
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Nilah ropa rumoh arwah Osama bin Laden semasa beliau diassasinate oleh kumpulan komando SEAL Amerika baru-baru ni. Makin rama pelawat datang ngintai rumoh ni termasuk wartawan asing. Khabar angin mengatakan rumoh ni mungkin akan diletupkan kerana bimbang akan dijadikan 'makam' atau 'tarikan pelancong'.
Kalau kat Malaysia, rumoh Osama ni sure jadi tempat orang menurun nombor ekor, dan kemungkinan jadi tempat Uncle Seeker buru 'para-normal' dia.
Apa-apalah Uncle!
Namun ni belum ada kepastian sama ada rumoh ini akan dimusnahkan. Yang pasti, bandar ni dah jadi femes!

Entry ni sambungan entry 22hb Januari 2011 tau.
Peta Turki menunjukkan kedudukan wilayah Duzce dan bandar Duzce. Jarak dengan Istanbul lebih kurang 3 jam drive. Sinilah terletaknya bandar Akcakoca Dari Akcakoca ke Duzce lebih korang 25 minit. Imej teman pow dari Google.

Ni bangunan Majlis Perbandaran Duzce.
Nampak baru sangat binaannya. Duzce merupakan wilayah di Laut Hitam dan antara bandar dia termasuk bandar Duzce dan Akcakoca. Bandar Duzce ni kira 'ibu negeri' wilayah Duzce. Jumlah penduduk bandar Duzce saja lebih 340,000 orang sekarang.

Kalau gambor ni gelap, memang pun masa dirakam suasana gelap dan sejuk. Teman dan adik ipor Mr T, si Nevin ni, merungut, "Soguk...soguk!" (Sejuk, sejuk!).
Kami bertolak dari bandar Akcakoca pepagi tadi. Bila sampai ke bandar Duzce, cuaca nampak gelap dan suhu lebih rendah dari Akcakoca, 3-4 Celsius gitu. Teman rasa cam tak cukup lapis baju yg teman paka!

Wilayah Duzce dulu (sebelum 1999) berada dalam wilayah Bolu. Selepas gempa bumi yg agak dahsyat tahun tu, ia kuar dr Bolu dan menubuhkan wilayah ia sendiri.
Di Turki, Duzce dikenali sebagai United nations of Turkey kerana kepelbagaian kaum di dalamnya termasuk bangsa Turk, Circassian, Abkhazian, Chevneburi, Laz, Roma (Gipsi) dan imigran dari negara-negara Balkan, dan akhir-akhir ni kaum Kurdish dan Zazas.
Zaman dedulu ni wilayah jajahan orang Roman. Terdapat beberapa tinggalan bangsa Roman ni tapi teman tak tau kat ner.
Teman kata kat Nevin nak nyongket ke bandar Duzce (naik bas dari Akcakoca), tapi dia pulak nak temankan. Dia kabor mak dia teman nak nyongket, mak dia nasihatkan jangan biorkan teman jalan sensorang. Gitu ler deme jaga kita, riso deme bila dengor kita nak jalan sorang-sorang!

Shoppers dari kalangan penduduk Duzce. Saiz bandar Duzce ni buleh teman samakan dengan bandar Kelang kot, gitu ler. Tapi di pinggir bandar lagi cantik sebab Duzce dikelilingi dengan utan, ladang hazelnut, kampong-kampong yg cantik, pokok buah-buahan, sungai dll.

Ada gedung beli-belah baru seperti LC Waikiki dan gedung local. Teman suka gedung local yg jual barangan dan hasil tempatan.

Bila ujung minggu, rama remaja ukur bandar. Deme suka lepak kat taman dan pusat beli-belah. Bila teman hala handphone ke arah deme, tergamam deme dan cuba elak.

