Yob fanatik dan teroris Viking
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Bila memola baca laporan pasa pengeboman di Oslo yg dikatakan target utama pejabat PM Norway, dan pembunuhan beramai di Pulau Utoya berdekatan Oslo; teman bimbang yg melakukannya puak-puak yg tak bape betoi di kalangan orang Islam.
2 komen pembaca dalam satkhabor online Turki yang teman baca menuduh orang Islam punya koje.
Eh'eleh, belum apa-apa dah tuduh!
Tapi bila teman surf pelbagai websites larut malam sikit, ianya angkara Anders Behring Breivik ni, asal Norway 100%.
Mengikut profil FB dia, dia sorang penganut Kristian Protestant Sayap-Kanan yang terlampau. Dia dah fed-up dengan gereja Protestan, membenci kepelbagaian budaya di Norway, dan membenci Islam dan penganutnya.
Ater..., pe hal ko gi tembak mengkhinzir-buta 92 orang belia kat pulo tu dan mengebom banguanan?
Bingai!
Teman cilok beberapa imej dari satkhabor UK. Tengok imej teringat trajedi 9 September di New York. Ni kurang sikit havocnya.
Tapi yang mengejutkan ia berlaku di sebuah bandar dan negara yang antara paling aman di donia!
Salah sorang mangsa wanita. Dalam kejadian ni, tak bape ramai yang terkorban setakat ni, sebab banguanan yang dibom masih belum boleh diterokai. Menurut laporan, si Anders ni penah beli 6 tan baja sebab kununnya dia ni ada syarikat pertanian.
Pemandangan yang mengharukan dan diluar dugaan bagi warga Norway. Anders dikatakan mungkin menggunaakan baja ammonium nitrate tu utk buat bom. Kome jangan nak try-try pulak.
Err...kalau kome nak buat bom nuklear teman buleh ajor.
Memola cari plutonium,
pastu polonium,
pas two, three...
Lepas aktiviti pengeboman tu, Yob Anders ni dikatakan gi Pulo Utoya, menyamor dengan paka uniform polis. Kat sana dia gi satu Kem Belia anjuran Parti Buruh. Ni kem tahunan.
Sampai sana dia kabor dia nak tengok keselamatan belia ni sebab baru jap tadi ada kejadian boom-boom kat Oslo (lebih korang 20 km jer).
Bila para belia tu dah berkumpui, dia pun rat-tat-tat-tat!
Bayangkan dia guna machine-gun dan tala kat bebudak tu, umur 14-19 tahun gitu. Yang mati, mati, yang tak sempat mati bertempiaran lari!
Ni selepas 50 minit kejadian tembak-tembak, baru polis datang dari tanah besor.
Ni yang terselamat.
Masa deme terojun dalam laut tu, Yob Anders ni main target praktis lagi. Mana yang sempat nyorok kat hutan banat selamat atau mungkin tak selamat! Tau ler dia ada 45 minit main Rambo-rambo gitu!
Ni ropa yang berjaya lari dan berenang dari orang kurang siuman tu! Si gila tu terus tembak-tembak deme yang dalam ayor ni.
Sib baik ni musim panas, kalau idok, lebih rama yang tak maut kena peluru, mati kena frost-bite atau hyperthermia pulak!
Namun menurut polis, ada beberapa body yang belum dijumpai. Total yang maut kat sini 92 orang setakat ni dari 600 belia yang amik bahagian.
Ni antara mayat-mayat yang berjaya dikutip.
Tak buleh nak agak sekarang ni, kita ingat negara ni aman damai, tapi tu dia aihhh!
Memang Norway ni negara sejuk beku sebahagian besornya tapi darah Viking yang ganah dan panah tu tetap mengalior di kalangan rakyatnya.
Sekorang-korangnya teman rasa lega, kali ni tidak melibatkan penganut Islam. Baru deme tau di kalangan deme pun ada fanatik, fundamentalis dan teroris!
Isyk...isyk...isykkk..., lawor jugak Yob ni. Tall, blond and hensom!
Sapa sangka muka cam ni ada ati yang itam berkarat!
