Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label tattoo. Show all posts
Showing posts with label tattoo. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

YAKUZA PUN BUAT HAJI DI MAKKAH!

Jemaah Tuareg merenung Kaabah.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Kalau kome jenis 'Lone Ranger' masa kat Makkah, memang mudah nak ke mana dan bila kome suke. Teman gi sorang dalam kumpulan 8 orang dgn satu agensi pelancongan yg tak daftar dgn Tabung Haji. Memasing bawok diri sepanjang di Makkah dan Madinah. Hanya masa buat tawaf dan umrah dan gi melontar baru teman gi dgn salah sorang atau sepasang suami-isteri dlm kumpulan kami. Lazimnya teman selalu solo gi memana pun.

Bila kita buat jadual sendiri senang nak gerak. Untuk solat subuh elok kuar 1 atau 2 jam awal (3am atau 4 am) kalau nak port yg best dan buat apa yg patut dlm masjid. Kalau waktu lain setengah jam pun Ok tapi berasak-asaklah dan port pun tempat laluan jemaah, abih pala kena langkah.

Ater selalu dok nunggu dan 'lepak' sensorang kat masjid, tak dpt tidak teman terberkenalan dgn berbagai warga dan bangsa dr negara lain. Guna bahasa ayam dan itik dan bahasa isyarat nak berkomunikasi. Ada masa berlaku silap faham yg tak memudaratkan.


Geng Melayu.

Lazimnya utk solat maghrib dan isyak teman lepak di level paling ataih. Sini rama jemaah Malaysia dan Indonesia. Teman suka solat sini sebab nyaman dan berangin. Kekadang teman dok sebelah geng Malaysia, kekadang geng Jawa atau Lombok atau Papua...



...ada waktu, satu petang sebelum asar sorang jemaah China dok sebelah teman. Cuaca sungguh panaih masa tu jadi kami dok rapat dekat railing. Teman bagi dia pinjam kitab Yaasin teman. Bila dia pulangkan, teman kata bacalah lagi (dlm BI, yg dia tak faham) sebab teman berzikir je. Dia salah faham, "Kamu bagi saya ka kitab ni?" dlm bahasa dia.
Err..cam ner nak kata "pinjam...bukan bagi" dlm bahasa isyarat?
Dia kata "Tima kasih" sambil senyum-senyum. Aisey, terlepas kitab Yaasin teman yg canggih sebab ada kaler-kaler pd huruf-huruf dia utk pembacaan ikut tajwid.
Hmm...takpalah, niat sedeqah! Dah pun belayor ke Republik Rakyat China kitab Yaasin teman tu.
Nee how ma?



Pada hari lain port yg sama teman dok dekat 3 orang rakyat Bosnia. Sepatah haram English deme tak tau cakap jadi kami main senyum dan angguk saja. Sempat Yong ni bagi teman sepotong epal. Baju suami dia kat belakang ada peta Bosnia, kot sesat dan lupa dia tau dia dari Bosnia!


"Nah Yong ayor zam-zam!"

Ada masa teman dahaga dan nak refill botoi ayor zam-zam teman. Teman gi ke pili ayor zam-zam berdekatan dan tunggu giliran. Kalau bersabor memang lambat ler. Jadi kalau nasib baik, ada petugas yg jatuh kesian tolong isikan botoi teman. Manjanya...



Ater apa hei Yob ni senyum kat teman? Teman nunggu botoi ayor teman dan nak amik gambor petugas tu, bukan nak amik gambor dia.
Nee how ma?


Petang lain pulak berkenalan dengan jururawat dr Indonesia ni. Sembang sakan gak kami sebab kami berdua jer ada tengah hari bute tu. Kain batik mak teman jadi pelindung dr mentari terik.


Opah dari Suria

Satu ketika lepas asar menunngu solat maghrib, tengah teman buat solat sunat, tetiba Opah dr Suria ni (Syria) menebeng tepi sejadah batik teman. Dia pun bersolat. Pas solat kami nyembang. Dia kabor dr Suria. Sebab memasing tak ada bahasa medium, teman baca Fatihah slow-slow supaya dia boleh perbetoikan. Sedap jer dengor bila dia pulak baca. Teman baca surah-surah lain pulak dan dia betoikan. Bila teman ajak bergambor, mau pulak, tak macam warga Saudi yg iconoclast tegor!


An African gentleman

Yob Afrika ni sorang yang berbudi bahasa. Bila kami nak turun guna eskalator, dia kata "After you Madam". Lagi satu eskalator, dia masih biorkan teman turun dulu. Nampak dignified orangnya.


Yong Morocco

Satu hari kul 11 pagi teman cari port teduh di tingkat 3. Amik satu corner. Selepas 30 minit datang Yong ni ajak gi corner dia. Teman pun ikut. Sembang-semabng ayam itik, dia kata mai dari Maghribi. Yang interesting dia ni, dia ada tattoo kecik kat dagu dan tangan.


Tattoo si Fatna.

Nama dia Fatna.
Teman tanya buleh tengok tattoo dan amik gambor?
No hal Yong, nah ni tangan teman.
Ni tulang ikan ke ranting Yong?
Kih kih kih!...kami gelak sebab tak faham apa yg memasing labunkan!


Algeria mari...

Satu malam sementara tunggu Isyak, jemaah dah rama dan padat kat level 3 tu. Teman dok dekat satu kuarga dr Algeria. Si Ayah nyanyi lagu "Asma Al-Husna"...


Suara ayah pun sedaaap!

...anak pompuan dia yg comey menari-nari. Elok menari dengor pujian-pujian nama Allah dr buat hip-hop dan shuffle gedik-gedik!


Ni nama dia Kafilatye, dari Nigeria.

Teman jumpa kat dataran lepas solat subuh. Teman tertarik dgn bentuk muka dia dan wajah dia yg manis. Sib baik dia buleh speaking dgn agak baik.
Teman kata, "You're very pretty!"
Senyum, tersipu-sipu malu dia!
"Thank you sista..." dia jawab.



Walaupun baru pertengahan 20an, Kafilatye dah bercerai, ada anak lelaki sorang. Kami bertukor email sebab teman nak email gambor ni kat dia. Kafilatye buat haji bertemankan abang dan anak dia.

Btw, 2-3 ari selepas teman sampai Makkah, teman ada sms kawan baik teman di Singapora, Puan Keiko. Teman tulis, " I think I saw a group of Japanese pilgrims today. A few of them look like Yakuza - crew-cut hair, and some tattoos..."
Keiko balas,"They sure need all the prayers to cleanse their souls!"
Ha, ha, ha!... kami berbalas-balas sms.


Kafilatye yg manisss!



Meh makan lambchop teman masak tengah hari tadi...