade, peanut je hampir-hampir takde!



Ni baju dalam...banyak pilihan warna! Di Malaya ada putih, itam dan coklat jer selalunya.



Suka cekelet Turki?
InsyaAllah teman buleh bawok di lorong-lorong tersembunyi...banyak kedei jual cekelet yg pelik-pelik tapi sedap!



Gemor busana Muslimah?
Moh ke pasar ada, di Mall pun ada.
Yang ni dekat jer apartment kami.



Ni fesyen musim bunga tapi bila masuk musim luruh atau sejuk, material deme lagi tebei!



Di bandar, kita naik bas dan tram kome yek!
Kome kena ikut stail teman...menyongket!



Antara destinasi yg kome tentu gemor, Kapali Carsi atau Grand Bazar. Teman akan tunjuk jalan dan kedei di luor Grand Bazar di mana banyak pilihan eksotik dan lebih muroh...



....dari yg terdapat dalam Grand Bazar.
Sini rame pelacong Malaya kene semelih!
Hati-hati kome!



Teman gemor melilau di kedei-kedei dan butik di luor - lebih menarik, pilihan pun banyak!



Selain dari tu, of coz, kita melawat tempat-tempat bersejarah seperti makam-makam...



...mescit-mescit.
Ni laluan bawoh tanah dekat Yeni Cami (Masjid Baru, Eminonu).



Bahagian belakang Yeni Cami.
Filem James Bond terbaru shooting di luor masjid nilah!
Di sini kita berebut dgn orang tempatan dan pelancong asing utk bersolat!



Dan yang patut diziarahi dan melakukan solat di dalamnya - Masjid Biru atau Sultanahmet Mosque.
Itu antara yg teman cadangkan, InsyaAllah, ada lagi.
Email teman segera...first come, first serve!


Hmmmm.
Balik kampong 4 malam.
Dah lama tak ziarah Mak. Alhamdulillah dia sihat.



Pagi tadi balik adik ipor bekalkan pisang minyak dan pisang susu.
Kome kenei dan penah makan pisang susu?
Mana penah!



Sempat teman gi makan kenduri rumoh jiran.
Mak teman bawok basikal.
Ada ler 1/2 km jer jarak rumoh tu.


Mak teman dah 82 tahun lebih, Alhamdulillah masih larat berkayuh, gi surau, ke pekan dan jalan dedekat!


Doyan tak mandang kali ni di kampong kami, baru nak berbunga!
Jadi jamu ler mater kome dgn hidangan Perok ni teman rembat dari FB Anak Jati Perak!


Cicah dgn kicap.
Ikan apa ni kome?

Thursday, July 12, 2012

MR T NAIK HANGIN! dan MENU PERAK LAGI!



Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Meh belajor sesuatu yg baru, kalau belum taulah.
Ni teman amik dr FB.
FB ni kalau dilayan bebetoi banyak pekdah gak. Banyak info dan ilmu yg kita dapat kalau tak disalahgunakan.
Tang "Jangan makan buah selepas makan nasi/meal" tu, tapi itu yg kerap kita buat!



Dalam minggu pertama teman sampa Istanbul dulu (Februari 2012), Mr T ajak ikut dia gi Bakirkoy.
Nak jumpa Madam Selma pasa biznes.
Ada pertanyaan dari contact Afghanistan Mr T, nak antor students belajor di Istanbul.


Sampa Bakirkoy, salji mula turun. Cari parking, pastu jalan-jaan cari pejabat pelancongan Madam Selma tu.
Tengah bandar ada kubur.
Ni mesti kubur lama dan kubur orang lelaki sebab tang ataih tu ropa serban zaman Uthmaniah.



Salah satu gedung dalam bangunan yang agak lama.
Mungkin asei dulu rumoh, sekarang jadi kedai/pejabat.



Rakyat kalut nak gi koje atau kelas. Cuaca yg tak best sebab angin kuat dan salji haluih, cepat cayor.



Pastu Mr T call Madam Selma tanya kat mana pejabat dia.
Sementara nanti dia datang, kami tunggu depan tugu dekat Majlis Perbandaran deme.
Ada ukiran patung-patung, mungkin Ataturk kot.



Adalah 10 minit nunggu Madam Selma datang.
Teman amik peluang menyorok belakang Mr T dari angin kuat!
Best juga dapat menyalahgunakan orang tinggi-tinggi nih.


Tali kasut tertanggei!

Kendian Madam Selma sampa.
Muda lagi orangnya.
Dia pun bawok kami ke pejabat pelancongan dia di satu lorong.



Sementara deme jalan, teman usyar kiri-kanan tengok bandar ni.



Kat pejabat deme, jumpa suami Madam Selma, lelaki Arab dari Syria. Mujur miker dok Turki, kalau kat Syria mungkin dah kena semelih!
Agak 40 minit labun dan bincang dalam bahasa Turki dan Inggeris, sebab teman ada, dan bergelas-gelas cay panas; kami pun balik.

Akan buat follow-up dan tunggu respon dari wakil pelajar Afghanistan tu. Tapi beberapa minggu kendian bila teman tanya perkembangan dealing tu, Mr T kata tak tau. Orang Afghanistan tak jawab email-email dia.
"I hate dealing with Asians and Arabs!"
Teman perati orang Turki buat koje cepat dan deme punctual.
Takde buang masa. Kalau nak cakap nak, tak nak, kabor tak nak.
Jangan diaaaam.
Dah berbulan-bulan baru contact balik.
Hangat hati dia sebab buang masa dan peluang lain.
Sekali tu orang Afghanistan balas email dia lepas berbulan tak jawab.
Mr T balas, "F*ck Off!"



On the way
balik, kami lalu ataih jejantas, bawohnya ada railway track.



Kejiranan Bakirkoy.
Hmmm ada tempat kediaman yg nyaman dan tak jauh dari pusat bandar Bakirkoy.



Sebab ari jumaat, Mr T gi solat kat salah satu masjid.
Teman dok dalam keta yg dah dipasang heater.
Kendian teman bosan.



Kuar jap tengok keliling.
Nampak sebuah rumoh lama.
Idak ada orang duduk tapi idak deme runtuhkan.



Elok jugak deme bela.
Kalau kat Malaya dah kena runtoh buat Mall atau rumoh kedai!

Uhhh sebelum terlufe, untuk keputusan neka menu Perok ari tu, pemenangnya ialah:

Blogger Rulza kerana meneka kedua-dua soklan dgn tepat mampat.
Dan ada hadiah sagu buah pinggang untuk blogger PakNgahYobKider!

Bak mai nama penuh dan lamat Yong dan Yob berdua nih, email pada hellibra2@hotmail.com

Tahniah, tahniah pd kedua-duanya!
Yang lain ada gak jawab tepat tapi teman nak sapa yang cepat menjawab.
Tima kasih amik bahagian, nanti terai lagi naa.



Lagi menu Perok teman amik dari FB Kelab Anak Perak Jati ke apa ntah. Mak teman ada kabor, zaman dedulu, kalau nak makan lauk ikan Sunga Perok, tumbuk cabei bawang jer.
Tunggu....
Apak-apak gi sunga tabur jala, tarik ataih mesti dapat ikan, udang bagai.
Hah ni dia gulei lemak udang galah sunga!


Petei jeruk kome!

Ponggg!!!
Pas makan jangan kencin merata!


Pekasam nyum nyum!

Sori arrr...sapa yg posa kalau termeleleh ayor lior kome.
Teman pun posa, termeleleh gak nih!