Moh tengok lagi laporan kajicuaca kat sanun. Ni ropa orang di gay Paree! Terojun jer.
Menurut laporan, suhu kat Eropah sekarang antara yang terpanah sejak bertahun-tahun nih!
Sorang Yob di Turki ni, nak membantu dan menyeronokkan kuarga dia, dia bina swimming pool dalam rumoh - di bahagian salon! Salon tu kira livingroomlah.
Dia kata sejak dia bina kolam mandi ditengah rumoh dia, rumoh dia jadi fofuler di kalangan sedara-mara dan jiran tetangga. Tak pulak dikabor ni permanent punya kolam ke.
Tapi teman rasa, abih musim panah terik ni, jadi salon semula kot.
Moh nengok breakfast basic Turki. Mende-mende ni adalah yang wajib dan asas untuk sarapan di Turki - roti, keju-keju, butter, buah zaitun jeruk dan madu.
Yang lain seperti telur, fries, salad adalah menu tambahan. Kalau teman yang masak, teman akan buat menu tambahan. Kalau basic jer, mau bosan weh!
Kalau berziarah rumoh jiran atau kerabat, deme jamu teh dan biskut manis. Cay atau teh deme lazimnya black tea, takde susu tau. Gula boh sendiri. Tapi teh teman selalu cayor sebab tak lalu teman minum teh pekat deme tu.
Meh kome makan beskut nih...
kim salam kat kucing mr.T hehehe
ReplyDeleteWeh!
ReplyDeleteTeringin la nak buat awimming pool dalam rumah.... Mana la aku letak cangkol, ni...?
(kekejaman ada pada semua bangsa)
Assalamualaikum Yob Orlando Dep, nak kabor dlm BM, BI atau Bhsa Turki?
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Gedek,
ReplyDeleteBukan ke Yob dok kat apartment?
Sekarang tak boleh nak kait terorisma dgn org Islam jer, deme pun sama!
Assalamualaikum Kak Halima
ReplyDeleteTak boleh bayangkan ketakutan budak2 remaja tu berdepan dengan teroris viking tu..
mesti besar rumahnya, dapat buat kolam renang lagi, ummiross kolah renang pun takde, hik!
kalau org barat tak celik2 mata lagi tak taulah nak kabor..grrr
ReplyDeleteAssalamualaikum UmmiRoss,
ReplyDeleteTulah dalm 45 minit tu mau terkencin-kencin kena buru. Minta dijauhkan berlaku kat kite.
Kita buleh terus terojun dalam sunga atau laut Yong. Sungai Sarawak kan dekat!
Assalamualaikum Yong Diva,
ReplyDeleteSkrang kalau berlaku bom-bom, deme tak buleh awal2 tuding jari kat kita. Kena siasat dulu.
salam Yong ,
ReplyDeletehaa tu ler ... dok kata islam terrorist , tgk angkara sape dah terbongkar .. org kristian sndiri ! tu ler ghope je lawo tp dalamnye...menakutkan !
wow bestnye swimming pool dlm ghomah tu !
Assalamualaikum Yong Umie Hanie, skrng deme pun tak leh nak kondem org Islam jer, deme sndiri fanatik agama!
ReplyDeleteKita berendam dalam sungai pun Ok dah Yong, sungai deme sejuk, sungai kita Ok.
Kak Lima,
ReplyDeleteseensem ensem Yob Viking tu, masih ternampak dendam kebencian penuh membara kat mata dia tu...takuttt tengok
tapi...siannnya kat budak2 belia tuh...umo baru 14-19...isk...mmg zalimmmmm sgt
salam kak yong
ReplyDeletenampaknya keganasan ni memanglah tak kira agama, cuma bila ada sesuatu kejadian, agama Islam je diperbesarkan, padahal belum tentu lagi.
wah..makanan tu sedap betul.
Assalamualaikum Yong Ina, hensom tak buleh pakai!
ReplyDeleteAssalamualaikum Mz Nina,
ReplyDeletePadan muka, baru deme tau deme pun ada org gila fanatik teroris di kalangan deme!
Makanan utk breakfast yg lazim tu Nina!