Tujuan utama teman ialah cari baju sejuk. Dahlah masa tu teman dah terketor-ketor sejuk, memang kena cari baju sejuk, walaupun teman dah paka kot yg tebal. Bahagian dalam teman paka cardigan jer.
Dari gedung ni teman beli 3 baju bulu - yg kelabu ni berharga RM11 jer. Teman beli selai utk menantu Nevin, Pinar. Baju sejuk sini semua buatan kilang, jadi muroh ler.

Teman rembat selai utk teman - werne putih dan ungu - sebab teman dah sejuk benor masa tu. Rega dia lebih korang RM25.

Lagi selai untuk teman, rega RM11. Actually teman rembat 3 lai, lagi dua lai bagi kat adik ipor dan anak sedara kat Perok. Ntah ke mana ler deme nak bergaye dgn sarung ni. Teman kata sarung sebab pakai sarung jer dan ia tak tebal pun, ada lubang-lubang pulak, buleh paka diluar baju blaus ke gitu...

Baju sejuk teman dari Duzce. Sekarang dok kat dalam lemari baju di Istanbul. Wat pe teman nak hangkut balik ke Shah Alam?
InsyaAllah buleh dipaka lagi next winter season...

Dah beli baju sejuk, kami nyongket usyar bazaar pulak. Walaupun dah masuk musim dingin, buah-buahan banyak kat kedai buah, tak tau mai dari mana. Tapi kebanyakannya yg ditanam komersial. Kalau nak cari buah kampong, kena pegi pasar tani.

Turki femes dgn tudung. Haa antara contoh skaf Turki. Tiap tahun akan kuar design dan pattern baru. Yang kain kapas berbunga-bunga rega antara RM4-6 selai, kaum pompuan akan beli dan kait renda kat tepi dia. Yang jenis kain licin pun ada, harga antara RM10-RM15 selai. Kalau nak yg mahal kain dari jenis sutera dan lazimnya dijual di gedung atau kedai yg lebih 'upmarket'. Harga skaf sutera antara RM60-RM200 selai, ikut design dan jenama.

Ni sebagian dari peralatan untuk hantaran bertunang dan kawin. Dalam pertunangan org Turki, deme idok ler antor banyak hantaran berbentuk hadiah sebab deme bagi barangan kemas pada pengantin pompuan.

Kedai menjual pakaian masa berinai. Ni kira pakaian tradisional. Ni untuk sewa jer, sapa nak simpan baju ni lepas majlis berinai kan?

Lepas pusing 2 jam, teman jadi lapor. Biasa ler cam kat Malaysia teman mesti cari makan pas ronda 1 jam. Nevin keberatan nak makan atau masuk restoran. Dia tak penah makan kat restoran weh!
Teman pujuk gak dan kata teman lapor. Dia kata makan kat rumoh adik dia masa balik nanti. Teman kata nak makan sikit gak.
Teman order sorang sekeping lamahcun dan cay panas. Sesejuk sedap makan dan minum dgn cay panas.

Nilah lamahcun dan cay. Lamahcun ni pizza kulit nipis. Rangup dan sedap dimakan masa panas. Cukuplah untuk alas perut sebelum gi rumoh adik Nevin untuk makan tengah hari. Untuk kisah ziarah teman dan makan tengah hari di rumoh adik Nevin, gi ke entry bulan Januari 22 hb Januari 2011 ya.

