Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label berbuka puasa. Show all posts
Showing posts with label berbuka puasa. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

RAMADHAN AROUND THE WORLD...JANGAN MEMBAZIR KOME!

Mr T bina kilang penjana letrik di Iraq


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubareq!

Semoga mengkome semua sihat-sihat belake.
Teman kurangkan blogging dan blogwalk, sebab mata letih ngadap laptop.
FB teman baca sikit-sikit dan tekan 'like' atau komen pendek jer.

Sejak dia koje Iraq semola, payah nak contact Mr T.
Kekadang dekat 2 minggu tak dengor kabor, idup ke mati tak tau!
Line kat fadang fasir langsung takde.
Bila dia ke bandar Basra berurusan baru dia contact teman, tu pun putuih-putuih line dia.
Subuh tadi dia call kata nanti anak dia si Asim, anak tiri teman, akan antor duit, beli tiket kapaiterobang.
Tima kasih, Mr T!



Errr nak nyelit sikit.
3-4 ari sebelum posa terserempak dgn blogger WalkWalkFindEat Pendragon yg tingge di Doha. Tak plan nak jumpa, tetiba dia antor SMS kata nak ke Kompleks PKNS, meh kite jumpa.
Kuasa Allah, memang teman ada kat kompleks masa tu, dapat ler kami bertemu buat pertama kali dan berfoya-foya!
Alhamdulillah jumpa lagi sorang rakan blogger.
Sekarang Ruby dah balik Qatar.
Selamat berposa Ruby.
Nice meeting you and the kids!



Moh usyar cam ner sedara kita nyambut Ramadhan di negara-negara lain. Di tengah-tengah panah ni, orang Turki solat di luor masjid Mimar Sinan, Istanbul.
Kat Turki sekarang musim panah, kul 8.30pm baru berbuka!
So kome jangan komplen lambat nak berbuka!

Imej google


Muslimat bersolat tarawikh di Jakarta.
Dari jauh boleh nampak cantik-cantik telekung deme.

Imej google


Ifftar di Pakistan.

Imej google lagi!



Ngaji ler walaupun sepotong ayat.

Hah imej google lagi


Menggoreng maruku manis untuk berbuka di Kabul.
Panah ni sebab musim panah di negara belah utara sekarang.

Googlelah, apa lagi!


Juadah berbuka di Kaherah, Mesir.

Imej google jugak.



Hmmm comey-comey sokmo sedara kita di Bosnia.

Yaaah imej google!



Ramazan pide
- roti istimewa yg hanya dibuat di bulan ramadhan di Turki.

Huh, google some more!



Errr apa pulak ni?
Nilah bakal jadi menu utk ifftar teman petang ni.
Limo dibawa oleh blogger Salam Borneo Yong Ummi Ross dari Bangi - 4 bulan lepas, masih elok lagi!
(Yong Ummi sedang buat umrah lagi kot).

Tamar dibawa oleh blogger Anakrusenanie.blogspot.com Yong Zura dari Shah Alam, 3 ari lepas.

Serunding dipos oleh blogger Antara Budaya Yong Salina Abdul Kadir dari Kelate, sebulan lepas.

Cempedak dibawa oleh kawan dari Kedah, dan epal dan pear pun dia yg bagi semalam.

Terima kasih semua kawan-kawan, semoga Allah membalas ganjaran pahala pada mengkome.

Sepotong ayam dan sepotong sardin simpan minggu lepas, akan dimasak jap gi.
Alhamdulillah, ari ni tak kuar satu sen pun!
Jangan membazir!



Sila jamu selera dengan menatap imej siput sedut masak lomak!

Imej Kelab Anak Perak Jati FB!

Saturday, August 6, 2011

Ifftar Seantero Dunia...My First Turkish Trip

Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Pe kabor mengkome? Semoga semua ceria di kala menjalani ibadah puasa hari ke 6, 7?
Teman dah balik semula ke Shah Alam. Tadi hangkut sikit doyan dalam bekas ais krim, sedikit mutan dan pulasan.
Alhamdulillah dapat berpuasa dengan mak di kampong di Parit dan merasa doyan Parit yang best in the world!
Maaf ler dapat bercerita jer, tak dapat nak bagi kat kawan-kawan yek.



