Moh Kite Follow Sesame...

Monday, July 11, 2011

Protestor Yang Jujur!...Ikan Laut Hitam, Meh!

Protester yang Bersih dan Jujur...huar, huar, huar!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Sama ada mengkome ni dipihak pemBersih atau pengotor, meh rehat jap dari berbaloh pasa demonstrasi Bersih 2.0. Kalau tak puah ati, kita berdemo lagi kendian yek?




Ni apa?

Telur?

Biji?

Kuih semperit?

Cer teka, cer teka...

Hadiah takde!

Ni namanya batu. Batu dari pantai Laut Hitam. Laut Hitam memurid, disebut Karadeniz dalam basa Turki.

(Mentang-mentang teman ni cikgu sementara...)

Ada ler dekat 2 kilo teman kutip mende ni sepanjang teman lepak kat Akcakoca, Karadeniz. Teman boh batu-batu berbagai saiz dalam tin, bawok balik Istanbul dan boh atas rak paling atas lemari baju.
Kalau Mr T nampak, dia tak dulik pun.
"Ni mesti koje 'Mad Malay woman' tu," dia akan kata.
Ha'ah dia gelor teman 'Mad Malay woman'.
Teman bawok balik Malaysia beberapa ketoi je utk hiasan atas meja.



Ni ropa ombak Karadeniz waktu pagi masa ayor pasang.
Menakutkan kalau tengok betoi-betoi.



Aik...ngape mengelewor gambornyer Yong?

Aterrr...gambor dipetik dari dalam bas yang bergerak, gitu ler jadinyer!


Bahrican perasan gangster

Hah ni gambor pantai Laut Hitam masa cuaca agak menawan. Si Bahrican yang dah sekolah Tadika sedang action.

Bandar Akcakoca ni kalau musim bunga dan musim panah dipenuhi para pelancong tempatan dan dari luor. Pantai dia tak secantik pantai kat bahagian Mediterranean Turki tapi asal ada pantai, meriah ler dia.
Pulak tu deme cuti sekolah 3 bulan, happening sungguh.
Kalau nak tengok boya putih bersidai, meh datang sini.
Kalah boya kat channel National Geographic!

Gambor ni diamik masa musim sejuk, tu yang lengang jer!



Antara hasil utama Karadeniz ialah balik atau ikan terutama ikan hamsi. Teman rasa ikan hamsi ni ikan sardin, sebab teman nengok dalam AFC Astro semalam, ada seropa ikan sardin.
Ikan hamsi hanya buleh ditawan dalam musim sejuk; dan diluar musim sejuk, haraaaammm!

Tulah cara gomen Turki nak jaga stock ikan deme. Bukan cam kita, main redah jer. Pastu bisin-bisin kepupusan ikan!



Cara-cara menyiapkan ikan hamsi untuk digoreng

Teman buat entry pasa ikan ni sebab teman kempunan nak makan ikan semenjak dua menjak ni. Kat Bandar Muadzam ni takde ikan yang fresh. Tengok layu semacam jer bila gi pasar Sabtu.
Jadi teman jarang dapat makan ikan.
Kalau kat Shah Alam selalu gak dapat ikan yang agak elok sebab deme dapat ikan dari Klang atau kuala-kuala kat Selangor nun!



Gaul dengan tepung jagung kasor dan garam.
Tu jer.
Pastu letak atas kuali lepior dengan minyak sikit jer.
Tutup dengan penutup ni. Dah masak sebelah, terbalikkan ikan atas penutup tu, pastu baringkan ikan tu semula dalam kuali, masak sebelahnya pulak.
Seeeeehhhhhh!!!!!



Yang ni bukan hamsi, tapi ada sejenis lagi yang agak kenit-kenit gak. Rega hamsi lebih korang RM20 sekilo dan ikan yang atas ni RM28 sekilo. Ikan yang ni lagi sedap.


Dapur di rumoh anak tiri, Akcakoca.

Bila dah masak terus hidang, makan panas-panas...errr sebenornyer ratah panas-panas.

Teman buleh ratah 15 ekor sekali hadap!



Ada masa teman rindu nak makan nasi Melayu. Pepanda teman buat samba ikan bilis.
Kalau kat Istanbul, teman kena tengok cuaca dulu. Kalau cuaca sejuk, tingkap jiran bergedup, baru teman berani masak lauk Melayu. Bukan apa, takut bau yang power ganggu jiran. Berdosa menyakitkan ati jiran, ye dak?