Ni lagi satu contoh lamahcun tapi saiz regular. Ni teman order kat sebuah restoren di Eregli. Makan sorang tak abis, jadi teman bungkuih dan bagi kat kucing dan burung camar kat esplanade. Patut ler kucing kat bandar Eregli gebu-gebu jer.
Meh makan lamahcun kome!P.S Cikgu Humairi dan Yong Dangarumbia, meh nama dan alamat penuh, nanti nak antor herba oregano.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semalam polis eskot rombongan PM Erdogan telah diserang oleh kumpulan pengganas. Sorang anggota polis terbunuh dan 2 orang cedera bila kumpulan bersenjata yg tidak dikenali menembak kereta peronda polis yg mengiringi bas para wartawan yg mengikuti kempen pilihanraya Erdogan di Kastamonu.
Alhamdulillah Erdogan selamat sebab lepas berucap di Kastamonu tu, dia naik kopter ke daerah lain pulak. Menurut NTV, pihak pengganas telah melontar grenade ke arah kereta pengiring polis tu dan ianya ditala pulak dengan tembakan mesin gun bila keta tu terbakor!
Isyyy...jadi ahli politik kat Turki ni bahaya. Bukan jer PM dan menteri kabinet dia buleh jadi target, yang jadi ketua pembangkang pun dikawal rapi cam perdana menteri; begitu juga ahli parlimen dan datuk bandar! Memasing ada bodyguards dan bawok pistol!
Sumber berita dan gambor dari Today's Zaman

Ok, moh tinggakan berita violent dan gory ni. Tak abih-abis kisah bunuh dan assasination...sakit ati. Kalau Osama dah dibunuh, bior ler. Kita ucapkan takziah dan hadiah Al-Fatihah. Sama ada dia pengganas atau bukan, itu Tuhan jer yang tau. Tapi cara USA masuk Pakistan dan buat sendiri-sendiri, memang kuang ajor!
Untuk menyejukkan suasana, meh tengok gambor kekanak. Kalau kome tak sejuk gak, tak tau ler.
Teman lepak kat rumoh Ilker di bandar Akcakoca, Laut Hitam, masa musim dingin baru ni. Banyak gambor anak sulung dia si Mursel teman amik. Ni Mursel dengan sepupu dia. Nama dia teman lupa.

Mari ikut teman gi tengok pasar tani di pinggir bandar Akcakoca. Kecik jer pasar ni, tiap ari jumaat, dibuat tak jauh dari esplanade ni, dekat sebuah masjid.

Ni bas Majlis Perbandaran Akcakoca, tapi tempat pasar tani ni tak jauh dari apartment Ilker, 1/2 km jer, jadi teman jalan kaki. Pusat bandar dia lebih korang 2.5 Km; kalau malas baru teman naik bas. Tapi lazimnya teman jalan kaki sebab bila lalu sepanjang tepi laut dengan suhu yang nyaman, rugi ler naik bas.

Pasar tani ni kebayakan penjualnya pompuan kampong. Deme jual hasil kampong yang deme tanam atau buat sendiri atau yang dipetik (seperti buah-buahan, kekacang, herba dll) di keliling rumoh atau kampong deme.
Ni Ablah yg sedang jual sayor, kacang walnut, dan keju kampong rasanya...

Yang ni Ablah (kakak) jual sayur salad marun; daun anggur yg dah direbus untuk buat dolma nasi; hazelnut dan jagung dalam plastik tu; buah epal yang gerenti dari laman rumoh dia dan susu lembu segor dalam botoi. Sah-sah ni hasil kampong dia!
Sejambak marun tu mau RM3 jer; buah epal sekilo RM2-RM3. Salad deme tu besor-besor...

Jualan dari Ablah ni jenis kekacang pulak dan herba seperti mint dan oregano. Herba kerin deme muroh bebenor. Untuk RM4 kome buleh dapat dekat setengah kilo. Kat supermarket kita, sebotoi oregano dari Itali seberat 30 gram mau kena bayor RM8!
Tu sebab teman hangkut balik dekat 1/2 kilo ke Shah Alam, sebab teman suka tabur dalam salad, sup, kuah spegeti, kentang goreng, buat marinate lambchops dan memacam lagi kome.
Sapa nak 30 gram oregano Turki teman, angkat tangan!
Sapa memola angkat tangan, dia dapat!
Tapi mungkin teman antor lambat sikit, sebab teman mungkin lepak kat Pahang ni berbulan kome. Tak pe, herba tak basi walaupun berbulan-bulan dan setahun pun.

