Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Moh kite ke Libbbbbyyaaaaaa!
Anak pompuan tunggal Muammar Qaddafi, Aisha, mengakui deme ada buat perhubungan dengan kumpulan penentang bapak dia di Tripoli baru-baru ni. Namun kumpulan penentang yg berpengkalan di Benghazi menekankan takde lagi perhubungan lanjut antara kedua-dua pihak.
Gambor ni diamik masa kemuncak penentangan ke atas Qaddafi.
Dalam wawancara baru-baru ni dengan Television France, Aisha menjelaskan bahawa bapak dia takkan cabut lari walaupun ada waran tangkap oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa.
(Gila khinzir deme ni. Pengganas Serb tu pun deme amik masa lebih 10 tahun nak tangkap...kalau orang Islam cepat jer buat keputusan, harem zadah!)
Aisha memberitahu, hubungan secara langsung dan tak langsung mesti diteruskan untuk memberhenti pertumpahan darah.
Dah lebih 90 ari NATO membelasah Libya.
"Ngapa kome suruh bapak teman pergi...pegi...pegi. Pegi mana? Ni negara dia dan rakyat dia!" Aisha mendengus macam rimo betina.
Aisha turut mengutuk Perancis kerana dalam pengeboman NATO, salah sorang anak dan abang Aisha terbunuh. Perancis yang aktif dalam siri serangan NATO ni didakwa bertanggunjawab. Ni semua sebab Presiden Sarkozy nak hadapi pilihanraya, bentak Aisha.
Siapa Aisha yang jelita ni?
Dia ni satu-satunya anak pompuan Qaddafi, berumur 36 tahun, sorang peguam yang penah membela Saddam Hussein. Dia dikatakan glamer, paka baju made-in-Paris. (So...?)
Dia juga digelor "Claudia Schiffer Africa Utara". Jangan tengok pada luaran kome. Dia ni pangkat besor dalam tentera, nak dekat Jeneral jugaklah. Sekali dia libas dengan Kalashnikov...
Ni gambor terbaru (sebulan dua ni) masa penentangan rakyat bermula. Awat dia paka tudung? Selalu tak bertudung.
Isyyy...kalau nak sokongan rakyat baru nak nampak Islamik sikit.
Inilah anak Gadaffi yang sejak kebelakangan ni jadi high-profile. Dia rama adik-abang lelaki tapi dia pulak paling glamer sekarang. Mungkin sebab dia lantang bersuara membela nama bapak dia yang nampak dah terlekat punggung kat kusi singgahsana. Dah lama daa...
Apa-apa pun nampak sangat kuasa-kuasa barat ni rakus cuba menjatuhkan pemerintah Islam. Masa perang Balkan dulu, beribu-ribu orang Muslim di Yugoslavia jadi seropa mangsa Holocaust di tengah-tengah Eropah.
Tapi Eropah dan US lambat bertindak.
Ingat Srebrenica, ingat...ingat!
Takkan kami lupa kekejaman Serb keatas beribu-ribu lelaki dan budak Muslim Srebrenica disemelih di depan mata pengaman PBB Belanda (tak guna punya askar Belanda, pengecut...pttuuuiiihh!)
Allah berikan rahmatMu pada mangsa-mangsa ni dan laknatkan deme kafirun-kafirun tu!
Amin
Sumber berita dari Today's Zaman. Gambor dari Atuk Google
Abis merampus, layan selera pulak!
Lama teman tak makan ikan goreng. Ikan goreng stail Turki, ikan yang kenit-kenit.
Kalau nak makan, kena ada salad dan dibekalkan dengan lemon. Lemon buleh menghilangkan rasa fishy ikan dan memasamkan salad.
Sebelum makan ikan, makan salad ni dulu. Nilah salad yang paling lumrah kat Turki.
Ikan hamsi goreng.
Digoreng dengan dilumuri tepung jagung kasor. Goreng dengan minyak yang sikit, tutup kuali. Masak sebelah, dibalikkan dan goreng sampai garing!
Hmmm...teman buleh makan sekilo sekali hadap...meh kome!
hehe...bila nk tagih simpati rakyat mula tutup kepala (jambul still keluor...!!!) ye...hmm...apa nk jadi ni...barat mmg suka masuk campur hal2 negara Islam...cpt je dorang ni bertindak kalau nk menjatuhkan pemimpin Islam (tapi ghadaffi ni satu hal, x maw turun takhta dia...bagilah peluang org lain pulak naik takhta...lama sgt dh tu...), pastu bolehlah depa letak pemimpin baru yg boleh bersekutu/bersekongkol/ikut telunjuk depa...kita xkan lupa tu peristiwa kekejaman srebrenica walaupun masa tu I masih lagi kt sekolah menengah!
ReplyDeleteapa la Sarkozy... telo 4 kupang tak boleh beli ke ? hahaha.. Gitu nasib negara2 Islam pada akhir zaman ni yak kak halima.. Mujo Malaysia yang negara islam ni selamat.. Errr.. malaysia negara islam kan kak ??
ReplyDeleteIkan kekenit tu ada beso ikan bilih je ke, Yong? :)
ReplyDeletesalam kak yong kembara :)
ReplyDeleteinilah yg bakal terjadi pada Malaysia kalau rakyat tak ambik iktibar dari kejadian2 mcm ni..
huhu
Assalamualaikum Yon Dragon, bila pemimpin Islam buat perangai cam firaun atau sawan khinzir, nilah jadinya. Moga dijauhkan. Kat Malaysia pun banyak pemimpin yg Islam luaran jer...
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Mad, teluq kat Ferancis banyok yg mangkor tembelang! Malaysia negara Islamlah, tengok nama PM dan nama bini dia cam nama orang Islam!
ReplyDeleteAssalamualaikum KakCik, ikan tu ada besor ibu jari akak tapi panjang sikit lagi. Kalau masak garing buleh telan sekali tulang dia!
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong Diva, meh kita BERSIHkan apa2 yg kotor kat Malaysia nih!
ReplyDeleteAssalamualaikum kak Halima;
ReplyDeleteBarat ni takut dengan orang Islam, selagi berpeluang depa nak tindas, yang keras kepala macam Qaddafi ni lagilah depa nak hapus cepat2.
Makan2 lagi sedap kak..
muka garang la anak gadafi tu yong, musti queen control
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong Ummi, deme tu dengki...dengki! Makan2 memang selalu sedap hikkss!
ReplyDeleteAssalamualaikumm Yob Joni Dep, alaa takkan ketor Yob, miker kan pandai ayat...
ReplyDelete