Teman guna beras basmati buat nasi lemak, lawan dengan sambal bilis dan telur goreng, dan timun, cili ijo dan bawang mentoh colek kicap. Masa ni Mr T koje kat Iraq. Suka ati teman main masak-masak!



Tapi lazimnya, menu harian teman ikut selera semasa, bermakna daging atau sosej, kentang dan salad. Ni pun ikut suka ati teman.
Meh kome rasa sorang sikit....

Saturday, July 9, 2011

Nah Ni Demo Yang BERSIH dan Aman Sebab Polis Bertamadun!!

Polis di Turki elok jer escort pendemo. Gambor diamik di Zonguldak, Laut Hitam, Januari 2011.


Assalamualaikum dan Salam Aman,

Teman takde mood nak tulis panjang-panjang sebab nak layan website fasal laporan demo BERSIH di KL siang tadi.

Just nak buat perbandingan antara demo di Malaysia dan di Turki yang teman tengok dalam bulan Januari 2011.

Buleh dikatakan tiap ari ada demo kat Turki, dibuat oleh pelbagai pihak. Ada yang aman ada yang agak tak aman. Baling-baling molotov, batu, gas pemedih ada tapi tak selalu. Kalau deme berarak secara aman, no problem, polis tak kacau pun, siap jalan sesama lagi!

Ahhh layan jer gambor-gambor ni yek...teman nak surf baca blog politik nih!



Sambe berarak deme melaung-laung slogan, menyanyi dan bersiul-siul. Takde jalan diblock atau kedai tutup.



Elok jer deme berarak. Polis tak kaco sebab deme nak berarak jer sambe melaung-laung. Jalan pun tak sesak, takde jem.

So apa masalahnya kat Malaysia ni?

Mungkin teman akan dok Turki lebih lama lagi next trip. Kat Malaysia dah rasa cam dok negara kominis!

Mana tau camne negara kominis?

Sebab teman penah gi sebuah negara kominis...merasalah jugak keadaan bila pergerakan rakyat disekat, dihalang dan dipantau!

Mana pulak passport teman nih...

Monday, July 4, 2011

Yahudi Siap Sedia Hadapi BERSIH...errr sori, FLYTILLA!


Sojar 1: Aterrr...tunggu apa lagi Yob, miker debik ler sekali...hingor bebenor Yong nih!

Sojar 2: Teman tak berani woooi. Arahan kata kalau dia paka baju kunin bertulis B-E-R-S-I-H, baru buleh bagi 4-5 round!

Sojar 3: B-E-R-S-I-H tu...amende Yob?

Sojar 1: Mana teman tau...teman bukan reti sangat bahasa Mongolia nih!



Polis Yahudi: Ya Tuhanku...berilah kekuatan padaku untuk menghadapi serangan cocktail-cocktail, dari para pendemo B-E-R-S-I-H, walaupun teman tak tau apa makna perkataan Mongolia ni...


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Pihak polis dan security Yahudi sedang kalut berusaha dan bersiap sedia menghadapi kebanjiran beratus-ratus kemasukan aktivis keamanan pro-Palestin terutama dari Eropah dan Amerika melalui lapangan terobang Ben Guiron Airport di Tel Aviv. Ni ekoran dari halangan pihak gomen Greece dan tentangan regim Yahudi pada flotilla Gaza 2 yang sangkut di pelabuhan di Greece.

"Beratus-ratus orang polis dari berbagai unit sedang berkeliaran cam hyena lapor di lapangan terbang, berjaga-jaga kot ada pelawat tak diundang ni tetiba termuntah minum cocktail di lantai airport!" kata sorang jurucakap polis Yahudi.

Sebab deme tak buleh masuk ikut laut, rama aktivis keamanan ni tukor tiket deme beli tiket kapalterobang dan merancang serbu Tel Aviv melalui udara. Rancangan flotilla ni yang kini dipangge flytilla akan membawa lebih 600 peserta termasuk wanita, kekanak dan lelaki, antaranya 350 rakyat Perancis kerana menyahut seruan 15 pertubuhan Palestin, dan bagi memprotes kekangan kebebasan bergerak ke atas rakyat Palestin.

Deme ni akan mendarat di Tebing Barat pada hari Jumaat 8 haribulan Julai. Tarikh ni sengaja dipilih supaya ada yang sempat beli lagi satu tiket untuk program ramahmesra di sebuah stadium di KL pada 9 haribulan keesokannya.