Meh berkisah jap tentang amalan ifftar di seantero dunia.
Yang buat kita jeles kat negara Arab ni deme dapat makan buah tamar yang fresh dan nyum-nyum. Kita dapat yang longgok dalam guni. Nak mahei sikit beli yang dalam kotak dan ada jenama.
Nak sedap dan lagiii juicy beli kat KLCC yang dalam kotak bereben dan beropol cantik.
Tapi rega dia...



Tu dia macam makan nasi ambeng!
Bersimpang-siur tangan.
Ni gambor ifftar pekerja asing di negara Teluk. Mesti nasi minyak dengan kambeng, bukan ambeng yaa.



Ni sebenornya ifftar yang dituntut - makan buah atau benda manis sebelum makan menu yang berat. Tapi orang di Malaysia tak tahan...tak tahan tak jamoh nasik dulu. Siap kari, daging, ayam golek, kurma, ayam percik, itik kangkang, dan seumpamanya.
Pastu minum ayor tembikai atau ayor tebu 1, 2 liter!
Posa ala-Malaysia namanya!
Teman idok yek.
Teman buka tadi dengan ayor kosong dan mutan 6 biji.
Makan nasi lepas isyak.
Tak de selera panah-panah ni weh!


Mr T menunjuk-nunjuk skill memasak meneme untuk bini Malaya

Teman ada sms Mr T, "Miker buka kat mana?" Dia kata kat romah (di Istanbul) sensorang. Kalau dia sorang teman rasa dia makan kahvalti - roti dengan keju, madu kampong, jeruk zaitun dan kalau rajin dia buat meneme atau omelet dengan tomato dan cili ijo.
Kalau dia balik Kg Deredebi dapat ler makan yang semiak sikit hasil tangan Kak Emine atau mak dia seberang jalan.
Nasib ko ler Mr T...


Ni Asim, anak Mr T yang tengah tunjuk skill jugak.

Pertama kali teman ziarah Turki sekitar Jun 2003. Masa ni Asim masih bujang. On the way ke Kg Deredebi, kami singgah apartment Asim di Gebze. Asim dok sorang. Dia masak dinner untuk teman, Mr T ntah ke mana ngelewornyer.



Sebenornya kira jarang orang jantan Turki ni nak ke dapur. Tapi dik sebab dia bujang, terpaksa gak si Asim ni masak, kebetulan Mak Tiri dari Malaya datang.
Malam tu dia masak telur goreng bertatahkan sucuk. Sucuk tu sosej berempah. Mudah dan ringks. Lawannyer roti ler.
Tu pertama kali teman makan sucuk. Side dishnya sepiring madu kampung.
Kira kahvalti ni.
Pandai anak tiri teman memasak!


Kahvalti di rumoh Nevin - Mak Mertua, Ilker and moi

Pertama kali teman jumpa Kak Emine dan ahli keluarga yang lain termasuk Mak Mertua yang rumoh di seberang jalan dlm 2003.
Camner reaksi deme dengan kedatangan teman, lain entry yek. Dua malam jer teman berziarah sebab cuti teman pun 2 minggu jer.
Ari kedua teman kahvalti di rumoh mertua. Cucu dia si Ilker yang masih bujang masa tu masih dok sama.
Teman dah jumpa deme semalamnya bila deme ziarah ke rumoh Mr T nak usya pompuan dari Malaya!



Heee melalut citer kunjungan pertama teman ni.
Meh tengok dulu pemanis yang deme buat sempena Ramadhan.
Alaa lupa pulak nama penganan ni tapi pasti dia manis melentin.
Nak korangkan rasa manis, deme boh kacang pine dan butiran buah delima. Meh rasa sorang sikit kome...