
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Meh ikut teman usyar suasana kampong-kampong di wilayah Karadeniz (Laut Hitam ler) di musim panah!

Wilayah Karadeniz ni ngadap Laut Hitam.
Hasil mahsulnya ikan ler. Dan kerana topografinya yg berbukit-buko, deme banyak menghasilkan tanaman yg seswai di tanah tinggi seperti teh, hazelnut, dan buah-buahan.

Ni di negeri Trabzon atau Rize kot. Kalau nampak cam tak panas, ater...matahari malu nak keluor!
Jadi sentiasa sejuk. Kalau musim dingin tak usoh cakaplah.

Di negeri Mr T, negeri Duzce, tanaman cash crop utama ialah hazelnut. Selama teman jadi ahli kuarga dia, udoh 2 kali teman merasa jadi buruh asing bekoje di ladang deme yg seluas 10 padang bolasepak tu.
Ni di penghujung musim petik, tengah menjemur kacang di bulan September.

Kuarga Mr T terpaksa amik 15-20 orang pekerja Kurdish berumur 13-20 tahun memetik hazelnut.
Deme datang dari timur Turki. Ada plot ladang kami ni terletak di lereng bukit.
Tang ni yg teman tak gemor...buleh sakit kaki, pinggang dan lutut dibuatnya!
Tapi teman selalu ngelat, koje sekerat ari...waahhh pekerja yg malas!

Yaaaaaahhhhh....meh kita berjengket-jengket menari tarian Karadeniz!!!!
(Yong Asma, Siti Murni dan Ayang, meh usyar-usyar, mana yg berkenan!)

Di musim panah kerap diadakan festival rakyat.
Lazimnya ada tarian dan nyanyian. Yang datang orang-orang kampong dan penduduk dari sekitar bandar atau dari daerah berdekatan.
Ada sekali teman merasa festival cam ni di Kg Deredebi tahun 2004, dan turut melibatkan penari dari Ukraine, Armenia, Georgia dll.
Meriah!

Lembu: Apa koje kome melompat-lompat ataih gunung nih?
Kadin (pompuan): Cow jangan banyak cakap, kena semelih kang!

Festival menari-nari ni memang common.
Sonok nar deme nyambut musim panah!
Kalau kome nak dengor cam ner bunyi muzik Karadeniz, gi Youtube dan taip "Karadeniz music", tamam?

Di musim panah, pokok jagung menghasilkan buoh jagung (bukan buoh betik)!
Sementara menunggu petik hazelnut, kita makan jagung dulu!
Meh rebuih sepoyok!

Bakor pun sedap.
Bakor, bakorrrr!!!

Paling best summer time ni, banyak buoh!
Antara yg best buoh anggur.
Kat kampong Mr T, anggur jenih ni tumbuh liar (tapi yg ni bukan dr kampong Mr T).
Ni sedang masak ranum tapi kalau dah ujung musim panah, warna dia jadi dekat-dekat itam.

Ni masa Bahrican baru mola merangkak (2004).
Menantu tiri teman si Fatma tengah petik buoh anggor yg sedang ranum kat balkoni rumoh kampong kami.
Nak buat buka posa masa tuh!
Petik sebesen cukup ler.
Nanti ujung September petik semua buat pekmez (sirap anggur).

Epal kampong banyak di keliling rumoh...

Stroberi saiz kecik saja seswai buat jem.
Yang besor dan komersial punya tak sedap buat jem taw!

Sejenih berry teman tak tau nama dia...

Yang tak penah tengok buah tin segor baru dipetik, nilah dianya!
Kalau makan, menjelejeh sampa dagu juice dia!

Buoh aprikot belum masak.

Ceri gamoknya.

Kalau musim panah, memang jenuh deme makan buoh.
Ni anak sorang kawan yg tinggal di Bursa.
Tiap-tiap ari jiran dia bagi berbesen-besen ceri, stroberi, dan satnika buoh.
Gambar kredit Puan Noreen Kartal.

Typical summer kahvalti (sarapan)!
Yang dalam poyok tu tepung jagung kasor dimasak dgn butter dan keju. Colek roti taw!

Ahhh...sempena Ramadhan!
Banner tu kata "Ramadhan dah tiba. Selamat Datang"!