Menurut salah sorang aktivis ni, kalau gomen negara deme tak peduli dengan penderitaan rakyat Palestin, deme buleh gi Tebing Barat untuk tunjuk sokongan kepada rakyat Palestin yang telah bertahun dikenakan sekatan oleh Yahudi laknatullah!

Ada yang melaporkan, ketibaan aktivis ni dah bermula sejak semalam (rabu) dan terdapat jumlah para security yang agak lebih rama dari hari-hari biasa.

Showdown people!




Sekarang dah masuk musim bunga dan dekat musim panah di Turki. Mesti meriah dan hingor Kampong Deredebi dengan aktiviti menebas dan menabur baja kat perdu pokok hazelnut.

Nilah ladang hazelnut Mr T, yang seluas 10 buah padang bolasepak.



Di pertengahan bulan Ogos, 15-20 orang pekerja keturunan Kurdish akan amik upah koje di ladang kami. Deme mula bekoje dari jam 7 pagi sampai 5 petang. Rehat satu jam untuk makan tengah hari.
Koje memetik hazelnut berjalan lebih korang 3-4 minggu.


Cucu Mr T si-Bahrican (baju putih) dan 2 orang anak Kurdish bergelumang atas hazelnut yang dijemur

Ada tahun kuarga Mr T dapat 17-18 tan dan tahun berikutnya dapat 20-22 tan hazelnut. Lepas pekerja Kurdish abis kontrak, tugas memetik yang belen masih kami lakukan. Masa ni dah mula masuk musim luruh. Waktu ni jugak kami kutip walnut dan chestnut kat tengah ladang atau tepi-tepi utan.



Di musim panah, buah-buahan mula masak ranum - termasuk epal, pear, anggur, buah tin dll. Ni si-Bahrican sedang merangkak kat balkoni rumoh kampong Mr T sambe mak dia memetik buah anggur untuk berbuka posa. Buah anggur kami warna ungu gelap.



Heh heh...meh rehat jap makan-makan. Antara makanan kegemaran teman kat Turki ialah kofte - seakan daging pegedil. Sekali makan teman pongap 7-10 biji!
Teman suka ratah jer...



Yang ni daging dimasak seakan stew - dengan kentang, terung dan bawang, pes tomato; rebus agak lama sikit sampai likat. Memang enak dimakan dengan roti.
Moh kome...

Saturday, July 2, 2011

Qaddafi's Angels!!!


Ladies and Gentlemen...anouncing the arrival of His Excellency Colonel Muammer Qaddafi of the Republic of Libyaaaa and his gang of....Qaddafi's Angelssssss!!!!!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Berita terkini menyebut Muammer Qaddafi mengugut akan menyerang setiap "rumah, pejabat, keluarga" di Eropah kalau tentera NATO tak berentikan serangan ke atas regim beliau di Libya.

Beliau menyampaikan mesejnya melalui mesej audio yg dimainkan di hadapan beribu penyokongnya di sebuah dataran di Tripoli.

Ni meropakan salah satu himpunan yg terbesar di Tripoli dalam beberapa minggu ni, memberi petanda yg beliau masih mampu menarik ramai penyokongnya. Tapi kat mana kedudukan beliau, hanya Allah yg tau...selain dari bodyguard-bodyguard dia!

Bercakap pasa bodyguard, Qaddafi ni amat unik dan eccentric. Dia tak main Men-in-Black with shade punya Mamat!

Mengkome...presenting...Qaddafi and His Angels!!!



Selepas jer dia berjaya menggulingkan raja Libya, Qaddafi memulakan revolusi dia dalam berbagai bidang. Antaranya menggalakkan wanita dalam berbagai sektor termasuk ketenteraan.



Gi memana, Qaddafi dikepit kiri-kanan oleh sekumpulan komando dari kaum Hawa.

Qaddafi: Hah...kat donia lagi aku dah dikelilingi oleh bidadari yang jelita! Kome apa ada?



Don't paly-play with this one ya.
..koje dia bukak pintu keta!
Lawor gak Yong nih.



Hah yang ni lagi cute!
Rambut panjang mengurai cam rambut Yob Gedek.

(Err...Yob Ustaz Terbarai, yang ni OK tak, buat koleksi?)