Ablah ni pulak specialised dalam pelbagai makarna (pasta) dan hasil yang dibuat dari tepung. Makarna Turki dia pendek-pendek 2-3 cm panjang. Kalau deme nak makan yang panjang atau yg berlubang seperti penne, tagiatelle, vermecelli, makaroni, shell, deme beli kat kedai.
Walnut yg dikutip dari pokok utan atau yg tumbuh di keliling kampong turut dijual selain hazelnut. Susu lembu fresh pun ada. Memang barang organik kome!

Teman idok penah tengok mende kaler-kaler ni kome. Dibuat dari tepung dan di potong kekecik dan dijemur. Deme guna ni untuk dijadikan bahan thickening untuk buat sup. Selain dari tu, home-baked roti pun ada!

Yang ni bukan hasil kampong Laut Hitam. Ni dijual oleh peniaga ptofesional. Buah zaitun tumbuh di wilayah Mediterranean Turki di wilayah Laut Aegean. Kawasan ni tak jauh dari Greece dan dulunya ada kawasan kat sini kome kenali sebagai Sparta dan Troy, cam dalam citer Troy tu. Tapi kedua-dua kawasan ni sekarang tertakluk dalam Republik Turki dan dipanggil Isparta dan Troiya.
Wilayah Laut Aegean ni banyak hasilkan buah zaitun yg dijeruk dan of coz...minyak zaitun!

Pas penat nyongket kat pasar tani tu, meh makan hurma (pisang kaki) yang Pinar peram kat balkon deme. Pisang kaki ni tak diperam dalam beras atau bawah katil cam kita peram buah ciku atau pisang, tapi dibior bersejuk dan berpanas di luor tingkap kat balkon.
Bila dah elok ranum, waaaahh...berlendior jer...manis dan juicy kome!

Seperti yang teman labun sebelum ni, kalau dok rumoh Ilker, teman banyak makan sayur, salad, kekacang...err vegetarian ler.
Ni salah satu menu lazim deme - cili ijo dan tomato ditumis. Makan dengan roti. Tapi cili deme tak pedas, rasa cam makan sayur goreng biasa jer.

Masa dok rumoh Ilker dan Pinar ni teman sempat rakam cara buat dolma cili capsicum. Ari ni kome nengok jer yg dah siap yek. Meh makan dolma biber kome... (biber tu cili)!

