Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Selat Bhosporus. Show all posts
Showing posts with label Selat Bhosporus. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

OH ISTANBUL EVIM! NYONGKET PANTAI TIMUR WEH!

Istanbuuullll, Oh..Istanbuuullll!


Assalamualaikum dan Salam Hormat Mengkome,

pe kabor?
Haisyyy mintak mahap lama teman tak ziarah blog kome dan bertanya kabor.
Blog teman ni pung dah berhabuk dan bersarang lelabah...khokk, knokk, khookkk!!!



Mana ropa apartment kami di Basaksehir.
Adakah tunggang-langgang selama teman tingge?
Mr T kalau balik dari Iraq dia dok semalam dua jer, pastu cabut ke Iraq. Harap-harap dia tak sepah dan campak merata baju, suar, kot dan satnika mende sesuka ati dia!



I'm missing you
Selat Bhosporus!



Teman sibuk sikit minggu ni sebab baru balik dari KB dan KT.
Di KB jumpa Pn Salina, rakan blogger dan FB.
Teman antor tempahan tasbih. Dia jugak bawok teman lawat Sekolah Maahad Tahfiz wal Qirra An-Nur di mana dia bertugas sebagai Pengetua. Ni masjid dalam kampus yg separa siap. Kalau kome nak bersedeqah boleh jer contact Puan Salina ni.



Di sebelah malam Salina dan suami bawak teman gi dengor tazkirah dan solat hajat untuk para pelajar yg nak amik exam.
Semoga deme semua berjaya dgn cemerlang!


Dua malam di KB, teman berlepas pulak ke KT jumpa kawang lama masa sesama ngajor kat universiti di Shah Alang, Ustaz G.
Ustaz G bawak temang gi lawat sebuah istana lama dekat kampong dia...



Corridor
dia...



Taufiq merenung jauh...



Bapak Mithali, Ustaz G.
Sesi makan malam dan bermesra di sebuah restoran Kuala Terengganu.



Sayang Abi!
Sabor jer Ustaz G weh!



Projek tasbih yg menyibukkan teman sepanjang minggu.



Close-up
.
150 utas tasbih diorder oleh blogger Puan Salina Kadir utk hadiah cenderahati kenduri sepupu dia.
Sesapa nak tempah tunggu 3 bulan lagi yek...



Pepagi Salina dan suami bawok teman makan, Kelate style.
Demo banyak kuih dan penganan.
Ada yg teman tak penah jupe!
Kecek Kelate weh!



Ni gapo dio?
Supo mini murtabak dan laksa.



Kat Ganu Ustaz G bawok temang makang seafood dekat pantai, di restorang erport.
Sedak sungguh makang seafood yang fresh!


Pagi kedua, temang makang meehoong sup.
"Cok lezzet!" kata orang Turki.
Tessekurlar Salina canim ve Ustaz G kardesim!




Tuesday, July 17, 2012

HOMESTAY MOHKEMBARA ISTANBUL UDAH MOLA!

Restoren ikan di Selat Bhosporus, Istanbul.
Kome buleh makan sandwich ikan kat sini!



Assalaamualaikum dan Salam Ceria,

Pe kabor mengkome?

Ni nak bukak citer.
Teman dah mula buat biznes Homestay Mohkembara Istanbul bermola awal November ini, InsyaAllah.
Ni kerana saranan dan cadangan ramai kenkawan yang berminat nak gi lawat Turki atau Istanbul khasnya tanpa melalui package tour. Setelah dipikior masak-masak sampa hangit dan dengan persetujuan Mr T, teman pun dengan rela ati memolakan Homestay Mohkembara Istanbul #1.

Kembara pertama ni melibatkan Istanbul saja sebab jatuh pada bulan November, jadi tak best bawok kome ke Laut Hitam dan ke Kg Deredebi sebab pokok hazelnut tido!


Pekerja di restoren ikan, Istanbul.

Untuk trip pertama ini, hanya dibuka utk kaum Yong sahaja, sebab Mr T tak mandang, dia di Iraq.
Paling kurang 2 orang dan maksima 4 orang. Small group amat santai. Pemandu menyongket teman ler.
Lepak di apartment kuarga Mr T di Basaksehir, Istanbul.
Kos jauh lebih muroh dari package tour.
Bagi Yong-Yong yg berminat nak gi bulan November 2012 sahaja sila email teman utk keterangan lanjut. Yang tak minat datang bulan November, tak yah dulu naa.
Yang bebenor berminat jer email pd: hellibra2@hotmail.com
Sekian terima kasih!



Antara tentative program ikut Homestay Mohkembara ni, teman akan bawok ke pasar tempatan. Kome buleh nikmati suasana pasar deme dan beli baju muroh-muroh!



Di bulan November, dekat masuk winter tu deme mola jual baju tebal-tebal dan baju dari benang bulu.
Beza harga dgn di Malaya memang jauh yaa amat!



Kalau kome suka kekacang yg lebih fresh dari yg dijual kat Malaya, moh kite ke pasar deme!
Hazelnut ada, walnut ada, chestnut ada, pine nut ade, peanut je hampir-hampir takde!



Ni baju dalam...banyak pilihan warna! Di Malaya ada putih, itam dan coklat jer selalunya.



Suka cekelet Turki?
InsyaAllah teman buleh bawok di lorong-lorong tersembunyi...banyak kedei jual cekelet yg pelik-pelik tapi sedap!



Gemor busana Muslimah?
Moh ke pasar ada, di Mall pun ada.
Yang ni dekat jer apartment kami.



Ni fesyen musim bunga tapi bila masuk musim luruh atau sejuk, material deme lagi tebei!



Di bandar, kita naik bas dan tram kome yek!
Kome kena ikut stail teman...menyongket!



Antara destinasi yg kome tentu gemor, Kapali Carsi atau Grand Bazar. Teman akan tunjuk jalan dan kedei di luor Grand Bazar di mana banyak pilihan eksotik dan lebih muroh...



....dari yg terdapat dalam Grand Bazar.
Sini rame pelacong Malaya kene semelih!
Hati-hati kome!



Teman gemor melilau di kedei-kedei dan butik di luor - lebih menarik, pilihan pun banyak!



Selain dari tu, of coz, kita melawat tempat-tempat bersejarah seperti makam-makam...



...mescit-mescit.
Ni laluan bawoh tanah dekat Yeni Cami (Masjid Baru, Eminonu).



Bahagian belakang Yeni Cami.
Filem James Bond terbaru shooting di luor masjid nilah!
Di sini kita berebut dgn orang tempatan dan pelancong asing utk bersolat!



Dan yang patut diziarahi dan melakukan solat di dalamnya - Masjid Biru atau Sultanahmet Mosque.
Itu antara yg teman cadangkan, InsyaAllah, ada lagi.
Email teman segera...first come, first serve!


Hmmmm.
Balik kampong 4 malam.
Dah lama tak ziarah Mak. Alhamdulillah dia sihat.



Pagi tadi balik adik ipor bekalkan pisang minyak dan pisang susu.
Kome kenei dan penah makan pisang susu?
Mana penah!



Sempat teman gi makan kenduri rumoh jiran.
Mak teman bawok basikal.
Ada ler 1/2 km jer jarak rumoh tu.


Mak teman dah 82 tahun lebih, Alhamdulillah masih larat berkayuh, gi surau, ke pekan dan jalan dedekat!


Doyan tak mandang kali ni di kampong kami, baru nak berbunga!
Jadi jamu ler mater kome dgn hidangan Perok ni teman rembat dari FB Anak Jati Perak!


Cicah dgn kicap.
Ikan apa ni kome?