Laa...sejak bila Oprah Winfrey koje part-time dengan Qaddafi ni?
Teman tabik dengan Qaddafi ni sejak dulu lagi. Bukan jer dia ni eccentric dan maverick, tapi unik...whatever that means...ha ha!



Soklan teka-tikam: Kenapa PM Italy Silvio Berlusconi mata keranjang tu nampak ceria?

Jawaban: Dia ingat nak himpit bidadari belakang Qaddafi tu malam ni!

Eerr...tak payah tunggu malam kalau dengan playboy ni. Masa Qaddafi gi toilet dia akan ayat angel ni "Je'taime...je'taime, ma petit!"

(Pastu kalau kome dengor suara mengerang-ngerang tu...err itu suara PM Berlusconi kesakitan, anu dia kena penendang bidadari tu...patah dua!)



Teman rasa projek yang kat atas tak berjaya. Lawatan selanjutnya, Qaddafi bawak yang lebih cengih. Sikit punya jeling angel ni kat PM Italy yang femes kerana tak reti katup seluor dia ni.

Gambor-gambor dari Google.



Errr...tak elok teman selalu buat entry yang agok x-rated ni.
Moh nyongket dengan teman di kejiranan teman di Basaksehir masa musim dingin awal tahun ni. Ater sekarang panah bebenor kat Malaysia ni. Punyalah panah mata berpinor-pinor...tengok sana Kunin, tengok sini meroh. Entah bila nak kena BERSIH!

Hah ni blok apartment Mr T...yang kaler biru tu. Masa ni blok kami tengah ditambahpulih untuk buat insulation yang lebih baik.




Ni ropa laman kami masa teman intai dari balkon satu pagi. Semalaman salji turun tak renti-renti, abis parking lot dilitupi salji halus. Salji halus cam debu cam ni tak guna. Tak buleh buat snowman.



Hari berikutnya dan sampai ke malam, turun pulak salji yang berbintang. Agak lebat. Salji flake ni baru best buat snowman atau bebola!
Esoknya, Ertugrul, cucu sulung Mr T tolong membersihkan keta atok dia. Mr T tak ke ofis 4-5 ari sebab jalan licin dan ofis dia sejuk. Dia buat koje online jer.



Hari ketiga salji turun dan berhenti. Kebetulan cuti sekolah 15 ari. Apa lagi kekanak di taman kami berendam dan berguling sehari suntuk! Mak-mak deme pun tumpang bergumbira. Teman main gelonsor memalam sebab segan kunun...


Ertugrul main gelonsor guna papan kayu. Kebetulan kat blok ni, jalan dia mencuram...memang sesuai bebenor main gelonsor.



Anak-anak jiran berlonggok dok atas salji. Yang teman nampak bebudak bawah 12 tahun jer. Yang remaja tak tau deme buat apa masa ni. Mungkin deme tak heran. Sekali sekali teman nampak yang remaja main perang-perang bola salji tapi lazimnya deme main tempat lapang.



Kawasan taman tak jauh dari masjid baru kami. Agak payah nak bergerak masa salji dijalan belum ditolak oleh trak majlis perbandaran. Kalau teman bosan, teman tetap keluor gi kedai atau supermarket sebab nak exercise.
Mr T lebih suka dok rumoh kalau sejuk-sejuk begini. Kalau teman kata nak "jalan-jalan" ke kedai berdekatan, memang dia galakkan tapi nak gi nyongket Istanbul dia tak bagi sebab sejuk sangat.

Dok rumoh buat apa?

Makan dan tengok TV. Nasib baik deme ada 500 channel percuma dari seluruh donia! Sekali dua kala teman klik-klik gak TV Libya. Memang meriah rakyat deme nyambut Qaddafi ni. Eh..eh tak abih ke lagi citer Qaddafi ni? Sori eh...



Nampak keta-keta yang tersadai tak bergerak. Mungkin deme cuti masa ni atau tunggu trak clear jalan. Taman kami ni berbukit, kalau keta bergerak nanti menggelonsor...brake pun tak guna.



Masa musim sesejuk gini memang teman kreatif dalam bab-bab masak. Selalu ler teman masak daging atau ayam dengan satnika salad. Musim sejuk harga sayuran mahal sikit dari selalu tapi sebab teman selalu makan sorang, sayur yang sikit teman pelbagaikan jadi buleh digunakan berhari-hari. Kena panda mengadun ler kome.

