Moh Kite Follow Sesame...

Monday, July 4, 2011

Yahudi Siap Sedia Hadapi BERSIH...errr sori, FLYTILLA!


Sojar 1: Aterrr...tunggu apa lagi Yob, miker debik ler sekali...hingor bebenor Yong nih!

Sojar 2: Teman tak berani woooi. Arahan kata kalau dia paka baju kunin bertulis B-E-R-S-I-H, baru buleh bagi 4-5 round!

Sojar 3: B-E-R-S-I-H tu...amende Yob?

Sojar 1: Mana teman tau...teman bukan reti sangat bahasa Mongolia nih!



Polis Yahudi: Ya Tuhanku...berilah kekuatan padaku untuk menghadapi serangan cocktail-cocktail, dari para pendemo B-E-R-S-I-H, walaupun teman tak tau apa makna perkataan Mongolia ni...


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Pihak polis dan security Yahudi sedang kalut berusaha dan bersiap sedia menghadapi kebanjiran beratus-ratus kemasukan aktivis keamanan pro-Palestin terutama dari Eropah dan Amerika melalui lapangan terobang Ben Guiron Airport di Tel Aviv. Ni ekoran dari halangan pihak gomen Greece dan tentangan regim Yahudi pada flotilla Gaza 2 yang sangkut di pelabuhan di Greece.

"Beratus-ratus orang polis dari berbagai unit sedang berkeliaran cam hyena lapor di lapangan terbang, berjaga-jaga kot ada pelawat tak diundang ni tetiba termuntah minum cocktail di lantai airport!" kata sorang jurucakap polis Yahudi.

Sebab deme tak buleh masuk ikut laut, rama aktivis keamanan ni tukor tiket deme beli tiket kapalterobang dan merancang serbu Tel Aviv melalui udara. Rancangan flotilla ni yang kini dipangge flytilla akan membawa lebih 600 peserta termasuk wanita, kekanak dan lelaki, antaranya 350 rakyat Perancis kerana menyahut seruan 15 pertubuhan Palestin, dan bagi memprotes kekangan kebebasan bergerak ke atas rakyat Palestin.

Deme ni akan mendarat di Tebing Barat pada hari Jumaat 8 haribulan Julai. Tarikh ni sengaja dipilih supaya ada yang sempat beli lagi satu tiket untuk program ramahmesra di sebuah stadium di KL pada 9 haribulan keesokannya.

Menurut salah sorang aktivis ni, kalau gomen negara deme tak peduli dengan penderitaan rakyat Palestin, deme buleh gi Tebing Barat untuk tunjuk sokongan kepada rakyat Palestin yang telah bertahun dikenakan sekatan oleh Yahudi laknatullah!

Ada yang melaporkan, ketibaan aktivis ni dah bermula sejak semalam (rabu) dan terdapat jumlah para security yang agak lebih rama dari hari-hari biasa.

Showdown people!




Sekarang dah masuk musim bunga dan dekat musim panah di Turki. Mesti meriah dan hingor Kampong Deredebi dengan aktiviti menebas dan menabur baja kat perdu pokok hazelnut.

Nilah ladang hazelnut Mr T, yang seluas 10 buah padang bolasepak.



Di pertengahan bulan Ogos, 15-20 orang pekerja keturunan Kurdish akan amik upah koje di ladang kami. Deme mula bekoje dari jam 7 pagi sampai 5 petang. Rehat satu jam untuk makan tengah hari.
Koje memetik hazelnut berjalan lebih korang 3-4 minggu.


Cucu Mr T si-Bahrican (baju putih) dan 2 orang anak Kurdish bergelumang atas hazelnut yang dijemur

Ada tahun kuarga Mr T dapat 17-18 tan dan tahun berikutnya dapat 20-22 tan hazelnut. Lepas pekerja Kurdish abis kontrak, tugas memetik yang belen masih kami lakukan. Masa ni dah mula masuk musim luruh. Waktu ni jugak kami kutip walnut dan chestnut kat tengah ladang atau tepi-tepi utan.



Di musim panah, buah-buahan mula masak ranum - termasuk epal, pear, anggur, buah tin dll. Ni si-Bahrican sedang merangkak kat balkoni rumoh kampong Mr T sambe mak dia memetik buah anggur untuk berbuka posa. Buah anggur kami warna ungu gelap.



Heh heh...meh rehat jap makan-makan. Antara makanan kegemaran teman kat Turki ialah kofte - seakan daging pegedil. Sekali makan teman pongap 7-10 biji!
Teman suka ratah jer...



Yang ni daging dimasak seakan stew - dengan kentang, terung dan bawang, pes tomato; rebus agak lama sikit sampai likat. Memang enak dimakan dengan roti.
Moh kome...

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak Halima...

    haha..dialog Yahudi paling sempoi tu kak.

    mewahnya dengan hazelnut,sampai boleh bergelumang,kat sini sekali beli satu paket kecik je..

    ReplyDelete
  2. AssalamuaLaikum Yong UmmiRoss, Tapi kat Malaysia org dah buat perangai cam Yahudi....tak buleh gi sana, tak buleh pakai warna ni, tak buleh itu ini...ni negara komunis ke apa? Meh bergelumang hazelnut kat Deredebi!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yong

    yahudi pun takut warna kuning.....
    disini kalau pakai warna kuning kena jumpa yeop isa...

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan Hj Rozali, lepas ni Agong dan Sultan pun tak berani pakai kuning kot!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yob Gedek, sinis tu apa...macam komunis...he he...Heh! (ketawa sinis!).

    ReplyDelete
  6. arrayah.info - Demonstrasi Khilafah 2.0 berjaya bukan Bersih 2.0

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yob Abu, InsyaAllah...

    ReplyDelete