Assalamualaikum dan Salam Hormat,Teman tengah lepak di Pahang ni. Bersuka ati dan nyongket sana-sini dengan kawan/ex-housemate/ex-coursemate. So who cares about the Navy SEAL SOBs yang berjaya membunuh Osama, sama ada betoi atau tidak, we can do nothing. Gomen so-called negara-negara Islam pun tak buat apa-apa, so apa kita buleh buat?
Kalau buat demo, kang kena ujan asid. Cakap pun tak guna!Baik tengok makan-makan dan jalan-jalan...ati tak sakit!Ni gambor-gambor breakfast dan dinner teman kat Shah Alam minggu lepas. 
Beli 5 biji whole-meal buns, sapu butter dari susu Kara Kiz di Kg Derdebi; hias dengan sucuk (salami) teman beli kat Istanbul; dan layer dengan 2 jenis keju Turki; dan tabur dengan cabai serbuk dan oregano Turki!
Untuk dinner pun teman buat resepi yang sama. Tapi teman tambah jugak dengan cendawan Shitake yang teman tumis dengan bawang merah, bawang putih dan guna minyak zaitun. Kalau tumis dengan minyak lain tak menjadi weh, tak bape sedap maksud teman. Nak kena minyak zeytin jugak!
Bagi pedas teman boh cabai serbuk dan oregano Turki. Mak oiii...sodap bonar! Mr T tersedak ayor teh pun teman tak dengor...sebab dia kat Istanbul!Bila kuarkan dari oven...mak oiii tengok keju tu cayor meleleh...tak tunggu sejuk, terus ngap masa panas-panas lagi kome!Moh Nyongket Dengan Mursel Part III
Pas sesi mengaji dan marhaban...ropanya ada bacaan marhaban untuk sorang baby pompuan. Sambil menyanyi tu ada yang menangis, amat terharu mengenangkan kisah Rasulullah SAW. Ni kali kedua teman nengok orang Turki bermarhaban dan selalu ler deme ni menangis bila melagukan kisah Rasulullah SAW dan tatkala menasihati baby tu. Sama cam kita buat majlis cukur tapi deme tak cukur pala baby tu dan berbuai, cuma bermarhaban jer.
Pas jamuan ringan, kami pun mula amik dan paka baju kot dan muffler satnika, dan ucap selamat tinggal pada tuan rumah. Berpeluk cium dan berdakap dengan semua orang.
Bila teman dan parti teman dah beredar, teman toleh belakang; ada lagi teyze/yengge dan ablah yang masih melangut kat depan pintu pot-pet, pot-pet. Biasa ler...
Teman, Pinar, mak dia dan Mursel menurun jalan bukit tu perlahan-lahan. Teman suka usyar keliling kampong nengok rumoh, kebun sayor, ladang dan pokok-pokok yang tumbuh keliling kampong. Sebab ni musim dingin, pokok-pokok buah semua tido dan botak!
Salah sebuah rumoh jiran.
Ni mesti sebatang pokok buah, rasa teman pokok epal.
Lagi rumoh jiran dengan pokok yang berjurai. Teman tak tau ni pokok apa. Bayang teman pun ada tu!
Sekor inek sedak meragut rumput.
Walaupun sejuk tapi kering...ujan tak turun lama dah. Kalau suhu jatuh bawah 0 C, banyak gak salji kat sini.
Ooo...ni ropanya pokok hurma (pisang kaki). Buah hurma deme ni lebih sedap dari yang ada jual kat supermarket kita. Ni buah yang terbior, tak der sapa nak petik...nanti dia jatuh dan busuk.
Menapak 3 beranak ni perlahan-lahan ke arah bandar Akcakoca. Di kiri kanan ladang hazelnut orang kampung. Hari ni program yang seronok dan bermanfaat untuk kami. Mursel sangat baik, tak meragam sikit pun.
Balik rumoh, minum susu. Tapi dia ni nyusu badan mak dia selalunya. Selain dari susu fresh...
Mursel akan membesor dengan yoghurt dari lembu opah dia, Nevin, yang peroh tetek si Fistig pagi dan petang...
...sayur jeruk di musim luruh dan dingin seperti timun kenit dari kebun opah dia...
...salad marun dan tomato juga dari kebun Nevin. Dan... 
...stew kacang fesule dan kentang yang juga ditanam di Kg Deredebi oleh Nevin dan moyang dia. Nanti dia membesor panjang cam bapak dia sampai lebih 185 cm, InsyaAllah!

Assalamualaikum dan Selamat Bercuti Hari Pekerja!
Nak citer ringan-ringan jer sebab ari ni cuti double-mable kan. Saje nak share imej teman pow dari Today'sZaman pasa aktiviti sosial isteri Presiden Turki Puan Hayrunnisa Gul. Seperti kebanyakan First Ladies, dia pun ada aktiviti yang dia gemor iaitu mempertingkatkan taraf pendidikan OKU di Turki.
Idok teman nak citer panjang pasa aktiviti Puan Gul ni, sekador nak bandingkan dengan aktiviti Kak Ros FLOM kita, tak jauh beza. He he...tapi tak der teman nak boh gambor Kak Ros, tak relevan. Gambor Puan Gul comey lagik! Kalau boh gambor Kak Ros, nanti berat pulak nak bukak entry ni.
Happy May Day!
Dalam sumber berita online yang sama, disebut usaha kerajaan Turki membaikpulih pancor-pancor lama zaman Uthmaniah yang terbior. Zaman dedulu Sultan, isteri Sultan, bonda Sultan dan orang-orang besor akan membina pancor cam di atas untuk kegunaan rakyat jelata.
Bila ayor paip diperkenalkan, fungsi pancor Uthmaniah ni dah berkurangan. Tapi teman nampak di Istanbul, Akcakoca dan Gebze, walaupun terbiar masih ada yang gunakan untuk minum atau amik ayor ni buat mencuci itu ini. Ni pancor di bandar Akcakoca.