Menu teman satu tengah hari masa Mr T kat ofis : Seketoi ayam, salad timun dan marun, kentang dan bawang goreng, dan tomato ditempek mayonis biji sawi.
Meh kome merasa sorang sikit...

Friday, July 1, 2011

"Sarkozy Takde Telur!" - Aisha Qaddafi.



Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Moh kite ke Libbbbbyyaaaaaa!

Anak pompuan tunggal Muammar Qaddafi, Aisha, mengakui deme ada buat perhubungan dengan kumpulan penentang bapak dia di Tripoli baru-baru ni. Namun kumpulan penentang yg berpengkalan di Benghazi menekankan takde lagi perhubungan lanjut antara kedua-dua pihak.



Gambor ni diamik masa kemuncak penentangan ke atas Qaddafi.
Dalam wawancara baru-baru ni dengan Television France, Aisha menjelaskan bahawa bapak dia takkan cabut lari walaupun ada waran tangkap oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa.
(Gila khinzir deme ni. Pengganas Serb tu pun deme amik masa lebih 10 tahun nak tangkap...kalau orang Islam cepat jer buat keputusan, harem zadah!)



Aisha memberitahu, hubungan secara langsung dan tak langsung mesti diteruskan untuk memberhenti pertumpahan darah.
Dah lebih 90 ari NATO membelasah Libya.
"Ngapa kome suruh bapak teman pergi...pegi...pegi. Pegi mana? Ni negara dia dan rakyat dia!" Aisha mendengus macam rimo betina.

Aisha turut mengutuk Perancis kerana dalam pengeboman NATO, salah sorang anak dan abang Aisha terbunuh. Perancis yang aktif dalam siri serangan NATO ni didakwa bertanggunjawab. Ni semua sebab Presiden Sarkozy nak hadapi pilihanraya, bentak Aisha.



Siapa Aisha yang jelita ni?

Dia ni satu-satunya anak pompuan Qaddafi, berumur 36 tahun, sorang peguam yang penah membela Saddam Hussein. Dia dikatakan glamer, paka baju made-in-Paris. (So...?)

Dia juga digelor "Claudia Schiffer Africa Utara". Jangan tengok pada luaran kome. Dia ni pangkat besor dalam tentera, nak dekat Jeneral jugaklah. Sekali dia libas dengan Kalashnikov...



Ni gambor terbaru (sebulan dua ni) masa penentangan rakyat bermula. Awat dia paka tudung? Selalu tak bertudung.
Isyyy...kalau nak sokongan rakyat baru nak nampak Islamik sikit.



Inilah anak Gadaffi yang sejak kebelakangan ni jadi high-profile. Dia rama adik-abang lelaki tapi dia pulak paling glamer sekarang. Mungkin sebab dia lantang bersuara membela nama bapak dia yang nampak dah terlekat punggung kat kusi singgahsana. Dah lama daa...

Apa-apa pun nampak sangat kuasa-kuasa barat ni rakus cuba menjatuhkan pemerintah Islam. Masa perang Balkan dulu, beribu-ribu orang Muslim di Yugoslavia jadi seropa mangsa Holocaust di tengah-tengah Eropah.
Tapi Eropah dan US lambat bertindak.

Ingat Srebrenica, ingat...ingat!

Takkan kami lupa kekejaman Serb keatas beribu-ribu lelaki dan budak Muslim Srebrenica disemelih di depan mata pengaman PBB Belanda (tak guna punya askar Belanda, pengecut...pttuuuiiihh!)

Allah berikan rahmatMu pada mangsa-mangsa ni dan laknatkan deme kafirun-kafirun tu!
Amin

Sumber berita dari Today's Zaman. Gambor dari Atuk Google



Abis merampus, layan selera pulak!
Lama teman tak makan ikan goreng. Ikan goreng stail Turki, ikan yang kenit-kenit.



Kalau nak makan, kena ada salad dan dibekalkan dengan lemon. Lemon buleh menghilangkan rasa fishy ikan dan memasamkan salad.



Sebelum makan ikan, makan salad ni dulu. Nilah salad yang paling lumrah kat Turki.



Ikan hamsi goreng.

Digoreng dengan dilumuri tepung jagung kasor. Goreng dengan minyak yang sikit, tutup kuali. Masak sebelah, dibalikkan dan goreng sampai garing!

Hmmm...teman buleh makan sekilo sekali hadap...meh kome!