Mr T bina kilang penjana letrik di IraqAssalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubareq!
Semoga mengkome semua sihat-sihat belake.
Teman kurangkan blogging dan blogwalk, sebab mata letih ngadap laptop.
FB teman baca sikit-sikit dan tekan 'like' atau komen pendek jer.
Sejak dia koje Iraq semola, payah nak contact Mr T.
Kekadang dekat 2 minggu tak dengor kabor, idup ke mati tak tau!
Line kat fadang fasir langsung takde.
Bila dia ke bandar Basra berurusan baru dia contact teman, tu pun putuih-putuih line dia.
Subuh tadi dia call kata nanti anak dia si Asim, anak tiri teman, akan antor duit, beli tiket kapaiterobang.
Tima kasih, Mr T!

Errr nak nyelit sikit.
3-4 ari sebelum posa terserempak dgn blogger WalkWalkFindEat Pendragon yg tingge di Doha. Tak plan nak jumpa, tetiba dia antor SMS kata nak ke Kompleks PKNS, meh kite jumpa.
Kuasa Allah, memang teman ada kat kompleks masa tu, dapat ler kami bertemu buat pertama kali dan berfoya-foya!
Alhamdulillah jumpa lagi sorang rakan blogger.
Sekarang Ruby dah balik Qatar.
Selamat berposa Ruby.
Nice meeting you and the kids!
Moh usyar cam ner sedara kita nyambut Ramadhan di negara-negara lain. Di tengah-tengah panah ni, orang Turki solat di luor masjid Mimar Sinan, Istanbul.
Kat Turki sekarang musim panah, kul 8.30pm baru berbuka!
So kome jangan komplen lambat nak berbuka!
Imej google

Muslimat bersolat tarawikh di Jakarta.
Dari jauh boleh nampak cantik-cantik telekung deme.
Imej google
Imej google lagi!
Ngaji ler walaupun sepotong ayat.
Hah imej google lagi
Menggoreng maruku manis untuk berbuka di Kabul.
Panah ni sebab musim panah di negara belah utara sekarang.
Googlelah, apa lagi!
Imej google jugak.
Hmmm comey-comey sokmo sedara kita di Bosnia.
Yaaah imej google!

Ramazan pide - roti istimewa yg hanya dibuat di bulan ramadhan di Turki.
Huh, google some more!

Errr apa pulak ni?
Nilah bakal jadi menu utk ifftar teman petang ni.
Limo dibawa oleh blogger Salam Borneo Yong Ummi Ross dari Bangi - 4 bulan lepas, masih elok lagi!
(Yong Ummi sedang buat umrah lagi kot).
Tamar dibawa oleh blogger Anakrusenanie.blogspot.com Yong Zura dari Shah Alam, 3 ari lepas.
Serunding dipos oleh blogger Antara Budaya Yong Salina Abdul Kadir dari Kelate, sebulan lepas.
Cempedak dibawa oleh kawan dari Kedah, dan epal dan pear pun dia yg bagi semalam.
Terima kasih semua kawan-kawan, semoga Allah membalas ganjaran pahala pada mengkome.
Sepotong ayam dan sepotong sardin simpan minggu lepas, akan dimasak jap gi.
Alhamdulillah, ari ni tak kuar satu sen pun!
Jangan membazir!

Sila jamu selera dengan menatap imej siput sedut masak lomak!
Imej Kelab Anak Perak Jati FB!