Pancor di Gebze ni nampak cam tak terurus tapi ada ayor. Masih ada pengguna yang guna untuk minum dan membasuh muka. Selain dari pancor, banyak masjid dan surau bersepah-sepah dibina oleh Sultan-sultan Uthmaniah dan para isteri dan bonda deme.
Moh Nyongket Dengan Mursel Part II

Ana Anne Mursel dan Baba Anne dari Malaya mengiringi Mursel ke rumoh jiran Ana Anne untk dengor orang ngaji. Cuaca yang terang dan suhu yang nyaman menjadikan ia satu outing yang seronok.

Bila sampai bahagian yang agak tinggi, payah juga si Pinar menolak stroller tu. Mak dia pun nampak tercungap menapak, maklumlah badan tu agak berat...
Kiri dan kanan jalan banyak terdapat kebun sayur dan pokok buah seperti epal, pear, tin, anggur dll.

Salah satu tapak sayur salad marun yang ditanam di musim dingin. Ada gak sayur panjar yang pahit tu, yang buleh buat dolma nasi tu.

Selagi ada tanah kosong, orang kampong akan tanam sayur. Deme tak bazirkan ruang. Rajin dan berusaha bangsa deme ni. Bila abis dipetik, deme akan tanam lagi dan lagi...

Akhirnya sampai ke rumoh yang nak buat majlis baca Yaasin ni. Deme pun sibuk jemur carpet. Yang tingkat 2 tu nampak belum siap.

Yang ni rumoh jiran sebelah deme. Kebanyakan rumoh di Turki dicat putih.

Masuk dalam rumoh, dah rama jiran dan tetamu datang. Ada yang bawak anak kecik. Aktiviti baca surah Yaasin ni deme buat bergilior di kalangan jiran-jiran seminggu sekali. Lazimnya pada hari jumaat.

Deme dok kat salon. Sebab salon ni ada soba dan panas, teman cabut dok luar salon dekat corridor, situ pun dah sesak. Pompuan yang baju berlengan ijo tu masih gadis, lawor budaknya tapi teman idok amik gambor dia.

Selain surah Yaasin, deme baca beberapa lagi surah bergilior dan last sekali sorang akan mace doa lazim dan doa tambahan dalam Bahasa Turki. Kendian deme dihidang dengan makanan ringan. Masa tulah sesi pot-pet, pot-pet akan berlangsung.
Nilah salah satu aktiviti sosial kaum ibu di Turki selain dari berziarah di malam hari dan berjumpa di ladang hazelnut.

Mursel dan Ana Anne dia. Bangganya dia dengan Mursel sebagai cucu pertama dia!
To be continued...

Contoh kahvalti (sarapan) di rumoh Ilker dan Pinar.
Sekali-sekala teman merasa lauk - ikan atau daging - kalau duduk dengan deme ni. Teman gemor ikan deme terutama hamsi, yang hanya buleh ditangkap di musim dingin. Lazimnya teman makan 15-20 ekor!

Sepupu Ilker dan kuarga dia ziarah rumoh Ilker. Ni makan tengah hari. Kalau ada ayor sejuk atau ayran (ayor yoghurt) itu maknanya makan tengah hari. Deme minum teh panas masa sarapan dan makan malam jer. Meh baham sayur lagi kome...
P.S Esok teman nak nyongket beberapa ari lagi, jadi teman nak rehat dari menulis. Mungkin dalam 2-3 ari baru tulis balik.
Enjoy your holiday kome!